Minit Mesyuarat Ajk Kerja Pusat Sumber Kali Kedua 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER KALI KEDUA 2022

Tarikh : 4 . 11. 2022 ( Jumaat)


Masa : 10:00 Tengah hari
Tempat : Golden Lounge

Kehadiran:

1. En Mohd Nizar bin Zainul Guru Besar (Penasihat)


2. Pn. Halimah bt Saad PK Pentadbiran (Pengerusi)
3. En. Mohamad Shukri bin Mohamed Radzi PK HEM
4. Pn. Nur Syazana bt Abdul Aziz
5. Pn. Norsabah bt Ibrahim
6. Pn. Azlina bt Ismail
7. En. Chew Chin Chuan
8. En. Yahaya bin Manah
9. Pn. Vijaya a/p Supramaniam
10. Pn. Zanariah bt Ahmad
11. Pn. Parimala Devi a/p Verayiah
12. Pn. Zaihan bt Mohd Zaini
13. Pn. Noor Ariszaton bt Ishak
14. Pn. Seripah bt Isa
15. Pn. Syazwana bt Najmin
16. En. Salinder Singh a/l Harcharan Singh
17. Pn. Suwaidah bt Md. Tohiran
18. En. Azhar bin Saidin@ Din
19. Pn. Jacqueline Selvamalar a/p John

Tidak Hadir:

1. Pn. Sofiaton bt Ali -CRK


1.0 Ucapan Pengerusi(PKP)

1.1 Pn.Halimah, mengalu-alukan kedatangan semua guru serta mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir ke mesyuarat PSS kali kedua sesi 2022. Beliau berharap
dengan kerjasama semua Ketua Unit yang hadir dapat membantu GPM menguruskan
program yang akan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan lebih berkesan.
1.2 Beliau memaklumkan tentang program Minggu Bahasa Kebangsaan yang akan dijalankan
pada 14 November 2022. Program ini sepatutnya ialah Bulan Bahasa Kebangsaan dan
dijalankan selama sebulan. Bulan Bahasa Kebangsaan secara rasminya perlu diadakan
pada bulan oktober, tetapi disebabkan Kejohanan Sukan Tahunan dijalankan pada bulan
Oktober, program ini ditunda ke bulan November.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama. Puan Azlina bt Ismail
mencadangkan minit mesyuarat pertama untuk disahkan. Encik Yahaya bin Manah
menyokong minit mesyuarat disahkan.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Puan Syazwana memaklumkan tentang penggunaan kad pinjaman bagi guru. Guru-
guru juga boleh meminjam buku menggunakan sistem automasi Slims sama seperti murid.

3.2 Puan Syazwana memohon semua guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu mencapai purata 1 murid 45 buku pada tahun ini.

4.0 Perincian Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja

4.1 Pn. Syazwana membentangkan senarai aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan
pada 14 November hingga 21 November 2022. Beliau mengagihkan tugas AJK kepada semua
guru serta perincian tugas bagi setiap AJK.

4.2 Puan Vijaya mencadangkan supaya tiket untuk pertandingan meneka guli dicaj kepada
murid. Hasil perbincangan, semua guru bersetuju supaya tiket tersebut diberikan secara
percuma bagi mengelakkan sebarang masalah.

Tindakan : AJK Pertandingan Meneka Guli


5.0 Hal- hal lain

5.1 Sebarang perubahan program dan aktiviti akan dimaklumkan kemudian melalui
medium “Group Whatsapp” rasmi SKM.

5.2 Puan Syazwana juga memaklumkan kepada semua guru bahawa program bersama
Perpustakaan Desa akan dibuat ada 8 November 2022, Selasa. Program tersebut dijalankan
dahulu sebelum majlis pelancaran walaupun program tersebut di bawah program Minggu
Bahasa Kebangsaan kerana program tersebut telah dirancang terlebih awal bersama pihak
Perpustakaan Desa dan perlu mengikut kesesuaian masa pihak Perpustakaan Desa tersebut.

5.3 GPM juga memaklumkan tentang kewujudan Youtube TVPSS SKM yang telah
diwujudkan oleh PSS. Kandungan video yang dimuatnaik dalam youtube tersebut tidak
hanya meliputi PSS tetapi melibatkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Tindakan : GPM

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ..………………………………
( SYAZWANA BT NAJMIN ) ( HALIMAH BT SAAD )
Setiausaha Pusat Sumber Sekolah Penolong Kanan Pentadbiran

SK Methodist SK Methodist

You might also like