Bab 3: Kelestarian Alam Sekitar: 3.1 Kitaran Hayat Produk

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Bab 3 : Kelestarian Alam Sekitar

3.1 Kitaran Hayat Produk


Apakah jejak karbon 碳足迹 (carbon footprint) ?

1. Jejak karbon 碳足迹 ialah jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera hasil

daripada aktiviti individu, peristiwa, organisasi, komuniti atau produk yang digunakan.

(*Jejak karbon ialah jumlah gas rumah hijau (karbon dioksida) yang dibebaskan daripada

aktiviti manusia.)

2. Proses-proses yang mempengaruhi jejak karbon :

• pengunaan air

• penggunaan tenaga elektrik

• pembebasan gas rumah hijau

• pengangkutan

• sisa

• makanan

• kekerapan penggunaan produk tersebut

3. Proses-proses yang mengurangkan jejak karbon :

• imbangan (contoh : penanaman semula pokok)

• kitar semula

*Semakin banyak karbon dioksida dibebaskan, semakin besar jejak karbon. 碳消耗的越多,二氧化碳越多,碳足迹

就越大。
55
Label jejak karbon :

Setiap 500ml akan


membebaskan 900g
karbon dioksida

Setiap pencucian
akan
membebaskan
850g karbon
dioksida

Label cekap tenaga :

Semakin banyak bintang / Semakin tinggi kadar cekap tenaga, semakin jimat tenaga.

星星越多,越省电,jejak karbon 越小。

56
Jejak karbon (carbon footprint) dan tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi

sesuatu produk

Jejak karbon bagi sesuatu produk merujuk Tapak tangan karbon sesuatu objek merujuk

kepada impak negatif terhadap kelestarian kepada impak positif terhadap kelestarian

alam sekitar yang disebabkan oleh produk alam sekitar yang disebabkan oleh produk

tersebut sepanjang kitar hayatnya. tersebut sepanjang kitar hayatnya.

Tapak tangan karbon

1. Tapak tangan karbon bertujuan untuk :

• mengurangkan jejak karbon bagi produk tersebut

• menambahkan impak positif terhadap kelestarian 永久性 alam sekitar

• mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam kitaran hayat sesuatu produk

2. Contoh langkah-langkah tapak tangan karbon :

a) penggunaan bahan dengan jejak karbon yang rendah dalam pembuatan produk

- bahan binaan yang tidak boleh baharu → bahan binaan yang boleh baharu dan kurang

membebaskan gas rumah hijau

- contoh : simen → kayu balak

b) pemanjangan kitar hayat dan peningkatan kecekapan produk

- contoh : bateri yang boleh dicas semula , panel suria

c) penggunaan tenaga yang kurang membebaskan gas rumah hijau dan pengubah tenaga

yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi

- stesen jana kuasa hidroelektrik , sumber tenaga boleh baharu , tidak membebaskan

gas rumah hijau ke atmosfera

- penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai label cekap tenaga 5 ★

57
d) pengurusan sisa yang cekap ke arah kelestarian alam sekitar

- konsep 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot)

- Refuse 拒绝 : tidak menerima produk yang tidak diperlukan

- Reduce 减少 : mengurangkan kuantiti produk yang digunakan

- Reuse 再使用 : guna semula produk

- Recycle 再循环 : kitar semula produk

- Rot 腐烂 : memudahkan pereputan sisa melalui pembuatan kompos 堆肥

e) penyingkiran gas rumah hijau dan penyimpanan karbon dioksida dalam singki karbon

- singki karbon ialah tempat semula jadi seperti hutan dan lautan

- singki karbon berfungsi menyingkirkan karbon dioksida daripada udara

- apabila karbon dioksida melarut dalam air laut dan apabila diserap oleh tumbuhan

hijau, karbon dioksida dalam udara akan mengurang

- karbon terkumpul dalam biojisim 生物质 juda dapat membantu mengurangkan karbon

dioksida

58
Kitaran Hayat 生命循环 Sesuatu Produk

1. Kitaran hayat umum bagi produk bermula daripada sumber sehingga peringkat pelupusan 抛

弃 dan dikitar semula (cradle-to-cradle life cycle) atau dibiarkan mereput (cradle-to-grave

life cycle).

Bermula daripada sumber sehingga Bermula daripda sumber sehingga peringkat

peringkat pelupusan dan dikitar semula pelupusan dan dibiarkan mereput

(cradle-to-cradle life cycle of a product) (cradle-to-grave life cycle of a produck)

Sumber Sumber
↓ ↓
Pembuatan Pembuatan
↓ ↓
Pengangkutan Pengangkutan
↓ ↓
Penggunaan Penggunaan
↓ ↓
Pelupusan Pelupusan
↓ ↓
Dikitar semula Mereput

Pembuatan

Pengangkutan

......

