Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 52

72

GARIS PANDUAN PENGURUSAN


ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
(EMK)
TAHUN 2021

0
GARIS PANDUAN PENGURUSAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN
KHAS (EMK) TAHUN 2021

1. PENUBUHAN JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH


(JBPS)/ PERINGKAT KOLEJ MATRIKULASI (JBPM)/ PERINGKAT KOLEJ
VOKASIONAL (JBPV)

1.1 Pihak sekolah iaitu Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(SBK) hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Bantuan Peringkat
Sekolah (JBPS) yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Besar
dengan keahlian seperti berikut:

a) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) (boleh bertindak selaku Pengerusi
Ganti dalam ketiadaan Pengetua/ Guru Besar;
b) Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKi (jika ada);
c) Guru yang menguruskan EMK;
d) Sekurang-kurangnya dua (2) orang wakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
(PIBG) (selain guru/kakitangan sekolah); dan
e) Ketua Kampung/ ketua masyarakat setempat (sekiranya perlu).

1.2 Kolej Matrikulasi (KM) juga hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa
Bantuan Peringkat Matrikulasi (JBPM) yang bermesyuarat sekurang-
kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan
oleh Pengarah KM dengan keahlian seperti berikut:

a) Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar (KJPP); dan


b) Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (PPHEP) yang menguruskan EMK.

1.3 Kolej Vokasional (KV) juga hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa
Bantuan Peringkat Kolej Vokasional yang bermesyuarat sekurang-kurangnya
satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh
Pengarah KV dengan keahlian seperti berikut:

1
a) Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA);
b) Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar;
c) Guru Biasiswa yang menguruskan EMK;
d) Pengurus Kelas;
e) Pembantu Tadbir Kewangan (sekiranya perlu).

1.4 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Bantuan adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang layak untuk


menerima EMK;
b) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun
bagi pengesahan MBK yang layak;
c) Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat MBK
yang dikenalpasti layak untuk memohon EMK pada tahun semasa;
d) Memastikan tatacara perakaunan dan pembayaran kepada akaun murid
dilaksanakan mengikut Garis Panduan yang ditetapkan; dan
e) Merujuk kes-kes terpencil dengan Bahagian Kewangan, KPM mengenai
perkara yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam Surat Pekeliling
Kewangan (SPK) atau Garis Panduan EMK (GP EMK) berkaitan
Pengurusan EMK.

1.5 Pengetua/ Guru Besar/ Pengarah KM/ Pengarah KV selaku Pengerusi


Jawatankuasa Bantuan adalah bertanggungjawab menentukan hanya MBK
yang layak sahaja diperakukan untuk memohon dan dibayar EMK. Tindakan
boleh dikenakan kepada Pengetua/ Guru Besar/ Pengarah KM/ Pengarah KV
sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah
ditetapkan.

1.6 Sekiranya Bahagian Kewangan, KPM mendapati terdapat sebarang unsur


penipuan atau ketidakjujuran dalam proses permohonan dan pembayaran
EMK, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta
694 (Akta Pencegahan Rasuah).

2
2. TATACARA PERMOHONAN DAN PENGESAHAN

2.1 Permohonan EMK dilaksanakan satu sesi sahaja berdasarkan takwim


pengurusan EMK yang dikeluarkan oleh BPKhas:

Peringkat Pengajian MBK Tempoh Permohonan

Prasekolah
Tahun 1 hingga 6
Tingkatan 1 hingga 5
Tingkatan 6 Atas
Pelajar Sekolah Menengah
Teknik (SMT)
Pelajar Kolej Vokasional Tempoh permohonan dalam talian
(termasuk murid yang akan dimaklumkan melalui surat
sedang menjalani Latihan siaran pemakluman yang terkini dari
Industri di Institut Latihan Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
Kemahiran)
Tingkatan 6 Bawah
Semester 1 Kolej
Matrikulasi (KM)
Semester 2 Kolej
Matrikulasi (KM)

2.2 MBK yang memperoleh kad OKU/ Dokumen Pengenalan Sementara OKU
bertarikh selepas tarikh tutup permohonan secara dalam talian atau MBK yang
memulakan persekolahan selepas tarikh tutup permohonan secara dalam
talian tidak layak memohon pada tahun semasa.

2.3 Pengetua/ Guru Besar/ Pengarah KM/ Pengarah KV/ Bahagian


bertanggungjawab:

i. Melantik Guru/ pegawai yang bertanggungjawab menguruskan


permohonan EMK dalam talian;
ii. Mengenal pasti MBK yang layak memohon dan menerima EMK;
iii. Mengedarkan Borang Permohonan EMK sebagaimana di Lampiran A
untuk dilengkapkan oleh ibu bapa/ penjaga MBK yang layak;
iv. Jawatankuasa Bantuan di sekolah/ Kolej Matrikulasi/ Kolej Vokasional
menyemak dan mengesahkan borang permohonan yang diterima;

