Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

Bil. 1 / 2022
SMK PANGKOR, JLN PASIR BOGAK, 32300 PANGKOR, PERAK.

Tarikh : 18 Mac 2022


Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Guru Kanan

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Ucapan Pentadbir yang Hadir Bersama
3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.4/2021
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
5.0 DSKP/RPT
6.0 Catch Up Plan 3
7.0 Penyediaan Bahan PDP
8.0 Perbelanjaan Panitia
9.0 Hal-hal Lain
10.0 Ucapan Penangguhan

Kehadiran :

1. En. Mohamad Sabri B. Mansor (GK Kemanusiaan)


2. Pn. Munirah Bt. Ali ( KP Geografi)
3. Pn. Nor Fazura Bt. Mohd Kauli

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn. Munirah bt. Ali selaku pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat panitia Geografi
kali pertama bagi tahun 2022.

1
2.0 UCAPAN PENTADBIR YANG HADIR BERSAMA

2.1 En. Sabri selaku GK Kemanusiaan mengucapkan ribuan terima kasih kerana
dijemput untuk menghadiri mesyuarat Panitia Geografi bil.1/2022.
2.2 En. Sabri juga menyucaapkan tahniah kepada guru-guru di bawah panitia geografi
kerana terpilih untuk mengajar subjek Geografi bagi tahun 2022. Teruskan juga kerja
buat kita dan buat yang terbaik untuk sepanjang tahun 2022.

Tindakan : Untuk Makluman

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4/2021

3.1 Pn. Nor Fazura Bt. Mohd Kauli mencadangkan agar minit mesyuarat panitia bil.
4/2020 disahkan dan disokong oleh En. Mohamad Sabri B. Mansor.

Tindakan : Untuk Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 DSKP/RPT

5.1 Pn. Munirah memaklumkan bahawa DSKP boleh menggunakan DSKP yang tahun
lepas kerana tiada perubahan.
5.2 Pembahagian RPT adalah seperti berikut :

Bil. Nama Guru Tingkatan


5.3 1. Puan Munirah Ali 1
2. Puan Nor Fazura Mohd Kauli 2
3. Encik Mohamad Sabri Mansor 3
RPT perlu dihantar pada 28.03.2022.
Tindakan : Untuk Makluman

6.0 CATCH UP PLAN


2
6.1 Hanya 4 panitia sahaja yang terlibat iaitu Panitia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa
Inggeris, Panitia Sains dan Panitia Matematik.
6.2 Panitia Geografi tidak terlibat dengan catch up plan 3.

Tindakan : Untuk Makluman

7.0 PENYEDIAAN BAHAN PDP

7.1 Penyediaan bahan pdp adalah mengikut guru subjek kelas masing-masing.
7.2 Buku-buku aktiviti boleh diambil di dalam almari panitia di bilik guru.

Tindakan : Untuk Makluman

8.0 PERBELANJAAN PANITIA

8.1 Puan Munirah selaku KP membentangkan perbelanjaan panitia yang diterima untuk
tahun 2022.
Baki tahun lepas RM 575.20
Peruntukan 2022 RM 3854.07
8.2
Jumlah Keseluruhan RM 4429.27
Puan Munirah juga memaklumkan bahawa RM 1000.00 akan diberikan
kepada Pnitia RBT.
8.3 Encik Sabri selaku GK Kemanusiaan menyatakan beliau tidak bersetuju dengan
cadangan untuk memberikan RM 1000.00 kepada Panitia RBT.

Tindakan : Untuk Makluman

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Encik Sabri selaku GK Kemanusiaan memaklumkan bahawa Panitia Geografi akan
diberikan tanggung jawab untuk mengendalikan Bulan Kemerdekaan peringkat
sekolah bagi tahun 2022.
9.2 Encik Sabri juga mencadangkan untuk mewujudkan satu Bilik Geografi bagi
memudahkan penyimpanan hasil kerja murid.
9.3 Encik Sabri juga mengingatkan berkaitan tentang pemberian tahap penguasaan
kepada murid. Bagi setiap kelas tidak boleh untuk memberikan murid semua TP3.

3
9.4 Puan Munirah juga mengingatkan semua guru geografi untuk mencatat semua tahap
penguasaan murid di dalam borang transit selepas selesai pentaksiran bagi topik
yang di ajar.

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di bawah panitia
geografi kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia kali
1/2022.
10.2 Semua ahli panitia dapat bekerjasama bagi memantapkan lagi panitia geografi SMK
Pangkor.

Tindakan : Untuk Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh:

…………………………
(NOR FAZURA BINTI MOHD KAULI)
Setiausaha Panitia Geografi,
SMK Pangkor

Disemak oleh :

………………………………………..
(MUNIRAH BINTI ALI)
Ketua Panitia Geografi
SMK Pangkor

Disahkan oleh :

……………………………
(OSMAN BIN AHMAD)
Pengetua,
SMK Pangkor

4
5

You might also like