Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KURSUS:

PPPK5433 PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN ISLAM

TAJUK:
PERANAN PENDAKWA SYARIE DI MAHKAMAH SYARIAH DI NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK

1. NASRUL ASYRAAF BIN ISMAIL P120908


2. ABDUL HAKIM BIN ABD RASHID P121059
3. NATIQ KAMAL AL HAMDI BIN AMIR P120495
4. MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN HAMILI P121830

DISEDIAKAN UNTUK:
TUAN SALEHAN BIN YATIM

PROGRAM:
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM

FAKULTI:
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1

2. PERUNTUKKAN PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN 2-4

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

3. KETERANGAN DAN PERINCIAN PERUNTUKAN 4-8

4. PERANAN PENDAKWA SYARIE 8

4.1 Bidang Kuasa Khusus Pendakwa Syarie 8

4.2 Permulaan Tugas Pendakwaan 9

4.3 Penerimaan Dan Penyemakan Kertas Siasatan 9-10

5. KES BERKAITAN PENDAKWAAN 10-11

6. SYARAT-SYARAT PENDAKWAAN 12

6.1 Syarat Pihak Pendakwa 12-13

6.2 Syarat Pihak Kena Dakwa 13

7. ASAS PENDAKWAAN 13

7.1 Maklumat 13-14

7.2 Siasatan 14

7.3 Keterangan 14-15

8. PROSEDUR PENDAKWAAN DI MAHKAMAH SYARIAH 15

8.1 Merangka Pertuduhan 15-16

9. KESIMPULAN 17

10. RUJUKAN 18
1

1.0 PENDAHULUAN

Pendakwa Syarie sememangnya mempunyai peranan yang amat penting dalam institusi
kehakiman di negeri-negeri di Malaysia dalam melaksanakan pendakwaan bagi kesalahan
jenayah syariah di mahkamah syariah. Pendakwaan di mahkamah syariah adalah berpandukan
kepada tiga undang-undang utama iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Undang-undang prosedur jenayah syariah menggariskan prosedur dan proses yang


perlu diikuti apabila melibatkan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di
bawah kesalahan jenayah syariah negeri-negeri (Abdul Monir 2016). Undang-undang prosedur
jenayah syariah merupakan rujukan utama bagi kesalahan jenayah syariah yang mengandungi
peruntukan kesalahan-kesalahan terhadap agama, akidah, kesalahan tatasusila dan kesalahan
berkaitan matrimoni yang menyalahi hukum syarak serta prosedur perkahwinan. Tujuan utama
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah adalah untuk mengatur prosedur yang perlu diikuti bagi
melicinkan pengurusan di dalam kesalahan jenayah syariah.

Maksud ‘kesalahan’ dalam konteks jenayah syariah ialah sebarang bentuk perbuatan
yang boleh dihukum ke atasnya di bawah bidang kuasa mahkamah syariah (Ahmad Hidayat
2007). Secara umumnya, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini menjelaskan kuasa pendakwa
syarie dalam mendakwa kes jenayah syariah dan perkara yang melibatkan bahagian
pendakwaan.

Justeru, tujuan utama prosedur jenayah syariah dan pendakwaan di dalam kes-kes yang
melibatkan kesalahan jenayah syariah pada umumnya adalah untuk mengatur prosedur yang
perlu diikuti bagi melicinkan urusan pentadbiran khususnya yang melibatkan Mahkamah
Syariah (Abdul Monir 2015).
2

2.0 PERUNTUKKAN PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN MENGIKUT


NEGERI DI MALAYSIA

Pendakwaan dan penguatkuasaan jenayah Syariah merujuk kepada melaksanakan peraturan


yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang Islam yang sedang berkuatkuasa
seperti peruntukan yang terdapat di bawah enakmen kesalahan jenayah Syariah negeri-negeri
(Azam Shariff, 2018). Antara peruntukkan jenayah Syariah yang dapat diketengahkan dalam
pendakwaan dan penguatkuasaan ialah seperti Enakmen 1 Tahun 2003, Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Bahagian V – Pendakwaan dan Pewakilan:

Seksyen 78. Ketua Pendakwa dan Pendakwa Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi
sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota
perkhidmatan awam Negeri atau perkhidmatan bersama menjadi Pendakwa-Pendakwa
Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua
Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang
diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan
kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

Terdapat juga enakmen di di bawah undang-undang Islam yang juga dikategorikan sebagai
enakmen kesalahan jenayah Syariah negeri-negeri tetapi ia menggunakan istilah akta sebagai
ganti kepada istilah enakmen tersebut iaitu Akta 505, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, Bahagian V - Pendakwaan Dan Perwakilan:
3

Seksyen 58. Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa


Agama.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang, yang berkelayakan
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi
sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

[Pin. Akta A931: s.3]

(3) Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada
kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie
yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan
boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang
boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan
seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama
untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-
mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam.

Terdapat juga pindaan terhadap seksyen 58 (2) Akta 505, Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 ini iaitu pindaan tersebut dilakukan pada Akta
A931 Seksyen 3 seperti berikut:

Seksyen 3. Pindaan seksyen 58.


Subseksyen 58 (2) Akta ibu adalah dipinda-
(a) dengan menggantikan perkataan "dan" dengan koma; dan
(b) dengan memasukkan selepas perkataan "menjalankan" perkataan "atau memberhentikan".
4

Sebelum pindaan ini dilakukan, terdapat perkataan “dan” di antara perkataan


“memulakan” dan “menjalankan”. Tambahan perkataan “atau memberhentikan” juga
dilakukan selepas pindaan ini diwartakan. Asal ayat sebelum pindaan ini adalah “Ketua
Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya
bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan
Mahkamah Syariah.”

3.0 KETERANGAN DAN PERINCIAN PERUNTUKKAN

Menurut kajian Zanariah Dimon (2021), terdapat perubahan dalam perkembangan undang-
undang Islam di Tanah Melayu menjelang tahun 1950-an antaranya ialah perubahan terhadap
penggabungan semua bidang kuasa undang-undang Islam di bawah enakmen pentadbiran
agama Islam. Semua negeri termasuk Wilayah-Wilayah Persekutuan menggubal undang-
undang yang dikenali sebagai enakmen pentadbiran agama Islam atau enakmen pentadbiran
hukum syarak yang memperuntukkan semua aspek perundangan Islam secara seragam supaya
ianya lebih sistematik dan kemas. Jika diteliti enakmen-enakmen yang telah dinyatakan seperti
di atas iaitu dari negeri Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan, kedua-duanya
mempunyai persamaan yang besar dari segi ayat dan objektif penyampaian peruntukkan
tersebut tetapi terdapat sedikit penambahan pada seksyen 58 (4), Akta 505, Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Terdapat beberapa perincian dan keterangan yang dinyatakan di dalam Seksyen 2 iaitu Tafsiran
bagi sesetengah istilah yang terdapat di dalam seksyen 78 Enakmen 1 Tahun 2003, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor), antaranya ialah:

a) Majlis: ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen
4(1) iaitu:

“Maka hendaklah ada suatu badan bernama “Majlis Agama Islam Selangor” untuk membantu
dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan
dengan agama Islam”
5

b) Ketua Pendakwa Syarie: ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1)
iaitu:

“Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.”

c) Mahkamah Syariah atau Mahkamah: ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau


Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan
di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2) iaitu:

“Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan
dalam Warta menubuhkan Mahkamah- Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Selangor di
tempat-tempat yang difikirkannya patut”

“Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan
dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Selangor.”

d) Negeri yang dimaksudkan di bawah subseksyen 78 (3) ialah: termasuk Wilayah-


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Perincian dan keterangan istilah yang terdapat di dalam Seksyen 58 Akta 505, Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 pula ialah:

a) Menteri: ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi


pentadbiran agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan

b) Ketua Pendakwa Syarie: ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 58(1) iaitu:
6

“Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang, yang berkelayakan
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie”

c) Mahkamah atau Mahkamah Syariah: ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah


Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang
berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 iaitu:

“(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta
menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di
tempat-tempat yang difikirkannya patut.”

