Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

PENGENALAN Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata.

Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif. FAKTA LAIN TENTANG ARNAB Nama Latin : Oryctolagus cuniculus Panggilan untuk betina dewasa : Doe Panggilan untuk jantan dewasa : Buck Panggilan untuk anak : Kittens Bilangan anak : 4-12 Berat waktu lahir : 30 80 gm Tempoh buka mata : 10 hari Purata berat : Jantan 1 5 kg / Betina 1 8 kg Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter Telinga paling panjang : 31.125 inci Paling lama hidup : 19 tahun Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan Warna bulu : Lebih dari 150 Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink Waktu aktif : Awal pagi dan malam

P O S T E D B Y ZA H A S A L LE H A T 1 0 : 5 2 PM 1 0 C OM M E N T S LI N K S T O T H I S P O S T

SELANGKAH MENEROKA DUNIA PENTERNAKAN ARNAB BERKUALITI TINGGI. Arnab Manja (AM) terus meneroka dunia penternakan arnab komersial. Anjakan paradigma terus berlaku. Kali ini dengan kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA ), Dungun, Terengganu satu projek usahasama bakal diadakan. Bertolak dari Desa Bayu Rabbit Farm (DBRF), Besut, jam 8.00 pagi 23/11/2010 dengan perjalanan hampir 200 km, jam 12 tgh AM selamat tiba ke destinasi. Jangkaan AM boleh sampai paling lewat pun jam 11 pagi. Oleh kerana aliran trafik agak sesak, AM terlewat 1 jam.

Dengan sabar, Ketua Jabatan, Jabatan Kejututeraan Elektrik, Tuan Haji Abdul Ghafar b. Zakaria sedia menunggu. AM dibawa terus ke Unit Latihan dan Pendidikan PSMZA. Disini AM diperkenalkan kepada Ketua unit iaitu Puan Yusma binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab kepada projek ini. Seterusnya AM bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Unit dan 2 orang rakan, dibawa ke tapak projek untuk meninjau persekitaran dan menilai keperluan dari pelbagai aspek. Berikut adalah penilaian asas yang diperolehi. 1. Kedudukan Tapak. Geografinya agak strategik iaitu di atas bukit yang telah diteres memberikan kelebihan bahawa kawasan ini tidak akan berlaku takungan air atau banjir kilat yang boleh memberi impak pada arnab. 2. Keselamatan pencerobohan Keadaan persekitaran tapak adalah berhampiran hutan, kemungkinan haiwan liar boleh menceroboh pada bila-bila masa. Oleh itu pagar keselamatan sedia ada harus ditingkatkan. Jaring keselamatan pada bangsal harus bina meliputi ke seluruhan ruang yang dikenalpasti akan berlaku penerobosan. Pencerobohan manusia amat minimum.Kawasan ini terletak dalam kawasan kampus berpagar lengkap dengan ciri keselamatan seperti pengawal keselamatan dan lampu limpah serta di kelilingi oleh parit besar 3. Sistem elektrik dan air. Semua sistem ini sudah tersedia berdekatan tapak. 4. Sistem pembuangan sisa. Sisa boleh dialirkan dengan mudah menggunakan longkang sedia ada. Bagaimanapun, satu perangkap sisa perlu dibina untuk meminimumkan kadar pelepasan sisa ke kawasan bebas dan juga untuk memudahkan pengumpulan sisa sebagai baja organik. 5. Gangguan bunyi kenderaan. Dengan jarak lebih kurang 200 meter dari jalan utama dan kedudukan tapak lebih tinggi, bunyi bising kenderaan tidak dapat dikawal dan dielak. Bagaimana pun, keadaan ini bersifat sementara dan arnab akan berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Proses ini mengambil masa antara 1 hingga 2 minggu sebelum kembali normal. 6. Pencemaran pelepasan sisa kilang atau industri. Tiada kegiatan industri dan perkilangan di kawasan ini Gambar sekitar lawat tapak

