Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Dua remaja maut motosikal bertembung kereta

Penunggang dan pembonceng motosikal maut akibat bertembung


dengan Proton Wira di Kilometer 52.5, Jalan Batu Pahat - Mersing,
Kluang, Johor petang semalam. - Foto tular
Penunggang dan pembonceng motosikal maut akibat bertembung
dengan Proton Wira di Kilometer 52.5, Jalan Batu Pahat - Mersing,
Kluang, Johor petang semalam. - Foto tular
KLUANG: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas
bertembung dengan kereta di Kilometer 52.5, Jalan Batu Pahat -
Mersing, Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh,


berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Iman Noizan, 18, dan
Muhammad Hafizul Hanafi, 15.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia


di tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR


dan kereta jenis Proton Wira.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Penunggang, pembonceng maut motosikal tembung kereta
2 lelaki maut motosikal terbabas langgar kereta
Nahas pacuan empat roda tayar meletup, penunggang motosikal kuasa
tinggi maut
3 maut, 5 cedera kereta bertembung van
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang
motosikal dari arah bandar Kluang telah hilang kawalan dan memasuki
laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Wira secara
berdepan.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal


meninggal dunia di kawasan kemalangan manakala pemandu dan dua
penumpang Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan,"
katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kedua mangsa yang maut tidak memiliki lesen


motosikal dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

You might also like