Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT/TMK BIL.

1 TAHUN 2019
TARIKH : 8 Januari 2019
MASA : 2.30 -3.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BELIMBING

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Anazir bin Mamat (Guru Besar)
2. En. Zamri Bin Zaini (PK 1)
3. Pn. Rahilah Binti Ontong (PK HEM)
4. Pn. Sharifah Norfarhan Binti Syed Idrus (PK Kokurikulum)
5. Mohamad Khairul Amir bin Zainudin
6. Pn. Khairunnisa Binti Ramlan Khaer
7. Cik Nor Azlin Binti Abd. Rashid
8. Pn. Shahirah Binti Roslan
9. En. Mohd Ridzuan Bin Yakub
10. Pn. Lailatushahirah Binti Saffie
11. Encik Mohd Ridzuan B. Yakub
12. Cik Nor Azlin Bt. Abd. Rashid

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Ucapan dan kata aluan pengerusi. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat.
1.3 Ucapan aluan Penolong Kanan HEM, beliau berharap agar mesyuarat dpt dijalankan dengan lancar dan guru-
guru RBT/TMK pada tahun ni dapat meningkatkan lagi pencapaian murid untuk matapelajaran RBT/TMK.
Beliau menegaskan kepada guru supaya menjalankan aktiviti pdp berteraskan pembelajaran abad ke 21.

2.0 AJK dan Guru RBT & TMK 2019


Pengerusi : En. Mohd Anazir Bin Mamat (GB)
N. Pengerusi : En. Zamri Bin Zaini (PK 1 )
Ketua Panitia : En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin
Setiausaha : Cik Nor Azlin Bin Abd Rashid

Guru RBT 2019

1. En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin ( 6 Amanah)


2. Cik Nor Azlin Binti Abd Rashid ( 4 & 5 Amanah)

Guru TMK 2019

1. En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin ( 6 Amanah)


2. Cik Nor Azlin Binti Abd Rashid ( 4 & 5 Amanah)
Makluman : Semua guru
3.0 Rancangan Tahunan dan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
3.1 Guru-guru diingatkan supauya menyediakan dan mempunyai rancangan tahunan yang terkini untuk rujukan
pdp
3.2 Penulisan rancangan pengajaran harian untuk penyediaan erph seperti yang dibincangkan dalam
Panitia. Contoh format penulisan rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut :

Tema :
Tajuk /Tema :
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran :
Objektif :
Kriteria Kejayaan :
Elemen Merentas Kurikulum:
KBAT/iTHINK :
Aktiviti PdP :
Penilaian :
Refleksi :
Tindakan : Guru RBT & TMK
4.0 Aktiviti Tahunan RBT
4.1 Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun
4.2 Penghasilan Projek Murid
4.3 Melengkapkan Papan Kenyataan Bengkel
4.4 Pertandingan Buku Skrap Kreatif
4.5 Mencipta Bahan Bantu Mengajar

(Rujuk takwim tahunan RBT/TMK)


Makluman : Guru RBT

5.0 Aktiviti Tahunan TMK


5.1 Ketua panitia menyatakan terdapat maklumat tentang perancangan aktiviti yang diarahkan oleh JPN
dan akan mewujudkan aktiviti penyelarasan di peringkat sekolah.
5.2 Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat sekolah samada dalam bentuk Group FB, Blog , Portal
atau Penggunaan Google+ yang disokong oleh 1Bestarinet dan pertandingan membina laman blog oleh
pelajar tahun 5
5.3 Ketua Panitia menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu mempunyai satu panitia
yang berdiri sendiri sama seperti subjek elektif yang lain di mana semua pekeliling berkaitan panitia
adalah terpakai. Segala yang berkaitan dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada Arahan
Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikut:
• Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail
• SPI Bil. 4/1986
• PKPA Bil. 2/1991
• SPK Bil 5/2002
• SPI Bil. 2/2013
Makluman : Guru TMK
6.0 Kewangan RBT
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru RBT boleh memohon pembelian peralatan / bahan projek
yang diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran meng gunakan peruntukan yang diberikan.
Antara alatan / bahan yang diperlukan untuk 2019 ialah :
a) Projek Rumah Api : 1 set
b) Projek Tabung Penggera : 1 set
c) Projek Palang Keselamatan : 1 set
6.2 Guru-guru juga boleh berhubung terus dengan kerani sekolah untuk membuat tempahan bahan dan
alatan yang diperlukan.
Makluman : Guru RBT
7.0 Kewangan TMK
7.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR bagi tahun lepas tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana belum
diberitahu oleh pihak pengurusan.
7.2 Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut:
Duit TMK = Bilangan Murid Tahun 4 dan 5 X Duit PCG
Makluman : Guru TMK

8.0 Hal-hal lain


8.1 Pengerusi berharap agar semua guru RBT dapat memberi kerjasama da lam memurnikan dan menceriakan
Bengkel RBT
8.2 Ketua Panitia akan meminta kerjasama daripada guru-guru DST dan ICTL dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana TMK saling berkait dengan 2 subjek tersebut.
8.3 Ketua Panitia memohon kerjasama guru untuk menyiapkan pelan taktikal dan operasi dalam minggu pertama
persekolahan.
8.4 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan tersebut.
8.5 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan kertas TMK adalah sebagaimana tahun 2018 iaitu berbentuk
objektif iaitu dua kali peperiksaan manakala ujian formatif yang berterusan bolehlah dijalankan sepanjang
tahun untuk diisi ke dalam modul perekodan offline TMK.

9.0 Penutup
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang dengan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :

...................................... ........................................... ......................................


( Cik Nor Azlin Bt Abd Rashid) (En Mohd Khairul Amir B. Zainudin) (En. Zamri B. Zaini )
S/U Panitia RBT/TMK Ketua Panitia RBT/TMK Pen. Kanan Pentadbiran
SK Belimbing SK Belimbing SK Belimbing

You might also like