Tugasan KP2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

GBBB 6023

KAEDAH PENYELIDIKAN 2

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

TUGASAN (KUMPULAN): ANALISIS DATA

NAMA AHLI KUMPULAN:

Wong Foong Yoong (P116556)


Nadiah Binti Hj Kassim (P117024)
Mourinder Kaur A/P Geetah (P118222)
Catherine A/P Franchis ( P118621)
Anda diberikan satu set data berdasarkan suatu penyelidikan yang telah dijalankan ke
atas 577 orang pelajar dengan beberapa faktor demografi yang disertakan dalam fail
SPSS. Maklumat pemboleh ubah kajian beserta item diperincikan seperti berikut; Prior
experience: item P1 hingga P6 Technology skills: item B1 hingga B5 Computer
equipment:item C1 hingga C5 Academic integrity:item S1 hingga S9 Mathematics
curriculum barrier: item M1 hingga M5 Readiness in online learning: item R1 hingga R6

Soalan 1 Perihalkan sekurang-kurangnya 3 jenis data kajian tersebut menggunakan


perwakilan graf/carta/jadual yang bersesuaian dengan data dan huraikan.

Soalan 2 Menggunakan analisis deskriptif yang bersesuaian dengan data yang dipilih.
Laporkan analisis bagi sekurang-kurangnya 3 jenis data yang dipilih.

Soalan 3 Bina 4 (empat) objektif kajian diikuti persoalan kajian dan hipotesi kajian bagi
menentukan pengujian hipotesis bagi kes-kes berikut;

a.perbezaan min dua kumpulan

b.perbezaan min lebih daripada dua kumpulan

c.hubungan dua pembolehubah

d.satu atau lebih pengaruh pemboleh ubah bebas yang dipilih terhadap satu pemboleh
ubah bersandar yang ditentukan oleh pelajar. (Pelajar bebas memilih IV dan DV)

Bagi setiap analisis yang dijalankan, pastikan andaian (syarat-syarat penggunaan


analisis statistik) dipenuhi seperti kenormalan, skala pengukuran dan lain-lain.
Soalan 1

Perihalkan sekurang-kurangnya 3 jenis data kajian tersebut menggunakan


perwakilan graf/carta/jadual yang bersesuaian dengan data dan huraikan.

Data 1: Tahap pendidikan (Level of Study)

Tahap Pendidikan N Peratus


(Level of Study)

Diploma 137 23.7%

Degree 434 75.2%

Master 6 1.0%

Jadual 1: Data Tahap Pendidikan


Rajah 1: Graf Bar ‘Level Of Study Among Students’

Graf bar berikut menunjukkan data berkaitan tahap pendidikan yang dimiliki oleh
responden yang terlibat di dalam kajian yang dijalankan ini. Seramai 577 orang
responden yang telah terlibat di dalam kaji selidik ini. Seramai 137 orang responden
bersamaan sebanyak 23.7% responden yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada
pelajar yang berada di tahap pendidikan diploma. Seterusnya, seramai 434 orang
responden yang bersamaan dengan 75.2% responden yang terlibat di dalam kajian ini
adalah terdiri daripada pelajar yang berada di tahap pendidikan ijazah sarjana muda.
Manakala seramai 6 orang pelajar yang bersamaan sebanyak 1.0% responden yang
terlibat di dalam kajian ini merupakan pelajar yang berada di tahap ijazah sarjana.

Data 2: Jantina (Gender)


Jadual 2: Jantina Responden (Gender) melibatkan Lelaki dan Perempuan

Rajah 2 : Carta pie Jantina melibatkan Lelaki dan Perempuan

Carta pai berikut menunjukkan pecahan responden mengikut jantina. Seramai 147 orang
responden bersamaan sebanyak 25.5% daripada keseluruhan responden ini terdiri
daripada responden lelaki. Manakala seramai 430 orang responden yang bersamaan
dengan 74.5% responden merupakan responden perempuan.
Data 3: Pengalaman menggunakan portal e-learning
Rajah 3: Carta bar Pengalaman Menggunakan Portal E-Learning

Carta bar berikut menunjukkan data berkaitan tempoh pengalaman responden


menggunakan portal e-learning. Seramai 384 orang responden yang bersamaan
dengan 66.6% orang responden yang menyatakan bahawa mereka mempunyai
pengalaman menggunakan portal e-learning kurang daripada 5 tahun. Selain itu,
seramai 180 orang responden yang bersamaan 31.2% daripada keseluruhan
responden ini menyatakan bahawa mereka mempunyai pengalaman 1 tahun sehingga
5 tahun dalam menggunakan portal e-learning. Manakala seramai 13 orang responden
yang bersamaan sebanyak 2.3 % ini menyatakan bahawa mereka mempunyai
pengalaman lebih daripada 5 tahun dalam menggunakan portal e-learning.
Soalan 2 Menggunakan analisis deskriptif yang bersesuaian dengan data yang
dipilih. Laporkan analisis bagi sekurang-kurangnya 3 jenis data yang dipilih.

