Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Verbatim

Heather : okay.. hi adam..


Adam : hi cikgu..
Heather : adam ok lagi?
Adam : okay cikgu
Heather : okay.. masih orite la? Cikgu ada soalan sedikit dari segi faktor budaya dan
kognitif lah.. aa jadi.. soalan cikgu, sebagai pelajar yang pencapaian
cemerlang kan apa faktor yang mempengaruhi adam untuk memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam akademik?
Adam : faktor ehh.. antara faktornya satu.. mak ayah saya lah.. sebab dia orang
push dan satu lagi lah saya dia orang rasa bangga. Sebab saya.. bila saya
dah besar.. bila saya dah start matang kan.. dia ada keinginan au..
keinginan nak buat dia orang rasa bangga. Walaupun pencapaian saya
dah bagus lah.. tapi saya tak puas hati lagi. saya tak Nampak lagi muka
dia orang rasa bangga pada saya.. so, saya push saya lah.. kalau boleh
saya nak jadi pandai gila.. nak jadi genius.. kalau boleh.. supaya dia orang
rasa bangga and lepas tu satu lagi.. demi masa depan saya juga.. sebab
yalah.. kalau saya nak secure pencapaian yang bagus takkan saya nak
duduk diam saja kan? Dan saya kena usaha.. kalau saya tak usaha
macam mana saya nak berjaya kan? So, itulah faktor yang push saya.
Heather : daripada apa yang cikgu faham.. aadammm.. em.. perkara yang membuat
adam cemerlang dalam akademik ni adalah ibu bapa adam sendiri lah..
disebabkan ibu bapa adam pun macam ada jugalahkan push adam untuk
menjadi the best lepas itu dan adam pun merasa adam perlukan
membahagiakan ibu bapa adam dan selain itu, apa yang cikgu dapat juga
tadi nak jadi yang terbaik ni untuk masa depan adam sendiri lah kan. Betul
apa yang cikgu faham?
Adam : betul, cikgu.
Heather : alright. Okay seterusnya, kita beralih ke soalan seterusnya dari segi
kognitif
lah. Okay.. boleh taka dam kongsikan apa yang adam fikirkan setelah
mendapatkan keputusan yang cemerlang?
Adam : emm.. kalau saya dapat keputusan yang cemerlang.. mestilah happy.. nak
enjoy.. wuishh.. aku dah..aku dah.. dah pulun segala.. segala hari.. segala
malam saya dah pulun saya dapat keputusan cemerlang memang saya
happy giler lah.. lepastu adalah masa nak enjoy sikit.. saya pergi lah beli
makan ke apa ke.. saya pergi.. lepas saya stress.. lepas saya dah usaha..
saya dah buat yang terbaik kan.. tapi lepas tu.. dah beberapa lama saya
akan tengok balik usaha saya tu.. dan saya akan fikir ada tak cara nak
improve lagi.. walaupun dia macam dah orang kira macam oi bagus lah ni
kan.. paling tip top kan.. tapi saya akan fikir cara nak improve lagi.. nak lagi
way beyond the expectation saya tak nak stuck dekat situ.. so, saya akan..
lepas saya dapat keputusan tu.. saya akan terus.. terus.. study macam
biasa
lah.. Cuma saya akan aaa.. rasa happy sikit lah masa study tu.. aku pandai
dho siak.. wuuu.. happynya aku..
Heather : okay.. daripada apa yang cikgu faham.. adam macam.. kalau dapat
keputusan yang terbaik tu selalunya adam akan reward diri sendiri..
macam
happy lah.. sebab mendapat result yang terbaik kan.. lepas tu.. tapi di
tahap
tu.. walaupun dah dapat keputuasan yang cemerlang adam tidak cepat
puas
hati lah kan dengan keputusan tu.. dan adam bakal mencari cara.. cara..
atau jalan lah untuk approve keputusan adam tu.. betul apa yang cikgu
faham ni?
Adam : betul, cikgu.
Heather : okay.. seterusnya.. cikgu nak tanya juga lah.. boleh taka dam ceritakan..
apa
impian adam.. dimasa akan datang?..
Adam : impian saya.. huu.. haha.. dia.. hehe.. saya tak boleh cerita.. emm.. bukan
saya tak boleh cerita lah.. saya pun tak boleh nak decide lagi impian saya..
tapi yang saya boleh picture sekarang ni.. bila saya dah besar.. bila saya
dah graduet kan.. saya nak jadi sejarahwan. Saya nak jadi orang yang
terlibat dalam sejarah.. saya tak kesahlah.. dia sejarahwan ke.. dia
arkeologi
ke.. saya nak kerja kat museum kan.. apa-apa kan.. asalkan ada
sejarahwan.. walaupun sekarang ni saya mengambil sains tulin.. saya nak
fokus dekat sejarah.. sebab saya suka sejarah. Daripada saya start belajar
sejarah saya memang minat dekat subjek dia.. dan secara tak lansung
benda tu mendorong saya nak kejar impian saya nak jadi sejarahwan tu
lah..
other than that..
Heather : okay.. selain itu.. nak banggakan ibu bapa lah kan? Adam?
Adam : ha’ah tu je cikgu..
Heather : aaa.. itu jer.. okay daripada apa yang cikgu dapat rasanya impian adam
nak
jadi sejarahwan lah kan ataupun yang lebih kurang macam sejarah macam
tu lah kan? Disebabkan adam minat. Lepas tu, impian adam juga macam
nak banggakan ibu bapa.. okay.. daripada cita-cita tu memang minat nak
jadi sejarahwan lah macam tu walaupun dari aliran sains?
Adam : betul, cikgu.
Heather : emm.. rasanya itu saja lah soalan daripada cikgu untuk aa.. untuk
sekarang..
jadi cikgu serahkan kepada cikgu syaf..
Syaf : okay.. emm.. setakat ini.. itu sahaja interview daripada kami semua adam..
sekali lagi cikgu ucapkan berbanyak terima kasih.. sebab sudilah menjadi..
aa.. apa.. klien untuk assignment tugasan kami iaitu kaunseling pelbagai
budaya.. kerana assignment ni.. kami nak tau lah sejauh mana faktor
budaya mempengaruhi prestasi akademik kerana adam seorang pelajar
prestasi akdemik tinggi. Okay.. aa.. kita dah sejam lebih.. minta maaf juga
sebab drag.. aa lebih kurang sejam enam belas minit tu.. cikgu minta
maaf..
errr.. terima kasih sebab berkongsi.. adam memang seorang yang sangat
terbuka untuk berkongsi.. tiada satu pun yang soalan adam tidak willing
untuk tidak share.. untuk terakhir sekali aa.. tolong bah.. yang tablet tu
screanshoot.. kita ambil gambar.. adam boleh buka kamera ka sekejap?
Adam : boleh, cikgu.

