Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SINOPSIS INOVASI

Subtopik 2.9 matapelajaran fizik tingkatan 4 iaitu keseimbangan daya adalah merupakan satu
subtopik yang kurang digemari oleh murid-murid keranamurid-murid sering menyatakan
bahawa subtopik ini sukar difahami. Hal ini demikian kerana kerana murid perlu menetukan
arah daya-daya yang bertindak ke atas objek pegun yang berada di atas satah mengufuk,
satah condong serta objek yang tergangtung pada tali. Untuk setiap situasi yang dinyatakan,
mereka perlu meleraikan setiap daya yang terlibat kepada kompenen masing-masing sama
ada komponen-x atau komponen-y.

Kesukaran timbul apabila murid gagal menentukan arah daya-daya yang bertindak ke atas
objek pada pelbagai keadaan. Kegagalan menentukan arah daya-daya tersebut akan
menyebabkan mereka gagal untuk menyelesaikan soalan keseimbangan daya amnya dan
leraian daya khasnya .

Atas dasar ini, inovasi I FORCE diperkenalkan kepada murid-murid untuk membantu mereka
menguasai kemahiran asas konsep keseimbangan daya yang bertindak ke atas objek pegun
seperti dalam keadaan berikut:

a. objek pegun di atas satah mengufuk dan satah condong


b. objek pegun yang digantung pada tali
c. leraian daya-daya mengikut komponen daya
d. aspek penyelesaian soalan berkaitan keseimbangan daya.

Secara ringkasnya, I FORCE dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu pertama adalah
Alat Penentuan Arah Daya (I FORCE) dan ke dua adalah I FORCE TABLE (Penyelesaian
Soalan Keseimbangan Daya Menggunakan Kaedah Warna).

Alat penentuan arah daya (I FORCE) digunakan untuk menentukan arah daya-daya yang
bertindak ke atas objek pegun di atas satah mengufuk, condong dan objek yang tergantung
pada tali. Selain itu, Alat Penentuan Daya ini digunakan juga untuk menunjukkan arah leraian
daya-daya mengikut komponen daya.
OBJEKTIF INOVASI

Inovasi I FORCE mempunyai 3 objektif utama iaitu:

a. Menentukan arah daya yang bertindak ke atas objek pegun di atas satah mengufuk,
satah condong dan objek tergantung pada tali
b. Meleraikan daya-daya yang bertindak mengikut komponen daya.
c. Menyelesaikan soalan berkaitan keseimbangan daya.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat adalah seramai 23 orang murid-murid Tingkatan 5 SAINS
TULEN, SMK Paya Rumput, Melaka yang telah mempelajari sub topik 2.9 iaitu Keseimbangan
Daya.

LATAR BELAKANG INOVASI

Pengalaman mengajar matapelajaran Fizik Tingkatan 4 sejak tahun 2008 memberi banyak
cabaran kepada saya. Sebanyak lima topik diuji kepada murid-murid semasa di
mereka di tingkatan 4. Sub topik 2.9 iaitu Keseimbangan Daya di bawah topik Daya dan
Gerakan adalah merupakan sub topik yang lazimnya memberi kesukaran kepada guru-guru
untuk mengajar dan memahamkan murid mereka.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid-murid didapati sukar untuk memahami konsep
asas keseimbangan daya. Kecelaruan semakin bertambah apabila mereka didedahkan
dengan elemen leraian daya pada paksi-x dan paksi-y yang sememangnya asing bagi diri
mereka. Sekiranya mereka gagal menentukan arah daya-daya yang terlibat, maka mereka
akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan berkaitan leraian daya. Secara
keseluruhannya, masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah seperti berikut:

a. Murid-murid tidak dapat menentukan arah daya yang bertindak ke atas objek pegun
di atas satah mengufuk dan condong.
b. Murid-murid tidak dapat menentukan arah daya yang bertindak ke atas objek pegun
yang tergangtung pada tali.
c. Murid-murid tidak dapat meleraikan daya-daya yang bertindak mengikut komponen
daya.
d. Murid-murid sukar menyelesaikan soalan berkaitan keseimbangan daya dengan baik.

Cabaran mengajar secara konvensional meskipun berbantukan komputer masih tidak dapat
memberi kefahaman yang menyeluruh kepada mereka. Ketidakfahaman yang berlaku bukan
hanya menyebabkan mereka bosan

mempelajari sub topik berkenaan bahkan menjejaskan pencapaian mereka dalam


peperiksaan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik.

Berdasarkan masalah yang dihadapi, saya mula memikirkan suatu kaedah yang bersifat
kreatif, inovatif dan berkos rendah untuk memudahkan murid-murid saya mempelajari sub
topik 2.9 iaitu Keseimbangan Daya. Setelah melalui beberapa siri percubaan maka saya telah
berjaya menghasilkan satu alat bantu mengajar yang diberi nama I FORCE dan I FORCE
TABLE sebagai langkah membantu murid-murid saya meningkatkan kefahaman yang lebih
baik mengenai konsep asas keseimbangan daya.

Bermula dari April 2018 saya telah melakukan beberapa siri kajian rintis di dalam kelas
4 STEM 1 dan 5 Sains Tulen bagi mendapatkan maklum balas murid-murid. Hasil yang
diperolehi adalah sangat positif kerana murid-murid didapati mudah menentukan arah daya-
daya yang bertindak ke atas objek pegun di atas satah mengufuk dan satah condong serta
objek pegun yang digantung pada tali. Alat bantu mengajar ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kefahaman mereka bahkan keyakinan dan kesungguhan mereka untuk
menjawab soalan-soalan dalam bahagian ini.

