Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

LAWATAN PENANDA ARAS SK GUAR PERAHU PULAU PINANG KE SK PERPADUAN

PERKARA TEKS
Majlis mengumumkan ketibaan Puan Fazliyaton Bt Ahmad
Suhaimi Guru Besar SK Guar Perahu bersama barisan guru
diringi Puan Rokiah bt Bakar Guru Besar SK Perpaduan serta
barisan pentadbir sekolah.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke SK Perpaduan dalam Lawatan Penanda
Aras Unit Pusat Sumber Sekolah dan SPBT.

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim.
ALUAN Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Yang Berbahagia
Puan Rokiah Bt Bakar
Guru Besar SK Perpaduan

Yang Berusaha
Puan Fazliyaton Bt Ahmad Suhaimi
Guru Besar SK Guar Perahu

Yang Dihormati,
Barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Perpaduan dan SK
Guar Perahu serta barisan pendidik dan murid-murid sekalian.

Saya mewakili pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan


Lawatan Penanda Aras Dari SK Guar Perahu, Bukit Mertajam
Pulau Pinang ke SK Perpaduan. Semoga kehadiran tuan/puan
ke sekolah ini akan mendapat input berkaitan pusat sumber
sekolah dan SPBT sekolah.
BACAAN DOA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, Dengan Limpah KurniaNya, marilah bersama-
sama memohon taufik dan hidayah, memohon restu agar
perkongsian ilmu antara kita pada hari ini diberkati.

Untuk itu, majlis menjemput


Saudara Al-Fadhil Ustaz Mohd Ikram Syahmi Bin Ismail
Untuk menzahirkan bacaan doa.
*Bacaan Doa*

Terima kasih diucapkan kepada


Saudara_Al-Fadhil Ustaz Mohd Ikram Syahmi Bin Ismail
Di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga program kita pada
hari ini mendapat keberkatan Rabbul Izzati.

UCAPAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


ALUAN Guru SIDANG MAJLIS YANG DIHORMATI
Besar SK
Perpaduan Di sini ada guru yang tekun berusaha,
Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pendidik yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi memulakan majlis pada hari ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Puan Rokiah Bt Bakar Guru Besar SK
Perpaduan untuk menyampaikan kata aluan. Dipersilakan.

*Ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada
Puan Rokiah Bt Bakar Guru Besar SK Perpaduan atas ucapan
itu tadi.
UCAPAN Guru Seterusnya, majlis mempersilakan
Besar SK Guar Yang Berusaha
Perahu Puan Fazliyaton Bt Ahmad Suhaimi
Guru Besar SK Guar Perahu
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan
*Ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada
Puan Fazliyaton Bt Ahmad Suhaimi
Guru Besar SK Guar Perahu
diatas ucapan itu tadi

Tayangan HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,


Montaj
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan montaj yang disediakan oleh pihak sekolah
untuk para tetamu kita pada hari ini. Dipersilakan
*Tayangan Montaj*

Begitulah tayangan montaj yang dipertontonkan kepada kita


khasnya kepada para tetamu pada hari ini. Semoga dengan
tayangan montaj itu tadi dapat memberi sedikit gambaran
keadaan sekolah Kebangsaan Perpaduan.
Tandatangan Hadirin hadirat sekalian,
MOU antara
SK Perpaduan Majlis diteruskan lagi dengan upacara tandatangan MOU
dan SK Guar antara SK Perpaduan dan SK Guar Perahu sebagai simbolik
Perahu usahasama serta penyatuan ukhwah antara sekolah
Kebangsaan Perpaduan dan SK Guar Perahu.

Justeru itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Rokiah bt Bakar Guru Besar SK Perpaduan dan
Yang Berusaha Puan Fazliyaton bt Ahmad Suhaimi Guru Besar
SK Guar Perahu tampil ke atas pentas untuk menandatangani
MOU tersebut. Dipersilakan.
*tandatangan MOU*

Terima kasih diucapakan kepada


Puan Rokiah bt Bakar dan Puan Fazliyaton bt Ahmad Suhaimi
atas upacara menandatangani MOU tersebut.

PENYAMPAIAN Seterusnya dijemput Puan Rokiah bt Bakar


CENDERAHATI Guru Besar SK Perpaduan
untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada

Yang Berusaha
Puan Fazliyaton
Guru Besar SK Guar Perahu*Penyampaian cenderahati*
*Penyampaian cenderahati*

Seterusnya sesi bergambar.

Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah dan Bilik SPBT.

JAMUAN Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka selesai


sudah majlis kita di sini. Sekali lagi, warga SK Perpaduan
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kerana memilih sekolah kami antara destinasi lawatan.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan

Apa yang kurang di caci jangan


Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan

**DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK MENJAMU SELERA


0

You might also like