Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF (Kepujian) PENGURUSAN SENI

TAJUK:

IMPAK, CABARAN DAN INISIATIF PENGGIAT SENI PERSEMBAHAN SEPANJANG


TEMPOH PANDEMIK COVID-19

DISEDIAKAN OLEH:

WAN NUR ZULAIEKA BINTI MUKHTAR (2022757903)

KOD PROGRAM:

CAFF2361A

KOD KURSUS:

FMA411 PENGURUSAN SENI

NAMA PENSYARAH:

PUAN KENCHANA WATI BINTI MD YUSOF


Sejak penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, pihak kerajaan telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir setiap minggu sepanjang tempoh
dilaksanakan PKP ini telah memberikan kesan yang mendalam terutamanya kepada penggiat
seni persembahan di negeri Sabah. Dasar permasalahan kajian ini ditumpukan pada isu utama
iaitu apakah impak dan cabaran yang dihadapi oleh penggiat seni di Sabah sepanjang PKP dan
apakah inisiatif yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengatasi masalah dan kesan daripada
PKP ini. Secara lazimnya, seni persembahan ini melibatkan teori dan amalan dalam muzik, seni
tari, drama, teater serta filem. Selain itu, seni persembahan juga merupakan sebahagian daripada
industri kreatif dan budaya. Manakala, bagi penggiat seni persembahan pula melingkungi pelaku
seni, pengeluar, penganjur, pendidik, usahawan, kru pengurusan dan teknikal. Seterusnya,
kaedah kuantitatif melibatkan temu bual dengan pelbagai kategori penggiat seni persembahan
dengan menggunakan borang soal selidik. Manakala, pendekatan kualitatif pula melibatkan
pendapat menggunakan panduan borang temu bual mendalam, temu bual kumpulan sasar dan
pemerhatian. Kajian ini dijangka dapat menyumbang dalam penyediaan pelan pengurusan risiko
dan krisis penularan pandemik dalam bidang seni dan budaya secara amnya.

Seni persembahan adalah salah satu bentuk pementasan seni yang dilakukan secara
langsung atau terus kepada penonton dan khalayak yang membabitkan empat elemen iaitu masa,
tempat, ruang, dan hubungan antara pemeran dan penonton. Persembahan ini boleh dilakukan
berteraskan panduan skrip dan tanpa skrip, spontan atau dirancang terlebih dahulu dengan teliti
serta ianya boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja yang dirasakan
sesuai. Secara dasarnya, seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan
yang merupakan suatu penjelasan yang ingin disampaikan oleh si pemeran kepada khalayak yang
menonton atau menyaksikan persembahan itu. Selain itu, dalam lingkaran warisan, seni
persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi
mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya. Pada
penghujung tahun 2019, munculnya sejenis virus iaitu Novel Coronavirus SARS-CoV-2 atau
lebih dikenali sebagai COVID-19. Oleh kerana virus ini, ramai yang terjejas dengan pekerjaan
masing-masing termasuklah kepada penggiat seni persembahan yang tidak dapat meneruskan
pekerjaan mereka secara langsung. Maka, tujuan saya membuat kajian ini adalah untuk
mengetahui tentang impak, cabaran dan inisiatif penggiat seni persembahan sepanjang tempoh
COVID-19.
Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap industri
media, seni dan hiburan. terutamanya impak terhadap kewangan kepada institusi atau organisasi
tidak kira perniagaan besar mahupun kecil sehingga mengakibatkan kerugian yang bukan sedikit.
Selain itu, COVID-19 ini juga turut memberi impak kepada ekonomi iaitu kesan daripada arahan
perintah berkurung akibat penularan COVID-19 dengan berlakunya kemerosotan dari segi
penganjuran acara seni dan kebudayaan yang akhirnya membantutkan pertumbuhan sektor
hiburan untuk tempoh lima tahun akan datang. Menurut penyelidikan daripada Ampere,
penularan COVID-19 ini turut memberi kesan yang teruk terhadap penggiat seni dan
pengiklanan. Namun demikian, siaran video secara atas talian atau digital dijangka meningkat
dengan kadar dua digit perkembangannya apabila norma baharu ini semakin meningkat
menggantikan siaran yang lama. Oleh demikian, ianya telah menyebabkan industri hiburan
mengalami kerugian dalam penjanaan pendapatan iaitu sebanyak $160 bilion. Penutupan untuk
aktiviti-aktiviti di luar bermula di China, seterusnya di Asia Barat Daya dan akhirnya di seluruh
dunia. Pada akhir bulan Mac 2020, kebanyakan organisasi dan syarikat produksi terpaksa
ditutup, ditunda atau dibatalkan sama ada secara sukarela mahupun atas arahan kerajaan negara
masing-masing. Ia termasuklah produksi filem dan televisyen, persembahan orkestra, teater, tour
untuk konsert termasuklah persembahan muzikal dan festival kesenian. Berikutan berita
penutupan dan pembatalan secara meluas pelbagai sektor media, seni dan hiburan di seluruh
dunia sepanjang bulan Februari dan Mac sehinggalah ke bulan April, tarikh pembukaan semula
atau jangkaan industri ini untuk ‘kembali ke normal’ sepenuhnya masih tidak dapat ditentukan
sehingga kini.
https://www.heritage.gov.my/seni-persembahan-pengenalan.html

You might also like