“(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan
dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan.”

“(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan
dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan.”

d) Pendakwa-Pendakwa Syarie: ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen


58(3) iaitu:

“Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada
kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie
yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan
boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang
boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.”
7

e) Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama: ertinya


pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 58(4) iaitu:

“Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan


seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama
untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-
mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam.”

f) Enakmen: ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 bagi Negeri Selangor-

“(a) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang


diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [P.U.(A) 44/74], 1981[P.U.(A) 390/81] dan 1988 [P.U.(A)
163/88] yang dibuat menurut seksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta
A206] dan berkuatkuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa seksyen
6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576];”

[Pin. P.U.(A) 250/2002:s.4]

“(b) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan


dan diperluaskan melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan
Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U.(A) 352/85] yang dibuat menurut
seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585]; dan”

[Pin. P.U.(A) 250/2002:s.4]

“(c) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagaimana yang diperluas dan
diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993) 2002 [P.U.
8

(A) 250/2002] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta
A1095];”

[Mas. P.U.(A) 250/2002:s.4]

4.0 PERANAN PENDAKWA SYARIE

Peranan utama seorang pendakwa syarie ialah melaksanakan pendakwaan bagi kesalahan
jenayah syariah di mahkamah syariah. Pendakwaan di mahkamah syariah adalah berpandukan
tiga undang-undang utama, iaitu Tatacara jenayah syariah, Undang-undang Keterangan
mahkamah syariah dan Undang-undang jenayah syariah (Ghazali Abdul,2005). Selain dari itu
terdapat juga arahan amalan yang dikelurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sejak
tahun 2000 serta Arahan Ketua Pendakwa Syarie negeri yang telah diterima pakai diseluruh
negeri sejak tahun 2008. Ia lebih bersifat arahan kerja bagi memudahkan tugas pendakwa syarie
(Siti Zubaidah,2008). Bagi jawatan Ketua Pendakwa Syarie ianya dilantik oleh pihak berkuasa
agama negeri masing-masing (Siti Zubaidah).

4.1 Bidang Kuasa Khusus Pendakwa Syarie

Dalam konteks undang-undang jenayah syariah, penguatkuasaan dan pendakwaan berpaksikan


akta atau enakmen tatacara jenayah syariah yang jelas mengandungi segala aspek tatacara
berkaitan Tindakan-tindakan bagi kesalahan yang dilakukan. Dengan peruntukan sedia ada,
pihak penguatkuasa dan pihak pendakwa tidak akan tersasar dalam melaksanakan tugas
masing-masing (Alias Azhar et al.2018).

Bagi seksyen 183 pendakwaan merujuk kepada ATJSWP 1997 memperuntukan yaitu:

(1) Apa-apa pendakwaan di hadapan mahkamah tinggi syariah hendaklah dijalankan oleh
ketua pendakwa syarie atau seorang pendakwa syarie

(2) Pendakwaan di hadapan mahkamah rendah syariah bolehlah dijalankan oleh:

a) Ketua pendakwa syarie atau seorang pendakwa syarie

b) Seorang pegawai penguatkuasa agama yang diberikuasa secara bertulis oleh ketua
pendakwa syarie untuk bertindak bagi pihaknya, atau

c) Seorang pengadu sebagimana yang dibenarkan oleh mahkamah


9

4.2 Permulaan Tugas Pendakwaan

Tugas pendakwaan bermula sebaik sahaja kertas siasatan yang disempurnakan oleh bahagian
penguatkuasaan diserahkan kepada bahagian pendakwaan untuk diamil Tindakan lanjut. Tugas
utama pendakwa syarie ialah meneliti segenap aspek siasatan yang telah dilakukan terutama
yang melibatkan bukti dan keterangan. Hal ini perlu sebelum memutuskan sama ada segenap
bukti dan keterangan yang diperlukan sudah mencukupi untuk menegakkan kes itu. Semua
pendakwaan bagi kes jenayah dijalankan atas nama pendakwa syarie.

