JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN-PAMERAN INOVASI DIBAWAH SELIAAN WIIPA DAN MyRIS BAGI TAHUN 2023 (2022-1670919760017)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

13 Disember 2023

Pengarah-Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN-PAMERAN INOVASI DIBAWAH SELIAAN WIIPA DAN


MyRIS BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Persatuan Penyelidikan & Inovasi Malaysia (MyRIS) merupakan organisai yang telah
ditubuhkan pada 2014 dan bertindak sebagai badan NGO yang mempromosikan program-
program STEM dan inovasi bagi saintis muda seluruh Malaysia. MyRIS merupakan ahli utama
yang bernaung dibawah World Invention Intellectual Property Association (WIIPA).

Antara negara-negara yang pernah disertai oleh sekolah-sekolah dibawah KPM melalui MyRIS
dan WIIPA adalah seperti Thailand, Macau, Indonesia, Romania, Croatia, Poland, Hong Kong,
Jepun, Taiwan, Canada dan beberapa lagi.

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program pengantarabangsaan dikalangan sekolah


Malaysia, besarlah harapan kami untuk menjemput sekolah-sekolah dibawah Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) tuan/puan bagi menyertai pameran-pameran inovasi dibawah WIIPA
bagi tahun 2023 (dilampirkan) yang dijalankan secara offline dan hybrid bagi merealisasikan
hasrat kerajaan dalam menggalakkan penyelidikan dan inovasi di kalangan golongan muda dan
belia di Malaysia.

Pihak kami amat mengharapkan sokongan pihak YBhg. Tuan/Puan dalam menjadikan pameran-
pameran yang dilampirkan ini sebagai sebahagian program pengantarabangsaan yang disokong
sepenuhnya oleh pihak JPN. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di email
mustafaalbakri79@gmail.com (+60125055020).

Kerjasama daripada pihak YBhg. Tuan/Puan amatlah diharapkan dan saya dahului dengan
ucapan juitaan terima kasih.

Sekian.

Yang Menjalankan Tugas,

PROF. DR. MOHD MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH


Naib Presiden
World Invention Intellectual Property Association (WIIPA)
Merangkap Setiausaha Kehormat, MyRIS
SENARAI PAMERAN ANTARABANGSA 2023

NO PAMERAN TARIKH & TEMPAT


Bangkok International Intellectual Property, 2 – 6 Februari 2023
1 Invention, Innovation and Technology Exposition Bangkok, Thailand
(IPITEx 2023)
International Conference On Creativity And 4 – 5 Februari 2023
2
Innovation For Young Scientist (ICCI-YS 2023) Bangkok, Thailand
The 6th China (Shanghai) International Invention April 2023
3
& Innovation Expo Shanghai, CHINA
European Exhibition Of Creativity And Mei 2023
4
Innovation (EUROINVENT 2023) Iasi, ROMANIA
Julai 2023
5 Japan Design & Invention Expo (JDIE 2023)
Tokyo, JEPUN
12th World Invention Creativity Olympic (WICO Ogos 2023
6
2023) Seoul, KOREA
International Innovation, Creativity and September 2023
7
Technology Exhibition (I2CReaTE 2023) Kuala Lumpur, MALAYSIA
International Conference On Science, Technology, September 2023
8
Engineering & Mathematics (ICSTEM 2023) Kuala Lumpur, MALAYSIA
Macau International Innovation & Invention Expo October 2023
9
(MIIE 2023) Macau Science Center
Indonesia Inventors Day 2023 Oktober 2023
10
Jakarta, INDONESIA
Oktober 2022
11 International Warsaw Invention Show (IWIS 2023)
Warsaw, POLAND
November 2023
12 International Invention Show (INOVA 2023)
Zagreb, CROATIA
Kaohsiung International Invention And Design December 2023
13
EXPO (KIDE 2023) Kaohsiung, TAIWAN

You might also like