3
v. Memastikan maklumat murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM)/ sistem maklumat murid seumpamanya dikemas kini dengan tepat
dan sempurna dalam tempoh yang ditetapkan oleh KPM. Medan yang
wajib diisi dalam APDM untuk permohonan EMK boleh dirujuk pada
Manual Pengguna Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) Tahun 2018;
vi. Memastikan MBK memperoleh Kad Orang Kurang Upaya (OKU)/
Dokumen Pengenalan Sementara OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan
EMK secara dalam talian pada tahun semasa bagi membolehkan bantuan
EMK diterima pada tahun yang sama;
vii. Memastikan maklumat/ surat menyurat berkaitan pengurusan EMK
disampaikan kepada guru/ pegawai yang menguruskan EMK dengan
segera dan arahan diambil tindakan sewajarnya;
viii. Memastikan dokumen berkaitan dengan EMK disimpan/difail dengan baik
untuk rujukan; dan
ix. Mengemukakan permohonan1 secara dalam talian melalui laman
sesawang http://apb1.moe.gov.my semasa tempoh permohonan dalam
talian.

2.4 Ibu bapa/ penjaga bertanggungjawab:

i. Mengisi Borang Permohonan EMK sebagaimana di Lampiran A yang


diedarkan oleh pihak sekolah/ kolej/ institusi;
ii. Memberikan maklumat yang benar dan menyediakan dokumen yang
dikehendaki oleh pihak sekolah seperti berikut :
a. Salinan Kad Pengenalan Murid/ Sijil Lahir;
b. Salinan Kad OKU/ Dokumen Pengenalan Sementara OKU yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Buku Bank Murid/ maklumat akaun bank murid; dan
d. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga.

1Sila rujuk Manual Pengguna Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) yang terkini mengenai cara-cara
melaksanakan permohonan EMK secara dalam talian.

4
2.5 Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab:

i) memastikan semua sekolah/ KM/ KV di bawah seliaan masing-masing


mengemukakan permohonan EMK secara dalam talian mengikut
tempoh yang ditetapkan;
ii) memberi nasihat dan bimbingan kepada sekolah/ KM/ KV dalam
pengurusan EMK;
iii) membuat pengesahan secara dalam talian terhadap permohonan yang
dikemukakan oleh sekolah/ KM/ KV;
iv) Berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM
untuk perkara/ masalah berkaitan Sistem APB;
v) Mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian
Pendidikan Khas (BPKhas), KPM selaku penyelaras sekiranya
peruntukan yang telah disalurkan oleh BPKhas tidak mencukupi untuk
pembayaran EMK di negeri/bahagian masing-masing; dan
vi) Sekolah/ Institusi Pengajian di bawah seliaan Bahagian/ JPN adalah
seperti berikut:

Bahagian Sekolah/ Institusi Pengajian


Sekolah Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)

Bahagian Matrikulasi (BM) Kolej Matrikulasi


Kolej Vokasional (KV)
(termasuk murid yang sedang
Bahagian Pendidikan Latihan
menjalani Latihan Industri di
Teknikal dan Vokasional (BPLTV)
Institut Latihan Kemahiran)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Sekolah Harian
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

2.6 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab:

i. Menyediakan dan menyelenggara sistem APB untuk pelaksanaan


permohonan dan pengesahan EMK berdasarkan arahan daripada
BPKhas;
ii. Memberi khidmat nasihat dan bantuan berkaitan Sistem APB kepada pihak
yang memerlukan;
5
iii. Menyediakan data yang diperlukan oleh Bahagian/ JPN untuk tindakan.

3. TATACARA RAYUAN PERMOHONAN

3.1 Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi oleh Bahagian/


JPN kepada BPKhas, KPM dalam tempoh yang ditetapkan oleh BPKhas
selepas tarikh tutup permohonan dalam talian.

4. TATACARA PEMBAYARAN DAN PERAKAUNAN

4.1 Pembayaran EMK ke akaun murid adalah tertakluk kepada tarikh yang
ditetapkan berdasarkan surat siaran pemakluman terkini yang dikeluarkan oleh
BPKhas dan dilaksanakan dua (2) kali setahun seperti perincian berikut:

(i) Sekolah

Tahun/ Tingkatan Jumlah Bulan Untuk Pembayaran


Prasekolah 6 Bulan Pertama (Januari – Jun)
Tahun 1 hingga 6

Tingkatan 1 hingga 5 6 Bulan Kedua (Julai – Disember)


Tingkatan 6 Atas
Tingkatan 6 Bawah 6 Bulan (Julai – Disember)

(ii) Kolej Vokasional

Tahun/ Tingkatan Jumlah Bulan Untuk Pembayaran


Kolej Vokasional (KV) 6 Bulan Pertama (Januari – Jun)
(termasuk murid yang sedang
menjalani Latihan Industri di Institut
Latihan Kemahiran) 6 Bulan Kedua (Julai – Disember)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)

4.2 Namun begitu, pembayaran EMK ke akaun murid di Kolej Matrikulasi (KM)
dilaksanakan seperti perincian berikut:

6
Jumlah Bulan Untuk Bulan Yang Dibayar
Tahun/ Semester
Pembayaran
Semester 1 6 Bulan Pertama Bergantung kepada takwim
pengajian yang dikeluarkan
Semester 2 6 Bulan Kedua oleh Bahagian Matrikulasi
(BM).

