Nur Izzah Aqilah Binti Hamidun Pid20136 Skrip Jawapan Aak2202

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SKRIP JAWAPAN AAK2202

Nama Pelajar : NUR IZZAH AQILAH BINTI HAMIDUN


No Matrik: PID20136

BAHAGIA (A)
SOALAN 1
(a)
1) Mengasuh dan mendidik kanak-kanak serta merancang aktiviti
pengajaran mengikut tahap umur kanak-kanak
2) Menjaga keselamatan kanak-kanak sepanjang tempoh ibu bapa
bekerja
3) Perlu mewujudkan suasana yang gembira agar dapat menarik minat
kanak-kanak
4) Membimbing kanak-kanak melakukan sebarang aktiviti yang
dijalankan

(b)
1) Yang pertama ialah siapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran
dan juga tingkah laku
2) Yang kedua pemohon mesti menjalankan perniagaan sepenuh
masa
3) Yang ketiga ialah mesti konsisten untuk menjalannya

SOALAN 2
(a) Taska ialah singkatan kata daripada ‘Taman Asuhan Kanak-kanak.
Taska juga boleh didefinisikan sebagai mana-mana premis yang
menerima kanak-kanak melebihi masuk 4 orang kanak-kanak yang
berumur 4 tahun ke bawah dari lebih satu isi rumah untuk dijaga
dengan upah. Manakala untuk tadika pula singkatan kata daripada
‘Taman Didikan Kanak-kanak’. Tadika juga boleh didefinisikan
sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4
orang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk tujuan
menerima Pendidikan dengan upah.

(b)
1) Taska di rumah iaitu dijalankan di kediaman sendiri yang menerima
masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak sahaja untuk dijaga
2) Taska komuniti iaitu ditubuhkan atas inisiatif komuniti yang memberi
manfaat untuk keluarga yang berpendapatan rendah yang tinggal di
bandar ataupun luar bandar. Menerima masuk 10 orang kanak-kanak
atau lebih untuk dijaga. Taska ini juga menerima bantuan daripada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
3) Taska di institusi iaitu ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan badan
bukan kerajaan. Taska ini menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau
lebih untuk dijaga.
4) Taska di tempat kerja iaitu ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk
menjaga kebajikan pekerjanya. Taska ini menerima masuk 10 orang
kanak-kanak atau lebih untuk dijaga.

SOALAN 3
(a) Ciri keselamatan sebelum membuka sesebuah taska dan tadika
ialah yang pertama lokasi bangunan tersebut tidak terletak di
Kawasan yang sesak atau jalan utama. Ciri keselamatan yang kedua
ialah Kawasan bangunan tersebut mesti selamat dari datingnya
bahaya dan mesra alam.
(b)
1) Yang pertama ialah M iaitu material. Bahan-bahan yang digunakan
dipusat tersebut
2) Yang kedua ialah E iaitu equipment. Peralatan yang digunakan
termasuklah alat mainan, hiasan, dapur, pengangkutan dan lain-lain
3) Yang ketiga ialah S iaitu space. Tempat atau ruang yang digunakan
termasuklah bangunan, susun atur perabut dan taman permainan
4) Yang keempat ialah H iaitu human. Tenaga manusia termasuk juga
kemahiran, kemampuan, ilmu pengetahuan, kebolehan untuk
membentuk sesuatu dan juga penyampaian sesuatu perkara

BAHAGIAN (B)
SOALAN 2
Ciri yang pertama ialah pengasuh mestilah mempunyai perwatakan yang menarik kerana ini
mampu menarik minat kanak-kanak serta membuatkan kanak-kanak selesa terhadap pengasuh
tesebut. Ini juga akan menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat untuk hadir ke taska ataupun
tadika. Jika pengasuh mempunyai perwatakan yang menarik, bersikap terbuka serta mudah mesra,
ini akan membuatkan ibu bapa lebih yakin terhadap pengasuh tersebut untuk menjaga dan
mendidik anak mereka. Ciri yang kedua ialah mempunyai pengalaman dalam mengasuh dan
mendidik kanak-kanak. Ini akan membuatkan pihak pengurus dan ibu bapa lebih percaya pengasuh
tersebut untuk mengasuh dan mendidik anak mereka, kerana pengasuh tersebut mempunyai
pengalaman dalam menangani tersebut. Ciri yang ketiga ialah bersikap berdisiplin. Pengasuh
mestilah tepati masa bekerja dan janganlah lambat untuk hadir ke tempat kerja. Pengasuh juga
tidak boleh cuti sesuka hati melainkan ada kecemasan. Ciri yang keempat ialah pengasuh mestilah
mempunyai kelayakan seperti diploma Pendidikan awal kanak-kanak atau sebagainya. Ini dapat
memudahkan pengasuh mengasuh dan mendidik kanak-kanak kerana pengasuh tersebut sudah
mempunyai ilmu pengetahuan. Dan ciri yang terakhir ialah pengasuh mesti mempunyai akhlak
yang baik. Ini kerana kanak-kank tersebut dibawah jagaannya, jadi mereka akan memerhati tngkah
laku yang pengasuh tersebut.

You might also like