Forum DR - Yunus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FORUM 1: Bincangkan bukti penemuan sisa rangka manusia berkebudayaan Hoabinhian

di Malaysia
Istilah Hoabinhian mula diperkenalkan oleh Medeleine Colani pada kongres pertama
Persatuan Prasejarah Timur Jauh di Hanoi pada tahun 1932 berdasarkan penyelidikan beliau di
gua-gua bukit batu kapur di kawasan Hoa Binh, Vietnam. Beliau memberi definisi kebudayaan
“Hoabinhian” terdiri daripada penggunaan alat-alat batu yang direpeh pada sebelahan mukanya
dan tidak mempunyai tembikar yang menggunakan teknik-teknik yang primitive, biasanya pada
pebel sungai. Zaman Hoabinhian bermula pada sekitar 12000 hingga 5000 tahun silam iaitu
selepas zaman paleolitik berakhir. Zaman Hoabinhian dikatakan telah tersebar luas di Asia
Tenggara, iaitu di Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Barat Laut
Sumatera. Terdapat beberapa bukti penemuan sisa rangka manusia berkebudayaan Hoabinhian
yang dapat dikesan di Malaysia.
Antaranya ialah penemuan sisa rangka manusia di tapak Gua Cha, Kelantan pada tahun
1979. Penemuan sisa rangka tersebut mendapati seorang pemuda lelaki yang dikubur terlipat
berbantalkan lempengan batu dan bahagian tubuhnya ditindih dengan bungkahan batu tufa serta
ditaburi oker merah. Kebudayaan Hoabinhian dibuktikan dengan penemuan himpunan batu
kerakal pipih yang diserpih pada dua sisinya, dengan sedikit alat batu kerakal yang lebih kasar ,
tatal-tatal batu, dan sejumlah batu sungai digunakan untuk menghancurkan atau menumbuk, di
antaranya ada yang masih menunjukkan noda-noda oker. Justeru, dengan penemuan sisa rangka
terlipat dan batu-batu yang ada di sekitr Gua Cha, Kelantan membuktikan kebudayaan
Hoabinhian di Malaysia pada ketika itu,
Ekskavasi yang sistematik telah dibuat di Guar Kepah Seberang Perai, Pulau Pinang telah
menemukan tinggalan-tinggalan budaya masyarakat Hoabinhian. Eskavasi telah mendedahkan
lebih daripada dua puluhb tapak perkuburan masyarakat prasejarah di mana pengebumian primer
telah dilakukan secara pengebumian melengkung yang merupakan salah satu ciri budaya
masyarakat Hoabinhian. Terdapat rangka manusia yang ditemui oleh W.A. Mijsberg semasa
esskavasi dan beliau menyimpulkan bahawa rangka tersebut tergolong dalam kumpulan manusia
Palae-Melanesia. Bagi mengukuhkan lagi hujahan terdapat kebudayaan Hoabinhian di Guar
Kepah Seberang Perai ialah melalui penemuan kerang yang terdiri daripada alat-alat batu
Hoabinhian.
Penggalian-pengalian yang paling baru di Semenanjung Malaysia dilakukan oleh Prof.
Zuraina Majid iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak menghasilkan sisa jenazah seorang lelaki
dewasa Hoabinhian yang dikubur terlentang dalam endapan bukit sampah kerang air tawar yang
ditarikhkan antara 11000 dan 7500 tahun yang lalu. Sisa rangka itu diidentifikasikan sebagai
seorang lelaki yang berusia 40-45 tahun, berciri rasial Australomelenesia dengan lengan dan
tangan kiri yang cacat. Penemuan tersebut menunjukkan bahawa alat-alat yang diserpih satu sisi
terdapat dalam Gua Gunung Runtuh terbukti mempunyai hubungan dengan himpunan alat batu
Kota Tampan. Justeru, melalui pentarikhan sisa rangka dan batu yang ada di Gua Gunung
Runtuh membuktikan perkaitan dengan kebudayaan Hoabinhian.
Seterusnya penemuan kebudayaan Hoabinhian pada tahun 1994 oleh Adi Taha di Gua
Peraling, Kelantan membuktikan terdapat teknologi Hoabinhian serta sisa-sisa penguburan
masyarakat Hoabinhian. Gua Peraling menunjukkan penghunian Hoabinhian yang padat setebal
3 m dan meninggalkan banyak tatal-tatal batu sebagai sisa pembuatan alat batu bifasial.