Sesi PLC juga turut saya lakukan dengan guru fizik yang mengajar di Tingkatan 4 STEM 1
iaitu Puan Nor Azurah Binti Mohd Nasir. Hasil perkongsian idea tersebut telah saya gunakan
untuk meningkatkan elemen kefungsian alat bantu mengajar yang saya hasilkan. Segala
komen yang diterima diambil kira oleh saya untuk meningkatkan keberkesanan alat bantu
mengajar tersebut seterusnya membantu murid-murid saya menguasai sub topik
keseimbangan daya dengan lebih baik.
ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI

Konsep yang diperkenalkan menerusi alat bantu mengajar I FORCE dan I FORCE TABLE
adalah berasaskan kepada kaedah Hands On Activity, Pembejalaran Berasaskan Masaalah
(PBL), Pembelajaran Abad Ke 21, PAK 21 serta strategi pembelajaran melibatkan murid
Visual, Audiotary dan Kinestatik (VAK) yang berpusatkan murid serta mengaplikasikan
konsep warna. Alat bantu mengajar, I FORCE dan I FORCE TABLE yang yang diperkenalkan
ini merupakan satu kaedah baharu yang belum pernah dihasilkan oleh mana-mana individu
mahupun institusi pendidikan. Impaknya, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
murid-murid didapati seronok, lebih yakin dan menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru dengan baik.

Inovasi I FORCE dan I FORCE TABLE yang dihasilkan ini mengambil kira semua konsep
asas keseimbangan daya yang akan membantu murid-murid menguasainya dengan mudah.
Reka bentuk yang dibangunkan menepati semua aspek berkaitan dengan keseimbagnan
daya, leraian daya mengikut komponen daya yang bertindak dan pada masa yang sama
murid-murid juga dapat menyelesaikan soalan berkaitan keseimbangan daya dengan mudah.
Oleh yang demikian alat bantu mengajar ini merupakan penyelesaian kepada guru-guru
apabila mengajar subtopik 2.9 iaitu Keseimbangan Daya (Matapelajaran Fizik Tingkatan 4).

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan selain daripada respon dan dapatan yang diperolehi
menerusi kajian, I FORCE didapati berkesan untuk:
a. Menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dalam subtopik keseimbangan daya
khususnya aspek penentuan arah daya yang bertindak ke atas objek pegun, leraian
daya mengikut komponen daya dan penyelesaian masalah berkaitan keseimbangan
daya.
b. Memperkukuhkan pengetahuan murid berkaitan dengan konsep asas keseimbangan
daya.
c. Menarik minat murid untuk menguasai sub topik keseimbangan daya yang sukar untuk
difahami sebelum ini.
d. Membantu guru-guru mata pelajran Fizik untuk mengajar sub topik keseimbangan
daya dengan lebih efektif.
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang menghasilkan inovasi I FORCE dan I FORCE TABLE saya telah mendapatkan
khidmat nasihat daripada beberapa orang pakar rujuk dari kalangan guru yang
berpengalaman untuk memastikan bahawa alat yang saya hasilkan ini dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Hal ini perlu dilaksanakan untuk
menjamin kualiti dan kesahan bahan bantu mengajar yang saya hasilkan agar ianya
benar-benar menepati objektif subtopik Keseimbangan Daya (Matapelajaran Fizik
Tingkatan 4).

Berdasarkan hasil analisis yang diperolehi dengan nilai min 4.66 (aras tinggi), I FORCE dan
I FORCE TABLE ini terbukti memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran dan
pengajaran khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid-murid dalam
aspek berikut:

a. menentukan arah daya bertindak ke atas objek pegun di atas satah mengufuk.
b. menentukan arah daya bertindak ke atas objek pegun di atas satah condong.
c. meleraikan daya-daya mengikut komponen daya.
d. menyelesaikan soalan berkaitan keseimbangan daya.

Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras dengan hasrat guru untuk mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran berasaskan konsepkan Hands On Activity, PAK 21 dan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) serta strategi pembelajaran Visual, Audiotary dan
Kinestatik (VAK) yang berpusatkan murid serta mengaplikasikan konsep warna. Secara
keseluruhannya analisis berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada 23 orang murid
Tingkatan 5 SAINS TULEN dapat dirujuk menerusi skor min bagi setiap item di bawah:
Bil Item Nilai min

I FORCE dan I FORCE TABLE meningkatkan kefahaman


1 4.56
saya dalam topik keseimbangan daya
I FORCE dan I FORCE TABLE meningkatkan motivasi saya
2 4.64
untuk belajar topik keseimbangan daya
I FORCE meningkatkan kefahaman saya meleraikan daya-
3 4.67
daya yang betindak mengikut komponen daya
I FORCE TABLE membantu saya menyelesaikan soalan
4 4.69
berkaitan daya dan leraian daya dengan mudah
Pada pendapat saya, I FORCE dan I FORCE TABLE sesuai
5 dijadikan alat bantu mengajar dalam subtopik keseimbangan 4.75
daya

Min Keseluruhan 4.66

KEPUTUSAN UJIAN PRA


KEPUTUSAN UJIAN POS

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, inovasi I FORCE dan IFORCE TABLE memberi impak yang positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

a. Murid-murid tidak berasa bosan semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
kerana bahan bantu mengajar ini ini berkonsepkan prinsip Hands On Activity, PAK 21,
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang berpusatkan murid serta menggunakan
strategi pembelajaran visual, audiotary dan kinestatik.

b. Inovasi ini sesuai digunakan oleh semua murid aliran sains tulen di sekolah menengah
terutamanya murid tingkatan 4 yang mempelajari subtopik keseimbangan daya.

c. Inovasi ini jelas terbukti memberikan impak yang besar kepada murid dalam menguasi
konsep asas keseimbangan daya dengan purata min adalah 4.66.

d. Memberi keyakinan dan memudahkan guru mengajar sub topik keseimbangan daya.

You might also like