Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1 Pengenalan

2 Isu disiplin pekerja

3 Faktor berlakunya isu disiplin

4 Hubungkait teori dengan isu disiplin

5 Penyelesaian masalah

6 refleksi

7 rujukan
PENGENALAN :
Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahlifalsafah
mendapati iaadalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepadaandaian bahawa
manusiaadalah rasional dan bebas membuat pilihan.Teori etika sebenarnya cuba
meningkatkanmaruah, keamanan, kegembiraandan kesejahteraan manusia. Peraturan
etika melibatkansemua orang. Ia bertujuanuntuk mencapai keputusan yang baik untuk
manusiasejagat. Perilaku yang tidakberetika, walaupun tidak melanggar undang-
undang bolehmenjejaskan kerjaya danreputasi kita. Etika juga merupakan satu disiplin
ilmu yang mengkajitentang moral,prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul.
Profesion dimaksudkan dengan pekerjaan yang menjadi profesional dalam sesuatu
profesion bermaksud seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang
menjadi sumber pendapatan tetap .
Isu disiplin :

 Tidak hadir bekerja

Isu disiplin pekerja yang pertama ialah tidak hadir bekerja tanpa sebab yang
munasabah dan gagal untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Sumber
Manusia. Bahasa mudahnya ialah ponteng kerja. Jika anda mempunyai pekerja
yang kaki ponteng, ia adalah isu disiplin yang perlu ditangani dengan segera.
Pekerja yang selalu tidak hadir akan menjejaskan prestasi syarikat. Sesi
kaunseling mungkin membantu.

 Curi tulang semasa bekerja

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah masalah curi tulang semasa bekerja.
Ada pekerja yang curi-curi untuk tidur apabila tidak diperhatikan. Ada yang
minum pagi atau keluar makan tengah hari bukan pada waktunya atau
mengambil masa yang terlalu lama. Ada juga pekerja yang mengambil
kesempatan untuk keluar membeli-belah semasa bekerja apabila boss tiada.
Pekerja yang kaki bermain game pula mungkin menghabiskan masa di pejabat
untuk bermain game secara online. Kesemua perbuatan mencuri tulang
semasa bekerja ini akan merugikan syarikat.

 Mencuri barang syarikat

Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah perbuagan mencuri barang syarikat.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian,
malah jika seorang pekerja berjaya melakukannya tanpa tertangkap, pekerja
lain juga mungkin akan terpengaruh dan ingin melakukannya juga. Di antara
barang syarikat yang sering dicuri ialah:

 Kertas
 Dakwat mesin pencetak

 Jika berlaku kecurian di pejabat, anda boleh membuat repot kepada


pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pekerja yang tertangkap
boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan jenayah.
 Gangguan seksual

Masalah gangguan seksual di kalangan pekerja bukanlah satu isu kecil yang boleh
dipandang ringan. Sekiranya ada pekerja yang mengadu tentang isu gangguan seksual,
sebagai pihak yang berautoriti anda perlu menyiasat dengan segera. Gangguan
seksual bukan sahaja membabitkan perbuatan meraba atau mencabul, malah kata-kata
bersifat lucah juga dianggap sebagai gangguan seksual. Ramai yang melakukannya
tanpa sedar.

 Berniaga atau melakukan kerja lain sewaktu bekerja

Pada hari ini, ramai yang berniaga online atau melakukan kerja secara online. Tidak
menjadi masalah jika ianya dilakukakn secara sambilan semasa di rumah atau hujung
minggu, namun ianya adalah satu idu disiplin pekerja jika mereka melakukannya
semasa bekerja. Untuk mengelakkan pekerja anda berniaga atau melakukan kerja lain
sewaktu bekerja, anda boleh memantau media sosial para pekerja anda. Dengan cara
ini mereka yang terlibat akan dapat dikesan.

 Berskandal sesama rakan sekerja

Masalah skandal di pejabat bukanlah isu disiplin pekerja yang baru. Ia adalah masalah
yang selalu berlaku bukan sahaja dalam sektor swasta, malah juga menjadi virus dalam
sektor kerajaan. Isu skandal bukan sahaja akan menjejaskan nama baik pekerja
tersebut malah akan menjejaskan prestasi dan kualiti kerja pekerja yang terbabit
Sebagai majikan atau Jabatan Sumber Manusia, adalah menjadi tanggung jawab anda
untuk membanteras masalah skandal di pejabat sebelum menjadi semakin serius.
Jangan sampai pejabat anda menjadi sarang maksiat dan digunakan untuk membuat
dosa.
 Prestasi kerja yang tidak baik

Pastinya anda mengharapkan pekerja melakukan yang terbaik dalam menjalankan


tugas. Prestasi pekerja akan sentiasa dipantau bagi memastikan kesemua pekerja
melakukan tugasan dengan sebaiknya. Namun tidak dinafikan bahawa prestasi kerja
yang tidak baik atau jatuh merudum boleh berlaku pada pekerja yang mempunyai
masalah disiplin. Sebagai majikan, anda perlu memanggil pekerja tersebut untuk
berbincang dengan baik dan mencari jalan penyelesaian. Sekiranya prestasi pekerja
tersebut terjejas disebabkan masalah yang dihadapi, bantu untuk mengatasi masalah
tersebut. Jika masih berterusan, anda boleh memberikan amaran kepada pekerja
tersebut.

FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN


Di samping faktor-faktor yang dinyatakan, masalah disiplin pekerja yan
kurang memuaskanadalah disebabkan oleh individu pekerja sendiri. Contoh masalah
disiplin yang sering berlakuialah masalah kewangan ataupun peribadi, masalah
rumahtangga, penagihan dadah ataualkohol, dan juga sifat-sifat peribadi pekerja yang
kurang memberi tumpuan dan perhatiankepada kerja.Sebagaimana yang telah
dinyatakan, tindakan disiplin yang adil mestilah mempunyai sistem yang progresif, iaitu
mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. Bagi kakitanganawam, seksyen 36
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)menggariskan sembilan
jenis hukuman atau tindakan disiplin yang boleh dikenakan olehLembaga Tatatertib
iaitu:

Amaran,Celaan,Denda,Lucut Gaji,Hentikan Kenaikan Gaji.Tangguhkan Kenaikan Gaji


dan lain”. siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk tujuan keadilan. Penyiasatan
perlulah mengikut prosedur yang wajar dan berpandukan kepada pronsip-prinsip
yang ditetapkan dalam Tatacara untuk KeharmonianPerusahaan dan kes-kes
Mahkamah Perusahaan (Poon, 1994).
PENYELESAIAN MASALAH
1. Berbincang dan bersemuka dengan pekerjaLakukan perbincangan secara
bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yangmenyebabkan individu
tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya,khususnya ponteng kerja
dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasabertanggunjawab sebagai
seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utamaatau masalah utama
yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakanperbualan atau
perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain,agar
pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan
dapatmenyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.
2. Lakukan pemantauan terhadap pekerja anda.Walau sesibuk manapun tugas anda
sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selaluberjumpa pekerja-pekerja anda tidak
kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalahdengan berkomunikasi dengan
mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapatdikurangkan dan pekerja
selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana,keadaan ini akan
mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.
3. Ciptakan sistem ganjaran pekerja.Organisasi harus melaksanakan atau memberi
ganjaran kepada pekerja yang berkhidmatdengan cemerlang mengikut kemampuan
organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus,anugerah ataupun pakej percutian kepada
pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan,mengikut kategori seperti kedatangan
pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerjacemerlang dan sebagainya .
REFLEKSI
Etika sebagai disiplin ilmu, berhubungan dengan kajian secara kritis tentang adat
kebiasaan,nilai-nilai dan norma-norma dan perilaku manusia yang dianggap baik atau
tidak baik.Sebagai ilmu, etika belum semapan ilmu fisika atau ilmu ekonomi. Dalam
etika masihdijumpai banyak teori yang menjelaskan suatu tindakan, sifat, atau objek
perilaku yangsama dari sudut pandang atau prespektive yang berlainan. Berbagai teori
etika yang munculantara lain karena adanya perbedaan prespektif dan penafsiran
tentang apa yang menjaditujuan akhir hidup umat manusia, seperti teori egoisme,
utilitarianisme, deontologi, teorihak, teori keutamaan,dan teori etika teonom. Disamping
itu, sifat teori dalam ilmu etikamasih lebih banyak untuk menjelaskan sesuatu, belum
sampai pada tahap untukmeramalkan, apalagi untuk mengontrol suatu tindakan atau
perilaku.Perkembangan ilmu etika menjadi salah kaprah karena hanya dilandasi oleh
hakikatmanusia utuh yaitu suatu paradigma tentang hakikat manusia yang hanya
mengandalkankekuatan pikiran untuk mencari kebenaran, mengejar makna hidup
duniawi, dan melupakanpotensi kekuatan spiritual, kekuatan tak terbatas, kekuatan
Tuhan dalam diri manusiatersebut. Semua teori etika yang pada awal kemunculanya
bagaikan potongan-potonganterpisah dan berdiri sendiri, ternyata dapat dipadukan
karena sifatnya yang salingmelengkapi. Etika absolut dapat didefinisikan sebagai
paham etika yang menekankan bahwaprinsip moral itu universal, berlaku untuk siapa
saja, dan di mana saja, tidak ada tawarmenawar dalam prinsip ini, juga tidak tergantung
pada adanya kondisi yang membuatprinsip moral dapat berubah sewaktu-waktu.
Sedangkan etika relatif mengungkapkanbahwa tidak ada prinsip atau nilai moral yang
berlaku umum. Hakikat manusia utuh adalahkeseimbangan ,keseimbangan antara hak
dan kewajiban, keseimbangan tujuan duniawi danrohani, keseimbangan antara
kepentingan individu dan kepentingan masyarakat, sertashidup adalah suatu proses
evolusi kesadaran.
RUJUKAN
1. https://www.coursehero.com/file/p6rmv3bi/40-HUBUNGKAIT-TEORI-DENGAN-ISU-
DISIPLIN-1-Teori-Keperibadian-Mulia-Teori/
2. https://www.academia.edu/36536866/PENGERTIAN_DAN_TEORI-TEORI_ETIKA
3. https://www.academia.edu/5999327/Teori_etika

You might also like