4.3 Dari sudut kaedah perakaunan, perkara berikut perlu dilaksanakan:

4.3.1 Peringkat Bahagian/ JPN:

Tempoh
Penyalur Kaedah Pengkreditan/
Penerima Peruntukan
Peruntukan Pembayaran Pembayaran Ke
Akaun Murid
BPKhas Sekolah Pendidikan
Khas
Sekolah Harian
JPN Sekolah Berasrama
Penuh (SBP)
Dengan kadar
Bahagian
Pengkreditan ke segera setelah
Matrikulasi (BM) Kolej Matrikulasi (KM)
Akaun Bank Murid menerima
maklumat lengkap
murid
Bahagian Kolej Vokasional
Pendidikan (KV)
Latihan Teknikal Sekolah Menengah
dan Vokasional Teknik (SMT)
(BPLTV)

4.3.2 Peringkat Sekolah/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ KM/ KV:

i. Peruntukan EMK yang diterima daripada BPKhas/ BPLTV/ JPN hendaklah


diagihkan kepada sekolah-sekolah melalui akaun bank Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) dengan kadar segera beserta senarai nama MBK yang
layak mengikut sekolah.
ii. BPKhas/ BPLTV/ JPN perlu memaklumkan secara bertulis kepada pihak
sekolah bahawa peruntukan EMK telah disalurkan agar pihak sekolah
dapat merekodkan terimaan peruntukan EMK tersebut.

7
iii. Pihak sekolah dikehendaki merekodkan terimaan tersebut dengan
menyediakan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) atas nama “Setiausaha
Bahagian/ Pengarah Institusi / Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri” yang
berkaitan di bawah Lajur Bantuan Persekolahan Lain bagi Peruntukan
EMK di dalam Buku Tunai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan
menyelenggara Akaun Subsidiari EMK.

4.3.3 Peringkat Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas):

i. Menyalurkan peruntukan kepada Bahagian/ JPN berdasarkan takwim


pengurusan EMK yang terkini.
ii. Mengemukakan maklumat murid kepada Bahagian/ JPN dengan kadar
segera selepas tarikh akhir pengesahan permohonan EMK oleh Bahagian/
JPN.
iii. Menyalurkan peruntukan tambahan kepada Bahagian/ JPN dalam tempoh
14 hari selepas surat permohonan rasmi diterima oleh BPKhas (sekiranya
peruntukan di dalam vot BPKhas masih mencukupi).
iv. Mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Bahagian
Kewangan dengan kadar segera (sekiranya peruntukan di dalam vot
BPKhas tidak mencukupi untuk menampung keperluan tahun semasa).

4.3.4 Peringkat Bahagian Kewangan:

i. Menyediakan Waran Peruntukan Pertama kepada BPKhas dalam bulan


Januari tahun semasa.
ii. Menyediakan Waran Peruntukan Tambahan kepada BPKhas dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat kelulusan peruntukan
tambahan/ tarikh penerimaan surat kelulusan pindah peruntukan yang
dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF).

8
5. TATACARA BAGI KES PEMBERHENTIAN/ PENANGGUHAN/ PENARIKAN
BALIK EMK

5.1 Sekolah/ KM/ KV hendaklah mengeluarkan surat rasmi kepada ibu bapa/
penjaga memaklumkan mengenai pemberhentian/ penangguhan/ penarikan
balik EMK berserta justifikasi atau sebab tindakan tersebut diambil.

5.2 Pembayaran EMK adalah berdasarkan jumlah bulan yang layak dibayar
seperti yang dinyatakan pada maklumat senarai nama MBK yang diedarkan
oleh Bahagian/ JPN.

5.3 Bagi kes pemberhentian EMK, jumlah yang akan dibayar kepada MBK adalah
sehingga bulan murid tersebut berhenti sekolah. Jumlah yang telah dibayar
bagi bulan yang tidak layak hendaklah diselaraskan semula setelah murid
menyambung semula persekolahan. Bagi MBK yang mendaftar semula
persekolahan, permohonan baharu EMK perlu dilaksanakan semasa tempoh
permohonan dalam talian dibuka.

5.4 Bagi kes penangguhan EMK, jumlah yang akan dibayar kepada MBK adalah
sehingga bulan murid tersebut menangguh persekolahan. Jumlah yang
telah dibayar bagi bulan yang tidak layak hendaklah diselaraskan semula
setelah murid menyambung semula persekolahan.

5.5 Bagi kes penarikan balik EMK, jumlah yang telah dibayar ke akaun murid perlu
dikutip semula dan perlu dimaklumkan secara rasmi kepada ibu bapa/ penjaga
murid.

