Professional Documents
Culture Documents
Himpunan Sinopsis Buku - Chot
Himpunan Sinopsis Buku - Chot
3. Tahun
2016
diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku
Alias, merupakan seorang murid darjah lima yang mempunyai
Yang Dibaca:
seorang beruk kesayangan yang bernama Chot. Alias sentiasa
membawa Chot ke mana-mana sahaja untuk membantunya
mencari rezeki dengan cara memetik kelapa. Disebalik
kehidupannya itu, Alias merupakan seorang anak lelaki yang
sudah kematian ayahnya dan juga mempunyai seorang ibu
yang hanya terlantar di rumahnya kerana sakit lumpuh.
Pada suatu pagi seperti kebiasaannya, Alias akan turun untuk
membawa Chot keluar mencari rezeki. Namun begitu, Chot
didapati telah hilang kerana rantainya putus. Akibatnya, Alias
telah dimarahi oleh Cikgu Sunan, iaitu guru kelasnya. Cikgu
Sunan mengherdik Alias sehingga membuatkan Alias terjatuh
dan telinga kanannya telah terhentak pada bucu meja rakan
sekelasnya.
Semenjak kejadian itu, telinga kanan Alias sering sakit dan
menjadi bernanah menyebabkan Alias berasa malu dan takut
rakan-rakannya yang lain akan tercium bau busuk.
Ketidakhadiran Alias selama seminggu ke sekolah telah
menyebabkan Cikgu Sunan berasa risau dan bimbang. Oleh hal
yang demikian, Guru Besar telah mencadangkan kepada Cikgu
Sunan untuk ke rumah Alias bagi meninjau keadaannya.
Setelah itu, Cikgu Sunan pergi berkunjung ke rumah Alias.
Kedatangan beliau amat tidak disenangi oleh Chot, beruk
belaan Alias. Chot dapat merasakan seolah-olah Cikgu
Sunanlah punca Alias sakit telinga. Melihat keadaan Alias yang
sakit, Cikgu Sunan berasa kasihan lalu memegang kepala Alias
untuk melihat telinganya yang bernanah.
Tidak lama kemudian, Chot bertindak agresif sehingga rantai
yang mengikatnya terputus lalu menggigit lengan Cikgu Sunan
sehingga berdarah. Dalam situasi yang panik melihat Cikgu
Sunan yang sedang kesakitan dan Chot pula yang mengganas
menggigit lengan Cikgu Sunan, Alias tidak mempunyai pilihan
lain selain menikam beruk kesayangannya itu dengan lembing
pengumpul kelapa. Sayu hatinya melihat Chot, beruk
kesayangannya itu telah rebah ke tanah. Setelah itu, tamatlah
riwayat seorang beruk kesayangan yang banyak membantu
Alias untuk melaksanakan urusan hariannya dalam mencari
rezeki demi kelangsungan hidup.