Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Pasukan Simpanan

Persekutuan

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali
dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah
tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang
rusuhan atau Perhimpunan Haram yang berlaku di Malaysia.

Anggota FRU semasa dalam perbarisan.


Sejarah

Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5 Disember,
1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah menempa kejayaan
mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaan dan rusuhan
yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan
yang penting dalam menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.

Peranan

Remaja Kadet Polis ini menggayakan peralatan FRU. Adakah remaja-remaja ini bakal menjadi pelapis kepada pasukan
ini dimasa yang akan datang?

Peranan pasukan ini khusus untuk menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan
dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini
adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan
Ketenteraman Awam. Apabila unit ini tidak terlibat dalam tugas-tugas Ketenteraman Awam,
mereka boleh digunakan oleh Pegawai Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis
Daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas yang merangkumi:-

Tugas mencegah jenayah seperti rondaan khas sebagai tambahan kepada rondaan
Bit/Patrol di kawasan yang sering berlaku jenayah;
Bantuan keanggotaan semasa bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh, nahas udara dan
lain-lain ) untuk menyelamatkan nyawa, memindahkan penduduk, mengepong kawasan
dan mencegah rompakan;
Operasi polis secara besar-besaran seperti kepongan dan pemeriksaan, penapisan,
rondaan intensif dan lain-lain

Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan,
perhimpunan dan lain-lain.

Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit,
dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3
terup. Di samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi
latihan di Sungai Senam, Ipoh, Perak. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan undang-
undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan
dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan
pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor
Leste. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah
negara yang baru mencapai kemerdekaan.

Organisasi

Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup
'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas
pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu,
pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan
mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.

Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu
ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah
menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan
untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.

Penugasan

Beberapa Terup PSP sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Jabatan KDN/KA
hendaklah dikekalkan sebagai Simpanan KPN.Mereka tidak boleh ditugaskan kecuali dengan
arahan atau dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Jabatan KDN/KA.
Ibu pejabat

Rusuhan 13 Mei menggambarkan bagaimana anggota FRU diaturgerakkan ke kawasan operasi yang dikatakan
berprofil tinggi dalam PDRM.

Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh
Malaysia:-

FRU No 1 - Kuala Lumpur

FRU No 4 - Kuala Lumpur

FRU No 2 - Johor Bahru, Johor

FRU No 3 - Pulau Pinang

FRU No 5 - Ipoh, Perak

FRU No 6 - Kuala Terengganu, Terengganu

FRU No 7 - Seremban, Negeri Sembilan

Terup Wanita - Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Unit Berkuda - Kuala Lumpur

Sekolah Latihan FRU - Ipoh, Perak

Operasi yang diketahui

Peristiwa 13 Mei 1969 - Rusuhan perkauman yang mengorbankan seramai 196 orang, dan
149 orang cedera. Pasukan polis dan tentera (terdiri daripada Rejimen Askar Melayu Diraja
dan Rejimen Renjer Diraja) berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.[1]
1985 - Terlibat dalam operasi penangkapan Ibrahim Libya ketika insiden Memali di Baling,
Kedah.
1997 - Operasi mengawal rusuhan akibat penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.[2]
2007 - terlibat dalam operasi menangani rusuhan daripada kumpulan Hindu Right Action
Force (HINDRAF) yang memprotes dasar ketidakdiskriminasi terhadap kerajaan. Para
perusuh yang melibatkan kaum Hindu seramai 8, 000 orang berjaya disuraikan oleh polis
dengan lima ahli kumpulan Hindraf ditahan dan dibicarakan mengikut Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA).[3]
2008 - FRU bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi sivil
untuk mengendalikan insiden tanah runtuh Bukit Antarabangsa.[4]
2018 - 700 anggota polis termasuk FRU dikerahkan ke Subang Jaya, Selangor akibat
daripada pergolakan dan rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman yang
berpanjangan sehingga dua hari membabitkan dua kumpulan berkaitan isu pemindahan
kuil tersebut.[5]

Rujukan

1. "Race War in Malaysia" (https://web.archive.org/web/20070518061525/http://www.time.c


om/time/magazine/article/0%2C9171%2C900859%2C00.html) . Time. 23 May 1969.
Diarkibkan daripada yang asal (http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,90085
9,00.html) pada 2007-05-18. Dicapai pada 2018-12-25.

2. "Islamic Radicalism in Malaysia: the Middle East connection)" (https://web.archive.org/we


b/20060814222002/http://www.dur.ac.uk/eurames.brismes/EURAMES_abstracts.pdf)
(PDF). YUSOFF KAMARUZAMAN. Diarkibkan daripada yang asal (http://www.dur.ac.uk/eur
ames.brismes/EURAMES_abstracts.pdf) (PDF) pada 14 August 2006. Dicapai pada
14 August 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

3. POLICE ATTEMPTS TO SABOTAGE HINDRAF FORUM IN SEMENYIH ON 6.10.2007 (http://


www.bangkit.net/2007/10/09/police-attempts-to-sabotage-hindraf-forum-in-semenyih-on-
6102007/) Diarkibkan (https://web.archive.org/web/20090212131659/http://www.bangk
it.net/2007/10/09/police-attempts-to-sabotage-hindraf-forum-in-semenyih-on-6102007/)
12 Februari 2009 di Wayback Machine

4. "BUKIT ANTARABANGSA TRAGEDY: Temporary halt to search-and-rescue ops" (https://we


b.archive.org/web/20081207232137/http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/
Frontpage/20081207094216/Article/index_html) . BERNAMA. Diarkibkan daripada yang
asal (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/20081207094216/Ar
ticle/index_html) pada 7 December 2008. Dicapai pada 7 December 2008. Unknown
parameter |deadurl= ignored (bantuan)

5. "Polis berkawal di kuil Seafield, One City selepas kematian Adib" (https://web.archive.org/
web/20181228090008/https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/1
8/polis-berkawal-di-kuil-seafield-one-city-selepas-kematian-adib/) . 18 December 2018.
Diarkibkan daripada yang asal (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/201
8/12/18/polis-berkawal-di-kuil-seafield-one-city-selepas-kematian-adib/) pada 2018-12-
28. Dicapai pada 2018-12-25.

Pautan Luar

(Inggeris) Rencana mengenai FRU (http://www.rmp.gov.my/rmpnew/rmp/kdnka/kdnkaengli


sh/federal_reserve_unit.htm) Diarkibkan (https://web.archive.org/web/2007031205240
9/http://www.rmp.gov.my/rmpnew/rmp/kdnka/kdnkaenglish/federal_reserve_unit.htm)
2007-03-12 di Wayback Machine

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pasukan Simpanan Persekutuan (https://c


ommons.wikimedia.org/wiki/Category:Federal_Reserve_Unit?uselang=ms)

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Pasukan_Simpanan_Persekutuan&oldid=54
82413"

Last edited 11 months ago by Zahirulnukman

You might also like