Memberi penerangan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Unit

Kerja-kerja tapak

PSMZA RABBIT TEAM 12/02/2011

Bergambar pd majlis penyerahan arnab dan kelengkapan

BINGKISAN TAHUN ARNAB TAHUN BARU 2011 Selamat tahun baru 2011M. 2011 adalah tahun arnab dlm kelendar Cina ini bakal meledakkan industri ternak arnab di Malaysia. Penternak tradisional, perlu tingkatkan usaha untuk menjana pendapatan yg lebih baik. Sepanjang tahun 2010, industri ternakan arnab hobi ( arnab hidup ) tlh berkembang dgn agak baik. Permintaan yang tinggi telah memberi impak yang cukup baik untuk penternak tempatan. Bagaimanapun keupayaan pengeluaran domestik jauh lebih rendah dari permintaan dan ini menyebabkan arnab hias dari Indonesia dan Thailand terpaksa dibawa masuk. Untuk beberapa tahun akan datang , arnab-arnab dari indonesia dan Thailand akan terus mendominasi pasaran di Malaysia memandangkan tiada usaha untuk tingkatkan pengeluaran dikalangan penternak domestik serta tiada usaha untuk memperbaiki mutu arnab tempatan agar lebih menyerlah dan menarik. Komitmen dari semua pihak khususnya penyelidik tempatan dalam menghasilkan arnab baka yg baik dan menarik tersangat diperlukan. Kerajaan juga harus menyokong industri ini dengan menyediakan dana serta khidmat nasihat dan teknikal untuk memartabatkan industri arnab tempatan seiring dgn penternak dari negara jiran. Industri haiwan eksotik juga mampu menghasilkan pendapatan negara serta mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Berdasarkan unjuran permintaan dan pengeluaran 2010 yang dikumpulkan oleh Arnab Manja Enterprise (AME), arnab dari baka-baka comel dan anggun seperti Lion Head, Holland dan English Lop, Anggora, Woody Toy, Teddy Bear, Nedtherland Dwarf serta rex begitu tinggi permintaannya. Bagaimanapun, 80% drpd spesis ini terpaksa dibwk masuk dari negara jiran. Mengapa penghasilan produk berkualiti arnab hidup dari negara jiran telah mendahului kita? Walaupun di negara berkenaan, arnab diternak oleh penternak tradisional tetapi pengeluarannya adalah tinggi dengan variasi yang menarik hingga mampu dieksport ke Malaysia. Kaedah penternakan mereka adalah hampir sama sebagaimana kaedah yg diamalkan oleh penternak tradisional Malaysia. Penternak tradisional Malaysia harus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mempertingkatkan pengeluaran bagi memenuhi sekurang-kurangnya 50-60% permintaan domestik sebelum mengorak langkah mengeksport arnab hidup yg berkualiti bagi menyaingi negara jiran. Kaedah penternakan tradisional hobi harus ditingkatkan menjadi tradisional hobi komersial bagi merealisasikan harapan ini.

AME amat komited bahawa tahun 2011, permintaan terhadap arnab hidup akan terus meningkat. Dengan suasana ekonomi yang semakin pulih, promosi yang berterusan, minat serta kuasa beli yang tinggi dikalangan masyarakat, ternakan arnab di Malaysia akan terus berkembang.

VISI 2011 ARNAB MANJA Mengadakan hubungan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan, kumpulan-kumpulan usahawan serta agensi yg berkaitan bagi memperkasakan industri arnab tempatan dan mengangkat kepersada antarabangsa.

MODULAR CAGE VERSI DIPERTINGKATAN AME-SD VER. ALFA Model : AME-SD Versi Alfa

Selangkah Ke Dunia Penternakan Arnab Komersial Tips 2 1. Pemilihan kawasan. Pemilihan kawasan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pembinaan kelak tidak membawa apa implikasi. y y y Kawasan pemeliharaan hendaklah bebas dari masalah banjir. Kawasan hendaklah selamat dari gangguan pemangsa atau gangguan pada tahap minimum dan boleh dihalang Tidak menganggu dan mendatangkan masalah kepada jiran tetangga.

2. Pemilihan baka. Pemilihan baka hendaklah berasaskan kepada jenis produk yang akan dikeluarkan. Contoh : Jika arnab hidup dijadikan fokus pengeluaran, spesis-spesis yang mempunyai daya penarik seperti keadaan telinga, bulu, mata serta mudah mesra adalah lebih sesuai. Jika untuk pengeluaran daging, spesis yang cepat membesar, banyak melahirkan anak dan tahan cuaca dan penyakit adalah amat sesuai.

3. Pembinaan bangsal

Bangsal tradisional Pembinaan hendaklah menggunakan material yang boleh tahan lama, ekonomi dan mudah diselenggarakan. Kayu-kayu hutan, buloh boleh digunakan untuk pembinaan ini tetapi penggunaan ini amat terhad terutama jangka hayat adalah singkat dan penyelenggaraan lebih kerap perlu dilakukan.