Penemuan sisa rangka oleh Adi Taha mendapati tengkorak yang dipercayai milik remaja lelaki
dengan ketinggian 160 cm dan mewakili tahap awal hingga pertengahan Holocen. Berdasarkan
kajian Adi Taha ini menunjukkan bahawa rangka manusia yang ditemui mirip dengan kombinasi
manusia Austronoid dan Mongoloid. Justeru, dapat dirumuskan terdapat kebudayaan Hoabinhian
yang dapat dibuktikan di Gua Peraling, Kelantan dengan jumpaan rangka manusia yang hampir
dengan zaman Hoabinh.
Kesimpulannya, ini dapat membuktikan rata-rata sisa rangka yang ditemui di Gua Cha,
Kelantan, Guar Kepah Seberang Perai, Pulau Pinang, Gua Gunung Runtuh, Perak, dan Gua
Peraling, Kelantan menunjukkan persamaan yang dapat dihubungkaitkan dengan peninggalan
kebudayaan Hoabinhian. Melalui cara pengebumian dimana sisa rangka ditemui dalam bentuk
melengkung dan terdapat alatan batu disekitarnya mirip dengan teknologi Hoabinhian
menjanjikan penemuan kebudayaan Hoabinhian yang terperinci di Malaysia.
FORUM 2: Bincangkan bukti penemuan gendang gangsa Dongson di Malaysia
Gendang Dongson merupakan artifak yang wujud pada zaman logam di Asia Tenggara
pada 300 S.M. dan khususnya di Malaysia yang ditemui di semenanjung Malaysia. Gendang
Dongson diperbuat daripada campuran gangsa, tembaga timah, plumbum tanah liat dan lilin.
Gendang Dongson mempunyai corak yang tersenditi dan maksudnya yang berbeza.
Kajian mendapati gendang Dongson yang pertama dijumpai di negara ini iaitu
gendang Dongson Kampung Batu Pasir Garam, SungaiTembeling, Pahang adalah gendang
Dongson yang paling tua di Malaysia. Ini berdasarkan motif dan lakaran pola hiasannya yang
terlalu ringkas berbanding dengan gendang Dongson yang lain. Di antara motif yang terdapat
pada timpanum gendang ini ialah motif burung (4 ekor) dengan kepaknya dilakarkan dengan
ringkas (corak garisan lurus sahaja), motif bintang (10 bucu), motif segi tiga dengan lakaran
garisan lurus yang juga berbentuk sangat ringkas, motif bulatan bertitik dan motif tangga
Gendang Dongson yang dijumpai di Bukit Kuda/Kelang, Selangor, pula dipercayai
sebagai gendang Dongson yang kedua tertua di negara ini. Dengan corak lakaran motif dan pola
hiasannya yang masih lagi berbentuk ringkas, tetapi ia nampak lebih kompleks sedikit
berbanding dengan gendang Kampung Batu Pasir, Garam, Sungai Tembeling, Pahang. Di antara
motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini ialah motif burung (4 ekor) dengan
lakaran pola hiasan kepaknya yang agak kompleks sedikit berbanding dengan gendang
Kampung Batu Pasir, Garam, Sungai Tembeling, Pahang. Sementara itu motif yang lain terdapat
pada gendang ini ialah motif bintang (10 bucu), motif segi tiga (ada unsur seni yang
menunjukkan telah ada kemajuan pembuatnya), motif bulatan bertitik dan motif tangga.
Manakala motif baru yang tidak terdapat pada gendang Kampung Batu Pasir, Garam, Sungai
Tembeling, Pahang tetapi terdapat pada gendang ini ialah motif abjad yang berbentuk abjad
‘ZZZ’.
Gendang yang ketiga tertua di negara ini ialah gendang Dongson Kampung Sungai Lang
I, Selangor. Ini adalah berdasarkan kepada motif dan lakaran pola hiasannya yang semakin
kompleks berbanding dengan gendang Kampung Batu Pasir, Garam, Sungai Tembeling, Pahang
dan Bukit Kuda/Kelang, Selangor. Motif yang sama seperti yang terdapat pada kedua-dua
gendang Dongson tersebut tetapi masih terdapat pada gendang Dongson Kampung Sungai
Lang I, Selangor ialah motif burung (4 ekor), bintang (10 bucu), motif tangga dan motif segi
tiga yang agak berseni. Walau bagaimanapun, terdapat motif baru pada gendang ini iaitu bulatan
bertangen dan motif atap yang terdapat di atas timpanum yang memisahkan motif burung
terbang. Walaupun gendang ini dijumpai berpasangan, namun didapati gendang Kampung
Sungai Lang I lebih tua berbanding dengan pasangannya. Ini adalah berdasarkan lakaran motif
dan pola hiasannya adalah lebih ringkas berbanding dengan pasangannya.
