Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

020907130216

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2015), suhu
bermaksud panas sejuknya sesuatu benda. Peningkatan atau penurunan suhu
bergantung kepada kelembapan wap air di udara. Misalnya suhu akan meningkat jika
kelembapan udara rendah. Hal ini akan menyebabkan suhu atmosfera menjadi panas
justeru akan meningkatkan proses sejat-peluhan daripada tumbuhan dan proses
sejatan daripada badan-badan air. Selain itu, definisi lain suhu merujuk kepada darjah
kepanasan udara di sesuatu tempat atau kawasan pada sesuatu masa tertentu. Suhu
diukur dalam unit darjah Celcius (℃). Faktor yang mempengaruhi suhu di sesuatu
kawasan ialah bahang matahari, garis lintangm pengaruh lautan dan daratan, jarak
dari badan-badan air seperti laut, bentuk muka bumi, angin, arus, awan dan tumbuh-
tumbuhan.

Pengkaji telah memilih daerah Daro, Sarawak kerana kawasan tersebut


mempunyai pelbagai guna tanah berbeza yang dapat menunjukkan perbezaan suhu
antara kawasan. Suhu yang berbeza antara kawasan guna tanah akan mempengaruhi
sistem atmosfera, biosfera, litosfera dan hidrosfera. Misalnya, suhu penting dalam
aktiviti pertanian. Tanaman seperti strawberi dan teh memerlukan suhu yang rendah
berbanding tanaman getah dan kelapa sawit yang memerlukan suhu yang tinggi bagi
proses pertumbuhan.

Menurut Carvalho (2006), aktiviti guna tanah adalah satu istilah yang dirujuk
kepada satu proses yang berhubung dengan tindakan manusia dalam mengolah dan
menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia. guna tanah
boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan,
bandar, institusi dan sebagainya. Di sebalik pelbagai perubahan guna tanah yang
berlaku dalam sesebuah kawasan, banyak kesan negatif yang timbul khususnya
terhadap alam sekitar fizikal. Keadaan akan menjadi lebih serius khususnya di
kawasan bandar yang pesat apabila berlakunya pulau haba sehingga berlakunya
peningkatan terhadap suhu. Guna tanah bandar akan mengakibatkan landskap bentuk
muka bumi berubah. Permukaan tanah akan ditutupi dengan simen yang akan
menyerap haba dan menghasilkan haba pendam. Haba pendam tersebut akan
dipendam pada waktu siang dan dibebaskan pada waktu malam, pembebasan haba
pada waktu malam akan menyebabkan suhu di bandar meningkat.

1
020907130216

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa objektif kajian
yang digunakan dalam menjadi panduan kepada kajian yang dibuat. Antara objektif
kajian tersebut ialah :

2.1 Menganalisis pola perbezaan suhu mengikut stesen cerapan berdasarkan guna
tanah yang berbeza di daerah Daro, Sarawak.
2.2 Menjelaskan pengaruh guna tanah terhadap perbezaan suhu di daerah Daro,
Sarawak.
2.3 Mencadangkan langkah untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di
daerah Daro, Sarawak.

2
020907130216

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Daerah Daro meliputi pusat perniagaan, perkhidmatan, pertanian dan


petempatan bagi penduduk sekitarnya. Pekan Daro menjadi tumpuan penduduk di
sekitarnya dan penduduk daripada daerah Matu. Penduduk di daerah Daro berjumlah
sekitar 25 000 orang yang majoritinya terdiri daripada kaum Melanau dan terdapat
juga segelintir penduduk yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan Iban. Hal ini
menyebabkan petempatan dan perniagaan berkembang pesat di daerah Daro. Kawasan
kajian pengkaji adalah di daerah Daro yang mempunyai pelbagai jenis guna tanah
yang mempengaruhi suhu sesuatu kawasan.

3.1 Ciri Fizikal Kawasan Kajian

Ciri fizikal yang terdapat di lokasi kajian ialah tanah pamah. Daro, Sarawak
terletak di kawasan bentuk muka bumi tanah pamah. Tanah pamah merupakan
kawasan yang rata, adakalanya beralun. Tanah tersebut sesuai untuk dijadikan tapak
pertanian, perniagaan dan petempatan kerana sesuai dengan cirinya. Keadaan tanah
pamah ini menyebabkan pelbagai guna tanah dijalankan. Di daerah Daro, tanah
pamah membolehkan pelbagai aktiviti pembinaan dilakukan. Contohnya, terdapat
Masjid Daro, Balai Bomba, Balai Polis, Bangunan Perniagaan, Sekolah Kebangsaan
Campuran Daro, perumahan dan lain-lain dapat dibina. Tamah pamah juga
memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan seperti Jalan Matu – Daro dan Jalan
Itol di daerah Daro.

