Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

INTERAKSI 3 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 2

1. PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1.1 Harmoni
 Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
 Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang
 Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
 Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan
unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.
 Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian serta
mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Harmoni
tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri- ciri yang bercanggah.

Harmoni Dalam Catan


Harmoni Dalam Corak

Harmoni Dalam Pemandangan

Harmoni Dalam Animasi


Harmoni dari segi bentuk Harmoni dari segi rupa

1.2 Kontra

 Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan
 Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan
 Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan

Kontra dari segi warna


Kontra dari segi warna

1.3 Penegasan
 Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsure yang menonjol, kontra atau
ganjil dalam sesuatu gubahan
 Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, member focus dan
mengelakkan kebosanan
 Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan

penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan


penegasan pada objek yang berbeza warna

objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

1.4 Imbangan
 Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
 Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
-Imbangan simetri - unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan
bawah(garisan ’axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
-Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
Imbangan yang Simetri

Imbangan yang tidak simetri

1.5 Irama dan Pergerakan


 Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,berpancar,
bersinar-sinar dan sebagainya
 Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan
 Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama

1.6 Kepelbagaian
 Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan
 Kepelbagaian dapat memberi gaya variasi, tenaga dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
 Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian warna

Kepelbagaian bentuk dan jenis objek

1.7 Kesatuan
 Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu
gubahan
 Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram teratur dan selesa
Kesatuan tema kesatuan tema jenis objek dan warna

Kesatuan warna, objek dan rupa


Aktiviti 1: KARYA SENI 3-DIMENSI

Anda telah didedahkan dengan bahasa visual perbandingan terhadap pelbagai budaya
dan disusuli dengan kajian terhadap Asas Seni Reka pada hasil-hasil karya. Sekarang
cuba anda teliti empat buah karya 3-Dimensi dibawah ini. Empat buah karya berikut
dikategorikan kepada Kategori 1 ( Karya-karya Timur ) dan Kategori 2 ( Karya-karya
Barat )

Karya 3-Dimensi - Kategori 1

Karya : Cobalt Blue Bowl


Karya : Vaseapothicaire. (Sumber:
(Sumber : http://www.lacma.org/islamic_art/eip.htm)
http://commons.wikimedia.org)
Karya 3-Dimensi - Kategori 2

Arca : Marchesa- Julie Warren Arca : Giant Soft Fan- Claes Oldenburg
Martin(Sumber: Art Fundamentals (Sumber :
http//www.flickr.com/photos/elissacorsini)
10th. Edition,.ms: 233)

Setelah anda perhatikan kedua-dua imej di atas, cuba anda baca petikan di bawah ini:

Petikan 1

Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran


keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam,
agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India.
Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan
prinsip-prinsip seperti berikut;

• Berlandaskan idea keagamaan


• Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan
• Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan
• Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan
• Menghargai alam sekitar
• Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Petikan 2

Dalam sebuah karya seni memang boleh dimasukkan kedua-dua unsur


bentuk dan unsur penyataan atau perhubungan, malahan kadang-
kadangnya ia mungkin perlu dibuat demkian. Bukti-bukti yang kian
bertambah menunjukkan bahwa tekanan terhadap sifat bentuk dan
penyataan dalam seni adalah berdasarkan kepada sesuatu yang lebih
Sumber :Dialog Seni Tampak (1985), ms: 24.

Setelah anda membaca petikan-petikan tersebut, anda dapat merumuskan bahawa


hasil karya seni merupakan manifestasi pemikiran dan budaya sesuatu kaum. Ekspresi
seni yang dijelmakan dalam pelbagai media dan teknik memperlihatkan hubungan
manusia dengan persekitaran serta tamadun sesuatu bangsa.

Petikan di atas memberi satu gambaran tentang perbezaan pegangan dan nilai
terhadap kedua-dua kategori karya-karya tersebut.

Aktiviti 2: PERBANDINGAN KARYA 3-DIMENSI


Sekarang, cuba anda buat satu perbandingan bagi kedua-dua kategori karya 3-dimensi
di atas dengan melengkapkan jadual di bawah :

Bil. Prinsip Karya 2-Dimensi Karya 3-Dimensi


Kategori 1 Kategori 2

1. Harmoni

Perulangan /
2.
Irama

3. Kepelbagaian

Kontra /
4.
Penegasan

5. Pergerakan

6. Ekonomi

7. Imbangan

8. Dominan

9. Kadarbanding

Hasil daripada dapatan anda tersebut, bincang dan kongsi bersama rakan dalam
kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap karya-karya bentuk 2-Dimensi dan
3-Dimensi yang lain.

You might also like