6. TATACARA BAGI KES MBK MENINGGAL DUNIA

6.1 Sekiranya MBK meninggal dunia, Sekolah/ PPD/ KM/KV hendaklah membuat
pembayaran EMK secara tunai/ melalui cek kepada pewaris. Pembayaran ini
adalah sehingga bulan yang mana MBK tersebut meninggal dunia sahaja.

9
7. TATACARA BAGI KES MBK YANG MENAMATKAN PERSEKOLAHAN/
PENGAJIAN

7.1 MBK yang tamat pengajian matrikulasi/ pengajian di KV atau tamat tempoh
persekolahan, jumlah EMK yang akan dibayar kepada MBK adalah sehingga
bulan murid tersebut menamatkan pengajian/ persekolahan.

8. TATACARA BAGI KES PERTUKARAN MBK KE SEKOLAH/ KOLEJ


MATRIKULASI/ KV YANG LAIN

8.1 Pertukaran MBK perlu dikemas kini oleh pihak sekolah/ KM/ KV yang asal bagi
mengelakkan keciciran dan pertindihan bayaran.

8.2 Pihak sekolah/ KM/ KV yang asal perlu menyatakan status MBK dan
penerimaan EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah/ Kolej
Oleh Murid Warganegara (P.U (A)275) dan dikemukakan kepada BM/ BPKhas/
BPTV/JPN/ PPD.

8.3 Bagi pertukaran MBK di dalam dan antara negeri, pembayaran hendaklah
dibuat oleh sekolah/ KM/ KV yang asal dalam tahun semasa dengan disusuli
surat pemakluman oleh sekolah/ KM/ KV yang asal kepada sekolah/ KM/ KV
yang baharu dan disalinkan kepada Bahagian/ JPN.

9. TATACARA PENGELUARAN WANG EMK

9.1 Pihak sekolah/ KM/ KV tidak perlu menyimpan kad akaun/ kad ATM MBK
yang merupakan penerima EMK.

9.2 Pengeluaran wang EMK adalah tidak tertakluk kepada had jumlah
pengeluaran tertentu. Walau bagaimanapun, pengeluaran mestilah bertujuan
untuk kegunaan MBK penerima EMK sahaja. Sekiranya pihak sekolah/ KM/ KV/

Bahagian mendapat laporan dan bukti bahawa pengeluaran EMK oleh ibu
bapa/ penjaga MBK bukan untuk kegunaan MBK, pembayaran EMK boleh
10
diberhentikan serta merta dengan keputusan oleh Jawatankuasa Bantuan
Peringkat Sekolah/ Kolej/ institusi.

10. TANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN KEWANGAN EMK

10.1 Tanggungjawab Bahagian Kewangan:

i. Membida peruntukan EMK berdasarkan maklumat anggaran peruntukan


yang dikemukakan oleh Bahagian/JPN melalui BPKhas;
ii. Menurunkan sewajarnya waran peruntukan yang diluluskan kepada
BPKhas selaku penyelaras;
iii. Menurunkan waran peruntukan tambahan sekiranya perlu berdasarkan
maklumat/justifikasi dari BPKhas;
iv. Memohon peruntukan tambahan/ pindah peruntukan daripada
Kementerian Kewangan (sekiranya perlu) berdasarkan maklumat
keperluan yang dikemukakan oleh Bahagian/ JPN melalui BPKhas;
v. Melaporkan prestasi perbelanjaan peruntukan EMK mengikut keperluan
kepada Pengurusan Tertinggi.

10.2 Tanggungjawab Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas):

i. Mengemukakan maklumat anggaran peruntukan yang diperlukan oleh


Bahagian/ JPN kepada Bahagian Kewangan;
ii. Mengakaunkan dan menyalurkan peruntukan yang diterima dari Bahagian
Kewangan sewajarnya mengikut tatacara yang ditetapkan di dalam GP
EMK terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM;
iii. Mengenal pasti maklumat peruntukan tambahan yang diperlukan
merangkumi keperluan di Bahagian/ JPN dan mengemukakan kepada
Bahagian Kewangan secara rasmi;

iv. Melaporkan prestasi perbelanjaan peruntukan EMK seperti yang ditetapkan


di dalam GP EMK terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM
atau surat/emel arahan rasmi dari KPM.

11
10.3 Tanggungjawab Bahagian/ JPN:

i. Mengemukakan maklumat anggaran peruntukan yang diperlukan kepada


BPKhas;
ii. Mengakaunkan dan menyalurkan peruntukan yang diterima dari BPKhas
sewajarnya mengikut tatacara yang ditetapkan di dalam GP EMK terkini
yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM;
iii. Mengenal pasti maklumat peruntukan tambahan yang diperlukan dan
mengemukakan kepada BPKhas untuk diselaraskan dan dipanjangkan
kepada Bahagian Kewangan;
iv. Melaporkan prestasi perbelanjaan peruntukan EMK kepada BPKhas seperti
yang ditetapkan di dalam GP EMK terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan, KPM atau surat/emel arahan rasmi dari KPM.

