Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341440885

KERANGKA KONSEPTUAL TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG SEBAGAI MODEL


MENGKAJI HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN
GURU SEKOLAH RENDAH

Conference Paper · May 2020

CITATIONS READS
0 4,531

1 author:

Fauziah HANIM Md Yusof


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
5 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

High order thinking in Physical Education View project

Healthy life style View project

All content following this page was uploaded by Fauziah HANIM Md Yusof on 03 December 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

KERANGKA KONSEPTUAL TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG SEBAGAI MODEL


MENGKAJI HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN
GURU SEKOLAH RENDAH
Fauziah Hanim binti Md Yusof
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh
fauziahhanim@ipgm.edu.my

Abstrak

Teori Tingkah laku Terancang menegaskan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh tiga konstruk

iaitu sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku. Ketiga-tiga konstruk menyumbang

kepada tercetusnya niat seterusnya melakukan tingkah laku aktiviti fizikal yang memberi manfaat

kepada kesihatan diri iaitu mencapai 600MET-min/minggu ke atas. Manakala Perancangan dan

Pengalaman lampau dapat memberi impak positif atau negatif kepada tercetusnya perlaksanaan

aktiviti fizikal tersebut. Kerangka konsepsual ini berlandaskan kepada teori Tingkah Laku Terancang

(TPB )oleh Ajzen, (1985) dan teori Pendekatan Proses Tindakan Kesihatan (HAPA) oleh Schwarzer

(1995). Tingkah laku yang dikaji melibatkan tingkah laku aktiviti fizikal. Keputusan analisis untuk

model structural iaitu kerangka konseptual ini, menjelaskan kesan langsung kepada variable iaitu

pengaruh positif kesan langsung terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan guru sekolah rendah di

Perak adalah pengalaman lampau, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku. Kesan tidak

langsung pengaruh positif terhadap aktiviti fizikal adalah pengalaman lampau dan perancangan.

Manakala kesan penuh didapati pengalaman lampau sangat memberi pengaruh positif ke atas aktiviti

fizikal, diikuti dengan sikap dan norma subjektif.

Kata kunci: Aktiviti Fizikal, Guru Sekolah, Teori Tingkah laku Terancang, Teori Pendekatan

ProsesTindakanKesihatan (HAPA), Kerangka Konseptual.

Themes: Knowledge Base for Teacher Education

1
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

CONCEPTUAL FRAMEWORK THEORY OF PLANNED BEHAVIOR AS A MODEL TO STUDY


RELATIONSHIP OF PHYSICAL ACTIVITY BEHAVIORS AMONG PRIMARY SCHOOL TEACHERS

Fauziah Hanim binti Md Yusof

Institute Of Teacher Education Campus Ipoh

fauziahhanim@ipgm.edu.my

Abstract

The Theory of Planned Behavior pointed out human behavior is influenced by three constructs
which are attitude, subjective norms and perceived behavioural control. These three constructs
together shaped behavioural intentions to do physical activity that benefit health achieving 600MET-
min/week. While planning and past experience can be positive or negative impact to the onset of the
implementation of the physical activity. This conceptual framework based on the theory of Planned
Behaviour (TPB) by Ajzen and Health Action Process Approach (HAPA) by Schwarzer. Results
analysis to model a conceptual framework, namely, structural model, explains the impact of directly
to the variable which influences a positive direct impact of physical activity among primary school
teachers in Perak is a past experience, subjective norms and perceived behavioural control. Indirect
impact on the positive influence of physical activity was a past experience and planning. While the
full effects are found that past experience influenced positively on physical activity, followed by
attitudes and subjective norms.

Key words: physical activity, school teachers, Theory of Planned behavior (TPB), Theory of Health Action
Approach (HAPA), a conceptual Framework.