SOALAN INTERVIEW
1. Sebagai seorang pelajar yang berpencapaian cemerlang, apakah faktor yang
mempengaruhi anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam akademik?

“faktor ehh.. antara faktornya satu.. mak ayah saya lah.. sebab dia orang
push dan satu lagi lah saya dia orang rasa bangga. Sebab saya.. bila saya
dah besar.. bila saya dah start matang kan.. dia ada keinginan au.. keinginan
nak buat dia orang rasa bangga. Walaupun pencapaian saya dah bagus lah..
tapi saya tak puas hati lagi. saya tak Nampak lagi muka dia orang rasa
bangga pada saya.. so, saya push saya lah.. kalau boleh saya nak jadi
pandai gila.. nak jadi genius.. kalau boleh.. supaya dia orang rasa bangga
and lepas tu satu lagi.. demi masa depan saya juga.. sebab yalah.. kalau
saya nak secure pencapaian yang bagus takkan saya nak duduk diam saja
kan? Dan saya kena usaha.. kalau saya tak usaha macam mana saya nak
berjaya kan? So, itulah faktor yang push saya.”-Adam

 Antara perkara yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah ibu bapa


memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak mereka mendapat
pencapaian yang baik. Selain itu, keinginan untuk membanggakan ibu bapa
juga salah satu perkara yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Akhir
sekali, antara perkara yang turut mempengaruhi ialah demi masa depan
pelajar.