10.4 Tanggungjawab Sekolah/ KM/ KV:

i. Melaksanakan pembayaran EMK ke akaun murid berdasarkan arahan


Bahagian/ JPN mengikut tatacara yang telah ditetapkan;
ii. Mengenal pasti maklumat peruntukan tambahan yang diperlukan dan
mengemukakan kepada Bahagian/ JPN untuk diselaraskan dan
dipanjangkan kepada BPKhas;
iii. Melaporkan prestasi perbelanjaan peruntukan EMK kepada Bahagian/ JPN
untuk diselaraskan dan dipanjangkan kepada BPKhas seperti yang
ditetapkan di dalam GP EMK terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan, KPM atau surat/emel arahan rasmi dari KPM.

11. TATACARA PENYELARASAN DAN PEMULANGAN LEBIHAN/ BAKI


PERUNTUKAN

11.1 Sekolah/ KM/ KV dikehendaki memulangkan lebihan/ baki akhir peruntukan


EMK kepada Bahagian/ JPN melalui cek atas nama “Ketua Akauntan KPM/
Pengarah/ Setiausaha Bahagian” selewat-lewatnya pada 30 September2
tahun semasa.

12
11.2 BPKhas dikehendaki memulangkan lebihan akhir peruntukan yang diterima
daripada Bahagian/ JPN kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui Waran
Tarik Balik selewat-lewatnya pada 31 Oktober3 tahun semasa.

12. PEMAKAIAN

12.1 Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tahun 2021 dan hendaklah dibaca
bersama Surat Pekeliling Kewangan (SPK) yang sedang berkuat kuasa. Garis
panduan ini juga membatalkan Garis Panduan EMK Tahun 2019.

12.2 Perkara yang tidak dinyatakan dalam SPK mahupun Garis Panduan ini
hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui surat atau e-mel
rasmi untuk mendapatkan keputusan.

12.3 Permohonan pengecualian dari mana-mana perkara yang telah ditetapkan di


dalam Garis Panduan ini boleh dikemukakan oleh Bahagian/ JPN kepada
Bahagian Kewangan, KPM melalui BPKhas beserta justifikasi kukuh untuk
pertimbangan.

2 Nota : Boleh berubah mengikut surat siaran arahan yang terkini dari Bahagian Kewangan, KPM.

3 Nota : Boleh berubah mengikut surat siaran arahan yang terkini dari Bahagian Kewangan, KPM.

13
LAMPIRAN A
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG PERMOHONAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN ______

NAMA KOLEJ/ SEKOLAH:

BAHAGIAN A: BUTIRAN DIRI (untuk diisi oleh ibu bapa/ penjaga/ pemohon)

1. Nama Murid

2. No. Kad Pengenalan/ 11. Jantina


No. Sijil Lahir

3. Tarikh Lahir 12. Umur

4. Tahun/ Tingkatan 13. Bangsa

5. Tarikh Daftar Kolej/ 14. Tarikh Kad


Sekolah OKU/
Dokumen
Sementara
OKU
dikeluarkan

6. No. Pendaftaran OKU

7. Nama Bank

8. No. Akaun Bank

9. Nama Ibu Bapa/ Penjaga

10. No. Kad Pengenalan Ibu


Bapa/ Penjaga

BAHAGIAN B: PENGAKUAN IBU BAPA/ PENJAGA

1. Dengan ini saya mengesahkan bahawa anak jagaan saya tidak menerima elaun OKU/ biasiswa/ bantuan
kewangan lain daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan;
2. Sekiranya anak jagaan saya layak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) saya bersetuju dengan
syarat – syarat di bawah untuk tujuan kawalan dalaman:

i. Membenarkan pihak kolej /sekolah menyimpan Salinan Penyata Bank untuk pembayaran EMK anak
jagaan saya;
ii. Berjanji akan menggunakan elaun yang diterima dengan sebaiknya untuk kegunaan anak jagaan saya;
dan
iii. Bersetuju pembayaran EMK diberhentikan serta merta bagi anak jagaan saya sekiranya anak jagaan
saya menerima elaun OKU/ biasiswa/ bantuan kewangan lain (kecuali KWAPM) atau berhenti atau
dibuang sekolah.

Saya mengaku bahawa semua butiran yang telah diberikan di atas adalah benar dan pihak kolej/ sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri berhak membatalkan pemberian elaun kepada anak jagaan saya sekiranya butir-
butir yang diberikan oleh saya adalah tidak benar. Saya sedar bahawa sebarang pernyataan palsu akan
mendedahkan saya kepada pendakwaan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Tarikh : Tandatangan Ibu/ Bapa /Penjaga :

Disemak oleh PK Khas/ PKHEM: Disahkan oleh Pengarah Kolej / Pengetua/ Guru
Besar:
SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN

BIL DOKUMEN SEMAKAN

ADA TIADA

1 Salinan Kad Pengenalan Murid/ Sijil Lahir

2 Salinan Kad OKU/ Dokumen Pengenalan


Sementara OKU

3 Salinan Buku Bank Murid/ Salinan Penyata


Bank Murid

4 Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga

**

- Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca.


