SCM 1013 Teori Penyuburan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

UNIVERSITI MELAKA

FAKULTI SAINS SOSIAL

DIPLOMA KOMUNIKASI MASSA


PENGANTAR TEORI KOMUNIKASI
(SCM 1013)

TAJUK:
TEORI PENYUBURAN

SEDIAKAN OLEH:
IFFA ALEEYA BINTI AZMAN

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NORLI BINTI YUSOF
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

Teori penyuburan merupakan teori yang sangat popular pada tahun 1970-an dan 1980-an
dalam bidang komunikasi,terutamanya media televisyen. Teori ini diasaskan oleh George
Gerbner dimana beliau menjalankan penyelidikan tentang ilmu kaedah kajian analisis
penyuburan melalui Cultural Indicator Project pada tahun 1960-an. Ia mengatakan bahawa
semakin banyak menonton televisyen,penoton tersebut akan memercayai dunia televisyen
sebagai dunia sosial yang sebenar (social reality). Pada masa itu beliau juga berkhidmat
sebagai dekan dan penyelidik di University of Pennsylvania padan tahun 1973 di bahagian
Annenberg School of Communication sehingga tahun 1989. George Gerbner telah meninggal
dunia pada awal tahun 2006.

Teori penyuburan mempunyai dua bahagian dalam reka bentuk penyelidikannya, iaitu
analisis sistem mesej atau dikenali sebagai analisis isi kandungan, dan analisis
penyuburan.Analisis sistem mesej ditumpukan dalam mengawasi program rangkaian sebagai
sampel tahunan sepanjang prime-time dan waktu siang dihujung minggu manakala analisis
penyuburan merupakan satu pendekatan yang berasaskan kepada andaian-andaian teoritikal
dan kaedah penilaian tentang keberkesanan televisyen keatas konsep persepsi penonton
terhadap dunia yang benar (social reality). Dalam analisis ini penanda (indicator) yang utama
adalah jumlah masa penonton mendedahkan kepada televisyen memberi kesan terhadap cara
pemikiran dan tingkahlaku. Selain itu, terdapat pelbagai Cultural Indicator yang digunakan
sebagai punca penyelidikan, contohnya kajian siri sex roles dan minority, violence profile,
children, occupational conceptions, educational achievement dan aspirations, family images
and impact, sexual depictions and lessons , dan death and dying.

Secara umumnya terdapat dua andaian yang penting dalam teori penyuburan. Pertama, teori
penyuburan adalah hasil daripada sikap tidak memilih (unselective) dan pandangan yang
pasif (passive viewing) dikalangan penonton. Kedua mengatakan bahawa kandungan yang
ditampilkan dalam televisyen adalah benar. Begitu juga pembolehubah yang dipilih dalam
kajian-kajian mereka adalah bertumpukan kepada demografik sebagai pengasas yang
dikajikan. Andaian-andaian dan pembolehubah menjadi panduan kepada Gebner dan
rakannya dalam proses menghasilkan teori penyuburan. Kaedah- kaedah dan andaian –
andaian tersebut adalah unsur general dan menekankan keberkesanan daripada kumulatif
pendedahan kepada media.
Teori penyuburan menyatakan bahawa imej-imej dalam televisyen telah menyuburkan dan
menterjemahkan kepercayaan budaya, ideologi-ideologi dan pandangan dikalangan
masyarakat. Televisyen memainkan peranan sebagai agen panggaulan (socializing agent)
serta mempengaruhi dan mendidik para penonton supaya memercayai bahawa dunia yang
ditayangkan adalah benar.
2.0 PERKEMBANGAN TEORI

Pada awal perkembangan, Teori Penyuburan lebih memfokuskan kajiannya kepada televisyen
dan penoton, terutamanya pada tema-tema kekerasan atau keganasan di televisyen. Kemudian
kajian berkembang diluar tema kekerasan. Salah satu temuan terpenting ialah kajian ini
adalah bahawa penonton televisyen dalam kategori penonton berat (heavy viewer) mepunyai
keyakinan yang berlebihan tentang dunia sebagai tempat yang berbahaya dan menakutkan.
Oleh itu, kekerasan yang mereka saksikan di kaca televisyen menyuburkan kekuatan sosial
(sosial paranoia) yang membangkitkan pndangan bahawa lingkungan mereka tidak aman dan
tidak ada orang yang dapat dipercayai. Gerbner berpendapat bahawa media massa
menyuburkan sikap dan nilai tertentu dan seterusnya memelihara dan menyebarkan sikap dan
nilai tersebut dikalangan anggota masyarakat. Media memperngaruhi penonton manakala
penonton pula meyakini apa yang ditonton. Maka, para penonton televisyen akan mempunyai
kecenderungan sikap yang lebih kurang sama antara satu sama lain.

Gerbner dan rakan-rakannya telah memulakan analisis sistem mesej pada tahun 1967-69.
Analisis ini mengawasi program-program di televisyen yang mengandungi unsur unsur
keganasan pada waktu prime-time dan juga pada hujung minggu di waktu siang. Hasil
daripada analisis tersebut telah digunakan sebagai kaedah untuk menjalankan ujian ke atas
pelbagai pembolehubah seperti umur, jantina, taraf Pendidikan dan sebagainya. Teori
penyuburan juga dikenali sebagai hipotesis penyuburan atau analisis penyuburan secara
umumnya.

Sebelum tahun 1980, teori ini digunakan untuk menyelidik Cultural Indicator untuk
membuktikan bahwa impak ke atas pendedahan televisyen yang tinggi dikalangan penonton
menyebabkan penonton memepercayai dunia televisyen adalah sosial yang benar (Gerbner
1980). Gerbner dan rakannya telah berjaya mendapat hasil (keputusan) yang baru dan
menulisnya dalam artikel bertajuk The Mainstreaming of America Violence Profile No. 11
pada tahun 1980 untuk mengukuhkan lagi penyataan-penyataan yang dibuat sebelum itu
(Gerbner 1980) setelah meninjau semula kajian kajian yang dilakukan sebelumnya,
penemuan kesan-kesan “Mainstreaming” dan “Resonance” telah dapat memberikan hujah-
hujah balasan kepada para pengkritik tentang teori tersebut dimana penyuburan televisyen
berlaku secara berterusan ke atas konsep dan tingkahlaku dikalangan penonton, malah ia
menyatupadukan mereka yang berasal daripada pelbagai corak kehidupan (Gerbner 1980).
3.0 KEBAIKAN TEORI

You might also like