Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN AJK PENDAFTARAN, HADIAH DAN MAJLIS PENUTUP

PERTANDINGAN TENIS SUKAN

IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2022

Pada 28 Oktober 2022, seramai 28 orang guru pelatih semester 7 Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi kelas tenis telah melibatkan diri dalam
Pertandingan Tenis. Pertandingan ini telah berlangsung sehingga tahap Separuh Akhir.
Oleh itu, kami, Janani A/P Anandan, Tan Li-Anne dan Ong Jia Yi, telah dilantik dan diberi
tanggungjawab sebagai Ahli Jawantankuasa Pendaftaran, Hadiah dan Majlis Penutup

Selaku Ahli Jawatankuasa Pendaftaran, kami telah menyediakan borang kehadiran


bagi guru-guru pelatih. Borang kehadiran yang disediakan adalah ruang untuk menulis nama
dan ditandatangani pada masa pendaftaran berlangsung sebelum pertandingan bermula.
Semua peserta memberi kerjasama dengan menandatangani borang tersebut.

Seramai 28 guru pelatih telah mendaftar semasa Pertandingan Separuh Masa.


Selepas bermula pertandingan berlalu dengan lancar dan baik. Kami menyimpan borang
pendaftaran itu sebagai bukti kehadiran dan penyertaan. Akhir sekali, kami berpuas hati
kerana dapat melaksanakan bahagian yang memberi pengetahuan dan pengalaman baru
kepada kami dan peserta pertandingan. Akhir sekali, kami menyediakan laporan untuk
makluman setiausaha.

Pertandingan Tenis Sukan ini disertai oleh lima pasukan. Setiap pasukan
mengandungi 5 hingga 6 ahli kumpulan. Sebanyak tiga kumpulan telah dipilih sebagai
Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. Hadiah yang telah disediakan kepada pasukan –
pasukan yang bertanding ialah berupa hamper. Selaku Ahli Jawatankuasa Hadiah kami
akan mengedarkan hadiah kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga semasa
sesi penyampaian hadiah selepas Pertandingan Pusingan Akhir Tenis berlangsung. Tugas
akhir Ahli Jawantankuasa Hadiah menyediakan laporan bertulis berkaitan tugas yang
dilaksanakan bagi melaporkan tindakan sebelum, semasa dan selepas program.

Disebabkan pertandingan hanya berlangsung setakat peringlat separuh akhir sahaja,


majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah akan dijalankan pada masa depan selepas
pertandingan peringkat akhir.

Kesimpulannya, Ajk Pendaftaran, Hadiah Dan Majlis Penutup telah menjalankan


tugas dengan lancer dan telah menimba banyak ilmu sepanjang program ini. Kami telah
mendapat pengalaman dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima
pelbagai jenis tugasan yang diamanahkan.
Disediakan oleh,

................................... 31 Oktober 2022

( JANANI A/P ANANDAN )

Ajk Pendaftaran, Hadiah dan Majlis Penutup


Pertandingan Tenis Sukan
Ipg Kampus Ipoh Tahun 2022

Disediakan oleh,

................................... 31 Oktober 2022

( TAN LI-ANNE )

Ajk Pendaftaran, Hadiah dan Majlis Penutup


Pertandingan Tenis Sukan
Ipg Kampus Ipoh Tahun 2022

Disediakan oleh,

................................... 31 Oktober 2022

( ONG JIA YI )

Ajk Pendaftaran, Hadiah dan Majlis Penutup


Pertandingan Tenis Sukan
Ipg Kampus Ipoh Tahun 2022
Laporan Prestasi Kumpulan

You might also like