Material logam atau konkrit

4. Pembinaan sangkar.

Sangkar tradisional Pembinaan hendaklah menggunakan material 100% logam ( dawai )yang tahan karat tetapi bukan stainless steel. Pembinaan bentuk modular adalah lebih praktikal dan sesuai. Setiap sel atau sangkar seharusnya mempunyai cukup ruang untuk pergerakan seekor atau lebih arnab dalam satu sel.

Sangkar modular 5. Jarak minimum lantai reban dengan tanah ialah 24-30 inci. 6. Setiap sel hendaklah berukuran minima 18 inci lebar X 18 inci tinggi X 26 inci panjang. Sel-sel boleh dibina samaada dalam bentuk satu sel atau gabungan beberapa sel dalam 1 unit sangkar. 7. Semua unit sangkar seharusnya dalam konsep mudah alih. Ini untuk memastikan sesi penyenggaraan mudah dikendalikan. 8. Pembinaan kotak anak

Kotak anak Kotak anak adalah satu ruang yang dibuat khas sebagai tempat induk melahirkan anak. Kotak ini seharusnya dibina menggunakan meterial kayu/papan yang tidak terlalu keras. Kotak selain untuk dijadikan tempat induk beranak, tepi-tepi kotak juga boleh memberi peluang induk arnab mengasah gigi.

9. Bekas Makanan. Bekas makan boleh disediakan menggunakan meterial terbuang dengan sedikit penambahbaik. Bekas plastik dan logam amat sesuai untuk dijadikan bekas makanan. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan sesetengah arnab mempunyai sifat yang agak 'nakal'. Tabiat suka menterbalik, membuang najis dan duduk bersantai dalam bekas makanan adalah fenomena biasa bila menggunakan bekas makanan jenis ini. Di pasaran, terdapat bekas makanan komersial yang mudah diurus dan dikendalikan. Namun begitu kos untuk perolehan peralatan ini agak tinggi. Bagaimanapun, penggunaan peralatan untuk jangkamasa panjang amatlah berbaloi. 10. Bekas Minuman Secara tradisional, semua bekas yang boleh menakung air boleh digunakan sebagai bekas minuman

arnab. Penggunaan bekas terpakai amat praktikal dari segi kos dan penggunaan semula bahan terbuang. Bagaimanapun penjagaan dan penyenggaraan agak lebih rumit berbanding dengan penggunaan bekas minuman komersial yang berupa sistem paip automatik atau botol berinjap.

REKA BENTUK MODULAR

MODULAR CAGE PLAN

BAHAN DAN PERALATAN Berikut adalah bahan serta peralatan yang diperlukan untuk membina cage cara D.I.Y ( Do It Your self). Bahan. 1. Jaring dawai 1 inci X 2 inci 2. jaring dawai 1 inci X 0.5 inci

Peralatan. 1. Pemotong dawai 2. Playar hujung tirus panjang 3. Kabel tai 4. Marker 5. Pita pengukur

Kesemua bahan dijual dengan ukuran lebar standard 4 kaki dan 3 kaki dengan ukuran panjang yang pelbagai. Bahan dan peralatan ini boleh diperolehi dari kedai bahan pembinaan tempatan. Bagaimanapun, jika kesukaran untuk mendapatkan bahan dan peralatan berkenaan, pihak kami sedia membantu. Berikut adalah harga yang kami tawarkan. Harga bahan : RM6.50 sekaki panjang. Set peralatan : RM32.00 satu set.

Pihak kami juga menawarkan modular cage siap pasang dengan harga yang amat kompetetif* 1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit ) = RM220.00 / unit 2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit ) = RM120.00 /unit * Penghantaran ke seluruh Malaysia, minima tempahan 10 unit untuk model 4S atau 20 unit model 2S Harga modular cage pasang sendiri (D.I.Y) lengkap**# 1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit) = RM160.00 /unit 2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit = RM80.00 / unit ** Penghantaran ke seluruh Malaysia tanpa had minima # Termasuk manual bergambar cara pemasangan Kesemua harga tidak termasuk kos penghantaran

LANGKAH 1- KERJA-KERJA MEKANIKAL Bukakan gulungan dawai bersaiz 1 inci X 2 inci( rangka utama )di kawasan lapang yang rata dan sesuai, buat ukuran panjang reban yang dikehendaki. Contohnya, jika kita inginkan 1 reban dengan 4 sel bersaiz 18 inci lebar, panjang jaring yang perlu dipotong ialah 74 inci, tandakan dengan pena penanda sepanjang dawai yang akan dipotong. Pastikan potongan ikut lebar gulungan dawai.

