Inisiatif Kerajaan Negeri Johor Dalam Me

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

ABSTRAK

Kenaikan harga rumah yang semakin meningkat dari masa ke semasa telah
menyebabkan kebanyakan rakyat di Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah
terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan bandar. Hal ini kerana, kos sara
hidup bagi mereka yang menetap di kawasan bandar adalah amat tinggi daripada segi
penyewaan rumah, bil-bil utiliti dan sebagainya.Oleh hal yang demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti antara inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan
negeri dan juga mengenalpasti kejayaan dan juga halangan inisiatif tersebut. Selain
daripada, pihak kerajaan Malaysia dan negeri Johor telah memperkenalkan beberapa
program perumahan seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia, Perumahan Penjawat
Awam 1 Malaysia, Rumah Mampu Milik Johor, Program Perumahan Rakyat dan
sebagainya. Program ini diperkenalkan bagi membantu mereka untuk memperolehi
rumah untuk jaminan pada masa akan datang. Program ini diperkenalkan di seluruh
Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Pihak Kerajaan Negeri
bertanggungjawab dalam membantu rakyat di negeri masing-masing untuk memiiliki
rumah yang diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan. Kajian ini akan menggunakan kaedah
temu bual secara keseluruhan untuk mengenalpasti antara inisiatif yang diambil oleh
pihak kerajaan negeri dan juga mengenalpasti kejayaan dan juga halangan inisiatif
tersebut. Kajian yang akan dijalankan ini lebih tertumpu di negeri yang semakin
membangun seperti Johor. Selain itu,inisiatif-inisiatif yang boleh diambil oleh
Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat dalam memudahkan urusan mereka dalam
pemilikan rumah. Kajian ini dapat membantu rakyat yang tidak mampu membeli
rumah untuk memanfaatkan segala inisiatif yang disediakan untuk membeli rumah
mampu milik.
ABSTRACT

The increase of house price from time to time have caused most Malaysians
unable to buy houses especially for those living in urban areas. This is because the cost
of living for those living in urban areas is very high in terms of housing rental, utility
bills and so on.Therefore, this study is conducted to identify between initiatives taken
by the state government and also to identify success and also the barriers to the
initiative. Apart from that, the Malaysian and state governments have introduced
several housing programs such as Perumahan Rakyat 1 Malaysia, Perumahan
Penjawat Awam 1 Malaysia, Rumah Mampu Milik Johor, Program Perumahan
Rakyat and so on. This program was introduced to help them to secure a home for
future security. This program is introduced throughout Peninsular Malaysia, Sabah and
Sarawak. The State Government is responsible for helping the people in their
respective states to own houses introduced by the Government. This study will use the
overall interview methodology to identify between initiatives taken by the state
government and to identify the successes as well as the barriers to the initiative. This
study will focus more on developing countries such as Johor. In addition, the initiatives
that the State Government can take in assisting the people in facilitating their dealings
in home ownership. This study can help people who are unable to afford a home to
take advantage of all the initiatives available to purchase affordable homes.
KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Skop Kajian
6
1.8 Metodologi Kajian
7
1.9 Rumusan
8
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 9

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Inisiatif Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri 9


2.2.1 Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) 9
2.2.2 Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) 10
2.2.3 Program Perumahan Rakyat (PPR)
11
2.2.4 Rumah Mampu Milik Johor
13
2.2.5 Pendapatan Penengah
14
2.3 Isu dalam pemilikan rumah mampu milik
2.4 Dasar utama untuk Mengurangkan Jurang Rumah Mampu 16

Milik 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Pendekatan Kajian 34


3.3 Mengenalpasti Kajian 34
3.3.1 Kaedah Pemerhatian 35
3.3.2 Kaedah Temu Bual
36
3.3.3 Pengumpulan Data Primer dan Sekunder
37
3.3.4 Kaedah Dokumentasi
38
3.4 Analisis Data
3.5 Kesimpulan 39
49