4.3 Penerimaan Dan Penyemakan Kertas Siasatan

Dibahagian pendakwaan ini, proses yang akan dilakukan bermula dengan pendaftaran
penerimaan kertas siasatan dari bahagian penguatkuasaan. Seterusnya, penyemakan ke atas
kertas kerja siasatan akan dilakukan. Penyemakan yang akan dilakukan adalah berkaitan tiga
aspek utama iatu aspek-aspek teknikal proses siasatan,kesaksian dan keterangan. Arahan ketua
pendakwa syarie menetapkan bahawa pendakwa syarie hendaklah memastikan bahawa fail
siasatan mengandungi perkara berikut:

a) Salinan pengenalan diri suspek

b) Perintah menyiasat suspek daripada ketua pendakwa syarie

c) Borang maklumat kepada pegawai penguat kuasa Agama

d) Pernyatan dalam pemeriksaan orang yang disyaki

e) Laporan tangkapan

f) Laporan operasi

g) Pernyataan dalam pemeriksaan saksi

h) Laporan penyiasatan pegawai penguat kuasa Agama

i) Senarai barang yang disita

j) Buku laporan operasi;dan

k) Dokumen lain yang berkaitan


10

Dari segi kesaksian, pendakwa syarie perlu memastikan bahawa pemilihan saksi adalah terdiri
daripada saksi yang berkualiti, kompeten dan berkredibiliti. Saksi juga mempunyai kelayakan
yang bersesuaian yang mengikut hukum syarak dan sekurang-kurangnya dua orang. Dari segi
keterangan pula, antara perkara yang perlu ada ialah gambar, laporan pakar, lakaran tempat
kejadian, rekod kesalahan lampau (jika berkaitan), laporan perubatan dan laporan sokongan
lain yang relavan. Selain itu, pendakwa syarie juga perlu memastikan fakta-fakta penting
seperti masa,tarikh dan tempat kejadian ada dinyatakan di dalam kertas siastan . begitu juga
perlu dipastikan bahawa barang-barang kes sememangnya ada dalam simpanan dan
disenggarakan dengan baik di tempat yang dikhaskan.

Selain semakan kertas siasatan selesai dilakukan dan sekiranya kertas siasatan itu
didapati tidak lengkap dimana bukti yang terkumpul yang diperoleh oleh pihak penguatkuasaan
Agama tidak memuaskan pada pandangan pihak pendakwa, dalam hal ini kertas siasatan
berkenaan akan dikembalikan kepada pihak penguatkuasaan bagi melengkapkannya semula.
Jika kertas siasatan didapti telah lengkap, maka pihak pendakwa akan mengambil langkah
berikutnya iaitu menentukan jenis kesalahan yang dilakukan, seksyen yang berkaitan kesalahan
itu , serta merangka pertuduhan yang sesuai. Maksud lengkap disini ialah merujuk bukti dan
keterangan yang diperoleh yang bukan sahaja menepati elemen peruntukan kesalahan jenayah
syariah yang berkenaan , tetapi juga mencapai suatu tahap bahawa kes itu diyakini kuat untuk
diteruskan dengan pendakwaan.

5.0 KES BERKAITAN PENDAKWAAN

Kes- Khalid Bin Abdul Samad Lawan Ketua Pendakwa Syarie Selangor.Mahkamah Tinggi
Syariah Selangor, Shah Alam Kes Mal Bil: 10500-137-0007-2017(Tuan Salehan Haji Yatim,
HMTS).

Fakta Kes

(1) Perayu adalah seorang Ahli Parlimen Shah Alam semasa kes ini didakwa, perayu telah
dituduh seperti berikut:

“ Bahawa kamu, pada 16 ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam telah
mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuag surau
Taman Seri Sementa,42100,Daerah Klang dalam Negeri Selangor, maka dengan , kamu
dituduh melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di bahawa seksyen 119 (1) Enakmen
11

Pentadbiran Agama Islam(Negeri Selangor)2003 dan jika disabitkan kesalahan boleh


dihukum denda tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama tidak meleehi dua
tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen dan enakmen yang sama”.

