Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK KAJIAN:

Kaedah kolaboratif meningkatkan kemahiran pelajar menjawab esei Perdagangan dengan betul.

NAMA PENYELIDIK:
Salwa binti Ahmad

NAMA & ALAMAT SEKOLAH:


SMA Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah.

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU:

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Perdagangan bagi Tingkatan 4
Aisyah. Semua pelajar kelas ini adalah perempuan seramai 31 orang. Kelas ini merupakan kelas yang
sederhana (sandaran sederhana? – contoh julat A untuk PMR bagi pelajar2 ini – 1A-4A) berdasarkan
keputusan PMR 2009. 20% pelajar berpotensi untuk mendapat B+.(dalam m/p perdagangan? Sandaran
kpd keputusan PMR? Apa relevennya PMR dengan perdagangan?jelaskan kekuatan sandaran ini)
15% pelajar adalah lemah tetapi saya yakin seandainya guru menggunakan kaedah pengajaran yang
sesuai, sebahagian dari mereka akan berjaya kerana mereka menunjukkan kesungguhan dan perhatian
di dalam kelas (mana tahu? Pemerhatian? Maklumkan). 50% pelajar berpotensi mendapat B. Secara
keseluruhannya saya suka mengajar kelas ini kerana sikap 75% pelajar yang memberikan respon
dalam hampir semua sesi pembelajaran. Persekitaran kelas juga bersih.

Format peperiksaan Perdagangan ialah terdapa dua set kertas soalan. Kertas 1 mengandungi 40 soalan
objektif. Kertas 2 mempunyai enam soalan esei dan pelajar perlu menjawab empat esei termasuk satu
esei kajian kes. Markah keseluruhan bagi Kertas 2 ialah 100 markah, setiap satu soalan membawa 25
markah dan mempunyai beberapa pecahan soalan. (maklumkan sekiranya anda telah memperkenalkan
format kepada pelajar). Wajaran kertas 1 dan kertas 2?
Memandangkan ini adalah mata pelajaran baru bagi mereka, saya berikan satu pengenalan beserta
contoh yang mudah difahami pelajar bagi memastikan mereka boleh menjawab esei dengan baik, Pada
awalnya, 60% pelajar saya keliru dengan soalan esei ini tetapi setelah dibetul beberapa kali, 50%
pelajar dapat faham dengan baik(berdasarkan?) . Sebanyak tujuh latihan esei telah saya berikan hingga
kini (januari – jun? maklumkan) tetapi baki 50% pelajar masih tidak boleh menjawab dengan betul
berdasarkan latihan esei yang dihantar tepat pada masa yang ditetapkan. Guru-guru Perdagangan yang
lain turut menghadapi masalah yang sama. Mengapa ini berlaku?

Amalan saya selama ini ialah mengarahkan pelajar membaca sub topik tertentu sebelum kelas
bermula(di luar waktu persekolahan? Berapa lama sebelum topic ini dibincang dalam kelas?). Di
dalam kelas, saya menerangkan maksud soalan yang diberi, meminta pelajar menyatakan fakta-fakta
yang berkaitan berdasarkan pembacaan buku teks dan buku rujukan mereka, diikuti dengan memberi
panduan dalam mengembangkan fakta-fakta tersebut. Semasa mengembangkan fakta-fakta ini, saya
dapati 40% pelajar (12 orang) tidak mahir dalam mengarang ayat( masalah dalam bahasa melayu
ke?). Mungkin mereka kurang membaca. Ada juga yang mengingati fakta dengan tepat tetapi salah
dalam menghuraikannya. 20% pelajar (6 orang) tidak dapat menguasai beberapa kata kunci
dengan tepat. Ternyata amalan saya ini perlu diperbaiki bagi membantu murid-murid …... Saya mesti
mengubah kaedah sedia. Jelas, penguasaan pelajar bercampur-campur….mengeksploitasi keadaan ini
…beri penekanan kepada pembelajaran secara berkumpulan atau kolaboratif di mana pelajar akan
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan
soalan esei yang akan diberi.
ISU KEPERIHATINAN:
Pelajar yang tidak menjawab esei dengan betul akan memberi kesan negatif (sebesar mana kesan
negative itu?)kepada keputusan SPM mereka Apa pentingnya anda tekankan penguasaan dalam
menjawab esei? Untuk lulus? Untuk cemerlang?
mempengaruhi prestasi sekolah dan merosakkan peluang untuk menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi yang akan mencorakkan masa depan mereka. Mengapa pula dan
bagaimana ini boleh berlaku?

Secara implisitnya bila mampu jawab esei dengan baik, boleh kah dibuktikan mereka faham tentang
topic? Pemahaman tentang topic dalam perdagangan memberi nilai tambah dalam kehidupan
mereka…..jika ya bagaimana dan jika ini boleh dibahaskan ia satu aspek isu keperihatinan yang boleh
diketengahkan. SATU NILAI KITA DI SINI IALAH MEMPERLIHATKAN KERELEVENAN
PENDIDIKAN DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR.

