Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Topik 4: Gaya keibubapaan

Setiap insan berkeinginan untuk membina keluarganya sendiri iaitu melalui sebuah
perkahwinan. Pada asasnya, perkahwinan adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan
sebahagian daripada hukum Allah. Melalui perkahwinan ini, maka terbentuklah sebuah
keluarga. Persoalannya, sejauh manakah pengetahuan pasangan suami isteri itu dalam aspek
gaya keibubapaan bagi membentuk keluarga yang utuh dan harmoni.

     Kini, memang tidak dapat dinafikan pada era globalisasi banyak cabaran dan halangan yang
terpaksa ditempuhi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan mengekalkan keutuhan serta
keharmonian keluarga. Pembentukkan sahsiah anak yang baik terletak di tangan ibu bapa.
Kejayaan ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak yang berbudi pekerti, sebenarnya
banyak bergantung kepada sikap keseluruhan ibu bapa terhadap masa keibubapaan di mana
ia amat mempengaruhi pengalaman dan perkembangan anak tersebut apabila
meningkat dewasa kelak.  

     Menurut Diana Baumrind, pelopor cara gaya keibubapaan, terdapat tiga jenis gaya
keibubapaan yang utama iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif. Elemen utama dalam
mengenalpasti jenis corak gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa adalah
berdasarkan aspek peraturan keluarga, kawalan terhadap tingkah laku anak, tahap
penerimaan, perbincangan dan sikap tolak ansur ibu bapa.  

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 1


Jenis Gaya Asuhan Anak- Anak

Gaya asuhan authoritarian

Ibu bapa yang amalkan gaya asuhan ini mempunyai sifat kawalan yang tinggi, tapi kurang
dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk dengan cara ini akan mempunyai ciri-ciri
seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, pendiam, kurang
motivasi untuk berdikari dan banyk lagi apabila dewasa nanti. Gaya keibubapaan ini
menggambarkan ciri-ciri kesan negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak akan
mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif
serta mempunyai mood yang tidak menentu.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986) mendapati remaja yang
diberi kasih sayang yang terlalu keras atau tidak diambil peduli, autokratik, pasif serta
didiskriminasi oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja yang bermasalah,
memberontak dan menuju tingkah lak u yang terpesong dan menyeleweng.
Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini terlalu mengawal anak-anak mereka sehingga
anak mereka tidak bebas melakukan apa yang mereka suka. Apabila anak-anak mereka
hendak melakukan sesuatu perkara, ibu bapa akan melarang dan lama kelamaan anak-anak
akan berasa bosan kerana asyik dilarang dari melakukan perkara yang mereka suka dan
mereka akan lebih suka berdiam diri dari melakukan apa-apa. Hal ini juga akan membuatkan
kanak-kanak ini tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baru.

Gaya asuhan autoritatif

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. gaya
asuhan yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran
positif, aktif bersosial, bertanggungjawab dan mmepunyai kompeten dari aspek kognitif.
Komunikasi antara anak dan ibu bapa yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan
beberapa ciri asuhan yang autoritatif yang baik akan menghasilkan remaja yang bersikap
positif. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih
bertenaga, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat kawal diri dan
berpuas hati terhadap rakan sebaya.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 2


Antara ketiga-tiga gaya asuhan ini, gaya asuhan autoritatif adalah gaya asuhan yang bagus
dalam mendidik anak-anak. Melalui gaya ini, anak-anak bebas melakukan apa yang hendak
lakukan, tetapi tingkah laku mereka akan diperhatikan oleh ibu bapa. Jika perkara yang hendak
dilakukan tidak mendatangkan keburukan, ibu bapa akan membiarkan akan-anak mereka
melakukannya dan jika perkara yang hendak dilakukan mendatangkan kesan buruk, ibu bapa
akan melarang mereka  daripada melakukan perkara tersebut.. Anak-anak juga diberi peluang
untuk meluahkan pendapat mereka dan bukannya hanya mendengar arahan daripada ibu bapa
mereka sahaja.    kanak-kanak bebas meneroka dan dapat berfikir samaada perkara yang
mereka hendak lakukan baik atau tidak dan ini dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka
terhadap sesuatu perkara

