Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM PENGHARGAAN AKTIF PdPR, TERBAIK PROJECT

BASED LEARNING DAN SARANA IBU BAPA 2021

Tajuk
Kertas Kerja Program Penghargaan Aktif PdPR, Terbaik Project Based Learning dan Sarana Ibu
Bapa 2021

Pendahuluan
Program penghargaan ini merupakan program yang  mengiktiraf penglibatan murid-murid
yang aktif meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid 19. Murid-murid yang aktif
melibatkan diri belajar secara dalam dan luar talian akan diberikan penghargaan berupa hadiah
bulanan. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan dan perangsang kepada
murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya
memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan
terutamanya semasa pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut norma
baharu.

Tujuan
Kertas kerja ini disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan
melaksanakan Program Penghargaan Aktif PdPR, Terbaik Project Based Learning dan Sarana Ibu
Bapa 2021 dan memohon peruntukan kewangan daripada pihak sekolah. 

Matlamat
1.   Mengiktiraf penglibatan murid-murid dalam bidang akademik terutamanya dalam PdPR semasa
Pandemik Covid 19.
2.   Memberi galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3.   Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam
mencapai kejayaan.
4.  Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.

Objektif
1.    Menghargai potensi murid-murid terutamanya dalam pengurusan masa belajar di rumah.
2.    Peneguhan positif sebagai perangsang kepada murid-murid untuk terus mengikuti PdPR .
3.    Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam akademik.
4.    Mempamerkan nama murid-murid cemerlang untuk dicontohi oleh murid-murid lain.
5.  Memberi galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mempertingkatkan
      prestasi dalam bidang akademik.
6.  Membina perasaan muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga sekolah.

Butiran Program

Tarikh bermula : 28 Jun 2021 hingga Sesi Sekolah dibuka (bersemuka)


Kumpulan Sasaran : Semua murid Pendidikan Khas SK Kampung Muhibah
          Kaedah Penilaian :
 Murid aktif menghantar tugasan setiap matapelajaran pada setiap hari.
 Nama murid akan dikumpul oleh guru kelas melalui guru matapelajaran.
 Senarai nama akan diumumkan pada setiap hari Isnin melalui kumpulan Whatapps.
 Hadiah akan dikumpul dan akan diserahkan pada hari pengambilan modul secara 2
bulan sekali.
Jawatankuasa  Induk
                        Pengerusi : En. Balya binti Aziz @ Ismail (Guru Besar)
                        Naib Pengerusi I : Pn. Zahara binti Harun (Pen. Kanan Pendidikan Khas)
                        Naib Pengerusi II : Pn Hjh Nor Zita Bt Zainal Abidin (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi III : Pn Mangala Malar A/P Jeevarathinam (Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi IV : En Amir Hamdan B Abd Majid (Pen. Kanan Kokurikulum)
                       
Setiausaha : Cik Nurul Aina binti Zolkifle
Bendahari : Pn. Haliza Bt Mohamed Ajlan @ Hurairi

Jawatankuasa Kerja
 Panel Pemilihan Murid : Pn. Nur Bazilah Bt Mustafa Bakray (1 Yakin)
En. Danaraj A/L Muthusamy (1 Usaha)
Pn. Nur Hafiqa Bt Sabarani (2 Usaha)
Pn. Nur Zawani Bt Ahmad (3 Usaha)
Pn. Haliza Bt Mohamed Ajlan @ Hurairi (4 Usaha)
Cik Nurul Aina binti Zolkifle (5 Usaha)
Pn. Ami Amiena Bt Ahmad Tajulddin (6 Usaha)

 Penyediaan Hadiah   : Pn. Nur Madihan Bt Yaacob


Pn. Nur Hafiqa Bt Sabarani
Pn. Haliza Bt Mohamed Ajlan @ Hurairi
Pn. Nur Zawani Bt Ahmad
        
 Kawalan penerima      : Semua Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
            hadiah   

 Dokumentasi                : Cik Nurul Aina binti Zolkifle


Pn. Nur Hafiqa Bt Sabarani

Perician Bidang Tugas

JAWATANKUASA TINDAKAN/GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS

 Menyediakan senarai nama murid aktif PdPR


mengikut kelas masing-masing setelah berbincang
Panel Pemilihan Murid dengan semua guru matapelajaran.
 Mempamerkan nama murid aktif dalam kumpulan
Whatapps kelas pada hari Isnin setiap minggu.

 Mengumpul nama murid yang menerima hadiah


pada setiap minggu.
 Pembelian hadiah mengikut jumlah kewangan yang
Penyediaan Hadiah
telah diperuntukkan.
 Pemberian hadiah apabila murid telah dibenarkan
hadir ke sekolah.
 Memastikan penerima hadiah adalah murid yang
Kawalan Penerima Hadiah berkenaan.
 Menjaga SOP.

 Menyediakan kertas kerja program.


 Menyediakan borang yang bersesuaian.
Dokumentasi
 Mengambil gambar semasa program berjalan.
 Menyiapkan laporan bergambar.

Kewangan

Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. PDPR Aktif 163.80
2. PBL Terbaik 86.20
3. Sarana Ibu Bapa dalam PDPR 80.00
JUMLAH 330.00

Sumber pendapatan

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Kelab Usahawan Muda 185.00
2. Sumbangan Guru 145.00
JUMLAH 330.00

Penutup

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna
dan jayanya. Semoga segala usaha murni ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak
agar objektif serta matlamat yang dikehendaki tercapai. 

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ______________________________
(NURUL AINA BINTI ZOLKIFLE) (ZAHARA BINTI HARUN)
Setiausaha. Penolong Kanan Pendidikan Khas

Disahkan oleh,

________________________________________
(BALYA BIN AZIZ @ ISMAIL)
Guru Besar.

You might also like