Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ENCLOSURE: 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN NO. S-22

ANTARA

TAN CHAN HIONG …PLAINTIF

(NO. KP:

DAN

TAN KE SING …DEFENDAN

(NO. KP:

HUJAHAN BERTULIS PLAINTIF

(Untuk meyokong Notis Permohonan Ex-Parte Anton Piller)

Dengan Izin Mahkamah yang Mulia ini,

1. Ini adalah Hujahan Bertulis Plaintif yang menyokong Notis Permohonan Ex-Parte
Plaintif yang bertarikh …..(Kandungan 1) yang memohon dibawah Aturan 29 Kaedah
2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk satu Perintah bahawa:-

(a) Satu perintah, memerlukan Defendan untuk memberi kebenaran kepada Plaintif
atau wakil Plaintif memasuki ke dalam premis Defendan untuk memeriksa dan
mengambil dokumen atau bahan penting untuk dijadikan sebagai bukti dalam
tindakan Plaintif dan mengalihkan dokumen atau bahan penting milik Plaintif,
berjumlah……yang termasuk tetapi tidak terhad kepada asset-aset berikut
khususnya:-

(b) Kebebasa untuk memohon;

(c) Pendengaran inter parte untuk Perintah ex parte ini dilakukan dalam tempoh 14
hari daripada tarikh Perintah membenarkan permohonan Plaintif atau pada tarikh
yang ditetapkan oleh Mahkamah;

(d) Kes permohonan dikhaskan untuk Mahkamah untuk menyesuaikan pertikaian


substantif di kalangan pihak-pihak; dan

(e) Lain-lain relif yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia
ini.

KERTAS KAUSA

2. Untuk tujuan penghujahan bertulis ini, Plaintif dengan rasa rendah diri memohon
kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk merujuk kepada kertas kausa bagi
permohonan satu perintah Anton Piller ini:-

(a) Notis Permohonan Plaintif Ex-Parte bertarikh…..

(b) Afidavit Sokongan Plaintif yang disahkan oleh ….bertarikh….

FAKTA KES

PERTIKAIAN DAN GENESISNYA

UNDANG-UNDANG MENGENAI PERINTAH ANTON PILLER

3. Plaintif berhujah bahawa adalah wajar di sisi undang-undang bagi Mahkamah


memberikan satu perintah Anton Piller untuk melindungi perkara subjek dalam satu
isu yang dibicarakan. Merujuk pada perkara berikut:-

(a) Aturan 29 Kaedah 2 Keadah Kaedah Mahkamah 2012, dan;


(b) Lian Keow Sdn Bhd v C Paramjothy & Anor [1982] 1 MLJ 217 di mana
Mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi di Malaysia mempunyai
bidang kuasa untuk memberikan perintah Anton Piller sebelum satu permohonan
injunksi inter partes dapat dilakukan.

4. Prinsip memberikan perintah Anton Piller adalah berlandaskan kes Anton Piller KG v
Manufacturing Processes Ltd [1976] 1 All ER 779 yang menyatakan bahawa
Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan satu perintah Anton Piller
dengan syarat Plaintif dapat membuktikan:-

(a) Terdapat kes prima facie yang kuat;

(b) Risiko kerosakkan atau kerosakkan yang nyata kepada Plaintif adalah sangat besar
jika perintah ini tidak diberikan;

(c) Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Defendan memiliki dokumen yang
penting, dan;

(d) Terdapat kebarangkalian nyata Defendan akan memusnahkan dokumen yang


penting sebelum permohonan inter partes dapat dilakukan.

5. Prinsip ini telah diamalkan dan dirujuk oleh Mahkamah di Malaysia dalam kes-kes
yang berikut:-

You might also like