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN 41

4.1 Pengenalan 41
4.2 Definisi Rumah Mampu Milik dan Kriteria-kriteria 42
Pemilikan 44
4.3 Objektif Pertama : Inisiatif Pihak Kerajaan Negeri dalam
Pemilikan Rumah Mampu Milik 45
4.3.1 Baucar RM 1,000 Rumah Mampu Milik 46
Johor
4.3.2 Kerjasama Antara Kerajaan Negeri Johor
47
dan AmBank Islamic Berhad
4.3.3 Skim MyDeposit 49
4.3.4 Rumah Transit Belia 50
4.3.5 Skim Sewa Program Perumahan Rakyat 50
4.4 Objektif Keduan : Kejayaan dan Halangan kepada
Pemilikan Rumah Mampu Milik 51
4.5 Rumah Mampu Milik yang Terjual di Negeri Johor 51
4.5.1 Senarai Menunggu Permohonan Rumah
52
Mampu Milik
4.5.2 Senarai Rumah Mampu Milik yang Dibina
53
di Sekitar Johor
4.5.3 Jumlah Rumah yang telah Terjual di
58
Sekitar Negeri Johor
4.5.4 Isu Pembiayaan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Penemuan Kajian Objektif Pertama 61
5.3 Rumusan Penemuan Kajian Objektif Kedua
63
5.4 Limitasi Kajian
64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
65
5.6 Cadangan untuk Pembinaan Rumah Mampu Milik
5.7 Kesimpulan 65

66

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 71

VITA 84
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perumahan memainkan peranan yang agak penting kepada manusia untuk


memperoleh perlindungan. Oleh sebab itu, rakyat di sesebuah negara memerlukan
sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk mendapat perlindungan. Kepuasan,
kesejahteraan dan juga produktiviti merupakan petunjuk kecukupan dan kualiti
perumahan. Sekiranya kualiti perumahan itu mencukupi dan ia juga boleh diakses
oleh semua pihak, maka pihak kerajaan dan juga orang awam akan kurang
menghabiskan penyediaan kemudahan kesihatan, rekreasi dan juga pencegahan
jenayah. Pemilikan rumah dilihat sebagai salah satu pelaburan yang boleh
memberi keuntungan kepada pemilik. Bukan itu sahaja, perumahan juga
merupakan salah satu tempat untuk menjaga keselamatan kepada semua orang.
Bagi mereka yang menyewa, nilai sewaan sering kali melebihi perbelanjaan
bulanan para penyewa. Perumahan juga boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan iaitu perumahan pendapatan tinggi, perumahan pendapatan sederhana
dan juga perumahan pendapatan rendah. Rumah mampu milik yang dirujuk di
dalam kajian ini merupakan perumahan pendapatan sederhana dan juga
perumahan pendapatan rendah. Manakala bagi mereka yang membeli atau
memiliki rumah,rumah merupakan salah satu pelaburan yang paling besar mereka
pernah lakukan.
Perumahan pendapatan sederhana dan juga perumahan pendapatan rendah ini
merupakan rumah mampu milik. Perumahan ini dibina khas bertujuan bagi
memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan
sederhana untuk memiliki rumah. Walau bagaimanapun, harga yang dikenakan
oleh pihak pemaju melebihi kemampuan mereka. Untuk memiliki rumah mampu
milik,para pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada
pendapatan isi rumah,sekiranya pembeli membayar melebihi lebih daripada 30
peratus ia dianggap membebani rakyat.
Perubahan harga rumah mampu memberi impak secara langsung dan tidak
langsung terhadap permintaan rumah. Pasaran perumahan di Malaysia merupakan
salah satu komponen penting kepada ekonomi negara. Untuk menangani isu
pembangunan sektor harta tanah yang tidak mampan,pihak Bank telah
memperkenalkan dasar kehematan makro pada akhir tahun 2010.

