Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

2.

3
PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI FILIPINA
- KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 4 -

Nama : Amirah Adlin Bt Anwar Harun

Kelas : 4 Atria

Nama Guru : En. Muhammad Firdaus


Isi Kandungan

BIL PERKARA M/S


1. Penyataan Masalah

2. Objektif Kajian

3. Kaedah Kajian

4. Hasil Kajian

5. Rumusan

6. Sumber Rujukan

7. Lampiran
Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

1) Menerangkan latar belakang Nasionalisme di Filipina

2) Menjelaskan perjuangan salah satu tokoh Nasionalisme


di Filipina yang bernama Jose Rizal

3) Menghuraikan iktibar daripada perjuangan Jose Rizal


Penyataan Masalah

Perkembangan idea nasionalisme di


Barat telah mempengaruhi kebangkitan
nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara
termasuklah di Filipina serta melibatkan
perjuangan beberapa tokoh yang hebat.
Bincangkan.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah yang
membantu saya memperoleh maklumat secara
lebih terperinci tentang kajian yang saya jalankan.
Berikut adalah kaedah kajian yang telah saya
gunakan :

1) Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian melalui
rakaman di YouTube dan audio visual tentang
Perkembangan Nasionalisme di Filipina.

2) Kaedah Melayari Internet


Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat
terperinci mengenai salah satu tokoh
Nasionalisme di Filipina yang bernama Jose
Rizal serta iktibar daripada perjuangannya
dengan melayari internet. Banyak maklumat
yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.

3) Kaedah Merujuk Buku Ilmiah


Melalui kaedah ini, saya telah menganalisis atau
merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 untuk
mengetahui serta mendapatkan maklumat umum
mengenai Nasionalisme di Filipina.
Hasil Kajian
1) Menerangkan latar belakang Nasionalisme di
Filipina

Kebangkitan Nasionalisme di Filipina termasuk antara


yang wujud lebih awal berbanding kebangkitan nasionalis
negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan


penjajahan asing. Nasionalisme peringkat awal berbentuk
gerakan propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal dan
mendapat sokongan kuat daripada golongan pertengahan
berpendidikan barat. Gerakan ini menuntut supaya
Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
serta diberikan kebebasan untuk bersuara. Tindakan
Sepanyol untuk tidak melayan tuntutan ini menyebabkan
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1982.
Namun begitu, Jose Rizal telah dibuang negeri dan
akhirnya dijatuhi hukuman bunuh atas tuduhan terlibat
dalam pemberontakan.

Kegagalan gerakan propaganda mencetuskan idea


nasionalisme yang lebih radikal. Bonifacio menubuhkan
katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina
melalui revolusi. Katipunan yang merupakan gerakan
revolusioner telah menggunakan akhbar Kalayan untuk
menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina.
Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin katipunan
melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1986 untuk
menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun usaha ini
gagal. Bonifacio telah dihukum mati pada tahun 1987.
Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika
Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
Namun begitu, Perisytiharan Kemerdekaan Filipina
oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak diiktiraf oleh
Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah
penguasaan Amerika Syarikat. Golongan nasionalis ini
mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan
saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Osmena,
pemimpin parti nasionalis dilantik menganggotai Dewan
Perhimpunan Filipina pada tahun 1907.

Konklusinya, gerakan menuntut kemerdekaan ini


diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang
Dunia Kedua.

2) Menjelaskan perjuangan salah satu tokoh


Nasionalisme di Filipina yang bernama Jose Rizal

Pada peringkat awal, tokoh bernama Jose Rizal telah


memimpin satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan
propaganda. Gerakan propaganda ini merupakan satu
gerakan yang dijalankan secara awam.

Pada tahun 1982, Jose Rizal telah menubuhkan La Liga


Filipina. La Liga Filipina adalah bertujuan untuk
mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan
terhadap politik, ekonomi dan sosial yang dijalankan di
Filipina. Liga ini menjadi pertolongan diri yang
membagikan dana biasiswa dan bantuan undang-undang,
meminjam modal dan menubuhkan koperasi, serta
menjadi ancaman kepada pihak berkuasa Sepanyol dan
mereka menangkap Jose Rizal pada 6 Julai 1892 di
Dapitan. Gerakan ini ditubuhkan dengan cara yang sah
tetapi gabenor telah membubarkan gerakan tersebut.
Gambar tersebut merupakan logo La Liga
Filipina yang ditubuhkan oleh Jose Rizal pada
masa itu. Seterusnya, gambar menunjukkan
beberapa bukti yang dilakukan semasa La Liga
Filipina.