Gaya asuhan pemisif

Gaya asuhan jenis ini merujuk kepada ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab tetapi
lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung dan terlalu
manja. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang pemisif cenderung bersifat tidak
dapat mengawal diri, impulsif, kurang berdikari dan kurang meneroka. Kekurangan kawalan dari
ibu bapa, tingkah laku agresif dan kegagalan dalam persekolan semasa kanak-kanak sering
dikaitkan dengan gejala seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja.
Gaya asuhan jenis ini akan membuatkan anak menjadi terlalu manja dan setiap kali meminta
sesuatu daripada ibu bapa atau sesiapa sahaja, mereka akan mengharapkan permintaan
mereka dipenuhi. Sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi mereka akan merajuk dan
memberontak.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 3


Kesan Gaya Asuhan

KESAN GAYA ASUHAN POSITIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK

1) Jika anak sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat ia akan menjadi seorang yang
penyayang.

2) Jika anak selalu ditabahi ia akan menjadi seorang yang penyabar.


3) Jika anak selalu diberi galakan ia akan menjadi seorang yang yakin diri.

4) Jika anak selalu diberi pujian ia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya.
5) Jika anak dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.

6) Jika anak diberi pengiktirafan ia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain.
7) Jika anak dihormati ia akan menghormati orang lain.

8) Jika anak sentiasa didampingi dan diterima ia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan
dunia ini tempat

yang seronok, selesa dan bahagia.


9) Jika anak sentiasa dihargai ia akan menjadi seorang yang produktif.

10) Jika anak diberi perlindungan ia akan menjadi seorang mempunyai kepercayaan diri.

KESAN GAYA ASUHAN NEGATIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK

1) Jika anak selalu dikecam ia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain.
2) Jika anak selalu diseterui atau dimusuhi ia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan
berkelahi.
3) Jika anak selalu dihina ia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri.

4) Jika anak selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong.
5) Jika anak selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah ia akan menjadi seorang yang
agrasif dan suka membantah.
6) Jika anak selalu dibeza-bezakan ia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan
rasa bersalah.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 4


7) Jika anak dipersalahkan ia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam.

8) Jika anak selalu dikritik ia akan menjadi seorang tidak yakin diri.
9) Jika anak selalu dimenangi walaupun bersalah ia akan menjadi seorang yang biadab, suka

menyalahkan orang lain dan besar kepala.


10) Jika anak selalu disisir ia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri.

11) Jika anak selalu dibohongi ia akan menjadi seorang pembohong dan penipu.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 5


PRINSIP-PRINSIP KEIBUPAAN 

1. Mengurus diri dengan baik (take care of yourself)

Mengurus diri dengan baik hendaklah menjadi perkara utama dalam diri ibu bapa. Sekiranya ibu
bapa mengabaikan diri mereka maka kebolehan mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip yang
seterusnya akan terbatas. Ibu bapa yang mengamalkan prinsip ini akan berusaha tekanan
dalam kehidupan mereka. Mereka memiliki identity tersendiri dan menggunakanya untuk diri
dan keluarga. Mereka akan berusaha mendapatkan ahli keluarga dan kawan yang boleh
memberikan sokongan emosi dan pratikal. Mereka akan berusaha mengamalkan ciri-ciri dan
aktiviti tersebut dalam kehidupan supaya anak-anak mereka akana meniru dan mengamalkanya
apabila dewasa nanti. 

2. Kasihi anak-anak (nuture your children)

Jika kanak-kanak tidak merasai dihargai dan disayangi semua usaha ibu bapa tidak akan
memberikan pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kanak-kanak perlu merasa mereka disayangi
dan dikasihi oleh ibu bapa mereka.

3. Bimbing anak-anak (guide your children)

Anak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk membantu mereka
menguruskan kehidupanya. Bimbingan adalah lebih baik daripada hukuman. Seseorang ibu
atau bapa yang membimbing anaknya mengajar anaknya bahawa kesan positif atau negative
akan menyusuli sesuatu tingkah laku bimbingan membantu kanak-kanak mendapatkan sesuatu
dengan cara yang dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang membimbing akan
mengajar melalui teladan, menetapkan had yang berpatutan serta melibatkan kanak-kanak
dalam menetapkan had bersesuaian dengan umur mereka.