1.2 Latar Belakang

Pertambahan rakyat di sesebuah negeri disebabkan oleh migrasi yang berlaku di


sesuatu tempat disebabkan oleh peluang pekerjaan yang banyak di sesebuah negeri
itu. Banyak pemaju telah mengambil peluang dengan membina banyak
perumahan. Hal ini membimbangkan rakyat Malaysia kerana harga yang
dikenakan oleh pihak pemaju agak tinggi dan melebihi kemampuan mereka. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan telah memperkenalkan rumah mampu milik untuk
membantu rakyat Malaysia memiliki rumah. Rumah mampu milik ialah rumah
yang memenuhi keperluan dari segi kualiti dan juga saiz, ia juga mampu dibeli
oleh rakyat dan mereka masih mempunyai kewangan yang mencukupi bagi
menanggung perbelanjaan harian mereka (Cheah, Ling, Joan, & Su, 2017).
Harga rumah di Malaysia meningkat secara mendadak sejak tahun 2012 dan ia
melebihi kemampuan rakyat Malaysia. Kebanyakan rumah di Malaysia
dibangunkan dan ia lebih tertumpu kepada rumah bernilai tinggi. Oleh sebab itu
berlaku lambakan rumah di Malaysia. Oleh sebab itu, Bank Negara Malaysia telah
mengisytiharkan pada tahun 2016 bahawa rumah di Malaysia masih sangat tidak
mampu dimiliki oleh rakyat kerana harga yang ditawarkan melebihi median
pendapatan isi rumah (Cheah, Ling, Joan, et al., 2017). Harga maksimum rumah
mampu milik yang ditawarkan di Malaysia dianggarkan dalam RM282,000.
Kajian ini memfokuskan kepada negeri Johor kerana lambakan rumah di negeri
ini masih tidak terjual berikutan harga yang dikenakan adalah tinggi dan melebihi
kemampuan rakyat di negeri ini. Mereka yang menetap di negeri ini lebih memilih
untuk menyewa berbanding memiliki rumah sendiri. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bagi mengenalpastti inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Pusat dan juga
Pihak Kerajaan Negeri Johor dalam memudahkan rakyat di Negeri Johor untuk
memiliki rumah.

1.3 Penyataan Masalah

Perumahan merupakan salah satu elemen penting bagi setiap manusia di atas muka
bumi ini, Malaysia tidak terkecuali juga dalam hal ini. Kemajuan ekonomi
sesebuah negara bergantung pada pasaran harta tanah yang berada di setiap negara
(Fuss, 2010). Lambakan perumahan yang berada di Malaysia berlaku kerana nilai
pasarannya yang agak tinggi terutamanya perumahan di kawasan-kawasan bandar.
Nilai pasaran perumahan di kawasan bandar meningkat kerana pembangunan yang
berlaku di kawasan sekeliling amat pesat dan membantu pihak pemaju dalam
meraih keuntungan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan Program Perumahan 1 Malaysia dalam pembentangan Bajet
2012 yang lalu (Ali ., 2016). Program ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk
memperoleh kediaman sendiri terutama bagi mereka yang menetap di bandar.
Tetapi masih terdapat rakyat Malaysia yang masih menyewa kerana tidak mampu
untuk membeli rumah.
Pembangunan pesat yang berlaku di Negeri Johor menyebabkan ramai rakyat
Malaysia yang bermigrasi ke negeri ini. Hal ini disebabkan banyak peluang
pekerjaan yang disediakan kerana aktiviti pembangunan yang sedang pesat
membangun (Cheah, Ling, Joan, et al., 2017). Nilai pasaran bagi PR1MA adalah
amat berpatutan bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Walau
bagaimanapun, setelah program perumahan ini diperkenalkan pada tahun 2012,
masih terdapat rakyat yang tidak mampu untuk membeli rumah dan berusaha keras
untuk memperoleh pinjaman perumahan daripada pihak bank (Ali , 2016). Oleh
sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti inisiatif yang diambil oleh
Pihak Kerajaan Pusat dan Pihak Kerajaan Negeri johor

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada isu-isu yang dinyatakan, persoalan kajianyang timbul adalah


seperti berikut:

1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri Johor bagi
memudahkan pemilikan rumah kepada rakyat di negeri Johor?
2. Apakah impak daripada inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Pusat dan
juga Pihak Kerajaan Negeri Johor terhadap pemilikan rumah kepada rakyat
negeri Johor?