- Sila tandakan ruangan semakan dokumen
Manual Pengguna
Aplikasi Pengurusan Bantuan
(APB)
MODUL :
PENGURUSAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
KUMPULAN PENGGUNA

01 BAHAGIAN

02 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


03
(PPD)

GURU PENYELARAS EMK YANG TELAH


04
DILANTIK OLEH SEKOLAH

PENYELARAS EMK YANG TELAH


05
DILANTIK OLEH KOLEJ MATRIKULASI
SUMBER DATA
PERMOHONAN SEKOLAH
• Diambil daripada Modul Pengurusan Murid,
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

• Dipilih mengikut maklumat OKU

• Guru Kelas perlu mengemaskini maklumat


OKU murid di dalam Modul Pengurusan
Murid, Sistem Pengurusan Sekolah

• Guru EMK perlu menyemak senarai murid


yang layak memohon di dalam Aplikasi
Pengurusan Bantuan
PERANAN GURU PENYELARAS EMK
Pengemaskinian Maklumat OKU

▪ Memaklumkan kepada guru kelas untuk


mengemaskini maklumat OKU di Modul
Pengurusan Murid supaya murid yang layak
memohon EMK disenaraikan di dalam Pengurusan
EMK, APB.

Pengesahan maklumat OKU murid


Maklumat EMK yang perlu diisi
▪ Guru Penyelaras EMK menyemak senarai murid
EMK yang telah dikemaskini oleh Guru Kelas di ▪ Tarikh Masuk Sekolah
dalam APB melalui menu “Senarai Layak ▪ Nombor Kad OKU
Memohon” ▪ Tarikh Kad OKU
SUMBER DATA
MAKLUMAT MURID YANG PERLU DIKEMASKINI DI DALAM
MODUL PENGURUSAN MURID, SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
• NO MYKID/MYKAD
• NAMA
• DARJAH / TINGKATAN
• STATUS WARGANEGERA
• NAMA IBU BAPA
• NO MYKAD IBU BAPA
• PENDAPATAN IBU BAPA
• TARIKH MASUK SEKOLAH
• NOMBOR KAD OKU
• TARIKH KAD OKU
*(Bagi kad lama yang tidak mempunyai tarikh, tarikh surat keluar kad
tersebut adalah terpakai)
CAPAIAN GURU KE APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN
PENDAFTARAN GURU PENYELARAS EMK
Perlu didaftarkan di dalam Sistem eOperasi oleh
pihak sekolah yang menjadi Pentadbir kepada
Modul Pengurusan Guru, Sistem Pengurusan
Sekolah

LOG MASUK
Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid,
Sistem Pengurusan Sekolah menggunakan ID yang
telah didaftarkan di dalam Sistem eOperasi

URL CAPAIAN SISTEM


• Melalui https://sps1.moe.gov.my ; atau
• Melalui https://apdm.moe.gov.my
MODUL PENGURUSAN EMK,
APB BAGI GURU PENYELARAS
EMK
CAPAIAN KE APB BAGI GURU PENYELARAS EMK

Klik pada butang Log Masuk

URL : https://sps1.moe.gov.my
CAPAIAN KE APB BAGI GURU PENYELARAS EMK

Klik pada butang Pengurusan Murid

Nota : Sistem akan memaparkan skrin Log Masuk Pengguna, Modul Pengurusan
Murid, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) setelah klik butang Pengurusan
Murid.
CAPAIAN KE APB BAGI GURU PENYELARAS EMK

Masukkan ID Pengguna dan Kata


laluan yang telah didaftarkan
CAPAIAN KE APB BAGI GURU PENYELARAS EMK

Klik pada menu Ke Pengurusan


Bantuan untuk masuk ke Sistem
Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
HALAMAN UTAMA APB BAGI GURU PENYELARAS EMK

Klik pada ikon EMK untuk masuk ke


Pengurusan EMK
PAPARAN MODUL EMK
Pastikan berada dalam modul EMK

Klik pada menu Senarai Layak


Memohon
MODUL EMK : SENARAI LAYAK MOHON

Semak maklumat permohonan


Pastikan murid yang
01 layak ada tersenarai
murid tersebut : Lengkap / Tidak 04
Lengkap

Semak semua data. Jika tidak,


Klik No. KP untuk
JPN tidak dapat melihat
02 melihat maklumat
permohonan dan tidak dapat 05
murid
membuat pengesahan

Hanya permohonan berstatus


03 Klik butang Semak
Lengkap akan diproses 06
MODUL EMK > SENARAI LAYAK MOHON > STATISTIK PERMOHONAN
▪ Senarai Layak Mohon dipaparkan di dalam Jadual Statistik Permohonona mengikut fasa ambilan yang
dibuka.
▪ Kolum Bil. Mohon memaparkan bilangan layak mohon yang telah dikemaskini oleh guru kelas di dalam
Modul Pengurusan Murid, Sistem Pengurusan Sekolah.