(2) Setelah pertuduhan dibacakan, perayu telah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk
dibicarakan. Perayu telah diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok
(Allahyarham) daripada Tetuan Muhammad & Co. walau bagimanapun peguam syarie
tertuduh telah meninggal dunia setelah kes pemelaan perayu selesai sebelum pemfailan
hujah di akhir kes pembelaan. Selanjutnya perayu telah melantik Tuan Dr.Zulqarnain
bin Lukman daripada Tetuan Asri Muda & Co bagi memfailakan penghujahan tertuduh
diperingkat pembelaan kes.

(3) Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah dibuat di hadapan
Tuan Hakim Tuan Norafizi Fitri bin Ab Manaf. Namun demikian atas persetujuaan
pihak-pihak kes ini telah disambung pendengaran di peringkat kes pembelaan tertuduh
di hadapan Hakim Bicara Tuan Hairuddin bin Abd Rahim berikutan hakim terdahulu
berpindah.

(4) Pada peringkat kes akhir pembelaan, Hakim Bicara telah mensabitkan kesalahan perayu
dibawah seksyen 119(1) EPAINS 2003 dan dihukum denda sebanyak RM2900.00 dan
jika tidak bayar penjara selama 3bulan. Perayu tidak berpuashati dengan keputusan
Hakim Bicara telah memfailkan notis rayuan pada 20 Januari 2017.

Keputusan Mahkamah:

Setelah Mahkamah meneliti Pemohonan dan Afidavit pemohon serta hujah pemohon, maka
dengan ini Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

1) Mahkamah mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Perayu

2) Hukuman denda sebanyak RM2900 atau penjara 2 bulan jika gagal membayar denda

3) Mahkamah memerintahkan baki wang sebanyak RM1000 hendaklah dipulangkan


kepada perayu
12

6.0 SYARAT-SYARAT PENDAKWAAN

Bagi mengetahui sama ada sesuatu dakwaan itu sah ataupun tidak, terdapat beberapa syarat
yang perlu dipenuhi bagi membolehkan dan membenarkan kesahihan dakwaan yang dibuat.
Justeru, syarat-syarat pendakwaan seperti berikut hendaklah dipatuhi bagi menjamin kesahihan
dakwaan yang dibuat seperti syarat pihak pendakwa dan syarat pihak kena dakwa, syarat
perkara yang didakwa dan syarat dakwaan.

6.1 Syarat Pihak Pendakwa

Pendakwa hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

I. Hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan untuk membuat


dakwaan iaitu mukallaf, baligh dan berakal.

Dakwaan yang dilakukan oleh orang gila dan kanak-kanak yang belum mumaiyyiz adalah tidak
sah. Namun terdapat perbezaan mengikut mazhab seperti mazhab Hanafi yang hanya
mensyaratkan pendakwa itu hendaklah berakal sahaja. Oleh yang demikian, kanak-kanak
mumaiyyiz yang diletakkan kepercayaan menguruskan harta oleh wali atau penjaganya adalah
dibolehkan membuat dakwaan.

II. Hendaklah mempunyai sifat pendakwaan dalam suatu dakwaan.

Sifat pendakwaan adalah berbeza mengikut kes kerana ia bergantung kepada perkara yang
dituntut atau didakwa. Sebagai contoh, jika dakwaan yang dilakukan melibatkan hak hamba,
maka dakwaan tidak akan disabitkan melainkan pendakwaan dilakukan oleh orang yang berhak
sama ada walinya atau wakilnya. Jika dakwaan melibatkan hak Allah, maka setiap individu
mempunyai sifat pendakwaan kerana ia bersandarkan kepada konsep amar makruf nahi
mungkar yang menjadi kewajipan ke atas setiap umat.

