Teks Ucapan Wakil Murid PN - Jam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam SKSB di hatiku,
Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis, Ustaz zaiful dan Cikgu Azian.
Yang diraikan Pn. Jama’iyah binti Ramli, Guru Bahasa Melayu SK Sungai BinjaiA
Yang berusaha En. Roslan bin Zakaria, Guru Besar SK Sungai Binjai
Yang dihormati:
Puan Hjh. Nor Azizah bt Mohd Noh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Maziah binti Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Nang Zuraini bt Awang @ Nik Ishak, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hjh Ruzana bt Mohd Rashid,Guru Penolong Kanan Petang
Guru-guru SK Sungai Binjai serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah… bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
kita sama-sama berkumpul dalam “SERIKANDI BERBUDI, TULUS BERBAKTI”
sempena meraikan persaraan Cikgu Jama’iyah yang amat kita kasihi pada hari ini.
Saya, Khairul Qusyairy bin Khaurul Nazmi dari kelas 6 Cemerlang selaku Ketua
Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai , ingin merakamkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada insan yang diraikan Puan Jama’iyah binti Ramli atas
ilmu yang telah diberikan selama ini. . 33 tahun kita bersama, namun bagai semalam
cikgu hadir menyantuni kami yang sentiasa dahagakan ilmu.
Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat bermakna buat kami. Hanya doa
mampu kami titipkan kepadamu cikgu, sebagai ganti atas segala pengorbanan dan
curahan ilmu buat kami. semoga Allah SWT membalas segala jasa bakti cikgu
kepada kami, harapan kami semoga cikgu sentiasa sihat dalam rahmatNya selalu.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada saya,
Tiada kata seindah bicara,
Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba Ketika Cikgu Jama’iyah bersara,
Bakti dicurah diingatan sentiasa.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh…

You might also like