Gambar 1 : Tanah Pamah

3
020907130216

Seterusnya, terdapat juga ciri fizikal sungai di kawasan lokasi kajian yang
dinamakan sebagai Sungai Daro yang mempunyai air keruh iaitu bewarna coklat
gelap. Sungai ini digunakan oleh penduduk Kampung Baru untuk menjalankan
aktiviti harian seperti aktiviti perikanan dan pengangkutan. Buktinya kemudahan bot
ekspres disediakan bagi membawa penumpang ke destinasi melalui pengangkutan
sungai. Sungai Daro merupakan salah satu cabang kecil Sungai Rajang yang
membolehkan penduduk daerah Daro pergi ke Pulau Bruit atau Bandar Sibu dengan
menggunakan pengangkutan air. Dianggarkan Sungai Daro berukuran sepanjang
25.36 kilometer dari hulu ke hilir sungai. Di sepanjang tebing sungai ini, terdapat
pokok-pokok bakau yang berfungsi sebagai pencengkam tanah di bahagian tebing
sungai tersebut. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya hakisan yang boleh
menyebabkan kelebaran sungai meluas dan kedalaman sungai menjadi cetek.

Gambar 2 : Sungai Daro

4
020907130216

Selain itu, terdapat ciri fizikal hutan di kawasan kajian. Menurut Kamus
Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2015), hutan didefinisikan sebagai
kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar yang terbiar. Antara jenis hutan yang
terdapat di lokasi kajian ialah hutan paya bakau, hutan liar dan kawasan hutan
pertanian. Hutan ini berfungi sebagai habitat flora dan fauna seperti pokok paya,
buluh, orkid bagi tumbuhan manakala haiwan pula monyet, tupai dan lain-lain.
Malah, hutan Kampung Baru ini menjadi kawasan sumber kayu bagi penduduk
sekitarnya bagi mendapatkan buluh, pokok palas yang sangat diperlukan ketika
perayaan. Hutan yang terdapat di daerah Daro masih meluas dan tebal kerana belum
diterokai oleh pihak tertentu. Peratusan kawasan hutan di daerah Daro ini tinggi
berbanding kawasan hutan yang telah ditebang untuk kegunaan kawasan petempatan
dan perniagaan.

Gambar 3 : Hutan Di Kampung Baru Daro

5
020907130216

3.2 Ciri Budaya Kawasan Kajian

Ciri budaya yang terdapat di daerah Daro iaitu bangunan perniagaan.


Bangunan perniagaan merupakan tempat untuk para peniaga menjalankan urusniaga
bagi menjana pendapatan dan menyediakan kemudahan barangan yang diperlukan
penduduk daerah Matu dan Daro. Antara bangunan perniagaan yang terdapat di
sekitar kawasan kajian ialah Pasar Mini Keluarga Daro, Daro Fresh Mart, Long Heng
Mini Market, Indai Discount Store dan sebagainya. Pembangunan kawasan Daro
semakin giat oleh sebab peningkatan bangunan perniagaan yang dapat memenuhi
keperluan penduduk sekitar.

Gambar 4 : Bangunan Perniagaan Di Pekan Daro

Selain itu, terdapat juga ciri budaya lain yang terdapat di daerah Daro iaitu
Balai Bomba. Balai Bomba Daro telah memberi keyakinan kepada penduduk tentang
keselamatan. Misalnya, apabila berlakunya kebakaran Bomba dan Penyelamat dapat
segera memberi bantuan kepada mangsa. Lokasi balai bomba yang strategik dapat
menjimatkan masa pihak bomba untuk menuju ke lokasi kemalangan yang terdapat di
daerah Matu dan Daro. Penduduk Daro sudah lama menantikan kemudahan ini dan
sangat diperlukan kerana balai bomba sedia ada terletak di Mukah dan Tanjung
Manis, yang jaraknya kira-kira 100 kilometer dari Daro sebelum Balai Bomba Daro
ditubuhkan.