Boleh kah kita katakan selama ini secara implisitnya kita beri ruang mereka berbincang, bekerjasama
untuk bantu membantu meningkatkan penguasaan dalam aspek ini tetapi mereka tidak mengambil
peluang ini? Contoh minta pelajar baca sebelum masuk kelas? Jika ya, kita boleh kata kita hendak
menekankan perlunya bantu-membantu dalam meningkatkan potensi diri, memupuk semangat saling
bekerjasama supaya menjadi bangsa yang kuat semangat maju bersama – struktur ini kita tidak bina
dengan kemas dalam amalan semasa dan kita perlu bina dalam amalan baru bagi menjadikan amalan
saling bantu-membantu satu kebiasaan kepada murid. DI SINI KITA PERJELASKAN NILAI
PENDIDIKAN YANG KITA PEGANG.

OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif Umum:

MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM MATA PEL PERDAGANGAN


MEMPERTINGKATKAN KEsedarAN MURID TTG SUMBANGAN pendidikan perdagangan
TERHADAP NILAI TAMBAH kehidupan sebenar
Pelajar mendapat pengalaman pendidikan sesuatu yang menyeronokkan.

Objektif Khusus:

1. Mengenalpasti kaedah pembelajaran kolaboratif dapat membantu pelajar mengingati fakta dengan
tepat beserta huraian yang betul.

2. Mengenalpasti kaedah pembelajaran kolaboratif membantu pelajar mengingati (mengenali? )


kata kunci (dalam soalan ke?)dengan tepat.

MENGENAPASTI KEUPAYAAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM


MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB ESEI PERDAGANGAN DENGAN
BAIK.

SOALAN KAJIAN?

2
KUMPULAN SASARAN:
Kajian ini melibatkan satu kelas, Tingkatan 4 Aisyah yang kesemua pelajarnya adalah perempuan
seramai 31 orang pelajar dan berbangsa Melayu. Berdasarkan keputusan PMR yang lalu, aras
pemahaman 90% pelajar dikategorikan pada aras sederhana dan 10% pelajar adalah lemah. Keputusan
B. Melayu PMR? Keputusan kertas 2 B. Melayu PPC Tingkatan 3? Duduk di asrama? Semua pelajar
dibekalkan buku teks? Pelajar ada buku rujukan sendiri? Pelajar boleh akses buku rujukan
perdagangan di perpustakaan sekolah?

CADANGAN TINDAKAN:

Memandangkan kelas ini mudah dikawal dan kerjasama dikalangan pelajar (kerjasama bersama guru?
Hubungan bersama rakan-rakan?)adalah baik berdasarkan dalam beberapa aktiviti yang lalu, saya akan
memanipulasi kerjasama yang ditunjukkan pelajar selama ini dengan mengamalkan kaedah kolaboratif
dalam latihan esei.

Aktiviti 1 (Menggunakan Sampul bernombor 1 -15 minit)

Guru akan mengarahkan pelajar membentuk kumpulan masing-masing yang terdiri dari empat orang.
(anda sudah kenalpasti prestasi masing-masing murid bukan? Jika membentuk kumpulan masing-
masing tanpa guru yang menentukan, bagaimana jika ada kumpulan semua ahlinya terdiri dari yang
lemah semuanya? Agak-agak ada masalah tidak ?)

1. Guru akan mengedarkan kertas mahjong, pen marker dan sampul bernombor satu. Soalan di
dalam sampul pertama adalah sama bagi setiap kumpulan.

2. Setiap sampul surat mengandungi helaian soalan dan empat lipatan kecil kertas. Setiap soalan
mempunyai empat pecahan soalan yang di cetak dalam lipatan kertas kecil.

= +
Soalan
1

3. Setiap ahli akan memilih satu lipatan kertas kecil. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap ahli
mempunyai tugasan masing-masing dan tiada yang dikecualikan. ( OK SEMUA MURID ADA
TUGAS )
4. Setiap kumpulan akan merangka jawapan masing-masing pada kertas mahjong dalam tempoh
yang ditetapkan. (X JELAS – MASING-MASING MURID BUAT BAHAGIAN MASING2 @ BERI
INPUT BAHAGIAN MASING2? MANA KOLABORATIFNYA?)

5. Semua kumpulan akan melekatkan kertas mahjong pada papan hijau. Guru akan menunjukkan
rangka jawapan yang manakah betul dan membetulkan rangka yang salah sambil bersoal jawab
dengan pelajar. ( BOLEH DATANGKAN IMPAK POSITIF KE KEPADA PERMASALAHAN
MURID?) PADA SAYA SAME THING WILL HAPPEN – YANG TAK FAHAM TETAP TIDAK
FAHAM.

3
Aktiviti 2 (Menggunakan Sampul bernombor 2 -15 minit)

Guru akan mengarahkan pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.

1. Guru akan mengedarkan kertas mahjong, pen marker dan sampul bernombor dua. Dua kumpulan
akan mendapat soalan yang sama. (Terdapat empat set soalan bagi lapan kumpulan)

2. Setiap sampul surat mengandungi helaian soalan dan empat lipatan kecil kertas. Setiap soalan
mempunyai empat pecahan soalan yang di cetak dalam lipatan kertas kecil.

