KERTAS KERJA Kbs 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT


Siri 1 (2022)
SK HIJRAH BADONG

1.0 PENDAHULUAN

1
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)
Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5
Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model
projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari
Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan
hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan hasrat murni dapat
dijayakan.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid
boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara
intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. KBS ini disarankan dibuat sebanyak
2 kali dalam tempoh setahun.

3.0 TARIKH/MASA

08 Oktober 2022 (Sabtu)

4.0 TEMPAT

Ruang Legar dan kelas SK Hijrah Badong

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat
2
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

1. Mengetahui kepentingan solat


2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar
6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 225 orang murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
3
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:
 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan
fail
 Menyediakan buku program

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK
4
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula
 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
 Menyedia senarai barangan keperluan peserta

9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:
 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

11. Teknikal dan peralatan


 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,
pembesar suara dan lain-lain.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA
5
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

Penasihat: Puan Hajah Maryana Binti Mohiddin

Pengerusi: Encik Baharoddin Bin Jiren

Naib Pengerusi: 1. Puan Ayang Binti Lee


2. Puan Zaina Binti Abdul Razak

Penyelaras : Puan Rokiah Binti Haidir


Cik Nurul Azimah Bte Abu Hassan

Ahli Jawatankuasa:
1. Mohamad Asyraf Bin Mohamad Adnan
2. Waliuddin Bin Zulkifli
3. Anina Binti Mostapha
4. Hafizotul Akmal Binti Ahmad Zaki
5. Nur Hafizah Binti Kalin
6. Emran Bin Brawi
7. Aizuddin Bin Jabri
8. Muhammad Firdaus Bin Muhammad
9. Sitiminah Binti Nahar
10. Nur Asilah Binti Jamain
11. Nur Hayati Binti Hassan
12. Zainab Binti Hassan
13. Dayang Nuridatulhikmah Binti Awang Indera
14. Junaidah Bin Akub

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
6
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

7.00 pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

7.30 pagi – Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk

8.30 pagi – Murid pergi ke kelas mengikut kumpulan masing-masing


Latihan Dalam Kumpulan 1
(Bacaan pendek dalam solat)

10.00 pagi – Rehat dan kudapan

10.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 2


(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

11.30 pagi – Kuiz Smart Solat


- Ulasan guru pembimbing

12.00 tengahari- Persiapan pulang dan Bersurai

LAMPIRAN 3

KEWANGAN
7
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

Dalam usaha untuk menjayakan Kem Bestari Solat sepanjang Tahun 2022 ini, , KPM telah
memperuntukkan khas untuk Kem Bestari Solat. Pendapatan dan perbelanjaan kewangan adalah seperti
berikut:

PENDAPATAN
Peruntukan khas untuk Kem Bestari Solat

PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Makanan dan minuman RM500

2 Hamper RM450

JUMLAH KESELURUHAN RM 950

10.0 PENUTUP

8
KEM BESTARI SOLAT SKHB 2022

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan
kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah
bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama.
Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-
murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusa, seteruusnya mendidik diri menjadi
insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ……………………………..
Anina Binti Mostapha Maryana Binti Mohiddin

Disemak oleh:

………………………………….
Rokiah Binti Haidir

You might also like