6
020907130216

Gambar 5 : Balai Bomba

Di samping itu, ciri budaya yang turut ada di daerah Daro ialah sekolah.
Terdapat dua buah sekolah di sekitar kawasan kajian. Menurut Kamus Dewan Bahasa
Dan Pustaka Edisi Keempat (2015), sekolah didefinisikan sebagai tempat untuk
belajar dan mengajar atau tempat menerima dan memberi pelajaran. Dengan kata lain,
sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan
pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Sekolah yang
terdapat di sekitar kawasan kajian ialah Sekolah Kebangsaan Campuran, Daro dan
Tadika Kie Ming yang kedua-duanya terletak bersebelahan. Manakala terdapat juga
Tadika Kemas Kampung Panchor dan Tadika SeDidik Mutiara Daro. SK Campuran
Daro menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya seperti penduduk dari Kampung
Panchor, Kampung Baru dan Kampung Masjid.

7
020907130216

Gambar 6 : Sekolah Kebangsaan Campuran, Daro

Seterusnya, ciri budaya yang paling signifikan di kawasan kajian iaitu jalan
raya. Jalan raya merupakan jalan besar yang menghubungkan satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Jalan raya ini sering digunakan oleh penduduk untuk menuju ke
destinasi yang diinginkan. Jalan utama yang terdapat di daerah Daro ialah Jalan Itol
dan Jalan Matu-Daro. Perhubungan ini telah meningkatkan darjah ketersampaian
penduduk untuk pergi dan pulang dari bekerja mahupun untuk pergi ke pekan Daro.
Pembangunan yang semakin giat di daerah Daro membolehkan jaringan
pengangkutan dipertingkatkan.

Gambar 7 : Jalan Raya

8
020907130216

Tambahan lagi, terdapat juga masjid yang merupakan ciri budaya di daerah
Daro. Di sekitar kawasan kajian, terdapat beberapa buah masjid yang merupakan
kediaman untuk penganut agama Islam menjalankan ibadah harian. Dengan kata lain,
masjid merujuk kepada bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat
dan ibad-ibadah lain. Masjid yang terdapat di kawasan kajian ialah Masjid Daro yang
baharu sahaja siap dibina dan dirasmikan, Masjid Tunku Abdul Rahman Daerah Daro,
Surau Darul Ihsan Kampung Panchor Daro dan Surau Darul Taqwa Kampung Baru
Daro. Bukan itu sahaja, di daerah Daro terdapat juga Tokong Buddha yang
merupakan tempat penganut Buddha melakukan ibadah.

Gambar 8 : Masjid Daro

9
020907130216

3.3 Peta Daerah

PETA DAERAH DARO, SARAWAK

Peta 1 : Peta Daerah Daro, Sarawak

10
020907130216

3.4 Peta Lokasi Kajian

PETA LOKASI KAWASAN DAERAH DARO, SARAWAK

Peta 2 : Peta Lokasi Kajian Daerah Daro, Sarawak

11
020907130216

4.0 KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah bagi menjalankan kajian seperti


pemerhatian, pengukuran, rujukan perpustakaan dan rujukan internet. Kaedah ini
digunakan bagi membantu pengkaji menjayakan kajian ini.

4.1 Pemerhatian

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dalam menjalankan kajian bagi


memerhati ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian iaitu di daerah
Daro, Sarawak. Pengkaji bersama ahli kumpulan pergi ke lokasi kajian untuk
memerhati ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian. Ciri fizikal yang terdapat di
kawasan kajian ialah hutan, sungai, pokok kelapa sawit dan tanah pamah. Manakala
ciri budaya yang dikenal pasti semasa meninjau kawasan kajian pula ialah sekolah,
balai bomba, jalan raya, masjid, bangunan perniagaan dan sebagainya.

4.2 Pengukuran

Pengkaji menggunakan teknik pengukuran dalam mandapatkan maklumat


berkenaan dengan suhu yang dikaji di stesen yang telah ditetapkan. Dalam kaedah ini,
pengkaji menggunakan alat pengukur suhu dan alat pengukur bagi mengukur jarak
antara satu stesen ke stesen yang lain. Alat pengukur suhu yang digunakan oleh
pengkaji ialah Digital Thermometer Humidity Meter untuk mendapatkan suhu di
setiap stesen. Selain itu, pengkaji menggunakan Open Reel Measuring Tape bagi
mengira jarak satu stesen ke stesen yang lain. Pengkaji mengikuti beberapa langkah
dalam menjalankan kajian iaitu pergi ke 5 stesen cerapan, mengukur, membaca suhu
dan mencatat. Kaedah pengukuran ini dilakukan oleh pengkaji bagi meningkatkan
kemahiran dalam menggunakan alat tertentu.