Berhubung dengan hak Allah ini, meskipun ia menjadi kewajipan setiap individu,
namun ianya tidak tergolong dalam perkara fardu ain tetapi hanyalah sebahagian daripada fardu
kifayah. Ini kerana jika sudah terdapat sebahagian umat yang melaksanakannya, maka
terlepaslah tanggungjawab pada sebahagian yang lain kerana ia adalah kewajipan secara
kolektif. Secara dasarnya, tidak semua individu mempunyai kelapangan masa kerana sentiasa
sibuk dengan tugas tersendiri justeru perlunya ada segolongan daripada umat ini yang
ditugaskan bagi melaksanakan pendakwaan supaya setiap peraturan dan tegahan Allah tidak
13

dicabuli. Pada kebiasaannya, tugas ini dilakukan oleh institusi hisbah namun pada masa ini, ia
dilakukan oleh pendakwa raya.

6.2 Syarat Pihak Kena Dakwa

I. Hendaklah dari kalangan individu yang berakal dan baligh.

Dakwaan yang dilakukan oleh orang gila atau kanak-kanak yang tidak mumaiyyiz adalah tidak
sah kerana khuatiri akan adanya keterangan yang boleh membatalkan dakwaan tetapi tidak
diketahui oleh mereka atau tidak mampu dikemukakan kerana mereka tidak mempunyai akal
yang waras dan tidak mumaiyyiz. Oleh itu, orang yang mempunyai kekuasaan terhadap harta
mereka iaitu wali atau wasi yang akan mengganti atau bertindak bagi pihak mereka.

II. Hendaklah mempunyai kepentingan atau hubungan dalam dakwaan.

III. Hendaklah pihak yang didakwa itu wujud, dikenali dan ada pada tempat
kejadian

Dakwaan terhadap individu yang tidak diketahui nama atau tidak terbabit secara langsung
adalah tidak sah kerana ia mengelirukan.

IV. Mengikut mazhab Hanafi, adalah disyaratkan bagi pihak yang dituduh untuk
hadir ke mahkamah. Namun jumhur ulama membolehkan dakwaan didengar
tanpa kehadiranindividu yang didakwa kecuali kes berkaitan dengan hak-hak
Allah S.W.T.

7.0 ASAS PENDAKWAAN

Asas pendakwaan adalah elemen penting bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan
yangakan dilaksanakan di mahkamah. Justeru bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan
menjamin kelancaran proses pendakwaan, terdapat beberapa asas pendakwaan yang perlu
dipatuhi antaranya:

7.1 Maklumat

Maklumat merupakan perkara asas yang perlu ada agar sebarang tindakan dapat diambil
terhadap indidvidu. Dalam erti kata lain, ia adalah suatu aduan yang dilaporkan oleh mana-
14

mana individu kepada pihak berkuasa yang pada kebiasannya berkaitan dengan sesuatu
kesalahan yang dilakukan oleh individu lain.

Dalam hal ini, pemberi maklumat hendaklah menyalurkan sesuatu maklumat dengan
penuh tanggungjawab iaitu bersikap jujur dan amanah agar tidak menjurus kepada aduan palsu
yang seterusnya memberi kesan kepada semua pihak. Maklumat ini boleh hadir dalam dua
keadaan:

a. Pengadu hadir membuat aduan

b. Aduan dilakukan melalui telefon.

Bagi aduan yang disampaikan melalui telefon, Pegawai Penguatkuasa Agama akan pergi ke
tempat kejadian sebaik menerima aduan bagi memastikan aduan tersebut adalah benar ataupun
sebaliknya. Kemudian jika didapati aduan tersebut adalah benar, Pegawai Penguatkuasa
Agama akan meminta pengadu menurunkan tandatangan di borang aduan.

7.2 Siasatan

Dalam firman Allah S.W.T., Allah menyuruh kita untuk menyiasat terlebih dahulu sesuatu
berita atau perkhabaran yang disampaikan oleh orang lain. Ini bagi mengelakkan tipu daya
orang fasik dan menentukan sejauh mana kebenaran maklumat tersebut sekali gus
mengelakkan berlakunya penganiayaan atau fitnah terhadap individu yang dilemparkan
tuduhan ke atasnya. Sehubungan itu, perkara yang perlu ditekankan bagi memastikan
kebenaran maklumat ini adalah dengan mengukur berapa banyak bukti atau keterangan yang
dapat dikumpulkan berkenaan dengan maklumat yang diterima.