1.5 Objektif Kajian

Obektif kajian yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri bagi


memudahkan pemilikan rumah mampu milik kepada rakyat.
2. Mengenal pasti kejayaan dan halangan berkaitan inisiatif yang diambil oleh
Pihak Kerajaan Negeri bagi memudahkan pemilikan rumah mampu milik
kepada rakyat.

1.6 Kepentingan Kajian

Beberapa pihak akan mendapat kepentingan hasil daripada kajian yang akan
dijalankan ini. Kajian ini juga dijalankan agar dapat memaklumkan kepada rakyat
antara inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Pusat dan Pihak Kerajaan Negeri
dalam memudahkan mereka dalam memiliki rumah di kawasan tersebut. Kajian
ini juga akan memberi manfaat kepada beberapa pihak termasuk rakyat yang
mempunyai masalah kesuakaran dalam memiliki rumah.

Rakyat yang mempunyai kesukaran dalam memiliki rumah boleh


menggunakan beberapa inisiatif yang dicadangkan oleh Pihak Kerajaan Negeri dan
juga Pihak Kerajaan Pusat untuk memiliki rumah mampu milik yang disediakan
oleh Pihak Kerajaan Pusat. Rumah mampu milik yang disediakan ini memenuhi
keperluan bagi rakyat daripada segi lokasi, saiz dan harganya juga sesuai seperti
keadaan rumah yang disediakan.

Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada Pihak Kerajaan Pusat dan juga
Pihak Kerajaan Negeri Johor dalam memajukan lagi ekonomi negara. Pasaran
harta tanah merupakan salah satu komponen penting dalam ekonomi negara. Hal
ini kerana, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada pasaran harta tanah.
Lambakan rumah yang tidak terjual menunjukkan masih ada rakyat yang tidak
mampu memilik rumah di negara kita. Oleh sebaab itu, Pihak Kerajaan Pusat dan
Negeri telah mengambil beberapa inisiatif untuk membantu rakyat bagi memilik
rumah sendiri.

1.7 Skop Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini akan tertumpu di negeri Johor yang kini sedang
membangun dengan pesat. Negeri Johor pada masa kini sedang giat membangun
dari segi pembangunan. Pemilihan negeri Johor ini sebagai kawasan kajian kerana
kawasan ini terdapat ramai rakyat Malaysia yang bermigrasi berikutan peluang
pekerjaan yang banyak ditawarkan akibat daripada aktiviti pembangunan di negeri
ini. Berikutan aktiviti pembangunan yang semakin pesat, banyak perumahan yang
dibina oleh pihak pemaju bagi menyediakan kediaman kepada para pekerja yang
bekerja di negeri Johor.

Responden bagi kajian yang akan dijalankan ini terdiri daripada para pekerja
Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Johor.
1.8 Metodologi Kajian

Kaedah yang akan digunakan dalam menyelesaikan kajian ini iaitu kaedah
kualitatif yang terdiri daripada kaedah temubual.

1. Kaedah temubual yang akan dijalankan bersama dengan para pekerja


Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor berkenaan inisiatif yang
diambil oleh pihak mereka dalam memudahkan pemilikan rumah kepada
rakyat di negeri masing-masing.

Pada peringkat awalnya, semua inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri
dalam membanntu memudahkan pemilikan rumah ini akan difahami melalu
bacaan daripada buku-buku ilmiah, jurnal, laporan, garis panduan dan juga kajian-
kajian daripada sebelumnya, dan dibentuk dalam bentuk penulisan. Selain itu,
kaedah temu bual secara tidak langsung juga akan dijalankan bagi mendalami lebih
dalam lagi berkaitan inisiatif yang diambil.