12
020907130216

Gambar 9 : Digital Thermometer Humidity Meter

Gambar 10 : Open Reel Measuring Tape

13
020907130216

4.3 Rujukan Perpustakaan

Pengkaji menggunakan bahan bertulis yang diterbitkan seperti Kamus Dewan


Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat untuk mendapatkan beberapa definisi perkataan
yang digunakan dalam penulisan. Selain itu, pengkaji turut menggunakan Buku Teks
Geografi STPM Penggal 2 Ace Ahead Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat
berkaitan langkah untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu. Kaedah ini
membantu pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk
menyelesaikan kajian.

4.4 Rujukan Internet

Pengkaji turut menggunakan rujukan internet dalam menjalankan kajian ini.


Pengkaji telah menggunakan laman sesawang Google Maps untuk mendapatkan
gambaran peta daerah Daro, Sarawak. Penggunaan Google Maps ini telah
memudahkan pengkaji untuk mengenal pasti stesen kajian yang digunakan dari aspek
guna tanah. Terdapat juga laman sesawang sahih yang turut digunakan oleh pengkaji
bagi membantu dalam menjalankan kajian.

14
020907130216

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pola Perbezaan Suhu Mengikut Stesen Cerapan Berdasarkan Guna Tanah
Yang Berbeza.

5.1.1 Lokasi Stesen Cerapan

PETA LETAKAN STESEN GUNA TANAH DI DAERAH DARO, SARAWAK

Peta 3 : Peta Letakan Stesen Guna Tanah Di Daerah Daro, Sarawak

15
020907130216

5.1.2 Teknik Pengukuran

Stesen Jarak (Meter)


Stesen 1 (Hutan) 0
Stesen 2 (Sungai) 100
Stesen 3 (Pusat Bandar) 150
Stesen 4 (Petempatan) 980
Stesen 5 (Pertanian) 280
Jadual 1 : Jarak Antara Stesen Di Daerah Daro, Sarawak

Langkah 1 : Pengkaji bersama ahli kumpulan pergi ke stesen cerapan yang telah
ditetapkan bagi mendapatkan cerapan suhu daripada pelbagai jenis guna tanah
berbeza. Terdapat 5 lokasi cerapan stesen yang digunakan oleh pengkaji bagi
mendapatkan suhu yang berbeza mengikut jenis guna tanah di setiap stesesn.

Gambar 11 : Stesen 1 (Hutan)

16
020907130216

Gambar 12 : Stesen 2 (Sungai)

Gambar 13 : Stesen 3 (Pusat Bandar)

17
020907130216

Gambar 14 : Stesen 4 (Petempatan)

Gambar 15 : Stesen 5 (Pertanian)

18
020907130216

Langkah 2 : Pengkaji bersama ahli kumpulan mengukut jarak antara suhu antara
stesen menggunakan pita pengukur. Jarak dari stesen 1 ke stesen 2 ialah 0.1 KM,
stesen 2 ke stesen 3 pula sepanjang 0.15 KM, stesen 3 ke stesen 4 pula berjarak 0.98
KM dan jarak antara stesen 4 hingga stesen 5 ialah 0.28 KM. Jarak antara stesen ini
membolehkan pengkaji mendapat suhu yang berbeza antara stesen berdasarkan jenis
guna tanah yang berlainan.

Gambar 16 : Mengukur Jarak Antara Stesen Cerapan

19
020907130216

Langkah 3 : Pengkaji menggunakan termometer suhu digital bagi mendapatkan


bacaan cerapan suhu di setiap stesen. Alat cerapan suhu yang digunakan adalah untuk
mendapatkan suhu dan kelembapan di setiap stesen.

Gambar 17 : Menggunakan Termometer Untuk Mencerap Suhu

20
020907130216

Langkah 4 : Pengkaji membaca dan mencatat bacaan suhu di setiap stesen cerapan.
Bacaan suhu yang dicatat akan dijadualkan dan dianalisis bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Jadual suhu cerapan yang telah siap dihasilkan akan ditafsirkan
melalui graf garis.