1. Pastikan ada beban yang sesuai diletakkan diatas gulungan dawai yang telah dibuka. Ini untuk mengelakkan dawai berkenaan bergulung ke bentuk asal. Dawai bersifat anjal. 2. Potongan terakhir, peringkat cerai gulungan dengan potongan yang dikehendaki boleh menyebabkan kecelakaan. Hati-hati, hujung yang runcing boleh mendatangkan kecederaan.

Kaedah yang sama juga perlu dilakukan untuk mendapatkan dawai alas lantai ( dawai 0.5 inci X 1 inci ) Kuantiti dawai rangka yang perlukan: 2 keping dengan panjang yang sama. Kuantiti dawai alas yang diperlukan : 1 keping dengan panjang yang bersamaan dengan dawai rangka. Berikut adalah kedudukan dawai selepas dipotong

LANGKAH 2 i. Kerja-kerja membentuk sudut

Kerja-kerja ini perlu dilakukan di atas alas yang sepadan untuk keselesaan seperti meja atau rangka tapak sangkar yang telah dibuat terlebih dahulu.

Kaedah pembentukan sudut. Menggunakan dua batang kayu berukuran 12 inci sebagai alas, tekan kayu A ke bawah untuk membentuk sudut 90 darjah jaring diwaktu yang sama kayu B juga perlu diberikan tekanan untuk memudahkan sudut yang diperlukan terbentuk

MISI DAN VISI MISI Arnab Manja Enterprise ( AME ) dulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm ( DBRF) yang menjalankan penternakan arnab komersial berusaha sedaya upaya mereformasikan konsep penternakan arnab di Malaysia untuk memastikan penternakan ini mampu menjana pendapatan bagi penambahbaikan sumber ekonomi keluarga pada skala industri. Mengubah prospek ternak hobi domestik kepada ternak hobi komersial. VISI Untuk memastikan usaha ternak arnab berdaya saing dalam persekitaran penternakan komersial dengan kepelbagaian produk terhasil dari kesungguhan masyarakat Malaysia. PROSPEK PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA

Arnab diternak di seluruh dunia untuk untuk pelbagai tujuan. Di Eropah dan Asia, arnab merupakan sumber makanan penting. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat enak, dan boleh menggantikan unggas di sebahagian besar resepi. Bangkai arnab hanya terdiri dari 20 peratus tulang. Di Amerika Syarikat, penternakan arnab lebih diutamakan untuk tujuan penghasilan kulit sebagai perhiasan dan pakaian. Penyelidikan perubatan dan kosmetik juga memerlukan sejumlah besar arnab setiap tahun. Ramai penternak menternak arnab sebagai hobi semata-mata tanpa menyedari bahawa sumber protin yang terdapat dalam daging arnab amat sesuai untuk diet pemakanan alternatif yang berkualiti tinggi. Dunia penternakan arnab di Malaysia lebih mengenali arnab sebagai spesis haiwan yang diternak atau dibela sebagai haiwan kesayangan. Sifatnya yang manja, mesra dan menawan serta mudah dilatih telah menenggelamkan produk lain yang boleh dimanfaatkan seperti daging, bulu, kulit serta kompos. Ditambah pula sifat penyayang masyarakat Malaysia, haiwan ini gagal dimanfaat untuk sajian seisi keluarga.Penggunaan dalam penyelidikan, perubatan, pameran dan pertunjukan haiwan serta tarikan ke pusat-pusat rekreasi juga merupakan satu nilai tambah produk berasaskan arnab.Produk siap seperti penghasilan daging burger, sate, sosej, makanan ditinkan, serunding yang merupakan sebahagian dari diet pemakanan rakyat Malaysia amat sukar diperolehi dipasaran tempatan. Sehingga kini, tidak ramai pengusaha penternakan di Malaysia mengusahakan ternakan ini secara produktif. Sedangkan prospek penternakan ini amat cerah untuk dikomersialkan samada diperingkat domestik atau antarabangsa.Terlalu bergantung kepada beberapa jenis ternakan sahaja bukanlah satu langkah yang bijak dalam memastikan stok daging negara mencukupi untuk jangka masa yang panjang.Dengan kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan, penternakan berskala besar perlu digiatkan. Kerajaan seharusnya membantu menyediakan kemudahan dan skim galakan bagi memungkin penternakan ini berdaya saing dalam memenuhi stok daging negara. Kemudahan pembiayaan kewangan, Latihan dan pemasaran amatlah diperlukan. Kajian dan penyelidikan dalam penghasilan produk berasaskan arnab perlu ditingkatkan.Malaysia akan terus menjadi pengimport tegar produk daging untuk beberapa dekad akan datang jika tiada usaha berterusan dilakukan mulai sekarang dalam memperkayakan koleksi penternakan komersial.