2
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

KERANGKA KONSEPTUAL TEORI TINGKAH LAKU TERANCANG SEBAGAI MODEL


MENGKAJI HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN
GURU SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Kajian MANS ke atas rakyat Malaysia mendapati 74 peratus menjalani kehidupan sedentari

(Poh et al., 2010). Terdapat peningkatan peratusan remaja Malaysia yang menjalani gaya hidup

sedentari atau kurang melakukan senaman berbanding sebelumnya, iaitu mencapai kurang daripada

600 MET-min/minggu seperti yang disarankan untuk mendapat manfaat dan kebaikan kesihatan iaitu

berada dalam kategori tidak aktif (Aniza & Fairuz, 2009). Aniza dan Fairuz (2009) mendapati 20.8

peratus remaja di Selangor tidak aktif dan tidak cergas. Remaja yang tidak aktif dari segi aktiviti

fizikal juga didapati tidak aktif apabila mereka menginjak dewasa (Hills, Andersen & Byrne, 2011;

Kaplan et al., 1993; Sallis, 2008).

Aktiviti fizikal yang berterusan merupakan perkara penting dalam menghalang kebanyakan

penyakit terutama penyakit kronik disebabkan gaya hidup sedentari pada masa kini. Malaysian

Adults Nutrition Survey (MANS) yang dijalankan dari Oktober 2002 hingga Disember 2003

mendapati hanya 14 peratus orang dewasa di Malaysia yang terlibat dengan senaman (MANS, 2003).

Manakala dalam sehari, 74 peratus orang dewasa di Malaysia menghabiskan masa dengan aktiviti

sedentari seperti menonton televisyen, tidur ataupun hanya berbaring.

Keberkesanan penyampaian pelajaran terletak kepada ilmu pengetahuan serta sikap dan kreativiti

guru tentang cara sesuai untuk menyatupadukan kedua-dua mata pelajaran ini (Ayvazo, Ward &

Stuhr, 2010). Pengalaman guru sendiri dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan terlibat secara

langsung dalam aktiviti fizikal dapat memberi input yang lebih berkualiti dalam pengajaran

pembelajaran berkaitan (Pearman III et al., 1997). Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai

3
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

pendidikan melalui pergerakan dan hendaklah dikendalikan sedemikian rupa mengikut

pengertiannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996). Aktiviti fizikal dari tahap sederhana ke

tahap aktif jelas dikenal pasti dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik bagi seseorang individu

jika ia mencapai tahap 600 MET-min/minggu (WHO, 2002).

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam memotivasikan individu melakukan aktiviti fizikal dalam frekuensi biasa dan

mengekalkan keadaan ini sehingga menjadi tabiat dalam kehidupan dan kebiasaan sepanjang hayat

sangat mencabar (Xiang, Lee, & Williamson, 2001) tetapi perlu diberi perhatian dan dititikberatkan.

Aktiviti fizikal perlu dilakukan dan peruntukan masa untuk melakukannya dengan aktif perlu ada

dalam jadual seharian seseorang. Aktiviti fizikal yang dilakukan dan senaman yang kerap dan

bersesuaian dapat membantu bukan sahaja untuk mencegah penyakit malah memberi suatu

kehidupan yang lebih berkualiti (Goldfield et al, 2010; Hockey, 1993; Kaplan et al., 1993; Sallis et

al., 1989; Vincent & Pangrazi, 2002). Aktiviti fizikal yang aktif menjadikan seseorang itu berada

dalam tahap kecergasan yang baik. Saranan oleh Schwarzer (2008) menyatakan untuk mengurangkan

jurang antara niat dan tingkah laku sebenar, seseorang itu perlu mempunyai perancangan dan

strategi. Tingkah laku manusia sangat kompleks, dengan memahami tingkah laku seseorang terhadap

aktiviti fizikal merupakan langkah penting dalam membuat perancangan untuk meningkatkan aktiviti

fizikal dalam kalangan guru.

3.0 KERANGKA KONSEPTUAL

Salah satu model yang amat luas digunakan untuk mengkaji tingkah laku dalam pelbagai

bidang ialah Theory of Planned Behavior (TPB) atau Teori Tingkah laku Terancang (Ajzen, 1991).