1.9 Rumusan

Bab 1 membincangkan tentang masalah atau isu-isu yang dikaji iaitu


mengenai inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan Pusat dan Pihak Kerajaan
Negeri Johor dalam memudahkan pemilikan rumah kepada rakyat negeri
Johor. Inisiatif-inisiatif yang diperoleh dapat memberi pandangan kepada
pihak pemaju,pihak Kerajaan Negeri dan juga penduduk agar masalah rumah
tidak terjual dapat diatasi pada masa akan datang. Sekiranya perkara ini tidak
dapat diselesaikan, berkemungkinan lambakan rumah yang tidak terjual di
negeri Johor akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bab seterusnya
akan membincangkan mengenai inisiatif yang diambil oleh Pihak Kerajaan
Pusat dan Negeri bagi menyokong objektif yang pertama.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab 1, telah membincangkan perkara-perkara seperti latar belakang


kajian, penyataan masalah, objektif, skop, kepentingan kajian serta
metodologi yang akan digunakan bagi memudahkan proses kajian ini.
Seterusnya disini dijelaskan tentang inisiatif yang diambil oleh Pihak
Kerajaan Pusat dalam memudahkan pemilikan rumah kepada rakyat
Malaysia. Beberapa definisi yang diperlukan dalam kajian ini seperti
rumah mampu milik, penerangan berkaitan tahap pendapatan yang
diperoleh rakyat Malaysia dibincangkan serta teori-teori yang berkaitan
juga akan dinyatakan dalam bab ini.

2.2 Jenis Rumah Mampu Milik

2.2.1 Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali debagai PR1MA


ditubuhkan pada tahun 2012. Penubuhan PR1MA ini diperkenalkan dalam
Pembentangan Bajet 2012 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu
Dato’ Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak. Perbadanan PR1MA ini
ditubuhkan di bawah Akta PR1MA tahun 2012 (Undang-Undang
Malaysia, 2012).

PR1MA ini ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif oleh Pihak Kerajaan
Pusat dalam membantu rakyat Malaysia terutamanya mereka yang
berpendapatan sederhana bagi memudahkan pemilikan rumah (Undang-
Undang Malaysia, 2012). PR1MA juga mempunyai fungsi yang tersendiri
di mana perbadanan ini akan menggalakkan dan dan melaksanakan dasar
yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA.

PR1MA merupakan salah satu syarikat yang membina rumah mampu


milik. Ia juga merupakan salah satu perbadanan yang agak besar dalam
pembangunan rumah mampu milik (Jamal, Labin, Che-ani, &
Kamaruzzaman, 2014). Program ini juga ditubuhkan untuk memberi
peluang kepada golongan muda yang mempunyai pendapatan bulanan
kurang daripada RM3600 sebulan untuk membeli sebuah rumah dengan
bantuan pembiayaan 100 peratus untuk hartanah berharga RM120,000
hingga RM270,000 (Undang-Undang Malaysia, 2012).

2.2.2 Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia atau dikenali sebagai PPA1M


adalah salah satu skim rumah mampu milik yang dibina khas untuk
penjawat awam. Program ini telah ditubuhkan pada awal 2013,berikutan
perbincangan Jemaah Menteri pada 31 Januari 2013 dan 27 Mac 2013
(Portal Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia, 2013). Hal ini terjadi
berikutan Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji inisiatif untuk
membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah
dan sederhana untuk membeli rumah khasnya di kawasan bandar-bandar
utama.

Unit PPA1M, JPM telah ditubuhkan untuk mengambil alih tugas UKS
atau Unit Kerjasama Awam Swasta pada 1 Oktober 2014. Penubuhan unit
ini adalah untuk memberi perhatian khusus dalam merancang, mengawal
pelaksanaan program dan juga untuk memantau projek-projek PPA1M.