Kajian ini menggunakan interpretasi skala Likert 5 skala bagi menentukan tahap
kemahiran teknologi bagi pelajar bandar dan luar bandar. Skala likert yang digunakan
adalah seperti dalam Jadual 4:

Menggunakan skala likert 5 mata ini, data yang ingin digunakan dapat dikumpul melalui
responden. Data seperti min, jumlah sampel responden bandar dan luar bandar dan
juga sisihan piawai dapat dijana melalui data yang dikumpul. Berikut merupakan
indikasi yang digunakan untuk menggambarkan tahap kemahiran teknologi yang dimiliki
responden melalui skor min yang diperolehi seperti Jadual 5:
Analisis Deskriptif 1: Pengalaman Lepas (Prior Experience)

Jadual 6 di atas menunjukkan keputusan analisis deskriptif berkaitan pemboleh ubah


pengalaman lepas (Prior Experience). Dapatan menunjukkan pengalaman lepas para
pelajar berada pada tahap sederhana. Pengalaman lepas para pelajar adalah pada nilai
(min = 3.49) dan nilai (sp= 0.68217). Mod pengalaman lepas pelajar diwaliki nilai (mod=
3.83). Nilai median bagi pengalaman lepas pelajar adalah (median= 3.50) dan nilai
varians berada pada (varians= 0.465).
Analisis Deskriptif 2: Peranti Komputer (Computer Equipment)

Jadual 7 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah peranti


komputer (Computer Equipment) dalam kalangan pelajar. Dapatan menunjukkan
bahawa peranti komputer dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Nilai
min bagi pemboleh ubah ini adalah (min = 3.45) dan nilai (sp = 0.85800). Tahap
kelengkapan peranti komputer diwakili nilai (mod = 3.60). Nilai median bagi pemboleh
ubah ini diwakili oleh (median = 3.60) manakala nilai varians bagi peranti komputer
adalah (varians = 0.736).
Analisis Deskriptif 3: Kemahiran Teknologi (Technology Skills)

Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah kemahiran


teknologi (Technology Skills) dalam kalangan pelajar. Kemahiarn teknologi dalam
kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Tahap kemahiran teknologi dalam
kalangan pelajar diwakili nilai (mod = 4.00). Berdasarkan purata, nilai (min = 3.57) dan
nilai (sp = 0.77151). Nilai median bagi pemboleh ubah ini diwakili oleh (median = 3.60)
manakala nilai varians bagi kemahiran teknologi adalah (varians = 0.595).
Soalan 3

Bina 4 (empat) objektif kajian diikuti persoalan kajian dan hipotesis kajian bagi
menentukan pengujian hipotesis bagi kes-kes berikut

a) Perbezaan min dua kumpulan

Objektif:

Untuk mengenal pasti perbezaan min skor kemahiran teknologi mengikut jantina

Persoalan:

Adakah terdapat perbezaan min skor kemahiran teknologi mengikut jantina?

Hipotesis:

Ho: Tidak terdapat perbezaan min skor kemahiran teknologi mengikut jantina

Ha: Terdapat perbezaan min skor kemahiran teknologi mengikut jantina


Ujian t sampel bebas digunakan untuk menentukan perbezaan min skor tahap
kemahiran teknologi berdasarkan jantina pelajar. Dapatan daripada jadual 9
menunjukkan terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara kemahiran teknologi
dengan jantina pelajar. Nilai t(575) = 1.984. Perbezaan skor min ini bermakna terdapat
kesan perbezaan jantina terhadap kemahiran teknologi. Berdasarkan nilai min pelajar
lelaki (min =3.67, sp = 0.8277) manakala nilai min pelajar perempuan (min = 3.53, sp =
0.7486). Dapatan ini menunjukkan pelajar lelaki mempunyai kemahiran teknologi yang
lebih baik daripada pelajar perempuan. Berdasarkan p<0.05, maka hipotesis Ho ditolak.
Dapatan ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknologi
antara pelajar lelaki dan perempuan.
b) Perbezaan min lebih daripada dua kumpulan

Objektif:

Untuk mengenal pasti perbezaan min antara tahap pembelajaran dengan kesediaan
dalam pembelajaran atas talian.