7.3 Keterangan

Pegawai pendakwa mempunyai tugas yang berbeza-beza dalam mengemukakan keterangan


bagi sesuatu pendakwaan mengikut peringkat keterangan dan perbicaraan. Keterangan juga
mempunyai definisi yang berbeza-beza mengikut peruntukan undang-undang Syariah bagi
negeri-negeri di Malaysia sebagai contoh Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri
Kedah (1989) menghuraikan keterangan sebagai:
15

a) Syahadah dan al-Bayyinah.

b) Segala kenyataan yang dibenarkan dan dikehendaki oleh mahkamah dan dibuat
di hadapan saksi berhubung dengan perkara-perkara yang disiasat dan,

c) Segala suratan yang dikemukakan untuk diperiksa oleh mahkamah.

8.0 PROSEDUR PENDAKWAAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Tugas pendakwaan hanya akan bermula apabila kertas siasatan telah disempurnakan oleh
bahagian penguatkuasaan. Setelah itu, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada
bahagian pendakwaan atas tindakan lanjut. Tugas utama pendakwa syarie pula ialah meneliti
segala kertas siasatan yang lengkap terutamanya bagi mengenal pasti elemen penting siasatan
iaitu bukti dan keterangan. Hal ini perlu bagi memastikan bukti dan keterangan yang
dikumpulkan adalah mencukupi bagi menegakkan kes tersebut. Semua pendakwaan kes
jenayahterletak di bawah kuasa pendakwa syarie. Sekiranya ketua pendakwa yarie berpuas hati
dengan kertas siasatan serta kekuatan keterangan yang dikumpulkan dalam siasatan, maka
tugas-tugas pendakwaan ke atas tertuduh akan bermula. Namun sekiranya pendakwa syarie
masih belum berpuas hati dengan keterangan yang dikemukakan, beliau boleh mengarahkan
pegawai penguatkuasa agama untuk meneruskan siasatan bagi mengumpul lagi keterangan
bagi memperkuatkan lagi keterangan yang sedia ada.

8.1 Merangka Pertuduhan

Sekiranya siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja tertuduh ditangkap,
tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam tersebut. Namun sekiranya
siasatan ke atas tertuduh tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, maka tertuduh akan
dibebaskan terlebih dahulu. Dalam hal ini, mahkamah hanya akan mengeluarkan waran
tangkap ke atas tertuduh sekiranya siasatan lanjut berjaya mengumpul keterangan yang kukuh
dan mencukupi bagi proses pertuduhan di mahkamah.

Seterusnya, pertuduhan akan dibaca serta diterangkan kepada tertuduh mengikut bahasa
yang difahaminya. Jika pengakuan bersalah direkodkan oleh tertuduh, mahkamah hendaklah
memastikan bahawa tertuduh mengetahui jenis dan akibat dari pengakuannya. Namun jika
berlakunya situasi di mana tertuduh tidak memahami mana-mana bahagian pertuduhan,
16

mahkamah haruslah mengambil segala langkah bagi memastikan tertuduh faham akan tuduhan
yang dihadapinya.

Pihak pendakwa pula hendaklah mengemukakan fakta kes terhadap pertuduhan yang
dikenakan ke atas tertuduh. Sekiranya fakta kes itu diakui benar oleh tertuduh, maka segala
bahan bukti seperti laporan polis, laporan bertulis kepada pegawai penguatkuasa, laporan
perubatan, laporan kimia dan sebagainya akan dikemukakan kepada mahkamah. Sekiranya
mahkamah berpuas hati wujudnya keterangan yang kukuh untuk mensabitkan tertuduh, maka
mahkamah hendaklah mensabitkan tertuduh dengan kesalahan yang dilakukannya.

