Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4.1.

2 Profil Pelajar

Untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan memantu
pelajar mendapat pencapaian yang diingini, guru perlu mempunyai profil pelajar supaya
dapat mengenali kriteria pelajarnya. Dalam profil pelajar mempunyai maklumat tentang
pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, sikap
dan kecenderungan bakat, kemajuan akedemik dan pencapaian pelajar.

Dengan maklumat ini, guru boleh merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran yang
sepadan dengan minat, tahap penguasaan, kelemahan dan kelebihan pelajar. Profil pelajar ini
juga perlu sentiasa dikemaskini, kerana gaya pembelajaran atau perkembangan pencapaian
pelajar akan berubah -ubah yang disebabkan oleh pengaruh luar yang tidak dapat dijangkai.
Ciri – ciri perubahan pelajar juga dapat dijadikan sebagai kajian untuk membantu guru
mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.

4.1.3 Rekod Markah

Selepas penilaian dilaksanakan, markah – markah yang diperoleh oleh pelajar akan direkod di
dalam buku rekod guru dan sistem komputer sekolah, supaya guru dapat menganalisikan dan
mengesankan tahap pencapaian pelajar terhadap satu matapelajaran. Markah yang diperoleh
oleh pelajar juga menunjukkan kejayaan atau kelemahan pelajar menguasai pengetahuan atau
kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.

Dalam perekodan, guru dapat mengesankan perkembangan pencapaian pelajar, kerana dalam
rekod tersebut mempunyai data keputusan penilaian yang lepas dan keputusan penilaian yang
terbaru. Dengan rekod – rekod yang diperoleh, guru dapat membuat perbandingan antara
setiap penilaian pada pelajar. Selain itu, guru juga dapat membezakan pelajar ke dalam
kumpulan lemah atau kumpulan cemerlang melalui purata markah yang dihasilkan daripada
penilaian – penilaian tersebut.

Rajah 4.1.3: Jadual Rekod Markah

6
Dengan markah yang dikumpul ini, guru juga boleh membuat refleksi terhadap proses
pengajaran dan pembelajarannya. Dengan data yang diperoleh, guru boleh mengukur kaedah
pengajarannya terhadap sesuatu topik adakah sesuai ataupun perubahan kaedah pengajaran
perlu diadakan untuk pelajar. Berdasarkan markah yang diperolehi oleh pelajar, guru boleh
mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar, maka ini membantu guru untuk membuat
keputusan tentang sukatan pelajaran dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai utuk
pelajarnya.

(664 patah perkataan)

7
7

You might also like