Menjelang akhir tahun 2018, kerajaan telah menetapkan sebanyak


100,000 unit PPA1M disediakan untuk penjawat awam. Agensi pelaksana
bagi PPA1M bertanggungjawab untuk merancang, mengurus,
memudahcara dan memantau pelaksanaan program / projek PPA1M (Garis
Panduan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia,PPA1M , 2013). Bukan
itu sahaja,agensi pelaksana juga bertanggungjawab untuk memilih pembeli
berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan.

2.2.3 Program Perumahan Rakyat

Program Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai


PPR,ditubuhkan pada tahun 2002. PPR ini ditubuhkan untuk membuat
penempatan semula setinggan dan juga untuk memenuhi keperluan asas
tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah (Program
Perumahan Rakyat,PPR, 2017). PPR ini layak untuk dibeli dan disewa
untuk mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 3,000
sebulan. Jabatan Perumahan Negara atau Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan merupakan agensi pelaksana utama bagi semua projek
PPR di seluruh Malaysia. PPR tediri daripada dua kategori iaitu PPR
Disewa (PPRS) dan juga PPR Dimiliki (PPRM).
Secara amnya, program PPRM hanya dilaksanakan di negeri
Pahang tetapi ianya mula diperluaskan di negeri Kelantan, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Sabah disebabkan oleh Rancangan
Malaysia ke-10. Rumah PPR ini dijual pada paras harga antara RM30,000
hingga RM35,000 di Semenanjung Malaysia,manakala di Sabah dan
Sarawak dengan harga RM40,500 (Program Perumahan Rakyat (PPR),
2017). Manakala,PPRS akan disewa dengan kadar sewaan sebanyak
RM124 sebulan.
Semua pembangunan perumahan PPR ini akan menggunakan
sepesifikasi perancangan dan juga reka bentuk perumahan kos rendah yang
ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos
Rendah Pangsa (CIS2).
Menjelang tahun 2018,dianggarkan sebanyak 1 juta unit rumah
mampu milik akan siap dibina. Sebanyak 60,789 unit daripadanya adalah
di bawah KPKT iaitu perumahan PPR. (Portal Rasmi Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,2017).

2.2.4 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

RMMJ ataupun Rumah Mampu Milik Johor merupakan salah satu


usaha Pihak Kerajaan Negeri Johor dalam membantu rakyat untuk
memiliki rumah mampu milik. Rumah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu
bagi mereka yang berpendapatan bawah RM 3,000, bawah RM 5,000 dan
juga bawah daripada RM 8,000 (BR1M : Rumah Mampu Milik
Johor,2016). Rumah ini merangkumi harga yang mampu dimiliki dan
mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh rakyat. Rumah ini juga mampu
dibeli oleh pembeli dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa
kini. Tetapi rumah di bawah RMMJ ini dikhaskan untuk rakyat negeri
Johor sahaja. Rajah di bawah menunjukkan kategori perumahan yang
disediakan oleh Pihak Kerajaan Negeri beserta dengan kelayakan dan juga
harga yang ditawarkan untuk membeli rumah ini.

Rajah 1 : Kategori Rumah Mampu Milik Johor

Sumber : BR1M : Rumah Mampu Milik Johor (2016)


Rumah Mampu Milik Johor ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Rumah
Komuniti Jenis A, Rumah Komuniti Jenis B dan juga Rumah Komuniti Jenis
C. Bagi rumah komuniti jenis A dianggarkan harga pembeliannya ialah
RM42,000, manakala rumah komuniti jenis B pulah berharga RM50,000 dan
rumah komuniti jenis C pula ialah RM 150,000. Rumah ini dibahagi mengikut
pendapatan yang diperoleh isi rumah. Setia satunya telah dipecahkan iaitu
rumah komuniti jenis A dengan had maksimum gaji ialah RM3,000, RM5,000
merupakan had maksimum pendapatan isi rumah bagi rumah komuniti jenis B
dan rumah komuniti jenis C pula dengan had maksimum pendapatan RM8,000.

