Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PREMIS KERAJAAN : Digitalisasi Pendidikan Harapan Baru Kecemerlangan Negara

HUJAH 1: Digitalisasi Pendidikan Memenuhi Keperluan Pewaris Negara


- menerusi hujah ini,saya akan menerangkan Impak Positif Pedidikan Digital dalam memenuhi keperluan pewaris
negara.

KUCHING: Mencorak gene-rasi pewaris negara menjadi peranan utama institusi pendidikan selain bertanggungjawab melahirkan
golongan pelapis yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang yang disifatkan lebih kompetitif dan mencabar.
Penaung Persatuan Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak-Kanak Sarawak (3 PAKS) Puan Sri Datuk Jamilah Anu berkata, kanak-kanak
dan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi, justeru sekolah adalah tempat paling sesuai untuk menyumbangkan input
pendidikan mengenai kehidupan.
“Memandangkan sekolah dan institusi asuhan dan didikan menjadi tempat yang paling sesuai untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka
menjadi tugas pengasuh dan pendidik untuk memberikan pengalaman serta pendidikan awal yang positif kepada anak-anak.
“Ia sejajar dengan usaha pendidik serta pengasuh dalam membentuk dan membantu perkembangan kanak-kanak yang cerdas mindanya
menerusi saluran persekitaran yang ceria dan harmoni,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan melalui kementerian dan agensi berkaitan bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan
komunikasi utama untuk sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh, bagi memenuhi keperluan baharu rakyat.

"Pelan tindakan ini yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA), akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi
digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

"Pelaksanaan JENDELA diharapkan dapat menyediakan penyelesaian kepada masalah capaian internet di kawasan luar bandar dan
pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.
Data pelaporan menunjukkan penglibatan murid sekolah rendah meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu daripada 87.1 peratus kepada 99.2 peratus bagi
tempoh berkenaan

KEJAYAAN INOVASI MURID: TAHUN 2020,2021,2022:

-Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu meraih pingat emas dan mendapat anugerah khas
ketika menyertai Pertandingan Harta Intelek, Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa di Bangkok pada tahun 2020.

-Seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul tiga pingat emas dalam
pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada pada tahun 2021.

-Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan, Maryam Muzamir mencatat kejayaan luar biasa apabila menerima pengiktirafan
antarabangsa dengan merangkul dua pingat emas dalam The 22nd Annual British Invention Show Awards 2022

You might also like