Terdapat 3 skop utama dalam dunia ternakan arnab.

1. Ternak hobi 2. Ternak komersial enterprise 3. Ternak komersial industri

Ternak hobi.

Pada asasnya ternak hobi ialah menternak bagi mengisi masa lapang, dikendalikan oleh ahli keluarga secara sambilan. Kuantiti ternakan ialah antara 2 hingga 50 ekor. Dijalankan dikawasan yang agak terhad. Contohnya di Taman-taman perumahan, pinggiran jalan atau tanah rezab atau di flat-flat. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi. Pemilihan baka lebih tertumpu pada kecantikan

fizikal, mesra dan manja yang mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 2 kg pada umor matang. Baka-baka fancy yang menjadi pilihan antaranya silver marten , Polish, himalayan, anggora, lop ear , Lion Head, Jersey wool( english, holland, french dsb)

Ternak Komersial Enterprise

Kuantiti ternakan ialah diantara 50 hingga 500 ekor. Dikendalikan samada separuh masa atau sepenuh masa menggunakan tenaga kerja terlatih. Tidak sesuai dijalankan di kawasan persekitaran kediaman atau taman-taman perumahan. Produk utama ialah jualan anak serta daging. Anggaran kos tak berubah permulaan RM3000.00 untuk pembinaan bangsal, reban serta peralatan makan/minum. Kos berubah RM175.00

Ternak Komersial Industri.

Kuantiti ternakan melebihi 500 ekor. Dijalankan secara sepenuh masa. Dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Memerlukan kawasan yang besar untuk membina bangsal dan sistem keselamatan pencerobohan anasir yang tidak ingini. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi, daging, bulu, kulit serta produk hiliran seperti produk dingin beku atau produk siap seperti daging burger, sosej, makanan ditinkan dan sebagainya. Kos tidak berubah boleh menjangkau melebih RM10,000 dan kos berubah boleh menjangkau lebih RM2500.oo sebulan

LATAR BELAKANG Arnab Manja Enterprise-AME ( dulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm- DBRF ) beroperasi di alamat Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. Kedudukan geografi, KLIK

Memulakan ternak arnab sebagai hobi pada 25 Disember 2005. Dengan memiliki sepasang induk matang pemberian ibu saudara.

Sepanjang 2007, arnab kami telah berkembang biak dalam kuantiti diluar jangkaan. Dari sepasang, sudah menjadi lebih dari 20 ekor. Itu pun banyak jugak yang mati samada dicuri oleh pemangsa, penyakit atau dimakan oleh pejantan.

Bermula tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman, tanpa sebarang persediaan rapi, arnab dibela dalam kurungan separa terbuka berlantaikan tanah.

Oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman, banyak arnab kami telah berjaya menyusup keluar dari reban ( rupanya spesis ni memang pakar buat terowong, kepakaran yang sama dengan rakyat

Palestin) . Bersimpang siur terowong dibina. Pantang melangkah ke dalam reban, pasti terjerumus ke lubang terowong. Ada yang memahami perasaan pemiliknya, bersedia kembali lagi ke reban ( mungkin spesis ni memiliki GPRS kot ). Tapi ramai juga yang tidak dapat dikesan. Hilang tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang pesan. Untuk mengesan didalam semak dan belukar bukan perkara mudah.

* Tip! untuk mencari arnab hilang dalam semak atau belukar, jangan kesan di waktu tengahari antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Diwaktu ini, arnab akan berehat dicelah-celah kayu, semak serta di dalam lubang dan memang sifat semulajadi ia tidak begitu aktif disiang hari. Kesanlah diawal pagi atau lewat petang, sebab spesis ni akan keluar dari tempat persembunyian.

Bermula Januari 2008, AME memasuki fasa baru bila blog ini dilancarkan. Maklum balas dari peminat arnab diluar jangkaan. Permintaan terhadap produk berasaskan arnab diluar kemampuan.