Menurut teori ini, sebarang tingkah laku yang dikehendaki seperti melakukan senaman adalah

dipengaruhi atau dimulakan oleh niat seseorang. Niat ini tercetus berdasarkan kepada sikap (AT),

4
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

norma subjektif (NS) dan tanggapan tingkah laku terkawal (perceived behavioural control atau

PBC). Dalam erti kata lainnya, ketiga-tiga faktor tersebut dihipotesiskan untuk menentukan niat

dalam melakukan tingkah laku yang dikehendaki (Ajzen, 1991). Sebagai contoh, kajian yang

dijalankan oleh Hagger, Chatzisarantis dan Biddle, (2002) terhadap orang dewasa menunjukkan

perhubungan yang kuat antara niat dengan tingkah laku sebenar dalam melakukan senaman

berbanding golongan remaja.

3.1 Kerangka Teori

3.1.1 Hubungan terus antara sikap, norma subjektif, dan tanggapan kawalan tingkah

laku dalam Teori Tingkah Laku Terancang (TPB)

Teori Tingkah Laku Terancang (Ajzen, 1985) menegaskan bahawa tingkah laku manusia

dipengaruhi oleh tiga konstruk iaitu a) sikap yang mengarah kepada sesuatu tingkah laku yang

dikehendaki ataupun yang tidak dikehendaki, b) berkenaan norma subjektif iaitu kesan atau persepsi

tekanan sosial atau orang sekeliling, dan c) tanggapan kawalan tingkah laku iaitu menyumbang

kepada meningkatnya kepercayaan kendiri untuk mengawal tingkah laku berkenaan. Ketiga-tiga

konstruk ini menyumbang kepada tercetusnya niat dan seterusnya melaksanakan tingkah laku

tersebut (Ajzen, 1991).

Tingkah laku sebenar akan dapat dilakukan atau terlaksana apabila seseorang individu itu

dapat mengenal pasti dan mengawal sepenuhnya tingkah laku yang dikehendaki, di mana tercetusnya

niat yang kuat (Ajzen & Manstead, 2007). Teori ini menyarankan niat untuk melakukan sesuatu

tingkah laku dan tanggapan kawalan tingkah laku dalam sesetengah kes di mana efikasi kendiri

melangkaui tindakan yang realistik, tanggapan kawalan tingkah laku tanpa melalui niat, akan terus

melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki (dalam Rajah 1.1 ditunjukkan dengan garis putus-

putus).

5
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

Sikap (AT)

Norma Niat Tingkah laku


Subjektif sebenar
(NS)

Tanggapan
Kawalan
Tingkah Laku
(PBC)

Rajah 1.1. Kerangka teori tingkah laku terancang (TPB) oleh Ajzen (1985).

Hagger et al. (2001) mendapati aktiviti fizikal yang biasa dilakukan yang didorong oleh

program intervensi yang berdasarkan sikap, terutamanya kepada individu yang mempunyai tingkah

laku yang positif terhadap sikapnya, akan dapat mendorong dirinya untuk melakukan tingkah laku

tersebut. Begitu juga sebaliknya, jika tingkah laku itu menjurus kepada negatif, tingkah laku sebenar

tidak akan terlaksana. Walau bagaimanapun teori ini digunakan secara meluas untuk memahami

penentu dalam melakukan aktiiti fizikal dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dan dewasa (Armitage

& Conner, 2001; Boudreau, & Godin, 2009; Chatzisarantis & Hagger, 2008; Conn, Tripp-Reimer, &

Maas, 2003; Zhang, Middlestadt & Ji, 2007).