Gendang keempat yang tua dari segi kronologinya di Semenanjung Malaysia ialah
gendang Dongson yang dijumpai di Kampung Gaung, Terengganu. Ini berdasarkan lakaran motif
dan pola hiasannya yang kelihatan semakin kompleks berbanding dengan gendang Dongson
Kampung Batu Pasir Garam, SungaiTembeling, Pahang, gendang Bukit Kuda/Kelang,
Selangor dan gendang Kampung Sungai Lang I, Selangor. Di antara motif yang terdapat
pada gendang ini ialah motif burung (4 ekor), motif bulatan bertangen, motif tangga, motif
abjad ‘LLL’ dan ‘ZZZ’. Jika diperhatikan secara mendalam didapati motif segi tiga yang
terdapat pada gendang ini juga adalah berunsur seni dan menampakkan elemen kreativiti
pembuatnya. Didapati lakaran motif segi tiga pada gendang ini juga hampir sama dengan motif
segi tiga yang terdapat pada gendang Kampung Batu Buruk II, Terengganu. Walau
bagaimanapun didapati motif bintang pada gendang ini adalah berbeza dengan gendang
Dongson Kampung Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling, Pahang, gendang Dongson Bukit
Kuda/Kelang, Selangor dan gendang Dongson Kampung Sungai Lang I, Selangor kerana ia
mempunyai 12 bucu
Kesimpulannya, zaman logam di Malaysia sememang wujud dan dapat dibuktikan
dengan penemuan gendang Dongson terutama di semenanjung Malaysia. Penemuan gendang
Dongson ini membuktikan bahawa kebudayaan masyarakat logam yang telah maju daripada
zaman yang seterusnya. Hal ini kerana gendang Dongson berkaitan dengan status sosial
masyarakat pada zaman ketika itu.
FORUM 3: Bincangkan bukti kewujudan teknologi pelayaran di Malaysia pada zaman
neolitik
Tekonologi pelayaran pada zaman Neolitik di Malaysia membuktikan aktiviti kehidupan
masyarakat zaman neolitik yang tinggal di pesisir pantai. Kebanyakan masyarakat neolitik yang
tinggal di pesisir pantai akan membuat berusaha untuk berinovasi melalui penghasilan alat
pengankutan di air untuk mencari makanan demi meneruskan kehidupan.
Misalnya terdapat bukti kewujudan teknologi perahu di Jenderam Hilir. Jenderam Hilir
mula menjadi sebutan apabila sebuah syarikat perlombongan timah telah menjumpai artifak
prasejarah sewaktu melakukan kerja-kerja perlombongan pada 1977 hingga 1979.Terdapat dua
buah pendayung sampan yang dijumpai di Jenderam Hilir. Bentuk atau jenis pendayung ini tidak
pernah ditemui di mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia. Kaedah pemubuatannya yang
licin dan rata membuatkan pakar arkeologi mempercayai bahawa ia diperbuat dengan
menggunakan alatan besi. Dalam pada itu, mereka juga mempercayai bahawa alatan ini
digunakan pada akhir zaman neolitik hingga zaman logam.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, teknologi pelayaran pada zaman Neolitik sudah
lama bertapak di Malaysia. Lokasi-lokasi penempatan yang mempunyai kaitan dengan teknologi
pelayaran seperti di Jenderam Hilir yang merupakan penempatan tertua di Malaysia dan Asia
Tenggara itu haruslah diuar-uarkan kepada masyarakat kini supaya lebih terdedah dengan zaman
prasejarah yang ada di Malaysia.
FORUM 4: Pengaruh Buddha lebih kuat dalam masyarakat protosejarah di Malaysoa
berbanding pengaruh Hindu. Bahaskan.