Mulai saat ini, prospek ternak hobi terpaksa kami ubah kepada ternak komersial enterprise. Bagaimanapun produk teras hanya berfokus kepada pengeluaran arnab baka untuk ternak hobi domestik.

Bagi memenuhi permintaan arnab hidup, keperluan kemudahan asas ditingkatkan. Menaik taraf kemudahan reban secara berperingkat dari 8 sel fasa 1 ( Februari 2007 ), 10 sel fasa 2 ( Oktober 2007 ), 10 sel fasa 3 ( Mac 2008 ), 15 sel fasa 4 ( Oktober 2008 ) dan kini, DBRF memiliki 43 reban bersel rekabentuk apartment dengan kapasiti 35 ekor induk pelbagai spesis seperti dutch, lion head, New Zealand White, Angora, Giant Angora dengan sasaran pengeluaran anak arnab sebanyak 200 ekor sebulan.

Pembinaan fasa 5 sebanyak 15 sel ( Mac 2009 ) sedang dalam proses pembinaan, Fasa 6 ( dalam cadangan ) sebanyak 20 sel ( Oktober 2009 ) dan apabila siap sepenuhnya menjelang 2010, pihak kami akan mempunyai sebanyak 70 sel yang dapat menampung sekurang-kurangnya 60 induk betina dengan jangkaan pengeluaran anak sebanyak 300 hingga 400 ekor sebulan pada anggaran kasar pendapatan RM3000 hingga rm4000.00 sebulan.

Rangsangan dari produk teras, serta maklum balas dan cadangan dari orang perseorangan, agensi kerajaan, organisasi swasta serta peminat arnab seluruhnya, maka pihak kami terpaksa membuat satu anjakan paradigma.

Menghasilkan produk tambah nilai dalam suasana kondusif bagi memenuhi permintaan pelanggan kini menjadi agenda kedua.

Antara produk tambah nilai ialah:

i. Mengadakan Kursus/seminar untuk perkongsian maklumat kepada mereka yang berminat. ii. Menyediakan kemudahan pakej pembelian arnab untuk ternak hobi. iii. Membekal kompos arnab iv. Membekal betik madu semaian organik arnab v. Membekal reban pasang siap untuk penternak komersial dan hobi vi. Jualan peralatan reban, makanan, ubat-ubatan dan vitamin

Dimanakah letaknya pusat ternak kami? Pusat ternak kami terletak di Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. 12 km dari bandar Jerteh hala ke Kg. Raja dan 8 km dari Kg. Raja hala ke Jerteh (laluan alternatif jalan Pantai) [[peta]] Kita jelajahi MISI menjejaki VISI. Ke gunung sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke lautan sama direnangi ke belantara sama diredah. Jom kita ambil kesempatan ketika peluang masih ada, ruang masih terbuka.

INDUSTRI TERNAK HAIWAN PELIHARAAN DI MALAYSIA TREND memiliki haiwan peliharaan telah lama dilakukan oleh masyarakat sama ada di Malaysia mahu pun di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai salah satu gaya hidup yang perlu ada dalam sesebuah keluarga. Haiwan seperti kucing, arnab, ikan, hamster dan anjing merupakan pilihan paling digemari, selain haiwan eksotik seperti iguana, ular sawa dan sebagainya. Malah, industri jualan haiwan peliharaan di Malaysia juga sebenarnya masih kukuh walaupun dihimpit kelembapan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya. Ini terbukti melalui penyertaan ramai pihak dalam industri tersebut pada pameran Pet World Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Fairs & Events Management Sdn. Bhd. (FEMSB) di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 3 hingga 5 Julai lalu. Baca lagi Sumber: Utusan Malaysia 08/07/2009