Persoalan:

Adakah terdapat perbezaan skor min antara tahap pembelajaran dengan kesediaan
dalam pembelajaran atas talian?

Hipotesis:

Ho: Tidak terdapat perbezaan skor min antara tahap pembelajaran dengan kesediaan
dalam pembelajaran atas talian.

Ha: Terdapat perbezaan skor min antara tahap pembelajaran dengan kesediaan dalam

pembelajaran atas talian.


Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan min skor tahap
kesediaan pembelajaran dalam talian berdasarkan tahap pembelajaran. Jadual 11
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kesediaan
dalam pembelajaran atas talian dengan tahap pembelajaran pelajar (F = 3.471; p>
0.05). Berdasarkan nilai min, menunjukkan bahawa pelajar tahap pembelajaran sarjana
mempunyai nilai (min = 3.88, sp = 0.80046). Pelajar tahap pembelajaran diploma pula
mempunyai nilai (min = 3.50, sp = 0.55885) manakala pelajar tahap pembelajaran
ijazah mempunyai nilai (min = 3.40, sp = 0.55343). Dapatan ini menunjukkan bahawa
pelajar tahap pembelajaran sarjana mempunyai kesediaan pembelajaran dalam talian
yang lebih baik berbanding pelajar ijazah dan diploma. Berdasarkan nilai p yang
diperoleh iaitu (p<0.05), maka pengkaji menolak Ho. Oleh itu, ia bermaksud terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan pembelajaran dalam talian terhadap
pelajar diploma, ijazah dan sarjana.
c) Hubungan dua pemboleh ubah

Objektif:

Untuk mengenal pasti hubungan kesediaan pembelajaran atas talian dengan peranti
komputer

Persoalan:

Apakah hubungan kesediaan pembelajaran atas talian dengan peranti komputer?

Hipotesis:

Ho: Tidak terdapat hubungan antara kesediaan pembelajaran atas talian dengan peranti
komputer

Ha: Terdapat hubungan antara kesediaan pmbelajaran atas talian dengan peranti
komputer
Ujian kolerasi digunakan untuk menentukan hubungan yang signifikan antara skor
kesediaan pembelajaran atas talian pelajar dengan peranti komputer para pelajar.
Jadual 12 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara skor kesediaan
pembelajaran atas talian dengan peranti komputer. Hubungan ini adalah positif dan kuat
iaitu (r = 0.344; p> 0.05). Dapatan ini menunjukkan dalam populasi kajian ini, semakin
tinggi tahap peranti komputer pelajar, semakin bertambah kesediaan pembelajaran atas
talian, atau sebaliknya.
d) Satu atau lebih pengaruh pemboleh ubah bebas yang dipilih terhadap satu
pembolehubah bersandar yang ditentukan oleh pelajar.

Objektif:

Untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran teknologi dengan kesedian


pembelajaran atas talian.

Persoalan:

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi dengan


kesediaan pembelajaran atas talian?

Hipotesis:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi dengan
kesediaan atas talian.

Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi dengan kesediaan
atas talian.
Jadual 13 menunjukkan pemboleh ubah yang dimasukan serta kaedah yang digunakan.
Dalam data ini menunjukkan kemahiran teknologi adalah pembolehubah bebas yang
menggunakan kaedah masuk. Manakala pembolehubah bersandar yang digunakan
adalah kesediaan atas talian.
Keputusan menunjukkan nilai korelasi atau nilai R adalah 0.416. R kuasa dua pula
adalah 0.173 yang bermaksud pengaruh pemboleh ubah bebas iaitu kemahiran
teknologi terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kesedian atas talian adalah sebesar
17.3 %.

Berdasarkan Jadual 15, keputusan menunjukkan nilai F kira adalah 119.821 dengan
tahap signifikan 0.001 < 0.05. Maka model regrasi menunjukkan ada hubungan antara
pemboleh ubah bebas iaitu kemahiran teknologi dengan pemboleh ubah bersandar iaitu
kesediaan atas talian.

Berdasarkan Jadual 16, hasil analisis menunjukkan pemboleh ubah bersandar


mempunyai pemalar sebesar 2.361. Pekali regrasi pemboleh ubah bebas iaitu
kemahiran teknologi adalah 0.301. Ini bermaksud, setiap peningkatan 1% kemahiran
teknologi, maka berlaku peningkatan kesedian atas talian sebanyak 0.301. Maka
pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar adalah positif. Ini
juga dapat dilihat pada nilai signifikan iaitu 0.001 < 0.05, maka kemahiran teknologi
mempengaruhi kesediaan atas talian. Hipotesis nol adalah ditolak, maka terdapat
hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi dengan kesediaan atas talian.

You might also like