Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

EXT YOUTUBE PETANG


Menerangkan tentang konsep indah dalam seni suara.

2.EXT KEDIAMAN MASING-MASING PETANG


Fadhlan sedang menyampaikan pendahuluan konsep indah dala seni suara.

FADHLAN
Assalamualaikum wbt hari ini kumpulan kami akan membincangkan tentang konsep indah
dalam seni suara.Antara amalan rekreasi yang sangat digemari dan berkembang pesat
dalam negara kita ialah dalam bidang seni suara. Ok,dalam bidang seni suara ini boleh
dikatakan dalam bidang bunyi-bunyian,nyanyian dan muzik sebab antara ketiga-tiga ini
boleh dikatakan budaya dalam masyarakat kita.Pada mulanya,seni suara adalah bertujuan
untuk hiburan dan keseronokan dalam masyarakat kita.Dalam Al-Quran ada menerangkan
dalam bidang seni suara,sebagai contohnya dalam surah Luqman ayat ke-6.

Skrin memaparkan surah Luqman ayat ke-6.Fadhlan membaca surah Luqman ayat ke-6 dan
memberikan maksud ayat tersebut.

FADHLAN
Dan di antara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna
untuk menyesatkan (manusia) dari agama Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan agama
Allah itu sebagai ejekan.Mereka berhak menerima azab yang hina.

Skrin kembali ke dalam bilik Fadhlan dan dia sedang menyampaikan maksud surah Al-Isra’
ayat 64.
FADHLAN
Ulama tafsir berpendapat bahawa lagha al hadis ialah nyanyian.Dan seterusnya Allah
berfirman dalam surah Al-Isra ayat 64 yang bermaksud: Pujuklah(wahai iblis) siapa yang
engkau mampu di antara mereka dengan menggunakan ajakanmu.
3.INT KEDIAMAN MASING-MASING PETANG
Fattah sedang memberi memberi isi penting dalam video tersebut.

FATTAH
Assalamualaikum wbt hari ini saya menceritakan tentang seni muzik dalam islam.Pertama
ialah seni vocal,seni vocal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada
para pendengar.Setiap seni vokal berbeza mengikut masyarakat.Dalam masyarakat melayu
terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang sering dinyanyikan dalam masyarakat
ialah endoi dan dendang.Endo atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak,Negeri
Sembilan dan Selangor,manakala ulit anak terkenal di negeri Terengganu.Biasanya dilagukan
dalam upacara keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara cukur
kepala.Nizam dan naban berasal daripada negeri Terengganu,Pahang dan Melaka.Dikarang
dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhammad,para nabi Allah dan para
sahabat Rasul.Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan
suara.Ok,yang seterusnya marhaban dan qasidah merupakan nyanyian
keagamaan.Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhammad dan dinyanyikan dalam Bahasa
Arab.Nasyid pula ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata
Arab dan Melayu.Qasidah biasanya dinyanyikan dalam Bahasa Arab yang mengandungi puisi
memuji Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

4.EXT KEDIAMAN MASING-MASING PETANG


NABIL memberi isi penting yang seterusya…

NABIL
Assalamualaikum wbt,Hari ini saya akan menceritakan tentang nasyid.Nasyid merupakan
seni suara dalam seni islam yang bercorakkan keagamaan.Nasyid juga dilakukan secara
berkumpulan iaitu diketuai oleh seorang dan pengikutnya.Nasyid biasanya dimainkan
dengan alat muzik yang tak bertali seperti kompang,gendang dan sebagainya.Bilakah nasyid
dibuat?selalunya nasyid ini dilakukan pada hari istimewa dalamumat islam seperti hari
maulidur rasul.Nasyid juga boleh dijadikan sebagai bahan pertandingan pada peringkat
kebangsaan dan peringkat daerah ataupun antarabangsa.Secara tidak langsung,kitab oleh
menanamkan sifat keagamaan bagi setiap individu yang beragam islam.

You might also like