Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF (Kepujian) PENGURUSAN SENI

TAJUK:

IMPAK, CABARAN DAN INISIATIF PENGGIAT SENI PERSEMBAHAN SEPANJANG


TEMPOH PANDEMIK COVID-19

DISEDIAKAN OLEH:

WAN NUR ZULAIEKA BINTI MUKHTAR (2022757903)

KOD PROGRAM:

CAFF2361A

KOD KURSUS:

FMA411 PENGURUSAN SENI

NAMA PENSYARAH:

PUAN KENCHANA WATI BINTI MD YUSOF


Pengenalan

Sejak penularan wabak COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, pihak kerajaan telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir setiap minggu sepanjang tempoh
dilaksanakan PKP ini telah memberikan kesan yang mendalam terutamanya kepada penggiat
seni persembahan di negeri Sabah. Dasar permasalahan kajian ini ditumpukan pada isu utama
iaitu apakah impak dan cabaran yang dihadapi oleh penggiat seni di Sabah sepanjang PKP dan
apakah inisiatif yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengatasi masalah dan kesan daripada
PKP ini. Secara lazimnya, seni persembahan ini melibatkan teori dan amalan dalam muzik, seni
tari, drama, teater serta filem. Selain itu, seni persembahan juga merupakan sebahagian daripada
industri kreatif dan budaya. Manakala, bagi penggiat seni persembahan pula melingkungi pelaku
seni, pengeluar, penganjur, pendidik, usahawan, kru pengurusan dan teknikal. Seterusnya,
kaedah kuantitatif melibatkan temu bual dengan pelbagai kategori penggiat seni persembahan
dengan menggunakan borang soal selidik. Manakala, pendekatan kualitatif pula melibatkan
pendapat menggunakan panduan borang temu bual mendalam, temu bual kumpulan sasar dan
pemerhatian. Kajian ini dijangka dapat menyumbang dalam penyediaan pelan pengurusan risiko
dan krisis penularan pandemik dalam bidang seni dan budaya secara amnya.

Seni persembahan adalah salah satu bentuk pementasan seni yang dilakukan secara
langsung atau terus kepada penonton dan khalayak yang membabitkan empat elemen iaitu masa,
tempat, ruang, dan hubungan antara pemeran dan penonton. Persembahan ini boleh dilakukan
berteraskan panduan skrip dan tanpa skrip, spontan atau dirancang terlebih dahulu dengan teliti
serta ianya boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja yang dirasakan
sesuai. Secara dasarnya, seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan
yang merupakan suatu penjelasan yang ingin disampaikan oleh si pemeran kepada khalayak yang
menonton atau menyaksikan persembahan itu. Selain itu, dalam lingkaran warisan, seni
persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi
mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya. Pada
penghujung tahun 2019, munculnya sejenis virus iaitu Novel Coronavirus SARS-CoV-2 atau
lebih dikenali sebagai COVID-19. Oleh kerana virus ini, ramai yang terjejas dengan pekerjaan
masing-masing termasuklah kepada penggiat seni persembahan yang tidak dapat meneruskan
pekerjaan mereka secara langsung. Maka, tujuan saya membuat kajian ini adalah untuk
mengetahui tentang impak, cabaran dan inisiatif penggiat seni persembahan sepanjang tempoh
COVID-19.

Impak, Cabaran dan Inisiatif

Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap industri
media, seni dan hiburan. terutamanya impak terhadap kewangan kepada institusi atau organisasi
tidak kira perniagaan besar mahupun kecil sehingga mengakibatkan kerugian yang bukan sedikit.
Selain itu, COVID-19 ini juga turut memberi impak kepada ekonomi iaitu kesan daripada arahan
perintah berkurung akibat penularan COVID-19 dengan berlakunya kemerosotan dari segi
penganjuran acara seni dan kebudayaan yang akhirnya membantutkan pertumbuhan sektor
hiburan untuk tempoh lima tahun akan datang. Menurut penyelidikan daripada Ampere,
penularan COVID-19 ini turut memberi kesan yang teruk terhadap penggiat seni dan
pengiklanan. Namun demikian, siaran video secara atas talian atau digital dijangka meningkat
dengan kadar dua digit perkembangannya apabila norma baharu ini semakin meningkat
menggantikan siaran yang lama. Oleh demikian, ianya telah menyebabkan industri hiburan
mengalami kerugian dalam penjanaan pendapatan iaitu sebanyak $160 bilion. Penutupan untuk
aktiviti-aktiviti di luar bermula di China, seterusnya di Asia Barat Daya dan akhirnya di seluruh
dunia. Pada akhir bulan Mac 2020, kebanyakan organisasi dan syarikat produksi terpaksa
ditutup, ditunda atau dibatalkan sama ada secara sukarela mahupun atas arahan kerajaan negara
masing-masing. Ia termasuklah produksi filem dan televisyen, persembahan orkestra, teater, tour
untuk konsert termasuklah persembahan muzikal dan festival kesenian. Berikutan berita
penutupan dan pembatalan secara meluas pelbagai sektor media, seni dan hiburan di seluruh
dunia sepanjang bulan Februari dan Mac sehinggalah ke bulan April, tarikh pembukaan semula
atau jangkaan industri ini untuk ‘kembali ke normal’ sepenuhnya masih tidak dapat ditentukan
sehingga kini.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi penggiat seni persembahan sepanjang tempoh