Bagi norma subjektif pula, Rhodes, Macdonald, dan Mckay (2006) mendapati dalam

kalangan remaja, rakan merupakan penentu dalam melakukan aktiviti fizikal terutamanya rakan

sebaya yang sememangnya melakukan aktiviti tingkah laku tersebut. Bagi orang dewasa juga

didapati, pasangan dan rakan sebaya merupakan penggalak dalam terlaksananya sesuatu tingkah laku

yang dikehendaki (Fishbein & Rhodes, 1997; Sallis & Owen, 1999). Norma subjektif berfungsi

6
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

dalam dua keadaan yang dinamakan norma injuktif dan deskriptif. Norma injuktif merujuk kepada

tekanan sosial yang berkaitan tingkah laku berasaskan tanggapan perkara yang orang lain mahukan

manakala norma deskriptif berasaskan pemerhatian dan pertimbangan terhadap tingkah laku orang

sekeliling.

Hagger et al. (2002) mendapati tanggapan kawalan tingkah laku secara terus dapat

merealisasi tingkah laku yang dikehendaki tanpa perlu melalui niat dalam semua peringkat umur.

Rhodes et al. (2006) mendapati tanggapan kawalan tingkah laku tanpa melalui niat menjadikan

tingkah laku aktiviti fizikal dalam kalangan murid berjaya dilaksanakan. Rhodes dan Courneya

(2003) dan Tavousi et al. (2009) menyarankan item dalam konstruk tanggapan kawalan tingkah laku

perlu didasari dengan dua keadaan iaitu tanggapan efikasi kendiri (PS-E) atau keupayaan (capability)

dan pengawalan (controllability). Berdasarkan sorotan literatur yang pelbagai, maka kajian ini dapat

dirumuskan dalam Rajah 1.2 yang diadaptasi daripada TPB yang asal.

SIKAP
(AT)

PERANCANGAN TINGKAH
LAKU
(AKTIVITI
FIZIKAL)
SEBENAR
NORMA
SUBJEKTIF NIAT
(SN)

PENGALAMAN
LAMPAU

TANGGAPA
N
KAWALAN
TINGKAH
LAKU
(PBC)

Petunjuk Hipotesis
H1a, H1b, H2a, H2b, H3a, H3b, H4a, H4b, H5, H6
H1c H2c H3c H4c

Rajah 1.2. Kerangka kajian menggunakan TPB. 7


KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

Pendekatan Proses Tindakan Kesihatan atau Health Action Process Approach

(HAPA) merupakan gabungan dua lapis model iaitu versi berterusan yang baik untuk dianalisis serta

diramalkan dan versi peringkat yang baik untuk program intervensi (rujuk Rajah 1.3). Pendekatan

HAPA ini menyarankan kedua-dua fasa perlu dijalankan kajian secara longitudinal iaitu fasa yang

yang membawa kepada niat terhadap sesuatu tingkah laku dan fasa berikutnya yang membawa

kepada tingkah laku sebenar. Perlu diingatkan bahawa perubahan tingkah laku memerlukan dua

proses yang berasingan yang melibatkan motivasi dan keazaman. Pertama, niat untuk berubah perlu

diwujudkan iaitu sebahagian daripada asas kepercayaan kendiri. Kedua, perubahan itu perlu

dirancang, penuh dengan inisiatif dan mengekalkannya agar tidak berulang tingkah laku lama. Dalam

hal ini, mengekalkan peraturan peribadi memainkan peranan yang besar dalam proses tersebut

(Schwarzer, 1992). Dapatan kajian oleh Hamilton, Cox dan White (2012) ke atas orang dewasa iaitu

ibu bapa kepada anak-anak yang bersekolah rendah mendapati dengan membekalkan perancangan

dalam sesuatu program untuk mereka, akan membawa kepada perubahan tingkah laku untuk

melakukan tingkah laku sebenar menjadi lebih kukuh.


FASA MOTIVASI FASA KEAZAMAN

Efikasi Efikasi
Kendiri Kendiri

Jangkaan / Tingkah
Niat Perancangan Laku
Pengharapan

Kesedaran
Risiko

PRANIAT DENGAN NIAT TINDAKAN

Rajah 1.3. Model pendekatan proses tindakan kesihatan (HAPA), Schwarzer (1995).

