Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SOALAN LAZIM LANGGANAN ID PEMBELAJARAN ONLINE : EDISI 6

Q: Portal pembelajaran online Ulang Kaji ini untuk siapa?


A: Hanya untuk kegunaan murid-murid Tahun 6 sahaja yang bakal menduduki UKKM.

Q: Berapa lama proses pendaftaran dan pengaktifan akaun?


A: Proses pendaftaran dan pengaktifan akaun boleh menjangkau sehingga 3 jam, bergantung kepada
jumlah bilangan pendaftaran dalam satu-satu masa. Proses ini dilakukan bermula pada jam 9 pagi
hingga 10.30 malam sahaja. Jika pengesahan pendaftaran dihantar selepas jam 10.30 malam, proses
pendaftaran tersebut akan di bawa ke hari berikutnya iaitu jam 9 pagi.

Q: Boleh akses portal ini dengan menggunakan peranti telefon atau tablet?
A: Untuk pembelajaran online ini, paparan kurang sesuai digunakan melalui telefon atau tablet. Ujian
sebenar kelak akan menggunakan komputer, oleh itu penggunaan komputer atau laptop adalah pilihan
terbaik. 🙂

Q: Sampai bila boleh akses akaun murid dalam portal pembelajaran online ini?
A: Boleh diakses sehingga 28 Februari 2023. Selepas itu akaun murid ini akan dipadam.

Q: Bila dan berapa kali boleh log masuk akaun portal pembelajaran online ini?
A: Boleh log masuk dan log keluar, bila-bila masa. Tiada had ditetapkan.

Q: Subjek apa yang disediakan untuk ujian ini?


A: Untuk tahun 2022/2023, ada 4 ujian subjek disediakan sama seperti format UKKM tahun ini iaitu subjek
Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Keperibadian. (BONUS Latihan dan Latihan Sifir ada disediakan)

Q: Ada berapa set soalan ujian untuk setiap subjek?


A: Setiap subjek disediakan 1 SET Soalan Ujian sahaja.

Q: Berapa kali boleh jawab untuk setiap soalan ujian dalam portal ini?
A: Murid-murid boleh jawab setiap soalan ujian yang disediakan paling banyak 7 kali. SETIAP UJIAN
AKAN DIKIRA SEKALI APABILA SUDAH KLIK BUTANG ‘READY TO START’ ATAU ‘RETAKE EXAM’.

Q: Ujian ini ada tempoh masa ke?


A: Ya, setiap ujian ada tempoh masa yang diberikan. Oleh itu, pastikan murid-murid bersedia dan jawab
semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.

Q: Apa maksud Shuffle Questions – Unlimited Attempts?


A: Murid boleh menjawab soalan ujian ini tanpa had. Soalan ini adalah sama dengan soalan Ujian yang
disediakan tetapi disediakan secara rawak.

Q: Adakah jawaban dan penerangan disediakan?


A: Ya, jawaban dan penerangan jawaban disediakan dalam bentuk PDF. Ibu bapa boleh download atau
cetak untuk dijadikan rujukan. Penerangan jawaban hanya boleh digunakan untuk rujukan Soalan Ujian
tetapi tidak boleh digunakan sebagai rujukan Shuffle Questions – Unlimited Attempts.
Q: Boleh ke, selepas dah mula jawab soalan, kemudian berhenti dan sambung jawab semula?
A: Tidak boleh, kerana semua soalan harus dijawab dalam tempoh yang ditetapkan.

Q: Adakah soalan yang disediakan sama untuk percubaan ujian seterusnya?


A: Ya, soalan yang disediakan adalah sama. Ini untuk memastikan murid-murid betul-betul dan faham
dan bersedia untuk ujian sebenar kelak.

Q: Berapakah markah lulus?


A: Sebagai cabaran kepada murid-murid, markah lulus ialah 100%. Selain daripada itu akan dikira gagal.
(*ini hanya cabaran untuk murid-murid sahaja)

Q: Murid dah mula jawab soalan, tetapi mengapa soalan tidak keluar?
A: Ini disebabkan oleh sambungan internet yang rendah. Pastikan kelajuan internet yang baik sebelum
murid-murid mulakan ujian.

Q: Mengapa sebelum murid jawab soalan, secara tiba-tiba telah keluar keputusan?
A: Ini disebabkan oleh sambungan internet yang rendah. Pastikan kelajuan internet yang baik sebelum
murid-murid mulakan ujian.

You might also like