KOMPOS ARNAB

Tinja yang digunikan diberikan percuma kepada petani. Bagaimanapun kos pengurusan sebanyak RM4.00 seguni akan dikenakan untuk kerja-kerja pembungkusan Kenapa harus anda menggunakan baja kompos arnab? Sebagaimana yang diketahui umum, bahawa penggunaan baja kompos boleh membantu memperbaiki stuktur tanah agar sentiasa subur dan sesuai untuk bercucuk tanam. Diproses secara semulajadi oleh agen pengurai biologi. Kandungan humus yang tinggi yang dijana oleh agen pengurai biologi dapat mengekalkan kesuburan tanah untuk tempoh yang panjang . Kurangkan penggunaan baja kimia, untuk kesejahteraan bumi. Kekalkan kesuburan tanah dengan hanya menggunakan baja kompos. Medium berkualiti tinggi untuk pengeluaran hasil yang bermutu. Kompos arnab amat sesuai untuk semua jenis tanaman. Mudah digunakan tanpa sebarang komplikasi pada tanaman dan alam sekitar. Sesuai digunakan sebagai medium penyemai dan penggalak daun dan bunga. Kandungan organik Nitrogen Phosphorus Potassium Calcium Magnesium Kompos arnab 2.20 0.87 2.30 1.26 0.40 Kompos ayam 1.97 1.93 1.80 7.32 0.35 Kompos lembu 1.08 0.56 1.30 1.36 0.36

ZON REKREASI ARNAB

Di zon ini, arnab dilepaskan secara bebas terhad untuk memberi peluang mereka berekreasi. Memberi mereka ruang berjoging, melompat dan berlari sambil meragut rumput segar semaksima mungkin. Arnab yang berada zon ini terhad kepada yang berumur antara 6 hingga 12 minggu sahaja. Arnab yang berumur lebih dari 3 bulan akan berada di happy zone yakni zon riadah dengan kawalan yang lebih ketat dan kuantiti yang yang lebih kecil dalam satu-satu masa. Ini untuk mengelakkan arnab dewasa ber wrestling berebut kawasan dan pasangan.

TAMBAH NILAI PERKHIDMATAN Selain tambah nilai produk, kami juga menyediakan kemudahan tambah nilai perkhidmatan khusus untuk kemudahan pemilik arnab sama ternak hobi atau komersial. Khidmat yang disediakan ialah:1. Khidmat rawatan. 2. Khidmat ibu angkat atau susuan bantuan- khusus kes anak yatim ( ibu mati selepas melahirkan anak atau dalam tempoh menyusu ). 3. Khidmat potong bulu dan kuku.

PENYAKIT DAN RAWATAN Dalam bidang penternakan, penyakit dan rawatan adalah satu faktor yang perlu diberi keutamaan bagi menjamin ternakan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tidak terkecuali dalam penternakan arnab. Kawalan dan rawatan penyakit dapat mengurangkan kadar kematian dan seterusnya membantu meningkatkan produk yang berkualiti. Penyakit dan rawatan>>

REKA BENTUK BANGSAL DAN REBAN KOMERSIAL

Kapasiti: Reban/sel penggemuk: 30 in X 30 in = 41 unit, Reban/sel Beranak : 18 in X 30 in = 26 unit Reban/sel kuarantin: 36 in X 30 in = 4 unit Reban/sel rawatan : 24 in X 30 in = 2 unit Jumlah reban/sel : 73 reban/sel Kapasiti maksimum induk : 67 ekor Jenis reban/sel : 1 aras Penyakit dan rawatan

Penyakit Telinga Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan parasit yang dikenali sebagai psoroptes cuniculi dari kumpulan arachnid termasuk labah-labah dan kala jengking. Jangka hayat hidup parasit ialah 21 hari.Kawasan serangan ialah disekitar dalaman dan luaran cuping telinga.

Tanda-tanda jangkitan. Terdapat kesan seperti lilin berwarna coklat pada sebelah atau kedua-dua telinga. Pada waktu ini, arnab berkenaan akan menunjukkan sifat-sifat suka menggaru atau mencakar telinga serta mengoyang-goyang kepala sepanjang masa untuk tempoh 1 atau 2 hari. Pada hari berikutnya, tanda-tanda kesan kuping berlilin berwarna coklat akan muncul pada bahagian yang digaru.

Kawalan Penyakit ini amat mudah dikawal. Kebiasaannya, penggunaan minyak panas boleh membantu mengawal jangkitan. Penggunaan rawatan anti parasit minyak panas seperti minyak gosok, minyak gasolin, minyak gamat serta minyak lain yang bersesuaian boleh digunakan. Kesemua minyak ini boleh melemas dan seterusnya membunuh parasit ini. Cara menggunakan rawatan kaedah minyak panas Menggunakan picagari atau penitis kecil, titiskan 2-3 titik minyak panas pada bahagian yang diserang pada kekerapan 2 kali sehari. Gosokkan dengan lembut bahagian yang dijangkiti. Jika jangkitan berada dibahagian dalam cuping, gunakan putik kapas atau gumpalan kapas bagi memberikan kesan maksimum pada bahagian yang dijangkiti. Ulangi rawatan untuk hari ke-2,4,6,8 dan 10. Teruskan rawatan pada hari ke-14, 21 dan hari ke 28. Telur parasit boleh hidup untuk tempoh 21 hari dan rawatan sehingga 28 hari boleh membunuh kesemua telur yang masih terlekat dikawasan jangkitan.