COVID-19 adalah apabila PKP ini dilaksanakan, kebanyakan aktiviti seni seperti pameran,
persembahan seni di tempat terbuka dan tertutup terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.
Ringkasnya, apa sahaja aktiviti berkaitan seni sudah tidak di benarkan sepanjang PKP. Kesannya
telah melibatkan kebanyakan seniman atau penggiat seni mengalami kerugian yang cukup besar.
Bukan sahaja seniman tidak boleh berkarya malahan pelukis juga tidak boleh mendapatkan
bahan lukisan kerana kedai menjual bahan tersebut diarahkan tutup. Malahan pelakon dan
pengarah juga tidak boleh menjalankan penggambaran kerana dilarang berkumpul untuk
menjalankan lakonan atau produksi perfileman. Seterusnya, tiada syarikat produksi baharu yang
dihasilkan selama hampir tiga bulan PKP dikuatkuasakan kerana tidak dapat beroperasi. Oleh itu,
kesemua pekerja yang bekerja dalam sesebuah penggambaran filem atau pengolahan untuk
tujuan promosi tidak lagi aktif sepanjang tempoh tersebut. Antaranya yang terlibat sama ada
pengarah, pelakon, penulis skrip dan sebagainya terpaksa berada di rumah bagi menjalani
perintah kawalan pergerakan ini. Oleh sebab itu, aktiviti penggiat seni dalam apa jua bentuk
sekalipun tidak dapat aktif dan penjanaan kewangan bagi menampung kehidupan mereka juga
terputus.

Bagi inisiatif yang dilakukan oleh penggiat seni persembahan dalam menghadapi
COVID-19 ialah dengan mencari idea untuk meneruskan aktiviti yang tergendala secara atas
talian seperti Wiener Staatsoper (Vienna State Opera) telah melancarkan perkhidmatan rakaman
dan penyiaran secara atas talian untuk tatapan penonton dengan mengadakan persembahan
konsert opera harian secara atas talian sejak venue konsert itu ditutup kesan penularan wabak
COVID-19. Kebanyakan seniman di seluruh dunia telah mula membiasakan diri dengan norma
baharu ini dengan menggunakan platform media digital dan media sosial untuk menyampaikan
berita, promosi serta menaikkan karya mereka. Dengan erti kata lain, pelukis menggunakan
teknologi digital yang membolehkan kolektor atau peminat melawat pameran lukisan mereka
secara maya. Jika selama ini penggunaan YouTube sebagai platform untuk penyanyi, pemuzik
serta penggubah lain mendapatkan penonton atau peminat mereka melalui siaran secara maya
maka pelukis juga boleh mengambil inisiatif sebegini untuk menjamin peminat karya mereka
mendapat ruang pendedahan. Selain itu, setiap perniagaan atau pengurusan hanya melalui telefon
pintar dan internet bahkan hampir semua urusan seperti pendidikan, pembelian atas talian dan
juga pemasaran dilakukan atas talian kerana mempercepatkan urusan. Selain itu, pertemuan dan
mesyuarat boleh dilakukan dengan pengunaan aplikasi Zoom atau Google Meet. Maka, terdapat
banyak kaedah atau cara yang boleh dilakukan oleh penggiat seni persembahan dalam tempoh
PKP.
Kesimpulan

Kesimpulannya, penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak yang sangat besar
kepada kesemua institusi, organisasi dan syarikat produksi dalam media, hiburan dan seni di
seluruh dunia. Disebabkan oleh itu, ramai yang kehilangan punca rezeki mereka. Disamping itu,
para seniman dan penggiat seni telah mula membiasakan diri dengan pendekatan yang lebih
kreatif dan inovatif untuk bersaing dalam pasaran industri kreatif dan hiburan. Kebanyakan dari
mereka menggunakan platform media digital dan media sosial untuk menyampaikan berita,
promosi serta menawarkan karya mereka. Hal ini kerana, semua rakyat diperintahkan untuk
berada di rumah masing-masing bagi mengelakkan diri dari bersemuka dengan orang ramai bagi
memutuskan rangkaian COVID-19. Oleh itu, penggunaan kaedah secara atas talian telah menjadi
salah satu cara yang strategik dalam norma baharu ini. Kaedah ini didapati dapat
mempercepatkan serta memudahkan cara berkomunikasi dan pengurusan. Di samping itu,
aplikasi-aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Google Classroom, Microsoft Teams dan
sebagainya semakin popular bagi tujuan mesyuarat, seminar dan kuliah atas talian. Seterusnya,
aplikasi seperti Youtube, Instagram dan Facebook telah digunakan oleh para penganjur untuk
mengadakan pertandingan secara atas talian. Dengan adanya inisiatif dengan menggunakan
aplikasi-aplikasi dalam kehidupan norma baharu ini, akan dapat membantu para penggiat seni
bagi mengatasi masalah yang dihadapi akibat penularan wabak COVID-19.
Rujukan

1. Suhaimi Magi. (2020). 25 OKTOBER – Impak, Cabaran dan Inisiatif Penggiat Seni
Persembahan Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19
https://www.researchgate.net/publication/
346438196_Impak_Cabaran_Dan_Inisiatif_Penggiat_Seni_Persembahan_Sepanjang_Te
mpoh_Pandemik_Covid-
19_Impact_Challenges_and_Initiative_Performing_Art_Activist_During_the_Period_of_
COVID-19_Pandemic/link/5fc1c826a6fdcc6cc676ec1f/download
2. Bloom, D. (2020). Pandemic, downturn to cost entertainment Industry $160 billion in
growth over 5 years.
3. Epstein, A. (2020). Coronavirus is pushing an already vulnerable film industry closer to
the edge. Quartz. 9(2): 16-22
4. Jabatan Warisan Negara. (2020). 26 OGOS – Pengenalan Seni Persembahan
https://www.heritage.gov.my/seni-persembahan-pengenalan.html

You might also like