Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5: Unit Peperiksaan Dan Penilaian Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Nama murid : ...........................................................................

Kelas : ..................................

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN
09410 PADANG SERAI, KEDAH.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5


TAHUN 2022

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan SATU soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

................................... ................................... ...................................


(MEGANATHAN A/L LACHIMANAN) (LADDA JULAPHONG A/P EDENG) (ROSLIZA BINTI GHAZALI)
Guru mata pelajaran Tingkatan 5 Guru Kanan Bahasa Pengetua
SMK Sungai Karangan. SMK Sungai Karangan. SMK Sungai Karangan.
Bahagian A
[30 markah]
Soalan ini mesti dijawab.

Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan makanan segera.


Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah karangan tentang makanan segera.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

BAHAN 1
Pengambilan makanan segera yang melampau mampu menjadikan seseorang itu ketagih. Hal ini
dikatakan demikian kerana seseorang yang kerap mengambil makanan segera seperti kentang
goreng, mi segera, ditambah pula dengan minuman bergas akan mengakibatkan seseorang itu
mudah menghidap penyakit kronik. Kegagalan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi
kerap melanda masyarakat pada masa ini. Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada masalah ini.

(Sumber : Norfaizah Omar, 16 September 2021)

BAHAN 2 BAHAN 3

Obesiti atau Kegemukan

2
Bahagian B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1
JERANTUT : Sayuran kampung, ulam segar dan minuman segar menjadi amalan wanita
warga emas berusia 110 tahun yang menjadi individu tertua di Kuala Tahan, di sini. Tera
Yusoh berkata bahawa beliau suka mengambil ikan dimakan bersama sedikit nasi yang
dicampur dengan sayur-sayuran. Cara pemakanan ini menjadi amalannya sejak zaman muda
lagi.
(Sumber : Berita Harian.com.my, 5 September 2021)

Petikan akhbar di atas tentang seorang warga tua yang mengamalkan pengambilan sayur-sayuran
dalam makanan hariannya. Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mendapati bahawa setiap individu perlu mengambil 150 kilogram sayur-sayuran sekurang-
kurangnya setahun. Kajian tersebut menunjukkan bahawa sayur-sayuran banyak kebaikannya.

Bincangkan manfaat-manfaat pengambilan sayur-sayuran terhadap tubuh badan manusia.

2
PUTRAJAYA : Buat julung-julung kalinya, program tahunan Sambutan Rumah Terbuka
Malaysia untuk perayaan Tahun Baharu Cina 2021 bakal berlangsung dalam suasana norma
baharu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, acara itu
akan dibuat secara maya menerusi pelantar media sosial Facebook rasmi kementerian,
MyMOTAC.
Sumber : Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu dalam norma baharu
oleh Amree Ahmad, 17 Februari 2021, www.utusan.com.my

Dengan berdasarkan maklumat di atas, masyarakat Malaysia sering menganjurkan majlis rumah
terbuka bersempena dengan hari perayaan sama ada Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali
dan juga Krismas.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan penganjuran majlis rumah terbuka bersempena
dengan hari perayaan kepada kepada rakyat dan negara?

3
3
Pada tarikh 23 April setiap tahun, kita akan menyambut Hari Buku Sedunia. Intensif ini
dicetuskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNESCO) bagi menggalakkan pembacaan, penerbitan dan hak cipta. Tarikh ini
dipilih bersempena dengan ulang tahun kematian sasterawan tersohor dunia seperti Miguel de
Cervantes, William Shakespeare dan Inca Garcilaso de la Vega yang banyak menghasilkan
karya kesusasteraan bermutu tinggi.

Sumber : Prof Madya Dr. Azrul Hafiz Abdul Aziz, BH Online, 24 April 2021.

Dengan berdasarkan penyataan di atas, huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu
bapa untuk mendidik anak-anak supaya gemar membaca.

4
Pensyarah Kanan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Dr. Abu Yazid Abu Bakar berpendapat bahawa usaha meningkatkan jumlah kaunselor terlatih
tidak akan berkesan sekiranya masyarakat masih lagi belum terbuka berkongsi masalah
dengan kaunselor. Hal ini mungkin disebabkan persepsi negatif yang melihat peranan
kaunselor seolah-olah menangani masalah mental, walhal bertemu dengan kaunselor bukan
bererti seseorang itu gila. “Malah, sesiapa sahaja boleh mendapatkan khidmat kaunselor dan
tidak semestinya ketika berdepan dengan masalah sahaja,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo Online, 8 Januari 2019.
.
Petikan akhbar ini menunjukkan salah tanggapan segelintir masyarakat tentang peranan
kaunselor yang sebenarnya.
Huraikan peranan kaunselor dengan berdasarkan kaunselor di sekolah anda.

You might also like