Status Permohonan mengikut bilangan

Klik Ambilan untuk ke senarai murid


MODUL EMK > STATISTIK PERMOHONAN > SENARAI PERMOHONAN
▪ Kolum Status Semakan bertanda X bagi permohonan murid yang belum disemak oleh Guru Penyelaras
EMK.

Klik NoKP untuk melihat maklumat


permohonan murid
MODUL EMK > STATISTIK PERMOHONAN > SENARAI PERMOHONAN
MODUL EMK > SENARAI PERMOHONAN > MAKLUMAT MURID

▪ Guru Penyelaras EMK menyemak


maklumat murid

Maklumat EMK yang perlu ada

▪ Tarikh Masuk Sekolah


▪ Nombor Kad OKU
▪ Tarikh Kad OKU

Klik butang Semak


MODUL EMK > STATISTIK PERMOHONAN > SENARAI PERMOHONAN
▪ Kolum Status Semakan bertanda ✔ bagi permohonan murid yang telah disemak oleh Guru Penyelaras
EMK.
▪ Hanya permohonan yang telah disemak boleh dibatalkan.

Telah disemak oleh Guru


Penyelaras EMK
MODUL EMK > SENARAI LAYAK MOHON > STATISTIK PERMOHONAN

▪ Statistik Permohonan dikemaskini secara automatik apabila Guru Penyelaras EMK selesai membuat
semakan kepada permohonan murid.
▪ Guru Penyelaras EMK perlu membuat semakan di dalam tempoh yang telah ditetapkan.
▪ Permohonan EMK selesai disemak apabila status semakan bertanda ✔.

Proses semakan selesai


MODUL PENGURUSAN EMK,
APB BAGI PENYELARAS EMK
MATRIKULASI
PENGGUNA : PENYELARAS EMK MATRIKULASI

Masukkan ID Pengguna dan Kata


laluan yang telah didaftarkan
HALAMAN UTAMA APB BAGI PENYELARAS EMK MATRIKULASI

▪ Klik pada menu Senarai Permohonan untuk melihat ▪ Klik pada menu Permohonan Baru untuk membuat
senarai permohonan pelajar kemasukan permohonan pelajar
▪ Jadual Senarai Pemohon : Statistik Permohonan akan ▪ Jadual Permohonan Baru : Statistik Permohonan
dipaparkan. akan dipaparkan.
SENARAI PEMOHON

1
Klik Ambilan untuk ke senarai pelajar

Klik NoKP untuk melihat maklumat


2
permohonan murid
PERMOHONAN BARU

Klik Ambilan untuk ke skrin kemasukan maklumat


pelajar
PERMOHONAN BARU

Nota :
Kemasukan
maklumat Jenis
Sekolah /
Matrikulasi tidak Klik butang Simpan.
boleh lebih daripada Tetingkap pop-up makluman
5 aksara Maklumat murid telah
dimasukkan akan dipaparkan.
Maklumat permohonan pelajar telah
disimpan.
PERMOHONAN BARU

Bil. Mohon pada Jadual Permohonan Baru : Statistik


Permohonan bertambah
SENARAI PEMOHON

Bil. Mohon pada Jadual Senarai Pemohon : Statistik


Permohonan bertambah
SENARAI PEMOHON

Permohonan boleh dibatalkan pada


Senarai Pemohon.
Terima kasih
TAKWIM PENGURUSAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2023

BIL TARIKH TEMPOH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

Fasa 1: Pengurusan EMK untuk murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Semester 2/3 / Matrikulasi Semester 2/4

1. 16 Jan 1 hari Peruntukan diturunkan kepada BPKhas BKew, KPM

2. 01 Feb - 38 hari i) Kemas kini data MBPK dalam APDM; Sekolah/ KM/ • Tarikh masuk sekolah tahun semasa di
10 Mac ii) Mengenal pasti MBPK yang layak menerima KV paparan MBPK (OKU) dalam sistem APDM
EMK; dikemas kini menjadi 03 Januari 2023
iii) Memastikan murid yang layak menerima EMK (bertujuan untuk pengiraan secara automatik
melengkapkan Borang Permohonan EMK; dan dalam APB sahaja)
iv) Melaksanakan Mesyuarat JK Bantuan
Peringkat Sekolah/ KM/ KV untuk
mengesahkan murid yang layak menerima
EMK. 03-Jan-23

• APDM ditutup : bergantung kepada surat


edaran BPSH

3. 19 Mac – 13 hari i) Pembukaan sistem APB. BPM • Permohonan EMK murid baharu Tingkatan 4
31 Mac ii) Permohonan dan pengesahan permohonan Sekolah / KM / SBP/ Tingkatan 4 SMT/ Tahun 1 SVM KV/
secara dalam talian oleh sekolah/ KM/ KV. KV Tahun 1 SKM KV/ Tingkatan 4 SMPKV/
iii) Sistem APB ditutup pada 31 Mac 2023. Tingkatan 4 SMKA dibuat oleh sekolah asal/
lama.
• Semakan kali kedua tarikh masuk sekolah
tahun semasa di paparan MBPK (OKU).

