Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

*SULIT 1

Bahagian A [15 markah]


Jawab semua soalan.
1. Ciri asas bagi sebuah negara adalah mempunyai
A sempadan yang dapat dikawal dengan cekap
B penduduk yang berbilang kaum dan hidup dengan harmoni
C bendera yang dikenali di seluruh dunia
D pejabat kedutaan di negara asing

2. Yang manakah padanan yang benar dalam jadual di bawah


Senarai Persekutuan Senarai Bersama
A Perdagangan dan perusahaan Kastam tempatan
B Kewarganegaraan Hari Kelepasan Am Negeri
C Kesihatan awam dan kebersihan Siasatan negeri
D Pelajaran Perumahan

3.  Bapa Khai Bahar merupakan pemastautin tetap tetapi belum


memperoleh kewarganegaraan
 Ibu Khai Bahar merupakan warga Australia
 Khai Bahar dilahirkan di Sarawak

Apakah taraf kewarganegaraan Khai Bahar?


A Warganegara secara kuat kuasa undang-undang
B Warganegara secara percantuman wilayah
C Warganegara secara masukan
D Warganegara secara pendaftaran

4. Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia?
I Mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman
II Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mempunyai kuasa dan peranan
yang sama
III Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi kepada badan
perundangan, kehakiman dan eksekutif
IV Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman melaksanakan peranan masing-
masing tanpa sebarang pertindihan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

STPM – 900/1 2020, 900/1 (U1) 2019 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
*SULIT 2

5. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?
A Dilantik oleh Majlis Raja-raja atas nasihat Yang di-Pertuan Agong
B Menjadi Yang di-Pertuan Agong secara automatik apabila Yang di-Pertuan Agong
mangkat
C Memegang sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong jika jawatan Yang di-Pertuan
Agong dikosongkan selama 2 minggu.
D Menjalankan tanggungjawab dan menikmati segala keistimewaan sebagaimana
yang diperuntukkan oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong

6. Keahlian badan-badan manakah yang bergantung secara langsung kepada keputusan


sesuatu pilihanraya?

I Ahli Kabinet III Ahli Dewan Negara


II Ahli Dewan Rakyat IV Ahli Dewan Undangan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7. Antara berikut yang manakah memerlukan pilihan raya kecil diadakan?

I Seorang Ahli Dewan Negara meninggal dunia


II Seorang ahli Dewan Rakyat dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan khalwat
III Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis setelah setahun
menjadi ahli
IV Seorang Menteri Besar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh
Mahkamah Tinggi

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8. Antara berikut yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
I Pengamalan ajaran sesat III Pengambilan anak angkat
II Penjualan minuman keras IV Pembahagian harta pusaka

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV


9. Masalah : Pendatang tanpa izin
Penyelesaian : Penyelarasan antara kementerian yang terlibat
Badan yang menyelaras tindakan tersebut ialah
A Majlis Ekonomi Negara C Majlis Keselamatan Negara
B Majlis Tindakan Negara D Majlis Perundingan Negara

10.
Peringkat Pentadbir
Jajahan Pegawai Jajahan / Daerah
Daerah ( Mukim ) Penggawa
Kampung Penghulu

STPM – 900/1 2020, 900/1 (U1) 2019 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
*SULIT 3

Antara berikut, di negeri manakah corak pentadbiran berikut diamalkan?

A Sarawak B Sabah
C Semenanjung Malaysia D Kelantan
11.
 Menyelaras dasar pinjaman luar
 Mentadbir peraturan pinjaman kerajaan negeri
 Meluluskan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan


A Bank Negara Malaysia C Perbendaharaan Negara
B Kementerian Kewangan D Unit Perancang Ekonomi

12. Antara berikut yang manakah tujuan utama kerajaan tempatan diwujudkan ?
A Menjaga kebersihan kawasan sekitar
B Meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai pintu dan cukai yang lain
C Menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan baik
D Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam
pengurusan kawasan yang didiami oleh mereka

13. Kuasa pelaksanaan dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia terletak pada
A Majlis Tindakan Negeri C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
B Dewan Undangan Negeri D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

14. Antara berikut yang manakah merupakan perbuatan rasuah ?


I Menteri Besar menerima cenderamata selepas merasmikan majlis keraian Persatuan
Penduduk Desa.
II Anggota polis trafik yang menjalankan tugas hanya menolak sogokan pemandu
kereta tanpa mengambil tindakan lanjutan.
III Seorang Ketua Jabatan telah meluluskan projek pembangunan yang salah seorang
daripada pemajunya ialah adiknya sendiri.
IV Seorang ahli parlimen menunjukkan kad ahlinya kepada pegawai kastam supaya
beg yang dibawanya tidak perlu diperiksa di lapangan terbang.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV


15. Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?
A Penentuan skim gaji B Pengaruh amalan tradisi
C Perkembangan teknologi D Pendidikan yang rendah

STPM – 900/1 2020, 900/1 (U1) 2019 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
*SULIT 4

STPM – 900/1 2020, 900/1 (U1) 2019 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like