Sejarah Melaka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah Melaka

Sejarah terperincinya bermula kisahnya pada tahun 1930 an, Parameswara pada awalnya
menjadi raja di Singapura. Kemudian, negeri ini terpaksa berpindah lebih ke utara setelah
diserang oleh Jawa dan Siam. Dicatatkan kronikal Dinasti Ming bahawa pada tahun 1403,
Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka, tempat armada Ming yang dikirim ke
selatan menemuinya. Perlindungan diberikan kepada kerajaan baru tersebut dipersetujui
Kekaisaran China sebagai balasan ufti yang diberikan.
Kemudian setelah menikahi seorang puteri dari Pasai, Parameswara menganut agama Islam.
Dilaporkan daripada pada tahun 1409, kunjungan Laksamana Cheng Ho bahawa raja dan rakyat
Melaka sudah menjadi Muslim dan Parameswara masih berkuasa. Pada 1414, puteranya,
Megat Iskandar Shah, yang menggantikan Parameswara.
Sultan Muhammad Shah menggantikan Megat Iskandar Shah yang memerintah selama 10
tahun. Kemudian, Putera Sultan Muhammad Shah menggantikannya, Raja Ibrahim, mengambil
gelaran Seri Parameswara Dewa Shah dan dilihat tidak menganut agama Islam. Namun dia
mangkat kerana terbunuh pada 1445, dan masa pemerintahannya hanya 17 bulan dan digelar
Sultan Abu Syahid oleh masyarakat Melaka. Raja Kasim iaitu saudara seayahnya
menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Ekspansi di pantai Timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri) dan Semenanjung Tanah Melayu
dilakukan di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka. Ini memancing kemarahan
Siam kerana Melaka dianggap bawahan Kedah, yang pada ketika itu menjadi vassal Siam.
Namun, Melaka dapat mematahkan serangan Siam pada 1455 dan 1456.
Pada tahun 1459, di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta iaitu Sultan Mansur
Shah, Melaka menyerbu Pahang dan Kedah dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan
yang sama, Siak, Jambi dan Johor juga ditakhluki. Dengan demikian kedua persisir yang
mengapit Selat Melaka dikendalikan Melaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga pada tahun 1477, baginda mangkat. Puteranya, Sultan
Alauddin Riayat Shah menggantikan baginda. 11 tahun adalah tempoh sultan ini memerintah,
saat baginda meninggal dan puteranya, Sultan Mahmud Shah menggantikannya.
Sehingga tahun 1511, Melaka diperintah Sultan Mahmud Shah, ia adalah saat tentera Portugis
menyerang ibu kota kerajaan tersebut di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Pada 10
Ogos 1511, serangan bermula dan pada 24 Ogos 1511, ia berjaya ditawan. Sultan Mahmud
Shah melarikan diri ke Bentan dan ibukota baru didirikan di sana. Bentan telah dihancurkan
oleh Portugis pada tahun 1526, dan Sultan melarikan diri ke Kampar, Sumatera, dan dua tahun
kemudian meninggal dunia di sana. Sultan Perak yang pertama adalah puteranya, Sultan
Mudzaffar Shah 1, Perak dan kerajaan baru iaitu Johor didirikan oleh puteranya yang lain,
Sultan Alauddin Riayat Shah II.
Selama 110 tahun, Melaka diperintah oleh Kesultanan Melaka ini sehingga pada tahun 1511,
tewas di tangan Portugis.

You might also like