Gambar 18 : Membaca Dan Mencatat Bacaan Suhu

5.1.3 Hasil Pengukuran Suhu Mengikut Stesen Dan Guna Tanah Dalam Bentuk
Jadual

Jadual Data Suhu Mengikut Stesen Jenis Guna Tanah Di Daerah Daro, Sarawak

Stesen Cerapan Suhu (℃) Kelembapan (%)


Stesen 1 (Hutan) 32.4 61
Stesen 2 (Sungai) 32.7 55
Stesen 3 (Pusat Bandar) 33.6 50
Stesen 4 (Petempatan) 32.9 55
Stesen 5 (Pertanian) 32.6 56
Jadual 2 : Data Suhu Mengikut Stesen Jenis Guna Tanah Di Daerah Daro, Sarawak

21
020907130216

5.1.4 Graf Data Cerapan Suhu Mengikut Stesen Guna Tanah

Graf 1 : Bacaan Data Suhu Cerapan Setiap Stesen Berdasarkan Jenis Guna Tanah Di
Daerah Daro, Sarawak

22
020907130216

5.1.5 Perbezaan Suhu Antara Stesen

Berdasarkan graf 1, stesen 3 yang merupakan pusat bandar di daerah Daro


menunjukkan pola suhu tertinggi iaitu 33.6℃ berbanding suhu di stesen lain.
Seterusnya suhu kedua tertinggi ialah di stesen 4 yang merupakan petempatan
mencatatkan suhu 32.9℃ iaitu penurunan sebanyak 0.7℃ berbanding suhu di stesen
3. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan cerapan suhu di stesen 4 mempunyai
tanaman hijau yang dapat mengurangkan suhu persekitaran dan perumahan yang
dibina mempunyai jarak yang besar bagi membenarkan udara panas dipindahkan ke
kawasan lain. Selain itu, suhu di stesen 2 juga rendah berbanding suhu di stesen 3
iaitu 32.7℃ yang mempunyai perbezaan sebanyak 0.9℃. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, penurunan suhu di stesen 2 terjadi disebabkan terdapatnya badan air yang
mempengaruhi suhu kawasan tersebut. Badan air tersebut akan membebaskan wap air
melalui proses sejatan yang akan meningkatkan kelembapan sekitar kawasan tersebut
justeru menurunkan suhu cerapan. Suhu paling rendah yang dapat dilihat berdasarkan
graf ialah suhu di stesen 1 iaitu kawasan hutan yang mencatatkan suhu 32.4℃ yang
menunjukkan perbezaan suhu sebanyak 1.2℃ berbanding suhu di stesen 3.

5.2 Pengaruh Guna Tanah Terhadap Perbezaan Suhu Di Daerah Daro, Sarawak

Pengaruh guna tanah yang memberi kesan terhadap perbezaan suhu di daerah
Daro, Sarawak ialah pengaruh guna tanah untuk kegunaan pembandaran yang
mencatat suhu tertinggi iaitu 33.6℃. Terdapat beberapa blok deretan bangunan
perniagaan yang mempengaruhi suhu di kawasan tersebut. Pembandaran yang pesat di
pekan Daro menyebabkan susunan struktur bangunan perniagaan berada pada susunan
yang tinggi dan rapat. Bangunan tinggi akan menghalang pergerakan angin secara
mendatar. Kesannya bahangan yang terdapat di kawasan tersebut tidak dapat
dipindahkan dari pusat bandar ke kawasan pinggir bandar. Bahangan akan kekal di
kawasan bandar dan keadaan ini menjadikan kawasan bandar lebih panas berbanding
kawasan jenis guna tanah yang lain. Malah, kehadiran aktiviti pembinaan di Pekan
Daro menyebabkan hutan terpaksa ditebang untuk membina bangunan perniagaan
baharu. Aktiviti pembinaan yang dijalankan akan menyumbang kepada kewujudan
habuk hasil pembinaan dan diterbangkan dalam udara. Hal ini akan menyebabkan
suhu kawasan Peka Daro akan terus meningkat kerana habuk aktiviti pembinaan
tersebut akan memerangkap haba untuk dibebas semula ke atmosfera sehingga

23
020907130216

menyebabkan terdapatnya udara kering dengan peratusan kelembapan yang rendah


iaitu 50%.