HOW TO SETUP RABBIT NIPLE

PAKEJ TERKINI 8/07/2011 HINGGA 24/07/2011 AME ONLINE KIOSK

Dapatkan peralatan kesejahteraan arnab yang berkualiti hanya dari AME. Produk berikut boleh ditempah secara online tanpa had. Niple automatik, pelet transisi( untuk anak berumur antara 3 minggu hingga 3 bulan ), pelet grow ( untuk tumbesaran yg konsisten ) Alternate Rabbit Milk, Ubat cirit-cirit, Stabilizer solution ( larutan untuk kecergasan arnab ), Ubat kurap ivermectine ( mini pack 2 ml @ 10 suntikan utk dewasa ) YM: arnabmanja@yahoo.com Borang pertanyaan dan tempahan produk Google Map Ke Lokasi Alamat : Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. 0179108419 / 0199721075( Zahar ) Yahoo group Peringatan: Untuk bayaran, sila guna maybank akaun no: 163046268771 - azahani salleh. Attachkan slip transaksi bayaran ke arnabmanja@yahoo.com atau FB

KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

KAHWIN

SELANJUTNYA

BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?

Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN

KEBERNASAN

BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.

Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.

TEMPOH

BUNTING

BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?

Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING

PALSU

BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut.

Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK

ARNAB

BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

MASA

MENYUSU

ANAK

BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari.

Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

IBU

ANGKAT

APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?

Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.

Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

CERAI

SUSU

BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anakanak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anakanak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.

PENENTUAN

JANTINA

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

HASIL

SAMPINGAN

KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?

Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari bakabaka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White). Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

y y y

Glu (gam) Baja (baja kompos) Cara mudah menternak arnab

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?

Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.

Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.

Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,

buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.

Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.

Sumber air minuman yang bersih dan segar.

y y y

Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.

Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:

Unit pengeluaran daging.

Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.

Unit pengeluaran daging.

Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anakanak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.

Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

y y y y y

New Zealand White. Calfornian. Carolina. New Simonare. Sepanyol.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:

y y y y y

Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg. Pusat jualan baka

DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?

Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis.

Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.

SAIZ EKONOMI

BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING?

Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)

Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.

y y

Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Pemilihan kawasan

APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?

Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

y y y y y

Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih. Peredaran udara yang balk dan memuaskan. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari

KAWALAN PENYAKIT

APAKAH

LANGKAH-LANGKAH

YANG PERLU

DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH

DARI

SERANGAN

PENYAKIT ?

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

y y y

Sekitar kawasan hendaklah bersih Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab

Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.

y y y

Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem). Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi. Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

Menyimpan

rekod

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?

Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

y y y y

Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka. Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka. Untuk memudahkan program pembiakan. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?

Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.

Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.

Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.

CARA

PEMBERIAN

MAKANAN

ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?

Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.

Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

MAKANAN

TAMBAHAN

ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?

Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab. Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan.

PEMBIAKAN

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?

Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KHIDMAT NASIHAT

DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?

Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:

IBU TINGKAT WISMA BUKIT 50630 KUALA LUMPUR.

PEJABAT 8 CHASE & PERDANA,

PERKHIDMATAN 9, OFF BLOK JALAN

HAIWAN, A, SEMANTAN, DAMANSARA,

[u.p: TEL: SAMBUNGAN: 144 dan 145

UNIT

PEDAGING

(ARNAB) 03-2540077

MAKLUMAT

TAMBAHAN

BERAPA BANYAK MAKANAN PELET INI PERLU DIBERIKAN ?

Sebagai panduan kasar angaran dibawah boleh dijadikan ukuran. KADAR PEMBERIAN MAKANAN RANSUM PELET ARNAB.

PERINGKAT

JUMLAH KUANTITI (gm/hari/ekor)

INDUK (BETINA DEWASA)

120

PEJANTAN (JANTAN DEWASA)

60

ANAK ARNAB (1 - 2/3 BULAN)

50-100

Daun hijau hendaklah diberi secara bebas sebagai makanan tambahan.

Disediakan Unit Jabatan Perkhidmatan Haiwan Pedaging

oleh (Arnab)

You might also like