Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANGKOR

32300 PANGKOR, PERAK


MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 2 / 2022

Tarikh : 9 Jun 2022


Hari : Khamis
Masa : 1.45 Petang
Tempat : Bilik Guru Kanan

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Sabri Bin Mansor ( GK Kemanusiaan )
2. Pn. Munirah Binti Ali ( Ketua Panitia Geografi )
3. Pn. Nor Fazura Binti Mohd Kauli

AGENDA :
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pn. Munirah selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat Panitia Geografi Kali ke-2
untuk tahun 2022.

Tindakan : Untuk Makluman

2.0 Ucapan Pentadbir


2.1 En. Sabri selaku GK Kemanusiaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru- guru di bawah panitia Geografi atas kerjasama yang diberikan.

Tindakan : Untuk Makluman

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat bil 1/2022

3.1 Setiausaha Panitia membentangkan minit mesyuarat panitia geografi bil 1/2022
3.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Nor Fazura dan disokong oleh En. Sabri.

Tindakan : Untuk Makluman

4.0 Perkara berbangkit

Tiada.
Tindakan : Guru Geografi
5.0 Penetapan TOV dan Target

TOV dan target untuk panitia geografi tidak dibuat kerana tiada peperiksaan. Kelas
menengah rendah hanya menggunakan pelaporan PBD.

6.0 Program Panitia

6.1 Pengerusi memaklumkan terdapat 2 program yang telah dirancang oleh panitia
untuk tahun 2022.

Program Panitia Tempoh Pelaksanaan


1. Kuiz Geografi Jun - Julai
2. Sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos - September
3. Guru Muda Sepanjang Tahun

Tindakan : Untuk Makluman

7.0 PPT 2022

7.1 Pengerusi memaklumkan bagi penyediaan soalan peperiksaan pertengahan


tahun,PPT 2022 masih mengikut ketetapan yang telah diberikan terdahulu iaitu
bagi kelas menengah bawah peruntukan masa hanya 1 jam sahaja.
7.2 Penandaan kertas Ujian Selaras Satu selewat-lewatnya sehingga 16 Jun 2022.

Tindakan : Guru Geografi

8.0 PBD

8.1 Pengerusi memaklumkan kepada guru mata pelajaran untuk mengisi Rekod
Prestasi Murid bagi Templat Pelaporan Gabungan mengikut kelas.
8.2 Pengerusi memohon guru mengisi tahap pencapaian murid sekurang-kurangnya
TP3 bagi murid yang hadir ke sekolah. bagi murid yang tidak pernah memberikan
tidak pernah hadir ke sekolah,guru mata pelajaran tidak perlu meletak TP pada
murid berkenaan.
8.3 Pentaksiran guru kepada murid boleh dibuat melalui latihan,kuiz,soal jawab
pemerhatian dan lain-lain.
8.4 Pengerusi meminta guru mata pelajaran mencetak dan menyerahkan hardcopy
rekod prestasi murid template pelaporan bagi subjek Geografi kepada GK iaitu
En Mohamad Sabri .

Tindakan : Untuk Makluman

9.0 Hal-hal Lain


9.1 En. Sabri memaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Geografi terpilih untuk
mengendalikan program sambutan bulan kemerdekaan untuk tahun 2022.
9.2 Pengerusi memaklumkan PLC akan dijalankan mengikut keperluan panitia.
9.3 Pengerusi memaklumkan bahawa guru kanan akan membuat pemantauan PBD
dan semakan buku latihan.

Tindakan : Untuk Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan Oleh,

.................................................................
(NOR FAZURA BINTI MOHD KAULI)
Setiausaha Panitia Geografi
SMK Pangkor

Disemak Oleh,

…………………………
(MUNIRAH BINTI ALI
Ketua Panitia Geografi
SMK Pangkor

You might also like