Gambar 19 : Pembandaran

Seterusnya, pengaruh guna tanah kawasan hutan turut mempengaruhi


perbezaan suhu di daerah Daro, Sarawak. Berdasarkan kajian, guna tanah bagi
kawasan hutan telah mencatatkan suhu sebanyak 32.4℃. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji juga, kawasan hutan di Kampung Baru tersebut mempunyai banyak pokok-
pokok yang tinggi sehingga mampu menghalang haba matahari untuk sampai ke
permukaan tanah. Kehadiran kanopi pokok ini menyebabkan kawasan perhutanan
mempunyai suhu yang rendah berbanding di kawasan lapang. Di samping itu, proses
sejat-peluhan turut menyumbang kepada penurunan suhu di kawasan guna tanah
hutan. Hal ini kerana semasa proses sejat-peluhan berlaku, wap air daripada tumbuhan
akan dibebaskan ke udara. Keadaan ini akan menjadikan kelembapan udara di
kawasan tersebut tinggi justeru menyababkan suhu di kawasan hutan rendah
berbanding di kawasan yang tiada tumbuhan dan terdedah langsung terhadap haba
matahari. Keadaan ini jelas dilihat apabila kawasan tersebut menunjukkan peratusan
kelembapan yang tinggi iaitu 61%.

24
020907130216

Gambar 20 : Hutan

Selain itu, pengaruh guna tanah yang memberi kesan terhadap perbezaan suhu
di daerah Daro, Sarawak ialah badan air. Kehadiran badan air di Kampung Baru Daro
menjadikan suhu persekitaran kawasan tersebut menjadi rendah. Ini dapat dibuktikan
melalui hasil suhu yang diperoleh pengkaji semasa menjalankan kajian iaitu 32.7℃.
Hal ini berlaku akibat daripada proses sejatan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji,
sungai yang terdapat di Kampung Baru tersebut mempunyai kelebaran yang besar.
Hal ini menyebabkan sungai Daro itu dapat menampung jumlah air yang banyak.
Haba matahari yang memanaskan badan air akan menyebabkan proses sejatan
berlaku. Proses sejatan yang terjadi akan membebaskan wap air ke udara. Wap air
yang dibebaskan ke udara akan menyebabkan peratusan kelembapan udara di sekitar
kawasan tersebut meningkat iaitu sebanyak 50%. Peningkatkan kelembapan udara
hasil proses sejatan yang membebaskan wap air akan menurunkan suhu di kawasan
sungai berbanding dengan kawasan yang kurang badan air seperti pusat bandar.

25
020907130216

Gambar 21 : Sungai

Tambahan lagi, pengaruh guna tanah petempatan turut mempengaruhi


perbezaan suhu di daerah Daro. Hal ini dikatakan demikian kerana bumbung untuk
kawasan petempatan kebanyakkannya berwarna cerah. Keadaan ini akan mewujudkan
proses pantulan atau albedo yang akan menjadikan kawasan tersebut bersuhu rendah.
Bumbung-bumbung yang berwarna cerah seperti warna oren dan biru muda
mempunyai nilai albedo yang tinggi. Bahan-bahan berwarna cerah ini akan
membalikkan semula sebahagian besar bahang matahari ke ruang angkasa. Kesannya
kawasan petempatan Kampung Panchor Daro mempunyai suhu persekitaran yang
rendah iaitu 32.9℃ berbanding dengan kawasan guna tanah perhubungan seperti
jalan raya yang mempunyai nilai albedo yang rendah kerana jalan raya mempunyai
warna gelap yang cenderung untuk menyerap, menyimpan dan membebaskan semula
bahang pada waktu malam. Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, terdapat kawasan
hijau yang ditumbuhi dengan tumbuhan yang mempunyai daun yang lebar dan besar
di kawasan petempatan Kampung Panchor bagi menyerderhanakan suhu di kawasan
kampung tersebut.

