Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALATAN MEMANAH BAGI KELAB MEMANAH


TAHUN 2022

Pengetua
Sekolah Agama Menengah Bestari

Sekolah Agama Menengah Bestari


USJ 5/3A,47610, Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

KERTAS KERJA PEMBELIAN ALATAN MEMANAH BAGI KELAB MEMANAH TAHUN


2022

1.0 Pendahuluan

Kelab memanah merupakan aktiviti untuk mengisi masa lapang dan memupuk
minat dalam sukan memanah terutama dalam kalangan murid terutama di Sekolah
Agama Menengah Bestari. Kelab memanah di sekolah ini diperkenalkan untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang kebaikan dan kelebihan sukan
memanah. Hal ini demikian murid boleh mengenali sukan memanah dengan lebih
mendalam. Sukan memanah ini dapat dianjurkan keperingkat yang lebih tinggi
dengan adanya perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah dan pusat
pengajian lain untuk mengeratkan silaturahim.

2.0 Matlamat

Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani aktiviti kelab memanah dengan
mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan disamping
mengeluarkan peluh. Ini akan memberi kesan yang positif kepada pelajar agar
lebih positif dan lebih bersedia untuk menghadapi pertandingan sukan memanah
di peringkat yang lebih tinggi.

3.0 Objektif

a. Memberi peluang kepada para pelajar mendapat pendedahan asas dalam


kemahiran memanah.
b. Meningkatkan lagi pengeluaran murid yang berkebolehan dalam sukan
memanah di peringkat yang lebih baik
c. Melahirkan bakal pelajar yang sekurang-kurang mempunyai pengetahuan
asas mengenai sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di
sekolah.
5.0 Sasaran

Semua ahli Kelab Memanah

6.0 Anggaran Perbelanjaan


6.1 Peralatan Perbelanjaan

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM)


1. Accura Tac Arm Guard 7 x RM 18 126
2. W&W Finno Chest Guard 3 x RM 116 348
3. 60cm x 60cm x 4 Target Butt 2 x RM 195 390
5. JVD 60cm Target Face 10 x RM 20.50 205
6. JVD WA 80cm Center Face - 5 ring 10 x RM 7 70
7. JVD WA 80 cm Center Face – 6 ring 10 x RM 15 150
8. Easten G-Nock Bulk Pack (100 pieces) 1 x RM 219 219
9. Accura Discovery 62 Carbon Arrow 1 x RM 248 248
10. Accura Discovery 42 Carbon Arrow 1 x RM 248 248
11. Easton Jazz Aluminium Arrow Set 1 x RM 365.50 365.50
12. Accura Hawk Traditional Bow Package 1 x RM 299 299
13. Wooded Tri-Pod Target Stand 2 x RM 162 324
Jumlah RM 2992.50

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN :RM 2992.50

8.0 Jawatankuasa Induk

Penaung : Pengetua SAM Bestari

Pengerusi : Pn Ruslizawati binti Mahmud


PK Kokurikulum

Setiausaha : Pn. Norashikin Binti Shamsuddin

Penyelaras : Pn Nur Aisyah Binti Nasrudin

9.0 Penutup

Diharap dengan pembelian alatan ini dapat memberi pelajar peluang untuk menjalani aktiviti
memanah dan seterusnya dapat meningkatkan lagi minat individu terhadap sukan memanah
serta Meningkatkan lagi pengeluaran murid yang berkebolehan dalam sukan memanah di
peringkat yang lebih baik
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama : Nur Aisyah Binti Nasrudin Nama : Ruslizawati bt Mahmud


Jawatan : PPP Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum
Nama Sekolah : SAM BESTARI Nama Sekolah : SAM BESTARI
Tarikh : 8/7/2022 Tarikh :

KERTAS KERJA PEMBELIAN ALATAN MEMANAH BAGI KELAB MEMANAH BAGI


TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Pembelian Alatan Memanah bagi Kelab Memanah


Tahun 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Pembelian Alatan Memanah bagi Kelab


Memanah Tahun 2022

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

Pengetua
SAM BESTARI
Tarikh :

You might also like