Kertas Kerja BLN Keluarga Malaysia Teguh Bersama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

BULAN
MALAYSIA PRIHATIN

ANJURAN:

PUSAT SUMBER SK PADANG MANDOL


1.0 Pendahuluan

Pelbagai perkara penting telah berlaku di Malaysia sejak dari dulu


sehingga kini. Pelbagai kesukaran telah berlaku dan banyak kejayaan
telah dicapai di sebalik kesukaran yang berlaku. Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Padang Mandol merancang untuk melaksanakan satu
program yang dapat memupuk jati diri dan menyemai keprihatinan dalam
diri semua warga Sekolah Kebangsaan Padang Mandol dalam
menghayati perkara penting yang telah berlaku di Malaysia melalui Bulan
Malaysia Prihatin.

2.0 Matlamat

Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya


menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan
Jalur Gemilang sepanjang masa. Menghayati setiap perkara penting yang
telah berlaku di Malaysia.

3.0 Objektif

a. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa


pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan
dewasa.
b. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan
semangat cintakan negara.
c. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya
mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
d. Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti
mereka semasa menjalankan kempen Malaysia Prihatin ini.

4.0 Anjuran

Pusat Sumber SK Padang Mandol

5.0 Sasaran

Semua murid SK Padang Mandol

6.0 Tarikh Perlaksanaan

Tarikh : 30 Ogos 2021 hingga 20 September 2021

Hari : Sepanjang tempoh di atas.

Tempat : Rumah masing-masing (Kuiz Malaysia Prihatin Maya)

Rumah masing-masing (Pertandingan karangan “Saya

Bangga menjadi Anak Malaysia”)

Rumah masing-masing (Pertandingan gambar kreatif)


7.0 Aktiviti Bulan Malaysia Prihatin Norma Baharu

a. Pertandingan Bulan Malaysia Prihatin

i. Pertandingan Kuiz Malaysia Prihatin secara atas talian melalui Quizziz.com.


ii. Pertandingan Gambar kreatif melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram
iii. Pertandingan menulis karangan bertajuk “Saya Bangga Menjadi Anak
Malaysia”

8.0 Anggaran Perbelanjaan

a. Pertandingan menulis karangan bertajuk “Saya Bangga Menjadi Anak


Malaysia” (Tahap 2)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


Pertandingan Menulis Karangan
Pertama 6 x 10 60
Kedua 6X8 48
Ketiga 6X6 36
Saguhati 24 X 4 96
JUMLAH 240

b. Pertandingan Kuiz Malaysia Prihatin atas talian (Tahap 1)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Pertama 6 x 10 60
Kedua 6X8 48
Ketiga 6X6 36
Saguhati 24 X 4 96

JUMLAH 240

c. Pertandingan Gambar Kreatif (Tahap 1 dan Tahap 2)

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Pertandingan Gambar Patriotik
Pertama 2 x 20 40
Kedua 2 X 15 30
Ketiga 2 X10 20
Saguhati 10 X 5 50

JUMLAH 140

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN : RM 620.00


9.0 Jawatankuasa Induk

Penaung : En Md Zaid Bin Darsin

Pengerusi : En Shamsuddin Bin Mohammed

Setiausaha : Pn Siti Norbani Binti Ibrahim

Penyelaras : Pn Rahimah Binti Kassim

AJK Promosi : Pn Nurhaniza Binti Che Mat

AJK Pertandingan Karangan : En Azhar Bin Zakaria

Juri : Semua guru Bahasa Melayu Tahap 2

AJK Pertandingan Kuiz Kemerdekaan : Pn Siti Norbani Binti Ibrahim

Juri : Pn Siti Eshah Binti Loman

AJK Pertandingan Gambar Patriotik : Pn Che Salwana Binti Ismail

Juri : Pn Zainab Binti Yusuf

AJK Video : Pn Siti Norbani binti Ibrahim

Dokumentasi : Pn Rahimah Binti Kassim

AJK Hadiah : Pn Rahimah Binti Kassim

: Pn Che Merzina Bt Ab Rasid


9.0 Penutup

Diharap Pelaksanaan Bulan Malaysia Prihatin yang diadakan di peringkat sekolah


ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang keprihatinan
terhadap negara dan sesama masyarakat. Selain itu, melalui aktiviti –aktiviti yang
dijalankan juga dapat memupuk pelajar supaya berjiwa patriotisme yang sayangkan
serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………… …………………………………

SITI NORBANI BINTI IBRAHIM MD ZAID BIN DARSIN

Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar

SK Padang Mandol SK Padang Mandol

You might also like