Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

BIL. 1 / 2022

Tarikh : 22 Mac 2022 (Selasa)


Masa : 1.15 petang
Tempat : Pusat Sumber
Pengerusi : En Norizan bin Abdullah (GPK HEM)
Kehadiran : Pn Mary Ann A/P Napolean
: Pn Nursyahida binti Abdullah
Pn Siti Fathehah binti Othman
En Mohamad Zaki bin Abdul Ghani
En Mohd Aswadi bin Zaini

1.0 PERUTUSAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua panitia memulakan mesyuarat dengan mengucapkan jutaan terima kasih
dan mengalu-alukan kedatangan guru untuk mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil
1/2022. Beliau berharap guru-guru panitia dapat melaksanakan tanggungjawab
dengan lebih baik dalam pengajaran secara bersemuka.

2.0 PEMBENTANGAN LAPORAN


2.1 Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan
2.1.1 Guru-guru diminta mengikuti format penulisan RPH seperti yang
disarankan Guru Besar iaitu mengandungi maklumat-maklumat penting
seperti
standard pembelajaran, objektif pembelajaran, aktiviti dan refleksi.
2.1.2 Guru-guru perlu memastikan rph mempunyai tema,tajuk,standard
pembelajaran, objektif, aktiviti dan impak yang mengandungi bilangan kuantiti
murid yang menguasai kemahiran.
2.1.3 RPH akan dimuatnaik di dalam laman SKDAB pada setiap minggu. Guru juga
diminta menghantar RPH (Isnin sahaja minggu berikutnya) pada setiap Jumaat.
Tindakan : Makluman
2.2 Buku tulis dan aktiviti murid
2.2.1 Buku tulis murid telah diedarkan kepada semua murid. Bagi subjek Sains guru-
guru akan menggunakan buku panjang sebagai buku aktiviti murid.
2.2.2 Guru-guru perlu memastikan latihan yang diberikan kepada murid bersesuaian
dan releven agar tidak membebankan murid.
2.2.3 Buku aktiviti dan buku tulis murid akan disimpan dalam bilik sains bagi
mengurangkan bebanan murid membawa beg berat setiap hari ke sekolah.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

2.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


2.3.1 Murid Tahun 2 - 4 akan menjalani CUP 3.0 selama 4 minggu bermula dari buka
sekolah. Tiada pentaksiran dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
2.3.2 Murid Tahun 1 sudah mulai boleh menjalani pentaksiran bermula pada minggu
ketiga Minggu Transisi.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

2.4 Minggu Panitia


2.4.1 Pada tahun ini aktiviti panitia akan dilaksanakan menggabungkan beberapa
unit panitia yang lain yang dinamakan Bulan Bahasa anjuran Pusat Sumber
Sekolah. Antara panitia yang terlibat ialah panitia Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab. Penyelaras PSS akan bertindak
sebagai penyelaras bagi Program Bulan Bahasa secara keseluruhannya.

2.4.2 Perancangan aktiviti Minggu Panitia Bahasa Inggeris :


Perdana : 1. Popcorn & Movie (word search)-(Tahun 1 – Tahun 6)
2.Tongue Twister Twisty Challenge (video)- (Tahun 1 – 6)
PPKI : 1. Word Puzzle
2. Find the Hidden object
3. Colouring

Tindakan : Makluman
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 En Norizan meminta ketua panitia dan ahli panitia melengkapkan pelan taktikal
bagi tahun 2022.
3.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa panitia merancang untuk melaksanakan
PLC kepada guru-guru panitia Bahasa Inggeris pada tahun ini. Antara PLC yang
dirancang adalah berkaitan membina laman pembelajaran kepada murid-murid
melalui aplikasi-aplikasi tertentu.

4.0 PENUTUP
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris BIL 1/2022 ditangguhkan pada pukul 2.30 petang
dan pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

Disediakan oleh:

...................................................................................

(NURSYAHIDA BINTI ABDULLAH)

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris


SK Dato’ Abu Bakar,
Kuala Lumpur.

You might also like