2.2.5 Pendapatan Menengah

Pendapatan Menengah ialah purata pendapatan sederhana yang


diperolehi oleh rakyat Malaysia. Pendapatan isi rumah bulanan bagi
golongan penengah pada tahun 2016 telah meningkat pada RM5,228
berbanding dengan tahun 2014 dengan RM4,585 (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2016). Pendapatan ini tumbuh pada kadar 6.6 peratus pada nilai
nominal. Pendapatan penengah ini telah meningkat sebanyak 4.4 peratus.
Bagi pendapatan penengah strata bandar ia meningkat sebanyak 6.4 peratus
setahun kepada RM5,860 pada tahun 2016 daripada RM5,156 pada tahun
2014. Pada masa yang sama, pendapatan isi rumah bagi penduduk luar
bandar juga bertambah sebanyak 5.3 peratus setahun daripada RM3,123
pada tahun 2014 kepada RM3,471 untuk tahun 2016.

Di Malaysia terdapat tiga golongan iaitu kumpulan terendah (B40),


kumpulan penengah (M40) dan kumpukan tertinggi (T20). Kumpulan ini
telah merekodkan peningkatan pada tahun 2016 berbanding tahun 2014.
M40 menunjukkan peningkatan yang paling ketara iaitu sebanyak 6.9
peratus dan diikuti oleh B40 dengan 6.6 peratus dan T20 dengan 6.2
peratus.
Rajah 2 Pendapatan Isi Rumah mengikut Kumpulan

Sumber : (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016)

Rajah di bawah menunjukkan pendapatan bulanan bagi isi


rumah golongan penengah di Malaysia yang telah disusun mengikut
negeri-negeri. Mengikut rajah di bawah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi pada tahun 206
iaitu sebanyak RM 9,073 dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan
Putrajaya dengan RM8,275,Selangor (RM7,225),Wilayah Persekutuan
Labuan (RM5,928), Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan akhir
sekali ialah Pulau Pinang (RM5,409) (Jabatan Perangkaan Malaysia,
2016)

Rajah 3 Pendapatan Penengah mengikut Negeri

Sumber : (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016)


2.3 Isu dalam Pemilikan Rumah Mampu Milik

Harga hartanah pada masa kini berlaku peningkatan yang amat ketara dari
semasa ke semasa. Harga yang sangat tinggi akan memberi masalah dan
kesulitan kepada para pembeli. Indeks perumahan semasa suku kedua
tahun 2014 menunjukkan kejatuhan. Hal ini berkait dengan suku pertama
tahun 2014. Beberapa faktor turut menyebabkan timbulnya isu pemilikan
rumah di Malaysia. Hal ini membawa kajian ini untuk mengenalpasti faktor
yang menimbulkan isu kemampuan memiliki rumah di Malaysia.

Antara faktor yang menyebabkan isu pemilikan rumah mampu milik


adalah seperti demografi,perbandaran,pendapatan,kewangan,dan juga
cukai (Suraya Ismail, 2015).

Faktor pertama yang menimbulkan isu pemilikan rumah mampu milik


ialah populasi rakyat Malaysia. Pertambahan saiz populasi rakyat Malaysia
semakin membesar dari semasa ke semasa. Rajah di bawah menunjukkan
peningkatan populasi rakyat Malaysia daripada tahun 1970 dan
dianggarkan hingga tahun 2040

Rajah 4 Saiz populasi rakyat Malaysia (1970-2040)

Sumber : (Making Housing Affordable, 2015)

Merujuk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, rakyat


yang menetap di negeri Johor merupakan kedua tertinggi selepas negeri
Selangor dengan jumlah penduduk seramai 3,233,434 orang. Manakala
saiz populasi di negeri johor pula mencatatkan sebanyak 775,338 bilangan
isi rumah. Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk di seluruh Malaysia.
Dan juga rajah 2 menunjukkan jumlah rakyat negeri Johor di setiap daerah
negeri Johor.

You might also like