(重复)

59
Pengurusan Cekap bagi Sisa Plastik ke Arah Kelstarian Alam Sekitar

Apakah upcycle ?

1. Upcycle ialah proses kitar semula untuk menghasilkan produk baharu yang mempunyai nilai

yang lebih tinggi daripada produk asal.

2. Contoh : botol plastik terpakai menjadi penyapu plastik

Mikroplastik dalam Rantai Makanan

Apakah mikroplastik ? (mikro = 微小)

1. Mikroplastik ialah kepingan plastik yang panjangnya kurang daripda 5mm dan menjadi

berbahaya jika berada di dalam badan organisma akuatik.

2. Sumber mikroplastik : botol, tekstil buatan manusia, cat, peralatan elektronik yang dibuang

3. Pemindahan mikroplastik antara pelbagai jenis organisma sehingga berakhir dalam badan

manusia dan mamalia marin melalui pemakanan dalam siratan makanan 食物网.

60
3.2 Pencemaran Alam Sekitar

Apakah pencemaran alam sekitar ?

1. Pencemaran alam sekitar ialah perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi yang tidak

dikehendaki dalam komponen alam sekitar iaitu udara, air dan tanah.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar

• pencemaran udara

• pencemaran air

• pencemaran tanah

• pencemaran terma

Punca Pencemaran Alam Sekitar

Jenis Pencemaran Punca

Pencemaran udara • pembakaran bahan api fosil, pembakaran biojisim, gas ekzos

空气污染 automobil, pereputan bahan, pereputan sisa organik

(membebaskan gas rumah hijau dan gas bertoksik seperti sulfur

dioksida)

• pencemaran udara semula jadi :

- letusan gunung berapi 火山爆发

- pembakaran hutan 森林大火

- ribut debu 沙尘暴(灰尘)

- sisa organik yang mereput

• pencemaran udara buatan manusia :

- gas ekzos daripada kenderaan atau alat

- relau bagas 熔炉

- stesen jana kuasa terma

- industri dan tapak pelupusan sampah

61
Pencemaran air • sisa :

水源污染 - air sisa

- sisa domestik 家用的 (detergen 洗洁剂 , kumbahan 洗涤水)

- sisa pepejal (sampah sarap)

- bahan buangan industri (gris 油渍)

• bahan kimia yang digunakan dalam pertanian seperti baja kimia

dan racun perosak

• tumpahan minyak 漏油

Pencemaran tanah • penggunaan baja dan racun serangga yang berlebihan

土地污染 • pengurusan sisa pepejal yang kurang sesuai

• hujan asid

• sisa nuklear 核能

• sisa elektronik 电子的

Pencemaran terma • penyahhutanan 开发森林 / pembalakan / penebangan pokok

热污染 • aktiviti perindustrian

• pembakaran bahan api dalam kenderaan atau mesin

Tahap Pencemaran Air daripada Sisa Domestik

1. Indeks Pencemaran Udara (IPU) 空气污染指数 ialah parameter pencemaran udara yang

diukur untuk menentukan tahap pencemaran udara.

2. Biochemical Oxygen Demand (BOD) ialah parameter pencemaran air yang diukur untuk

menentukan tahap pencemaran air.

62
Biochemical Oxygen Demand (BOD) 生化需氧量

1. Biochemical Oxygen Demand ialah jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh

mikroorganisma/bakteria untuk menguraikan bahan organik di dalam sesuatu sumber air.

*生化需氧量是指微生物分解存在于水中的有机物时,所消耗的溶解氧的数量。

2. Semakin tinggi BOD bagi sampel air, semakin banyak mikroorganisma yang berada dalam

sampel air tersebut.

3. Semakin tinggi BOD bagi sampel air, semakin tinggi tahap pencemaran air tersebut.

Larutan metilena biru 亚甲蓝

1. Larutan metilena biru digunakan untuk menentukan tahap pencemaran air bagi suatu sampel

air dengan mengukur masa yang diambil untuk warna larutan metilena biru luntur 漂白 setelah

dicampurkan dengan air tersebut.

2. Apabila larutan metilena biru dimasukkan ke dalam sampel air yang tercemar yang

mengandungi kandungan oksigen terlarut rendah, warna biru larutan metilena biru luntur

dengan cepat.

*含氧量越少,亚甲蓝漂白的速度越快,代表污染越严重。

3. Semakin tinggi tahap pencemaran air, semakin singkat masa yang diambil untuk warna

larutan metilena biru luntur.

