Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS

TUGASAN

SINOPSIS

DIBAWAH LINDUNGAN KA’ABAH

PSYCHO (ALFRED HITCHCOCK)

DVV2023 CINEMATOGRAPHY

NAMA: NUR ELLEZEA NABIELA BINTI ROSSIDI

NO MATRIK: 18DDV21F2047
SINOPSIS DIBAWAH LINDUNGAN KA’ABAH

Filem ini mengisahkan tentang Hamid merupakan seorang anak yatim yang miskin.
Ketika Hamid berumur empat tahun, ayahnya telah meninggal dunia jadi beliau
dibesarkan oleh ayah dan ibu angkatnya iaitu Haji Jafar dan Asiah. Mereka
menganggap Hamid seperti anak kandung mereka sendiri. Hamid seorang anak yang
rajin, sopan dan berbudi bahasa sama seperti tingkah laku Zainab. Hamid dan Zainab
merupakan remaja belasan tahun. Keluarga Zainab merupakan bangsawan di
perkampungan tersebut. Haji Jaafar membiayai tempat belajar Hamid kerana tahu
bahawa Hamid kurang berkemampuan. Hamid dan Zainab telah membesar bersama-
sama dari kecil sehingga dewasa. Hamid baru sedar bahawa beliau telah jatuh hati
pada Zainab sejak dari dulu. Sewaktu cuti Hamid pulang ke kampung dan berjumpa
Zainab, tetapi beliau tidak meluahkan perasaannya kepada Zainab kerana perbezaan
darjat antaranya akan menyebabkan Zainab menolak cintanya jadi Hamid memendam
perasannya terhadap Zainab. Tidak lama selepas itu ayah Zainab iaitu Haji Jaafar
telah meninggal dunia dalam perjalanan untuk ke Makkah. Hamid menganggap Haji
Jaafar sebagai ayahnya sendiri. Setelah beberapa hari ayah Zainab meninggal, Ibu
Hamid pula meninggal oleh kerana jatuh sakit. Ibu Hamid sempat berpesan kepada
Hamid supaya melupakan cintanya terhadap Zainab. Ibu Zainab telah bersetuju untuk
menjodohkan anaknya dengan Arifin. Ibu Zainab meminta pertolongan Hamid untuk
menasihati Zainab supaya menerima lamaran Arifin. Hamid akur dengan keputusan
kerana beliau terhutang budi oleh keluarga Zainab. Zainab menolak lamaran tersebut
kerana beliau menyukai Hamid tetapi beliau tidak pernah memberitahu Hamid.
Antara penyebab Hamid tidak mahu meluahkan perasaan cintanya terhadap Zainab
oleh kerana Hamid berasal dari keluarga yang miskin. Hamid hanya mampu
memendamkan rasa cinta kepada Zainab.
SINOPSIS PSYCHO (ALFRED HITCHCOCK)

Filem ini berdasarkan pembunuhan sebenar iaitu pembunuhan bersiri Wisconsin Ed


Gein yang mengisahkan tentang setiausaha Marion Crane iaitu seorang gadis Pheonix
melarikan diri dari pekerjaannya dengan wang bernilai $40,000. Kemudiannya dia
ingin menginap di sebuah penginapan dan berhenti berehat di Bates Motel yang
kelihatan menakutkan. Motel ini dikendalikan oleh Norman Bates yang pemalu dan
tinggal bersama ibunya yang sudah tua serta tidak sihat. Semasa mandi, Marion maut
ditikam oleh ibu Norman. Selepas Norman mengetahui ibunya membunuh dia cepat-
cepat membuang mayat Marion itu. Sementara itu, teman lelaki Marion iaitu Sam dan
kakaknya Lila melakukan pencarian terburu-buru yang akhirnya membawa mereka ke
rumah Norman Bates. Di sana mereka menangkis serangan oleh Norman yang
berpakaian seperti ibunya sendiri. Selepas kejadian itu, seorang pakar psikiatri
kemudiannya menentukan bahawa Norman mengalami perpecahan personaliti yang
menyebabkan dia melakukan pembunuhan tersebut.

You might also like