Pada peringkat ini, mahkamah hendaklah memberi ruang kepada tertuduh bagi
membuat rayuan untuk meringankan hukuman. Dalam pada itu, pihak pendakwa juga
dibenarkan membuat permohonan kepada mahkamah bagi menjatuhkan hukuman yang berat
ke atas tertuduh bersesuaian dengan sifat kesalahan yang dilakukan itu. Bagi menyokong
permohonan ini, pihak pendakwa dikehendaki untuk mengemukakan alasan-alasan yang kukuh
seperti rekod kesalahan lalu si tertuduh. Mahkamah hanya akan menjatuhkan hukuman
terhadap tertuduh setelah mempertimbangkan segala keterangan yang dikemukakan kepada
mahkamah serta hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Walaubagaimanapun, sekiranya tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta


dibicarakan, maka mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan. Dalam situasi sebegini,
pada kebiasaannya mahkamah akan menangguhkan perbicaraan dan menyatakan tarikh
perbicaraan lain pada pihak pendakwa.
17

9.0 KESIMPULAN

Peranan utama seorang pendakwa syarie ialah melaksanakan pendakwaan bagi kesalahan
jenayah syariah di mahkamah syariah. Pendakwaan di mahkamah syariah adalah
berpandukan tiga undang-undang utama, iaitu Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah,
Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-undang Kesalahan Jenayah
Syariah. Sesuatu aduan atau dakwaan yang telah sempurna syarat-syaratnya hendaklah
dikemukakan secara terperinci kepada Hakim atau mahkamah tertentu yang mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar dakwaan tersebut. Justeru, kesalahaan terhadap agama
yang menjadi skop penguatkuasaan adalah merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang
berlaku dalam domain awam yang juga berkaitan dengan konsep makruf dan mungkar.

Akhir sekali Pendakwa Syarie mempunya peranan yang besar dalam institusi
masyarakat. Ketahuilah bahawa setiap pendakwaan itu bukanlah semata-mata bagi melindungi
hak-hak si mangsa, namun pendakwaan yang dijalankan itu juga haruslah bersifat adil dan telus
agar hak bagi si tertuduh juga terpelihara dan tidak dicabuli. Ini bagi memastikan pendakwaan
yang dilaksanakan benar-benar mematuhi prinsip Syariah di mana prinsip keadilan haruslah
diutamakan agar pembelaan bagi si mangsa dan si tertuduh dapat dicapai tanpa sebarang
prejudis. Sekiranya terdapat elemen-elemen yang tidak dipatuhi semasa pendakwaan
dijalankan, maka akan terlihatlah kecacatan dalam proses pendakwaan tersebut yang jelas
bercanggah dengan apa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan yang sudah tersedia ada
melalui pensyariatan pendakwaan sebagaimana disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah.
18

RUJUKAN

Abdul Rashid, T., & Raja Abdul Aziz, T. N. (2019). Persediaan Pendakwaan dan Peranan
Ketua Pendakwa Syarie di Mahkamah Syariah.

Ahmad Azam(2011) Prosedur Pendakwaan Jenayah Syariah: Analisis ke atas Peruntukan


Undang-undang di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan)1997dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan)1997.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Dimon, Z. (2021). Perkembangan Penyeragaman Undang-Undang Islam di Malaysia:


Analisis Terhadap Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri.
International Conference on Syariah & Law Journal (ICONSYAL 2021), 71-83.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Kes Khalid Bin Abdul Samad lwn Ketua Pendakwa Syarie Selangor. Kes Mal Bil: 10500-137-
0007-2017.

Muhammad Nur Hadi (2019), Prosedur Pendakwaan dalam Kehakiaman Islam.

Shariff, A. & Rahman, M (2018). Prinsip Syariah Berkaitan Prosedur Siasatan dan
Pendakwaan: Khazanah Ilmu Yang Memangkin Perkembangan Perundangan Dalam
Masyarakat. Jurnal Akademika, 88 (3), 127-135.

https://youtu.be/04m5SXtGo4M

You might also like