2. Bagaimana anda melihat diri anda sebagai seorang pelajar yang berpencapaian
tinggi apabila anda berada pada tahap sekarang?
a. Bolehkah anda kongsikan apakah anda fikirkan setelah mendapatkan
keputusan peperiksaan yang cemerlang?

“emm.. kalau saya dapat keputusan yang cemerlang.. mestilah happy.. nak
enjoy.. wuishh.. aku dah..aku dah.. dah pulun segala.. segala hari.. segala
malam saya dah pulun saya dapat keputusan cemerlang memang saya
happy giler lah.. lepastu adalah masa nak enjoy sikit.. saya pergi lah beli
makan ke apa ke.. saya pergi.. lepas saya stress.. lepas saya dah usaha..
saya dah buat yang terbaik kan.. tapi lepas tu.. dah beberapa lama saya akan
tengok balik usaha saya tu.. dan saya akan fikir ada tak cara nak improve
lagi.. walaupun dia macam dah orang kira macam oi bagus lah ni kan.. paling
tip top kan.. tapi saya akan fikir cara nak improve lagi.. nak lagi way beyond
the expectation saya tak nak stuck dekat situ.. so, saya akan.. lepas saya
dapat keputusan tu.. saya akan terus.. terus.. study macam biasa lah.. Cuma
saya akan aaa.. rasa happy sikit lah masa study tu.. aku pandai dho siak..
wuuu.. happynya aku..” – Adam

 Antara perkara yang ada dalam fikiran pelajar pencapaian cemerlang ialah
tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian dan mencuba yang lebih baik
lagi dari sebelumnya dan juga mencari jalan untuk memperbaiki keputusan
yang sebelumnya serta meletakkan target yang tinggi dari yang sepatutnya.

b. Apakah impian anda dimasa akan datang?


“impian saya.. huu.. haha.. dia.. hehe.. saya tak boleh cerita.. emm.. bukan
saya tak boleh cerita lah.. saya pun tak boleh nak decide lagi impian saya..
tapi yang saya boleh picture sekarang ni.. bila saya dah besar.. bila saya dah
graduet kan.. saya nak jadi sejarahwan. Saya nak jadi orang yang terlibat
dalam sejarah.. saya tak kesahlah.. dia sejarahwan ke.. dia arkeologi ke..
saya nak kerja kat museum kan.. apa-apa kan.. asalkan ada sejarahwan..
walaupun sekarang ni saya mengambil sains tulin.. saya nak fokus dekat
sejarah.. sebab saya suka sejarah. Daripada saya start belajar sejarah saya
memang minat dekat subjek dia.. dan secara tak lansung benda tu
mendorong saya nak kejar impian saya nak jadi sejarahwan tu lah.. other
than that..” – Adam

 Pada dasarnya, pelajar pencapai cemerlang tidak memiliki impian namun


pelajar tersebut ingin menjadi sejarahwan.

c. Apakah cita-cita anda?

“impian saya.. huu.. haha.. dia.. hehe.. saya tak boleh cerita.. emm.. bukan
saya tak boleh cerita lah.. saya pun tak boleh nak decide lagi impian saya..
tapi yang saya boleh picture sekarang ni.. bila saya dah besar.. bila saya dah
graduet kan.. saya nak jadi sejarahwan. Saya nak jadi orang yang terlibat
dalam sejarah.. saya tak kesahlah.. dia sejarahwan ke.. dia arkeologi ke..
saya nak kerja kat museum kan.. apa-apa kan.. asalkan ada sejarahwan..
walaupun sekarang ni saya mengambil sains tulin.. saya nak fokus dekat
sejarah.. sebab saya suka sejarah. Daripada saya start belajar sejarah saya
memang minat dekat subjek dia.. dan secara tak lansung benda tu
mendorong saya nak kejar impian saya nak jadi sejarahwan tu lah.. other
than that..” – Adam

 Cita-cita pelajar pencapaian cemerang ini ingin menjadi sejarahwan


disebabkan minat dalam matapelajaran sejarah walaupun pelajar dari kelas
sains tulen. Selain sejarahwan, pelajar juga ingin menjadi seorang arkeologi,
bekerja di museum dan mana-mana pekerjaan yang berkaitan dengan bidang
sejarah.

