Perancangan Akademik 2019-2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perancangan Akademik

JTW 109/3
EKONOMI UNTUK
PENGURUSAN I
Sidang Akademik 2019/2020
KELAS WEBEX

SIDANG WEBEX TARIKH MASA

8
[Tarikh dan masa kelas Webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual sidang
video sidang akademik 2019/2020 yang boleh dimuat turun dari portal e-pembelajaran. 4 kelas
akan diadakan sebelum minggu intensif dan 4 kelas lagi selepas minggu intensif]
JTW 109/3 - EKONOMI UNTUK PENGURUSAN I

PENGURUS KURSUS : DR. ZARINA MD NOR


EMEL : zarina@usm.my
TELEFON : 04-6534570
PEJABAT : BILIK NO.158

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang model, konsep dan metodologi
berkaitan mikroekonomi dalam memahami masalah ekonomi pada peringkat isirumah/pengguna
dan firma. Mikroekonomi adalah penting kerana perlakuan unit-unit mikroekonomi ini menyumbang
kepada perlakuan ekonomi secara keseluruhannya. Pelajar akan didedahkan kepada tajuk-tajuk
utama mikroekonomi meliputi aspek permintaan, penawaran, keseimbangan harga, keanjalan,
teori pilihan pengguna, fungsi pengeluaran, kos dan struktur pasaran. Di akhir kursus, pelajar
seharusnya dapat mengaplikasikan pendekatan mikroekonomi dalam menyelesaikan isu
pengurusan perniagaan yang berkaitan dengan ciri-ciri isirumah/pengguna dan firma.

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya untuk:


1. memahami dan menerangkan perlakuan pengguna.
2. memahami dan menerangkan perlakuan firma
3. menganalisa pelbagai jenis struktur pasaran (pasaran monopoli, oligopoli dan persaingan).
4. memahami cara mengaplikasikan prinsip mikroekonomi kepada pelbagai persoalan yang
berkaitan dengan bidang pengurusan perniagaan.

MOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kursus in dikendalikan melalui kelas webex. Oleh itu, pelajar dihendaki melakukan pembelajaran
sendiri. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa melayari portal pembelajaran PPPJJ bagi kursus ini.
Bahan pembelajaran dan maklumat tambahan yang berkaitan dengan kursus ini dimuatkan di
dalam portal pembelajaran untuk rujukan. Pelajar digalakkan menghubungi Pengurus Kursus
melalui emel untuk sebarang pertanyaan.

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Utama
Modul dan slide kelas webex.

Rujukan Tambahan
Gregory Mankiw, Goh Soo Khoon, Yen Siew Hwa, Muszafarshah Mohd Mustafa, dan Ong Hway
Boon (2011). Principles of Microeconomics Malaysia Edition. Cengage Learning.

Bahan bacaan tambahan melalui pautan laman web yang diberikan dalam slides.

Bahan bacaan kendiri berkaitan ekonomi semasa.

- 1-
KANDUNGAN KURSUS

Kandungan kursus ini dibahagikan kepada empat modul seperti berikut :

Modul 1: Pengenalan Kepada Analisis Ekonomi


Modul 2: Permintaan Pengguna
Modul 3: Pengeluaran dan Firma
Modul 4: Teori Perlakuan Pasaran
Nota: Topik tambahan yang berkaitan akan dibincangkan mengikut kesesuaian

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Ringkasan Penilaian Kursus:


Tugasan Berkumpulan - 20%
Peperiksaan Berterusan- 20%
Peperiksaan Akhir - 60%

TUGASAN (20%)

Tajuk: (Akan ditentukan kemudian)

PEPERIKSAAN BERTERUSAN (20%)

Tarikh: Semasa Kursus Intensif (Rujuk jadual yang akan dikeluarkan)

PEPERIKSAAN AKHIR (60%)

Tarikh peperiksaan akhir akan diumumkan oleh pihak PPPJJ dalam portal http://el.usm.my/pppjj/

KURSUS INTENSIF

Tarikh kursus intensif akan akan diumumkan dalam portal. Sila rujuk laman web
http://el.usm.my/pppjj/

- 2-

You might also like