26
020907130216

Gambar 22 : Petempatan

5.3 Cadangan Untuk Mengelakkan Berlakunya Peningkatan Suhu Di Daerah


Daro, Sarawak

Antara cadangan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di daerah


Daro, Sarawak ialah menjalankan program bandar hijau. Pekan Daro mestilah
ditanam dengan tumbuhan di bawah program menghijaukan bandar yang dijalankan
oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Tumbuhan terutamanya
tumbuhan yang berdaun lebar memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan
peningkatan suhu di kawasan pusat bandar. Proses fotosintesis tumbuhan dapat
mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida di udara. Apabila gas karbon dioksida
dapat dikurangkan melalui proses fotosintesis maka lebih banyak bahang dapat
dibalikkan oleh bumi ke ruang angkasa kerana tiada lapisan rumah hijau yang
menghalang pembalikkan bahangan ke ruang angkasa. Tumbuhan turut mengeluarkan
manik-manik air semasa proses transpirasi. Wap air tersebut dapat mengurangkan
suhu persekitaran pusat bandar di daerah Daro, Sarawak.

Di samping itu, cadangan lain untuk mengelakkan berlakunya peningkatan


suhu di daerah Daro, Sarawak ialah mengurangkan pembinaan bangunan tinggi. Pihak
kerajaan haruslah meningkatkan kesedaran rakyat untuk membina struktur bangunan
rendah Bangunan-bangunan tinggi yang dibina di kawasan pusat bandar dapat
menghalang pergerakan angin secara mendatar. Pergerakan angin secara mendatar

27
020907130216

dapat membantu mengurangkan suhu persekitaran yang tinggi di pusat bandar iaitu di
Pekan Daro. Angin mendatar dapat memindahkan bahang dari kawasan Pekan Daro
ke kawasan pinggir bandar. Apabila bahang berkurangan maka suhu persekitaran
pusat bandar akan berkurangan. Oleh itu, dalam perancangan bandar, bangunan perlu
dibina rendah bagi menggalakkan pergerakan angin secara mendatar tersebut.

Selain itu, cadangan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di


daerah Daro, Sarawak ialah pengurangan aktiviti pembakaran terbuka. Jabatan Alam
Sekitar hendaklah memberi keterangan yang lebih lanjut berkenaan kesan
pembakaran terbuka terhadap alam sekitar kepada penduduk. Pembakaran terbuka
seperti pembakaran sampah sarap dan sisa pertanian hendaklah dikurangkan.
Kesannya, kepekatan gas pencemar udara seperti gas karbon dioksida dan karbon
monoksida hasil kegiatan pembakaran secara terbuka tersebut dapat dikurangkan
sekaligus mengurangkan masalah jerebu. Keadaannya ini jelas dapat mengelakkan
daripada peningkatan suhu berlaku. Masyarakat daerah Daro harus mengamalkan
kegiatan tebang dan reput apabila ingin mewujudkan kawasan pertanian daripada
melakukan aktiviti pembakaran hutan yang akan menjadikan suhu kawasan daerah
Daro meningkat.

Seterusnya, cadangan lain untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di


daerah Daro, Sarawak ialah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Jabatan
Alam Sekitar hendaklah melaksanakan hukuman dan denda terhadap individu atau
syarikat yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di daerah Daro berdasarkan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Contohnya menebang hutan secara haram dan
melakukan pembakaran terbuka yang meluas. Pelaku yang dikenal pasti bersalah atas
kesalahan yang dilakukan perlu dikenakan hukuman yang setimpal bagi mengelakkan
orang ramai melalukan kesalahan yang sama. Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam
Sekitar yang dilantik di daerah Daro perlu meningkatkan pemantauan bagi
mengurangkan masalah yang menyumbang kepada peningkatan suhu berlaku.

Tambahan pula, cadangan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya


peningkatan suhu di daerah Daro, Sarawak ialah mengamalkan perkongsian kereta.
Pihak kerajaan haruslah menggalakkan rakyat untuk mengamalkan perkongsian kereta
apabila ingin menuju ke satu destinasi ke destinasi yang lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana perkongsian kereta dapat mengurang jumlah pembebasan gas karbon

28
020907130216

dioksida ke atmosfera. Jumlah kereta yang sedikit hasil perkongsian kereta dapat
mengelakkan berlaku kesan rumah hijau yang membentuk satu lapisan penghalang
yang menghalang haba bumi untuk kembali ke angkasa. Inisiatif perkongsian kereta
ini akan mengurangkan gas karbon dioksida di atmosfera dan mengelakkan daripada
berlakunya perningkatan suhu di daerah Daro, Sarawak.