Model RESPECTFUL

R Religious-spiritual Adam merupakan seorang yang beragama islam sejak


identity lahir. Adam dididik sejak kecil lagi oleh ibu bapa
sehingga kini.
E Ethnic-cultural-racial Adam merupakan keturunan berbangsa melayu yang
background membesar di Perak.
S Sexual identity Adam seorang yang staright. Adam seorang lelaki
yang lemah lembut dan gemar melakukan kerja
berlawanan dengan lelaki pada umumnya.
P Psychological maturity Dari segi cara pemikiran, Adam seorang yang matang
dan terbuka untuk berkongsi.
E Economic class Adam berasal dari keluarga yang mampu. Kedua
background orang tuanya bekerja sebagai pensyarah.
C Chronological- Adam membesar dalam keluarga yang mampu dan
developmental merupakan anak sulung kepada tiga adik-beradik.
challenges pada dasarnya Adam mempelajari segalanya dari
rumah. Contohnya, kemahiran pertuturan bahasa
inggeris Adam bermula dari rumah disebabkan adik
bongsunya tidak fasih berbahasa Melayu
menyebabkan Adam terpaksa bertutur dalam bahasa
Inggeris dan secara tidak lansung menyebabkan adam
fasih berbahasa Inggeris.
T Threats to one personal Adam merupakan pelajar contoh di sekolah bergitu
well-being juga dirumah menjadi role model untuk adiknya
dirumah.
F Family history and Kedua-dua ibu dan bapa Adam adalah pensyarah
dynamics disebuah institusi pendidikan.
U Unique physical Adam merupakan pelajar sekolah menengah,
characteristic berbangsa melayu, berkulit coklat, badan berisi dan
tinggi. Selain itu, adam mempunyai tabiat dalam kelas
iaitu selak buku sambil membaca halaman yang lain
semasa guru mengajar dalam kelas dan juga adam
suka berjalan-jalan kerana berjalan membantu Adam
berfikir.
L Location of residence Adam tinggal di Tanjong Malim, Perak dan bersekolah
di SMK Khir Johari.

REFLEKSI BUDAYA
Kognitif
Dari segi Kognitif murid yang telah kami temubual mengatakan bahawa dia
ingin menjadi sejarahwan atau apapun sektor pekerjaan yang berkaitan dengan
sejarah disamping ingin membanggakan kedua ibu bapa serta menjadi yang terbaik
dari segi akademik. Selain itu, murid tersebut juga menyatakan bahawa dia tidak
akan sentiasa berpuas hati dengan pencapaiannya dan akan sentiasa mencuba
mencari jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau kesilapan yang
dilakukan sebelumnya.
Tindakan yang dilakukan oleh murid berprestasi tinggi tersebut menunjukkan
perkembangan dari segi kognitif dia baik dan sesuai diperingkat usianya. Buktinya
pada usianya yang ke 15 tahun ini, dia ingin mencuba yang terbaik untuk mencapai
impiannya dimasa akan datang untuk menjadi sejarahwan dan juga sudah ada
sedikit gambaran apa yang ingin dilakukkan dimasa akan datang. Menurut Yessy
(2015), masa remaja awal merupakan masa ketika seorang anak tumbuh ke tahap
menjadi seseorang yang dewasa yang tidak dapat ditetapkan secara pasti. Masa
remaja awal iaitu antara umur 12-15 tahun. Menurut Piaget (Santrock, 2001; Jahja,
2012), seorang remaja termotivasi untuk memahami dunia kerana tingkahlaku yang
diadaptasi secara biologis. Menurut pandangan Piaget juga, remaja aktif
membangunkan dunia kognitif mereka, dimana maklumat yang didapatkan secara
tidak lansung mampu diterim bergitu saja ke dalam skema kognitif mereka. Mereka
mampu membezakan antara perkara-perkara atau idea-idea yang lebih penting serta
mampu memgembangkan idea-idea. Selain itu, remaja juga mampu untuk mengolah
cara pemikiran mereka sehingga mendapatkan idea baru.