8
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

Oleh yang demikian kajian dalam kalangan guru ini, mengambil kira perancangan sebagai

salah satu variabel yang akan dikaji sama ada memberi perhubungan yang positif dalam TPB secara

langsung kepada tingkah laku aktiviti fizikal atau secara tidak langsung.

3.1.2 Kesan Perancangan

Norman dan Conner (2005) menjelaskan hubungan yang kuat antara niat dengan tingkah laku

sebenar akan berlaku dengan meningkatkan perancangan. Schwarzer (2008) menjelaskan hubungan

niat dengan tingkah laku sebenar diperantarakan oleh perancangan tindakan (action planning) dari

segi ‘bila, di mana dan bagaimana’ akan dapat merapatkan jurang antara niat dengan tingkah laku

sebenar. Begitu juga dengan perancangan menghadapi (coping planning), mengurangkan halangan

seperti tekanan orang sekeliling, sibuk dan sebagainya dapat mengurangkan jurang antara niat dan

sesuatu tindakan. Schwarzer (2008) mendapati kedua-dua jenis perancangan (tindakan dan

menghadapi) ini dapat meminimumkan jurang antara niat dan tingkah laku sebenar dengan membina

senario yang perlu dan menyediakan strategi untuk senaman serta mengurangkan halangan lain.

3.1.3 Pengaruh Indek Jisim Badan (BMI)

Merujuk kepada Rajah 1.3, dihipotesiskan BMI dan beberapa variabel lain dapat

mempengaruhi sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku selain niat untuk

melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan guru. Dalam hal BMI ini, berat seseorang itu

mempengaruhi secara positif atau negatif dalam melakukan tingkah laku aktiviti fizikal tahap

sederhana ke tahap aktif seseorang individu itu. Begitu juga dengan pengaruh terhadap sikap, norma

subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku. Orang yang obes lebih banyak menghabiskan masa

sedentari berbanding melakukan aktiviti fizikal, tidak mahu terlibat dalam komuniti kerana malu

(Mcinnis, Franklin & Rippe, 2003; Mouton, Calmbach, Dhanda, Espino, & Hazuda, 2000).

Kebiasaannya individu yang aktif dalam melakukan aktivit fizikal, seperti aktiviti sukan mempunyai

9
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

BMI dan peratus lemak badan yang rendah berbanding mereka yang sedentari (Wan Nudri, Wan

Abd. Manan & Mohamed Rusli, 2009).

3.1.4 Kesan Pengalaman Lampau

Tingkah laku senaman yang pernah dilakukan adalah penentu yang signifikan terhadap sikap

ke arah melakukan tingkah laku, tanggapan kawalan tingkah laku dan niat terutama jika ia

melibatkan pengalaman lampau yang positif atau negatif berbanding keadaan yang neutral (Hagger

et al., 2001). Kajian yang sama juga menjelaskan pengalaman lampau dapat merapatkan hubungan

antara niat dan tingkah laku sebenar, sebab seseorang itu akan terdorong dalam niatnya untuk

bersenam berdasarkan sikap dan pengalaman lampau mereka. Dengan sebab itu dihipotesiskan

pengalaman lampau dalam melakukan aktiviti fizikal tahap sederhana ke tahap aktif akan

menguatkan hubungan niat dengan tingkah laku sebenar. Theodorakis (1994) mendapati dengan

menggunakan pengalaman lampau dalam melakukan senaman lebih berjaya dalam meramalkan

tingkah laku senaman pada masa hadapan berbanding niat.

PENUTUP

Kesan langsung kepada variabel iaitu pengaruh positif kesan langsung terhadap Aktiviti

Fizikal dalam kalangan guru adalah Pengalaman Lampau (β = 0.408), Sikap (β = 0.088), Norma

Subjektif (β = 0.078) dan Tanggapan Kawalan Tingkah Laku (β = 0.009).