29
020907130216

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah berjaya mencapai objektif


kajian iaitu mengkaji pola perbezaan suhu mengikut stesen cerapan berdasarkan guna
tanah yang berbeza di daerah Daro, Sarawak. Hasil objektif tersebut menunjukkan
bahawa suhu yang dicatat pada setiap stesen mempunyai pola suhu meningkat dan
menurun berdasarkan graf yang telah dihasilkan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji
turut berjaya menjelaskan pengaruh guna tanah terhadap perbezaan suhu di daerah
Daro, Sarawak iaitu guna tanah untuk kegunaan pusat bandar amat mempengaruhi
suhu persekitaran kawasan tersebut dan menunjukkan cerapan suhu yang tinggi
berbanding di kawasan guna tanah bagi kawasan perhutanan. Seterusnya, pengkaji
dapat mengenal pasti cadangan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan suhu di
daerah Daro, Sarawak seperti menjalankan program, mengurangkan pembinaan
bangunan tinggi, pengurangan aktiviti pembakaran terbuka, meningkatkan
penguatkuasaan undang-undang dan mengamalkan perkongsian kereta.

Peningkatan suhu yang berterusan di daerah Daro, Sarawak akan


mempengaruhi kehidupan alam sekitar fizikal di kawasan tersebut. Misalnya di pusat
bandar yang mengalami peningkatan suhu yang signifikan berbanding kawasan lain
akan mengakibatkan penduduk berasa tidak selesa kerana sentiasa berpeluh dan panas
sehingga menyebabkan mereka berasa rimas. Peningkatan suhu ini haruslah dielakkan
atau dikurangkan bagi memastikan penduduk berasa selesa dalam menjalankan
aktiviti harian di pusat bandar. Malah penduduk kawasan daerah Daro juga perlu
bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan jika menjalankan aktiviti
pembersihan kawasan pertanian dengan kaedah membakar kawasan tersebut.
Perkongsian kereta juga hendaklah sentiasa dipraktikkan oleh panduduk daerah Daro
bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang disumbang oleh asap
kenderaan. Keadaan ini dapat mengurangkan suhu di daerah Daro kerana tiadanya
gas-gas rumah hijau yang akan membentuk satu lapisan penebat di ruang atmosfera
bumi.

Kesimpulannya, kawasan padat dan kurang tumbuhan hijau akan


menyebabkan sesuatu kawasan tersebut mempunyai suhu tinggi yang akan
mempengaruhi alam sekitar fizikal di sekitarnya. Penduduk daerah Daro haruslah
mengamalkan nilai cintakan persekitaran dengan menanam tanaman pokok di sekitar

30
020907130216

kawasan rumah dan menggunakan bahan api yang mesra alam bagi
menyerderhanakan suhu persekitaran.

7.0 SENARAI RUJUKAN

Google Maps. Daro, Sarawak. Dicapai pada 10 November 2021, dari


https://www.google.com/maps/place/Daro,+Sarawak/@2.5162747,111.42947
23,1105m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!
1s0x31f74074313d72e9:0x59882dc4d0092839!8m2!3d2.527996!
4d111.417057

Hairy Ibrahim, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Mohd Hafiz Omar Baki dan
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. 2010. Hubungkaitan Jenis Guna Tanah
terhadap Suhu di Tanjong Malim, Perak. Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Hajah Noresah bt. Baharom. 2015. Edisi Keempat. Kamus Dewan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Matu dan Daro. 2020. Dicapai pada 17 November
2021, dari https://matu-darodc.sarawak.gov.my/#

Mohamad Zhahir Shaari, Harun Othman, Zolkarnain Hasan, Prof. Dr. Mohd Ekhwan
Hj. Toriman. 2019. Ace Ahead Teks STPM Geografi Penggal 2, Edisi
Keempat, Oxford Fajar: Shah Alam, Selangor

“Suhu global dijangka naik 2.7 darjah Celcius – PBB” dlm. Berita Harian Online, 18
September 2021

31
020907130216

8.0 LAMPIRAN

Gambar 23 : Pembebasan Gas Kesan Rumah Hijau Daripada Kenderaan

Gambar 24 : Tanaman Hijau Bagi Menyederhanakan Suhu Persekitaran Perumahan

32
020907130216

Gambar 25 : Pokok Yang Berfungsi Membebaskan Wap Air Musnah Akibat


Pembakaran Terbuka

Gambar 26 : Program Bandar Hijau Melalui Pembinaan Taman Permainan

33
020907130216

Gambar 27 : Pembinaan Struktur Bangunan Rendah

34

You might also like