Professional Documents
Culture Documents
Surat Jemputan Catur
Surat Jemputan Catur
Tuan,
2. Untuk pengetahuan tuan, Urusetia Sukan dan Permainan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah
memberi kepercayaan kepada SEK MEN SAINS KOTA TINGGI untuk mengelolakan Kejohanan Catur L/P Bawah
12, 15 &18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Tinggi seperti ketetapan di bawah;
3. Sehubungan dengan itu, Pasukan Catur ( L/P ) Bawah 12, 15 & 18 Tahun sekolah tuan dijemput untuk
menyertai kejohanan di atas. Merujuk keputusan mesyuarat Pengurus Pasukan dan Pengelolaan pada 30 Mei
2022, setiap penyertaan adalah secara individu dan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM15.00 seorang.
Bayaran boleh dibuat secara TUNAI atau CEK. Sekiranya pembayaran melalui CEK hendaklah dibuat atas nama
SEK MEN SAINS KOTA TINGGI. Semua bayaran pendaftaran hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 20 JUN
2022 dan tertakluk kepada Surat Kelulusan Kutipan Yuran Pendaftaran/ Penyertaan Rujukan:
JPNJ.AKN.400-1/2/5 Jld.2 (66) bertarikh 30 Mei 2022 yang jelas menerangkan maksud dan kegunaannya.
4. Makan, minum, pengangkutan pegawai dan pemain pasukan sekolah tuan adalah di bawah tanggungan
pihak sekolah. Sila bawa bersama dan pastikan Borang R01 / M01 lengkap diisi sebelum diserahkan kepada
Urusetia Pendaftaran pada hari pertandingan.
5. Sila pastikan segala langkah-langkah keselamatan membawa pelajar keluar dari kawasan sekolah
sentiasa dipatuhi dan diberi keutamaan. Jika timbul sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Syed Muzni bin Syed
Mustafa (019-7495147) Pengerusi Teknik Catur MSSD Kota Tinggi atau En. Nor Azan bin Hamin (019-6553745)
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
NAH/nah/pengurusansukanmssdkt/05062022