Novel Shahnon Ahmad

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Shahnon dikenali dalam kesusasteraan di Malaysia.

Penanggungjawabnya melahirkan
novel-novel Melayu moden tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Shahnon telah menghasilkan karya-karya seperti Anjing-anjing (1964), Debu
Merah (1965), Ranjau Sepanjang
Jalan(1966), Menteri (1968), Srengenge (1973), Sampah (1974)Kemelut (1977), Selesai
Sudah (1977), Seluang Menodak Baung(1978), Al-Syiqaq, Tok Guru (1982) dan lain-lain.
Pengalaman dan kegiatannya dalam bidang kesusasteraan ini dianugerahkan sebagai
‘Pejuang Sastera’ pada tahun 1976. Kemasyhurannya dalam dalam menghasilkan karya
sastera tiba dipuncak apabila Shahnon terpilih untuk menerima Anugerah Sastera Negara
pada tahun 1982. Shahnon pernah bekerja sebagai guru, pegawai penyelidik dan terakhir
sebagai pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Selain itu, beliau pernah menjadi guru di Australia sekaligus mengalami dunia
pendidikan di tingkat sarjana. Shahnon merupakan seorang sasterawan yang prolifik
menghasilkan karya-karya sastera terutama dalam genre novel. Beliau sangat bijak memasuki
aliran-aliran tertentu. Kepelbagaian persoalan digarap mengikut skema nilai yang telah
ditetapkan berdasarkan pemerhatian, penelitian, pengalaman, dan penghayatan terhadap apa
yang berlaku di persekitarannya.

Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13Januari 1933 di Banggol Derdap, Sik Kedah. Beliau mendirikan
rumah tangga pada tahun 1957 bersama dengan Jawaher@ Wab Fatimah bt. Hj. Wan Salleh. Hasil
daripada perkahwinan tersebut beliau telah dianugerahkan 4 orang anak iaitu Norhayati, Suhaimi,
Sanusi, dan Asrulsani.  Sekarang beliau telah menetap di kediaman yang beralamat 61, Cangkat
Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Beliau terkenal dengan novelnya yang berjudul
‘Ranjau Sepanjang Jalan’  dan ‘Rentong’.

You might also like