Kesan tidak langsung pengaruh positif terhadap Aktiviti Fizikal didapati Pengalaman Lampau

(β = 0.025) dan Perancangan (β = 0.066). manakala kesan penuh (iaitu jumlah kedua-dua kesan

langsung dan kesan tidak langsung) didapati Pengalaman Lampau sangat memberi pengaruh positif

ke atas Aktiviti Fizikal dalam kalangan guru (kesan penuh = 0.433), diikuti dengan Sikap (kesan

penuh = 0.088) dan Norma Subjektif (kesan penuh = 0.077).

10
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

RUJUKAN

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 50, 179-211.
Ajzen, I., & Manstead, A. S. R. (2007). Changing health-related behaviors: An approach based on
the theory of planned behavior. In K. van den Bos, M. Hewstone,J. De Wit, H. Schut and M.
Stroebe (Eds), The scope of social psychology: Theory and applications, pg 43-63. New
York: Psychology Press.
Aniza, I., & Fairuz, M. R. (2009). Factor influencing physical activity level among secondary school
adolescents in Petaling District, Selangor. Medical Journal of Malaysia, 64(3), 228-232.
Armitage, C. J., & Conner, M. (2001). Efficacy of the theory of planned behavior: A meta-analysis
review. British Journal of Social Psychology, 40(4), 471-499.
Ayvazo, S., Ward, P., & Stuhr, P. T. (2010). Teaching and assessing content knowledge in preservice
physical education. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 81(4), 40-44.
Boudreau, F., & Godin, G. (2009). Understanding physical activity intentions among French
Canadians with type 2 diabetes: An extension of Ajzen’s theory of planned behavior.
International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 6, 16-35.
Chatzisarantis, N. L. D & Hagger, M. S. (2008). Influence of personality traits and continuation
intention on physical activity participation within the theory of planned behavior. Psychology
and Health, 23(3), 347-367.
Conn, V. S., Tripp-Reimer, T., & Maas, M. L. (2003). Older women and exercise: Theory of planned
behavior beliefs. Public Health Nursing, 20(2), 153-163.
Fishbein, M., & Rhodes, F. (1997). Using behavioral theory in HIV prevention. In N Corby & RJ
Wolitski (Eds.), Community HIV Prevention: The Long Beach AIDS Community
Demonstration Project (pp. 21-30).
Goldfield, G. S., Moore, C., Henderson, K., Buchholz, A., Obeid, N., & Flament, M. F. (2010). Body
dissatisfaction, dietary restraint, depression, and weight status in adolescents. Journal of School
Health, 80(4), 186-192.
Hagger, M. S., Chatzisarantis, N. L. D., & Biddle, S. j. H. (2002). The influence of autonomous and
controlling motives on physical activity intentions within the theory of planned behaviour.
British Journal of Health Psychology, 7, 283-297.
Hagger, M. S., Chatzisarantis, N. L. D, Biddle, S. J. H., & Orbell, S. (2001). Antecedents of
children’s physical activity intentions and behaviour: Predictive validity and longitudinal
effects. Psychology and Health, 16, 391-407.
Hamilton, K., Cox, S., & White, K. M. (2012). Testing a model of physical activity among mothers
and fathers of young children: Integrating self-determined motivation, planning and the theory
of planned behavior. Journal of Sport & Exercise Psychology, 34, 124-145.
Hills, A. P., Andersen, L. B., & Byrne, N. M. (2011). Physical activity and obesity in children.
British Journal Sports of Medicine, 45(11), 866-870.
Hockey, R. V. (1993). Physical fitness: The pathway to healthful living (7th ed.). Maryland Heights,
MO: Mosby-Year Book, Inc.
Kaplan, R. M., Sallis, J. F., & Patterson, T. L. (1993). Health and human behavior. New York:
McGraw-Hill Inc.
Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). (2003). Ministry of Health, Malaysia.
Mcinnis, K. J., Franklin, B. A., & Rippe, J. M. (2003). Counseling for physical activity in overweight
and obese patients. American Family Physician, 67(6), 1249-1256.
11
KERANGKA KONSEPTUAL HUBUNGAN TINGKAH LAKU AKTIVITI FIZIKAL