Sebelum kemasukan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Melayu mengamalkan
kepercayaan animisme. Animisme (dari bahasa latin anima atau ‘roh’) adalah kepercayaan
bahawa setiap benda di bumi ini (seperti petir, pohon, kawasan tertentu, pokok, atau batu besar),
mempunyai jiwa dan mesti dihormati agar ianya tidak mengganggu manusia, malah membantu
mereka daripada roh-roh jahat dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Sejak sekian lamanya,
kepercayaan tersebut terus diamalkan di dalam kehidupan mereka sehinggalah kedatangan
agama Hindu-Buddha. Walaupun mereka telah menerima agama Hindu dan Buddha namun
pengaruh animisme terus bertapak kukuh di dalam sistem sosiobudaya masyarakatnya. Pengaruh
ini terus menjadi tunjang yang mendasari sosiobudaya masyarakat di rantau ini sehinggalah
kedatangan agama Islam kira-kira selepas abad 14 Masehi. Kemasukan agama Hindu dan
Buddha membawa perubahan besar dalam masyarakat Melayu tradisional kerana ia telah
mengubah kepercayaan yang dianuti mereka iaitu daripada masyarakat yang tidak mempercayai
kewujudan Tuhan kepada masyarakat yang mempercayai kewujudan Tuhan. Zaman ini juga
boleh dikenali sebagai zaman Pra Islam iaitu zaman sebelum kemasukan agama Islam di Tanah
Melayu.
Pengaruh agama Buddha dilihat kuat melalui penemuan votive tablet. Votive tablet atau
dikenali juga sebagai ‘Kalam Semah’ adalah merupakan objek atau alat keagamaan Buddha yang
diperbuat daripada tanah liat, Bukti penemuan votive tablet dapat ditemui di Ulu Sungai
Kelantan dan Lembah Bujang yang mengandungi imej Buddha dan Boddhisatva manakala votive
tablet yang ditemui di Perlis mengandungi kedua-dua imej Buddha dan tulisan. Kebanyakan
penenemuan prasasti di Semenanjung Tanah Melayu yang hampir kesemuanya ditemui di
Lembah Bujang menggunakan aksara Pallava yang berasal dari India Selatan. Namun begitu,
aksara yang terdapat pada votive tablet di Perlis adalah aksara Nagiri. Justeru, melalui penemuan
votive tablet yang berunsur agama Buddha ini dapat dirumuskan bahawa rata-rata masyarakat
dahulu menggunakannya semasa upacara pengebumian sebelum kedatangan agama Islam.
Selain itu, pengaruh agama Buddha kuat daripada agama Hindu kerana ia mudah
diserapkan dalam masyarakat Melayu yang pada ketika itu masih mengamalkan konsep asas
kepercayaan terhadap roh dan kehidupan selepas mati. Ajaran Buddha yang berkonsepkan
meditasi serta melarang penganutnya menyembah atau mendewa-dewakan Buddha. Buddha
hanya mahukan pengikutnya mengikut segala ajaran dan kebaikan nilai yang dibawa. Ini kerana
ajaran Buddha membawa nilai baik dan bersifat universal. Oleh kerana ia tidak menyongsang
daripada kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Melayu yang mengamalkan animisme
sebelum itu, ia mudah diterima sebagai satu panduan hidup yang baharu. Buddha tidak hanya
mengajak pengikutnya mengamalkan ajaran yang dibawa, tetapi mereka juga perlu berpegang
kepada tiga teras kepercayaan utama dalam menuju matlamat kehidupan sebenar iaitu Nirwana.
Lamb (1961) menyatakan bahawa telah bertapak pengaruh Buddha di Lembah Bujang dengan
terjumpanya Inskripsi Buddhagupta
Penemuan arca Buddha di Lembah Bujang telah memberikan bukti bahawa ajaran
Buddha telah wujud di Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke-5 dan abad ke-6 masihi lagi.
Dalam kata lain, arca yang dijumpai dianggarkan berumur sekitar abad ke-5 atau ke-6 Masihi
hingga ke-9 Masihi yang telah ditulis dalam penulisan Nik Hassan Shuhaimi. Arca-arca yang
ditemui terdiri daripada imej Buddha, Avalokitesvara dan Hariti. Malahan Candi Buddha yang
wujud di sekitar Lembah Bujang juga merupakan antara tempat mereka bermeditasi. Hal ini
demikian kerana orang daripada negara China merupakan antara yang terawal yang sampai di
tanah Melayu untuk berdagang dan dalam pada masa yang sama mereka menyebarkan agama
Buddha kepada orang Melayu.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pengaruh Buddha lebih kuat daripada
pengaruh Hindu kerana ia merupakan agama paling awal yang dianut pada ketika itu. Pendekatan
agama Buddha juga mudah diserap oleh masyarakat pada ketika itu membuktikan agama Buddha
menjadi keutamaan mereka terutama sekali pada upacara pengebumian. Hal ini secara tidak
langsung, agama Buddha lebih senang diterima dan ajaran yang bersifat universal oleh
masyarakat Melayu berbanding dengan agama Hindu yang mana masyarakat menganuti agama
Hindu atas desakan daripada golongan pemerintah.

You might also like