4. Membela anak mereka ( be your child’s advocate )

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 6


Bronfenbrenner mencadangkan bahawa ibu bapa hendaklah menunjukan rasa kasih sayang
yang amat kuat terhadap anak mereka. Ibu bapa harus menunjukkan mereka merasa anak
mereka lebih baik daripada anak-anak lain.

5. Memotiasikan anak mereka (motivate your child)

Ibu bapa adalah guru pertama kepada anaknya. Ibu bapa hendaklah mengalakkan anak
mereka mempelajari dengan mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan
buku dan bagai bahan rujukan di rumah. Ibu bapa harus maembaca untuk mengalakkan anak
mereka membaca.

6. Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak

Apa-apa perkara yang ibu bapa bincangkan di hadapan anak-anak, ia mungkin mempengaruhi
persepsi anak terhadap dirinya. Sesuatu perkara negative yang didengari mungkin dianggap
benar. Sebaliknya perkara negative yang didengari mereka boleh memberikan keyakinan dan
menggalakkan tingkah laku positif.

7. Melindung kanak-kanak secara keterlaluan

Walaupun kanak-kanak perlu dilindungi, namun perlindungan yang melampau akan


menggalakkan tingkah laku pergantungan dan kanak-kanak yang terlalu sensitive. Ibu bapa
boleh menunjukkan bahawa mereka baik hati tetepi tidak terlalu bersimpati. Kanak-anak perlu
mempelajari menangani perasaaan kekecewaan, kegagalan dan kehilangan dalam kehidupan
mereka. Kanak-kanak yang mempunyai sikap berdikari akan akhirnya dapat mengatasi
pelbagai halangan dalam kehidupan mereka kelak. 

8. Bersatu, bertolak ansur dan bersikap positif terhadap suami/iseri

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 7


Tingkah laku suami isteri yang selalu tidak sependapat/sehaluan akan mengelirukan anak-anak
mereka. Anak tidak akana menghormati ibu bapa yang tidakmenghormati satu ama lain.

9. Menghargai guru, pendidikan dan pembelajaran.

Pendidikan guru harus dititikberatkan. Kanak-kanak akan memahami mengenainya dengan


jelas jika ibu bapa, datuk dan nenek, misalnya menghargai pembelajaran. Cerialah mengenai
guru yang anda hormati dan tunjukkan penghargaan anda terhadap guru anak anda. Ibu bapa
harus memberitahu anak-anak bahawa mereka mengharapkan anak mereka mencapai
pendidikan sehingga peringkat tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak mengabaikan
pendidikan dan tercicir daripada persekolah terlalu awal.

10. Bersikap positif terhadap kerjaya

Ibu bapa yang merungut tentang kerjaya akan mengalakkan anakmereka mempunyai sikap
negative terhadap kerja. Anak-anak akan merungut terhadap kerja rumah dan tanggungjawab
yang diberikan dirumah. Ibu bapa yang tidak menyukai kerjaya harus berikhtiar menukar
kerjaya mereka supaya anak-anak mereka akan menyedari bahawa pendidikan membuka
peluang yang luas kepada mereka yang berpendidikan tnggi. 

11. Menjadi teladan kepada anak-anak

Kanak-kanak selalu memerhati tngkahlaku ibu bapa dan shli-ali kelarga yang lain. Orang
dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan dicontohi oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu bapa yang beretika, bersemangat dan
mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.

12. Mempelajari bersama dengan anak-anak

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 8


Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang mempelajari bersama-
sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman lawatan, perkhemahan dan sktiviti lain
suatu pengalaman untuk belajar bersama dengan anak-anak.

13. Luangkan masa untuk berseronok

Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan anak-anak mereka.
Seperti manusia lain, orang dewasa perlumeluangkan masa makan,bercti dan menikmati
kehidupan mereka. Pada masa tersebut anak-anak akan diberi peluang menguruskan
aktivitimasing-masing dengan sendiri. Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak
mempelajari banyak perkara dan menjadi matang.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 9

You might also like