4. 27-28 Mac 2 hari Pra Semakan Data Penerima EMK Tahun 2023 • Semakan data penerima EMK Tahun 2023
berdasarkan data permohonan sebelum tarikh
tutup permohonan
• JPN hendaklah memastikan tiada senarai
MBPK yang cicir
BIL TARIKH TEMPOH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

5. 01 – 03 3 hari Pengesahan permohonan secara dalam talian BPM • Hanya MBPK sesi persekolahan 2023/2024
April oleh Bahagian dan JPN. BPKhas/ yang perlu disahkan untuk pembayaran EMK.
BPLTV/ • JPN hendaklah memastikan MBPK Tingkatan 6
BM/ JPN Semester 3 layak menerima EMK sehingga
April 2023 sahaja.
• MBPK Tingkatan 5/2022 tidak layak dibayar
EMK bagi tahun 2023.

6. 04 - 05 2 hari • Data sepadu MBPK yang disahkan untuk BPM/BPKhas BPM akan menyediakan data dalam bentuk
April menerima EMK diekstrak/ cerap dari sistem google drive
APB dan dikemukakan kepada BPKhas.
• Penghantaran data sepadu kepada
sekolah, JPN dan Bahagian

7. 05 -07 3 hari • Data penerima EMK disemak oleh Bahagian/ BPLTV /BM/ • Pastikan data penerima EMK betul dan lengkap.
April JPN/ SPK dan disahkan oleh Ketua Jabatan. JPN/ Sekolah • Data penerima EMK disediakan mengikut PPD/
• Permohonan peruntukan EMK bagi Pendidikan JPN/ KV/ KM/ sekolah.
pembayaran Fasa 1 dihantar secara bertulis Khas (SPK)
kepada BPKhas berserta data penerima.

8. 08-12 5 hari • Penyediaan subwaran peruntukan/ baucar BPKhas


April bayaran berdasarkan data penerima EMK yang (UHEM/Unit
telah disahkan. Kewangan)
• Penurunan subwaran peruntukan/baucar
bayaran kepada Bahagian/ JPN/ SPK.

9. 13 - 21 9 hari Penyaluran peruntukan EMK ke akaun murid. KM/ KV/ JPN/


April PPD/ sekolah

10. 21 April – 15 hari • Kemaskini Data EMK Fasa 1 KM/ KV/ JPN/ Penyelarasan baki di peringkat sekolah dan JPN
05 Mei • Pemulangan baki EMK daripada sekolah ke PPD/ sekolah
JPN
BIL TARIKH TEMPOH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

11. 01 Mei – 31 hari Penerimaan rayuan bagi MBPK yang mendapat BPLTV/ BM/ • MBPK yang mendapat kad OKU selepas 30
31 Mei pengesahan pendaftaran Kad OKU pada bulan JPN/ Sekolah April 2023 tidak akan dibayar EMK pada tahun
Mac hingga April 2023 & pendaftaran sekolah semasa.
sehingga bulan Mei 2023 / calon cicir*
• *Calon cicir terdiri daripada:
i. Murid Tingkatan 1 yang mendaftar di SBP/
SMKA
ii. Murid yang mendaftar ke Tahun 1,
2023/2024
iii. Kes-kes khas yang boleh diberi
pertimbangan sewajarnya

12. 01 – 07 7 hari Penyediaan subwaran peruntukan/baucar bayaran BPKhas • Permohonan rayuan / cicir
Jun berdasarkan data rayuan yang telah disahkan - (Unit
permohonan rayuan / cicir Kewangan)

13. 08 - 12 5 hari Penurunan subwaran peruntukan/ baucar bayaran BPKhas • Permohonan rayuan / cicir
Jun kepada Bahagian/ JPN/ sekolah bagi kes rayuan/ (UHEM)
cicir

14. 12 - 22 Jun 11 hari Penyaluran peruntukan dari JPN/ PPD/ sekolah ke JPN/ PPD • Permohonan rayuan / cicir
akaun murid bagi kes rayuan/ cicir sekolah/ KM/
KV

15. 12-16 Jun 5 hari • Menyemak semula dan mengemaskini data Bahagian/ • Kemaskini data penerima EMK Fasa 1 termasuk
penerima EMK Fasa 1 JPN/PPD murid cicir.
• Menyediakan data penerima EMK Fasa 2. /sekolah • Penyelarasan semula penerima EMK
• Mengemukakan permohonan peruntukan EMK
bagi pembayaran Fasa 2 kepada BPKhas

16. 23 – 30 Jun 8 hari • Kemas kini data penerima EMK fasa 1 termasuk BPLTV/ Penyelarasan baki di peringkat sekolah dan
murid kes rayuan. JPN/ JPN
• Pemulangan baki EMK daripada sekolah ke SPK/sekolah
JPN (rayuan)

*tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Nota :
1. Raya Aidilfitri: 22-23 April 2023
2. Raya AidilAdha: 29-30 Jun 2023

You might also like