Budaya
Menurut Schein (1985), budaya merangkumi nilai, kepercayaan, tingkah laku
dan objek-objek material yang meliputi cara hidup sesuatu kelompok manusia
tertentu. Dari segi budaya, telah kami temubual mengatakan bahawa kedua ibu
bapanya sentiasa menekankan pembelajaranya dan keinginan murid itu sendiri untuk
membanggakan kedua ibu bapanya. Maka dengan itu, dia dengan bersunguh-
sungguh untuk memberi yang terbaik dan memastikan mendapat keputusan yang
terbaik.

refleksi

Pada beberapa minggu yang lepas kumpulan kami telah melakukan temubual
secara online bersama seorang pelajar pencapaian prestasi tinggi dari sekolah SMK
Khair Johari, Tanjong Malim, Perak. Dalam sesi tersebut, kami telah bertanya
beberapa soalan yang telah disediakan bersama ahli kumpulan yang lain. Sesi
berjalan dengan baik namun ada sedikit masalah teknikal yang berlaku iaitu dari segi
masalah line internet dan persekitaran yang bising (anjing kawasan perumahan
menyalak). Alternatif yang saya akan lakukan sekiranya ada temubual secara online
lagi, saya akan membuat persediaan awal dengan memastikan tiada halangan dan
gangguan yang terjadi. Namun walaupun bergitu, sesi temubual dapat dijalankan
dengan baik sehingga tamat sesi temu bual.
Selain itu daripada temubual yang telah saya jalankan bersama rakan-rakan
kumpulan saya, turut memberi impak kepada diri saya, budaya saya dan kerjaya
saya pada suatu hari nanti. Daripada sesi temubual yang telah dijalankan, saya
mempelajari bahawa manusia itu unik dari segi cara pemikiran, tingkah laku, adab,
budaya dan nilai diri. Tambah didikan ibu bapa dari rumah juga memain peranan
terhadap seorang pelajar. Hal ini kerana, didikan masa kecil saya terlalu jauh beza
dengan pelajar berprestasi tinggi tersebut. Antaranya dari segi faktor budaya seperti
bangsa, keadaan semasa, jantina, kelas sosial, dan sebagainya telah memberi
impak kepada nilai, cara hidup tingkahlaku dan kepercayaan diri saya. sebagai
contohnya, masa kecil saya dibesarkan oleh datuk dan nenek. Mereka tidak bergitu
menekankan perkara yang berkaitan dengan akademik tetapi lebih kepada nilai
keagamaan. Manakala, pelajar yang berprestasi tinggi pula, sejak kecil lagi dididik
dengan sempurna oleh kedua orang tuanya sendiri dimana merupakan orang
berpendidikan tinggi dan berkerja sebagai pensyarah. Dari segi latar budaya pula,
saya membesar di kampung yang serba kekurangan dan tiada pendedahan
memgenai kepentingan untuk mendapatkan pendidikan.
Manakala dari segi kerjaya pula, turut memberi impak kepada saya sendiri
daripada temubual yang dilakukan. Daripada perkongsian yang dilakukan oleh
pelajar tersebut saya mempelajari agar tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian
yang telah dicapai tetapi cuba lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan cuba
lagi untuk menjadi yang terbaik. Perkara tersebut menyedarkan saya, sekiranya saya
menjadi seorang guru pada suatu hari nanti saya akan berusaha yang terbaik untuk
membantu sekolah dan pelajar serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian
yang telah dicapai sepanjang berkhidmat. Sekian terima kasih.

You might also like