Mouton, C. P., Calmbach, W. L., Dhanda, R., Espino, D. V., & Hazuda, H. (2000). Barriers and
benefits to leisure-time physical activity among older Mexican Americans. Archives of Family
Medicine, 9, 892-897
Pearman III, S. N., Valois, R. F., Sargent, R. G., Saunders, R. P., Drane, J. W., & Macera, C. A.
(1997). The impact of a required college health and physical education course on the health
status of alumni. Journal of American College Health, 46(2), 77-85.
Norman, P., & Conner, M. (2005). Predicting health behaviour. McGraw-Hill International.
Poh, B. K., Safiah, M. Y., Tahir, A, Siti Haslinda, M. D., Siti Norazlin, N, Norimah, A. K., Wan
Manan, W. M., Mirnalini, K, Zalilah, M. S., Azmi, M. Y dan Fatimah, S. (2010). Physical
activity pattern and energy expenditure of Malaysian adults: Finding from the Malaysian
Adult Nutrition Survey (MANS). Malaysian Journal of Nutrition, 16(1), 13-37.
Rhodes, R. E., Macdonald, H. M., & McKay, H. A. (2006). Predicting physical activity intention and
behavior in longitudinal sample. Social Science and Medicine, 62(12), 3146-3156.
Rhodes, R. E., Plotnikoff, R. C., & Courneya, K. S. (2008). Predicting the physical activity
intension-behavior profiles of adopters and maintainers using three social cognition models.
Annals of Behavioral Medicine, 36, 244-252.
Sallis, J. F., Haskell, W. L., Wood, P. D., Fortmann, S. P., & Vranizan, K. M. (1986). Vigorous
physical activity and cardiovaskular risk factor in young adult. Journal of Cronic Diseases, 39,
115-120.
Sallis, J. F., & Owen, N. (1999). Physical activity and behavioral medicine. Thousand Oaks, CA:
Sage Publications.
Schwarzer, R. (1992). Self-efficacy in the adoption and maintenance of health behavior: Theoretical
approaches and a new model. In R. Schwarzer (Ed.), Self-efficacy: Thought control of action.
Washington, DC: Hemisphere, 217-243.
Tavousi, M., Hidarnia, A. R., Montazeri, A., Hajizadeh, E., Taremain, F., & Ghofranipour, F. (2009).
Are perceived behavioral control and self-efficacy distinct constructs? European Journal of
Scientific Research, 30(1), 146-152.
Theodorakis, Y. (1994). Planned behavior, attitude strength, role identity and the prediction of
exercise behavior. Sport Psychologist, 8, 149-165.
Vincent, S. D., & Pangrazi, R. P. (2000). An examination of the activity patterns of elementary
school children. Pediatric Exercise Science, 1, 432-441.
Wan Nudri Wan Daud, Wan Abd. Manan Wan Muda & Mohamed Rusli Abdullah. (2009). Body
mass index and body fat status of men involved in sports, exercise and sedentary activites.
Malaysian Journal of Medical Sciences, 16(2), 21-26.
WHO Report. (2002). Reducing risk, promoting healthy life. WHO, Geneva. Retrieved from:
http://www. who. int/whr/2002/en/index. Html
Xiang, P., Lee. A., & Williamson, L. (2001). Conception of ability in physical education: Children
and adolescent. Journal of Teaching in Physical Education, 20(3), 282-294.
Zhang, J., Middlestadt, S. E., & Ji, C. Y. (2007). Psychosocial factors underlying physical activity.
International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 4, 38. Doi:10.1186/1479-
5868-4-38

12

View publication stats

You might also like