Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEMA Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).


HURAIAN Hal ini bermaksud seseorang murid wajib lulus subjek Sejarah sebagai
syarat memperoleh sijil SPM.
ISU Malangnya, murid pada masa ini kurang meminati subjek penting ini
sehingga menyebabkan mereka gagal subjek tersebut.
KEHENDAK Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan mempelajari mata pelajaran
SOALAN Sejarah?

TOPIK Pada hemat saya, kebaikan mempelajari mata pelajaran Sejarah ialah
penghayatan sejarah dapat menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda.
HURAIAN Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita mempelajari subjek
Sejarah, kita akan dapat menghayati peristiwa berkaitan sejarah
kemerdekaan negara.
CONTOH Sebagai contoh, kita dapat mengetahui sejarah perjuangan tokoh
kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman dan Mat Kilau ketika
memperjuangkan kemerdekaan negara.
KESAN Impaknya, semangat cinta akan negara akan semakin menebal dalam
diri generasi muda. Mereka sanggup berkorban untuk
mempertahankan negara kerana biar putih tulang, jangan putih mata.
PENEGASAN Jelaslah bahawa, menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan
generasi muda merupakan kebaikan mempelajari mata pelajaran
Sejarah.

TOPIK Pada pendapat saya, kebaikan mempelajari mata pelajaran Sejarah


ialah kita akan mendapat pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.
HURAIAN Hal ini bermaksud, apabila mempelajari subjek Sejarah, kita akan dapat
mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama kerana
kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.
CONTOH Tamsilnya, kejatuhan Tanah Melayu di tangan Jepun disebabkan oleh
wujudnya gunting dalam lipatan dalam kalangan masyarakat.
KESAN Kesannya, rahsia negara bocor di tangan musuh dan pertahanan
negara tergugat.
PENEGASAN Sudah terang lagi bersuluh, mendapat pengajaran daripada peristiwa
yang berlaku merupakan kebaikan mempelajari mata pelajaran
Sejarah.

TOPIK Jika ditinjau dari sudut yang lain pula, kebaikan mempelajari mata
pelajaran Sejarah ialah rakyat patuh akan undang-undang negara
Malaysia.
HURAIAN Secara tidak langsung rakyat tidak akan bertindak sesuka hati dan
membelakangkan undang-undang negara tercinta ini.
CONTOH Sebagai contoh, rakyat tidak akan melakukan jenayah dan rasuah
kerana mereka menyedari bahawa negara kita mempunyai undang-
undang yang wajib dipatuhi.
KESAN Kesannya, kedaulatan negara akan kekal terjamin dan negara kita
dipandang tinggi oleh negara lain serta dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan kuasa besar lain.
PENEGASAN Memang tidak dapat dinafikan lagi, rakyat patuh akan undang-undang
negara Malaysia merupakan kebaikan mempelajari mata pelajaran
Sejarah.

KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan mempelajari subjek Sejarah.


Contohnya, mempelajari subjek penting ini dapat menerapkan
semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Selain itu,
mempelajari subjek Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada
mengulangi kesilapan lalu. Seterusnya, mempelajari subjek Sejarah
juga menjadikan kita rakyat yang patuh akan undang-undang negara.
CADANGAN Oleh itu, sebagai murid kita perlulah fokus terhadap mata pelajaran
Sejarah kerana bukan sahaja kita boleh lulus peperiksaan SPM, malah
kita akan memperoleh banyak manfaat daripadanya.
HARAPAN Saya berharap agar lebih ramai murid akan meminati subjek utama ini
kerana hanya jauhari mengenal manikam. Saya juga berharap agar
semua pihak bekerja sama bagai aur dengan tebing dalam
meningkatkan minat generasi muda terhadap mata pelajaran Sejarah.

You might also like