Apakah eutrofikasi 富营养化 ?

1. Eutrofikasi ialah respons ekosistem terhadap penambahan ion fosfat dan ion nitrat

(daripada detergen, baja, sampah) ke dalam suatu ekosistem akuatik.

2. Sebagai contoh, pertumbuhan alga yang pesat dalam air kerana mengandungi bekalan ion

nitrat yang berlebihan.

3. Kesan negatif eutrofikasi : pengurangan kandungan oksigen dalam air dan menyebabkan

kematian haiwan dan tumbuhan akuatik.

63
Kaedah Pembersihan Air yang Tercemar dengan Penggunaan Teknologi Hijau

Penggunaan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (Effective Microorganism, EM)

1. Bebola lumpur mikroorganisma efektif, EM 菌泥球/EM 原液 digunakan untuk merawat air

sungai yang tercemar.

2. Mikroorganisma efektif terdiri daripada tiga jenis mikroorganisma :

Jenis
Contoh Fungsi
Mikroorganisma

Bakteria asid laktik Lactobacillus casei • merawat sisa kumbahan

• menyingkirkan bau busuk air

• merencatkan pertumbuhan mikroorganisma

berbahaya

• memudahkan pereputan bahan organik

Bakteria Rhodopseudomonas • mensintesis bahan yang berguna seperti asid

fotosintetik palustris amino dan gula untuk pemakanan haiwan dan

tumbuhan akuatik

Yis Saccharomyces • menghasilkan bahan keperluan bagi

cerevisiae pertumbuhan tumbuhan hijau

64
3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Teknologi Emisi Negatif 负排放技术

1. Teknologi Emisi Negatif (NETs) ialah teknologi yang menyingkirkan kandungan karbon

dioksida dalam atmosfera.

2. Contohnya penggunaan mikroalga.

Apakah mikroalga 微藻 ?

1. Mikroalga yang lazimnya digunakan dalaM Teknologi Emisi Negatif ialah mikroalga marin,

iaitu alga mikroskopik yang hidup, tumbuh dan membiak dengan banyaknya dalam air laut.

*海洋里的微藻是一类结构简单的植物,个体非常小,喜欢随着海水自由漂荡。微藻一般含有叶绿体,

因而可以进行光合作用,制造丰富的有机物,释放氧气,让海洋生态系统有序运行。应用生物技术

进行大量培养或生产的微藻分属于 4 个藻门:蓝藻门、绿藻门、金藻门和红藻门。

2. Mikroalga marin sesuai digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif kerana mikroalga dapat

mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera melalui proses fotosintesis.

Apakah eco currency/eco coin 生态币 ?

1. Eco currency ialah sejenis mata wang universal dicadangkan sebagai medium 媒介

pertukaran dalam urusan jual beli dan menjadi satu daripada usaha untuk mengekalkan

keseimbangan alam sekitar.

65
Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Menangani Isu Alam

Sekitar pada Peringkat Global

1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 联合国 (United Nations) memainkan peranan untuk

menangani 处理 isu alam sekitar pada peringkat global.

2. PBB dapat meningkatkan kerjasama negara-negara di seluruh dunia untuk menangani isu

alam sekitar.

3. Langkah-langkah yang dijalankan oleh PBB untuk menangani isu alam sekitar :

• mencari penyelesaian untuk menangani isu perubahan iklim secara global melalui anjuran

persidangan 国际会议 dan perjanjian 签署国际条约 antarabangsa yang ditandatangani

oleh masyarakat global

• menjamin 保障 bekalan air minuman yang bersih dan cukup

• melindungi lapisan ozon dengan pengharaman 严禁 penggunaan klorofluorokarbon yang

menyebabkan penipisan lapisan ozon

• mengharamkan penggunaan bahan kimia toksik seperti pestisid DDT

Latihan : Mengapakah PBB perlu memainkan peranannya untuk menangani isu alam sekitar

global ? 为什么需要 PBB 协会来处理全球环境问题 ?

Jawapan : Isu alam sekitar pada peringkat global akan berjaya ditangani melalui tindakan

yang dikoordinasikan oleh PBB yang melibatkan ahli daripada pelbagai negara.

额外知识 : Persidangan dan perjanjian antarabangsa yang dianjurkan oleh PBB :

• Persidangan Rio pada tahun 1992 untuk menangani isu alam sekitar secara global

• Protokol Kyoto pada tahun 1997 untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

• Perjanjian Paris pada tahun 2016 untuk mengurangkan kandungan dan pembebasan gas

rumah hijau dan mengendalikan kenaikan suhu global sebanyak 1.5℃

66

You might also like