3. Setiap ahli akan memilih satu lipatan kertas kecil. Tujuannya ialah untuk memastikan setiap ahli
mempunyai tugasan masing-masing dan tiada yang dikecualikan.

4. Setiap kumpulan akan merangka jawapan masing-masing pada kertas mahjong dalam tempoh
yang ditetapkan.

5. Semua kumpulan akan melekatkan kertas mahjong pada papan hijau mengikut nombor soalan.
Guru akan menunjukkan rangka jawapan yang manakah betul dan membetulkan rangka yang salah
sambil bersoal jawab dengan pelajar.

AKTIVITI INI TIDAK KAH SAMA DENGAN AKTIVITI 1?

Aktiviti 3 (Pra-Ujian Cepat & Tepat menggunakan kertas edaran -10 minit)

Guru akan mengarahkan pelajar bersedia di tempat duduk masing-masing dan simpan semua buku.

1. Guru akan mengedarkan kertas edaran kepada pelajar mengandungi satu soalan esei yang
lengkap.

2. Setiap pelajar akan merangka jawapan masing-masing pada ruang di kertas edaran dalam tempoh
yang ditetapkan.

3. Guru akan memilih pelajar secara rawak untuk membacakan rangka jawapannya dan menyemak
jawapan bersama-sama pelajar lain.

Diharapkan dengan kaedah ini pelajar akan faham apa sebenarnya yang perlu mereka lakukan semasa
menjawab soalan esei.

MAAF, SAYA TIDAK NAMPAK PENEKANAN NILAI DAN KEUPAYAAN AMALAN BARU
INI DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGINGATI FAKTA, MENGINGAT
KATA KUNCI( SAYA LEBIH SUKA GUNAKAN PRKATAAN MENGENALI KATA KUNCI
DALAM SOALAN) DAN MENGHURAI FAKTA DENGAN BETUL!

4
CUBA FIKIRKAN BEBERAPA PERKARA INI;

NAK MURID
KUASAI FAKTA
KUASAI HURAIAN
KUASAI KUNCI KATA SOALAN
SALING BANTU MEMBANTU KUASAI SEMUA

KUMPULAN BERBAGAI KEUPAYAAN AHLINYA


BERI TOPIK
SEMUA AHLI MESTI KUASAI FAKTA TOPIK TIDAK ADA YG TERKECUALI – APA
NAK BUAT? MAKNANYA SEMUA AHLI MESTI PASTIKAN RAKAN AHLI KUASAI
FAKTA DAN DIRI SETIAP AHLI MESTI PASTIKAN DIA KUASAI FAKTA. APA PERLU
KITA BUAT UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN/DORONG MEREKA MAINKAN
PERANAN SEBAIK MUNGKIN? DAN APA GALAKAN PATUT KITA BERI?

BEGITU JUGA DENGAN HURAIAN DAN KATA KUNCI SOALAN.

MUNGKIN PENDEKATAN KOLABORATIF YANG MENGGALAKAN PENGGUNAAN


PETA MINDA ATAU KAEDAH BERGAMBAR?

INI UNTUK TUJAHAN OBJEKTIF KHUSUS BAB KUASAI…..

MACAMANA NAK UKUR PENCAPAIAN – MASA PEMBENTANGAN DAH BOLEH BERI


MARKAH. ATAU BUAT SOALAN BERTULIS SELEPAS PEMBENTANGAN. DAN BERI
MARKAH. INSTRUMEN UJIAN/PEMBENTANGAN BENTUK KAJIAN KUANTIATIF LA
NI. BERDASARKAN ANALISIS DESKRIPTIF MARKAH INDIVIDU, PURATA (MIN)
MARKAH, PERATUS KELULUSAN MARKAH.

OBJEKTIF LAIN – KESERONOKAN BELAJAR – BUAT PEMERHATIAN SEMASA P&P,


CATAT TINGKAH LAKU DAN KATEGORIKAN BOLEH ANALISIS NARATIF. BOLEH
BUAT DIARI GURU DAN PELAJAR KITA MINTA BUAT DIARI, SOAL SELIDIK, ATAU
TEMU BUAL DAN BUAT ANALISIS UNTUK TAHU DAPATAN.

OBJEKTIF LAIN – KESEDARAN KERELEVENAN PENDIDIKAN PERDAGANGAN


DENGAN NILAI TAMBAH KEHIDUPAN HARIAN – BOLEH BUAT SOAL SELIDIK,
TEMUBUAL ETC. BUAT ANALISIS NARATIF DENGAN KODKAN ATAU TEMAKAN
DATA.

OBJEKTIF TINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM MP PERDAGANGAN – UJIAN


BULANAN KE, UJIAN TOPIKAL KE, UJIAN KELOMPOK KE…..

PENEKANAN SISTEM MERIT DIMERIT MUNGKIN MEMBANTU

SALWA BELUM MAKLUMKAN CARA PENGUMPULAN DATA/INSTRUMEN KAJIAN


DAN CARA ANALISIS DATA. LANGKAH KAJIAN DIBUAT JUGA BELUM SELESAI.

You might also like