Logo La Liga Filipina

Jose Rizal menulis dua buah karyanya sendiri iaitu Noli


Bukti yang
me Tangere. Ia merupakan dilakukan yang turut
penggambaran
mengecam ketidakadilan
semasasesama
La Ligawarga yang dijajah
Filipina
pemerintahan empayar Sepanyol. Karya keduanya iaitu El
Filibusterismo. El Filibusterismo merupakan kisah
lanjutan daripada Noli me Tangere, dengan latar belakang
tokoh misteri bernama Ibarra yang masih terus bergerak.
Karya-karya Jose Rizal ini, kebanyakannya menyentuh
tiga topik yang saling berkait iaitu yang pertama ialah
perihal masyarakat di bawah penjajahan, kedua ialah
kritikan beliau terhadap penguasaan penjajah dalam
bidang ilmu pengetahuan dan terakhir sekali ialah
keperluan untuk bebas merdeka. Topik yang kedua dalam
karya ini menyebabkan Jose Rizal diisytiharkan musuh
negara oleh pihak berkuasa Sepanyol. Beliau kemudian
dihantar ke Dapitan pada Julai 1892 dan kemudiannya
dihukum mati.

3)Menghuraikan iktibar daripada perjuangan Jose Rizal

Daripada kisah perjuangan Jose Rizal yang telah dikaji,


banyak iktibar dan kesan yang boleh kita peroleh.
Antaranya, kita tahu bahawa seorang pemimpin perlu
mempunyai sikap yang patuh terhadap tujuan kepimpinan.
Contohnya, Jose Rizal tahu akan matlamatnya untuk
membebaskan Filipina daripada kuasa luar.

Seterusnya, kita juga tahu bahawa pemimpin adalah


manusia yang mempunyai tanggungjawab yang besar.
Secara langsungnya memikul amanah dan tugas yang
berat kepada rakyat yang dipimpinnya. Contohnya, Jose
Rizal menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab. Beliau tidak pernah menipu.

Di samping itu, pemimpin perlu menguasai ilmu


pengetahuan yang luas bagi mengelakkan penipuan dan
bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah
sewajarnya seperti Jose Rizal yang sangat terkenal
dengan kebijaksanaannya iaitu salah satunya beliau boleh
bertutur dalam 22 bahasa yang berlainan.
Akhir sekali, pemimpin juga tidak boleh mempunyai
sikap pilih kasih. Hal ini dikatakan demikian adalah
untuk mengelakkan ketidakadilan dalam membuat
sesuatu keputusan. Sebagai contoh, Jose Rizal melakukan
perjuangan menentang penjajah tanpa melihat kepada
perbezaan agama dan bangsa tetapi berjuang untuk
keseluruhan penduduk di Filipina.
Rumusan
Tokoh yang bernama Jose Rizal ini telah
membangkitkan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan masyarakat tempatan untuk
menghalau penjajah. Jose Rizal tidak
menggunakan langkah yang agresif malah
beliau lebih sederhana dan berdiplomasi
dengan menggunakan mata pena sebagai
senjatanya.
Daripada kes di Filipina, jelaslah bahawa
semangat nasionalisme ini datang atas sifat
seorang pemimpin yang sentiasa berusaha
untuk mencapai kejayaan. Hal ini akan
mempengaruhi semua rakyat untuk bersama-
sama semangat untuk menuju ke arah
kebebasan daripada penjajah luar.
Sumber Rujukan
1) Audio Visual
 https://www.youtube.com/watch?v=uCy4--jm0Ig
 https://www.youtube.com/watch?v=PFMVWym4Oxs
 https://www.youtube.com/watch?v=LXK7ilj-fHQ

2) Internet
 http://kotasejarah.blogspot.com/2011/11/gerakan-
nasionalisme-di-filipina.html
 https://www.academia.edu/35442159/Penjelasan_Teo
ri_Nasionalisme_Kajian_Kes_Sejarah_Nasionalisme_di
_Filipina
 https://en.m.wikipedia.org/wiki/File:La_Liga_Filipina
_monogram.svg
 https://www.kompas.com/skola/read/2020/11/14/175
554469/gerakan-nasionalisme-filipina?page=all
 https://www.kelaspintar.id/blog/tips-pintar/latar-
belakang-munculnya-gerakan-filipina-10430/

3) Buku ilmiah
 Ridzuan Bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed
Hamid, Muslimin bin Fadzil, Subramaniam a/l
Raman, 2019, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like