Pengenalan - Lampiran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 45

020907130216

1.0 PENGENALAN

Usahawan yang dikaji ialah Encik Ahmad Shah Bin Aminsin berasal daripada Sibu,
Sarawak. Beliau seorang usahawan yang telah menubuhkan sebuah syarikat
kontraktor iaitu Ahza General Work. Ahza General Work merupakan sebuah syarikat
yang menjalankan perkhidmatan kontraktor yang merangkumi bidang pembinaan
bangunan, kejuruteraan awam dan mekanikal dan elektrikal (rujuk Lampiran 1).
Syarikat ini sememangnya sudah terkenal di daerah Sibu, Sarawak. Syarikat ini
merupakan syarikat bumiputera Malaysia yang sedang berkembang dengan pesat.
Syarikat ini juga mencatatkan kejayaan tersendiri apabila menerima permintaan yang
tinggi daripada pelanggan.

Ahza General Work telah ditubuhkan sejak tahun 17 Mac 2014 dan diuruskan
oleh Encik Ahmad Shah yang baru menceburi minat dalam perkhidmatan kontraktor
dalam usia mudanya. Walaupun beliau pernah mengalami masalah kesihatan semasa
menguruskan perniagaan, ianya bukan penghalang bagi dirinya untuk berjaya. Kini,
beliau dapat meneruskan perniagaannya memandangkan kesihatan beliau semakin
baik. Syarikat tersebut telah berdaftar di No. 10 (1st Floor), Room No. 2, Brooke
Drive 1, 96000 Sibu, Sarawak (rujuk Lampiran 2).

Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Unit Pendaftaran Kontraktor Dan


Juruperunding, turut mendaftar dengan CIDB Malaysia dan mendaftar di bawah
Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64) (rujuk Lampiran 1). Selain itu, Ahza
General Work telah menerima pengiktirafan status bumiputera. Pengiktirafan ini
bertujuan untuk meningkatkan usaha dan keyakinan Kontraktor Bumiputera untuk
memainkan peranan penting dan aktif dalam urusniaga syarikat seperti pengurusan
dan pengendalian projek dan kewangan syarikat (rujuk Lampiran 1).

Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menganalisis ciri-ciri usahawan,


mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan pernigaan, menghuraikan
peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi dan
membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi
perniagaan. Kajian ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada keperluan kerja
kursus. Temu bual dilaksanakan terhadap Encik Ahmad Shah untuk mengetahui ciri
dan peranan yang dimainkan oleh beliau dalam menguruskan perniagaannya serta
cabaran yang dihadapi oleh usahawan (rujuk Lampiran 3).

1
020907130216

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama mengenai seorang
usahawan tempatan dalam menjadi panduan kepada kajian yang dibuat. Antara
objektif kajian tersebut ialah:

2.1 menganalisis ciri-ciri usahawan


2.1.1 sifat-sifat peribadi usahawan berjaya
2.1.2 tabii orang yang berjaya
2.2 mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan syarikat Ahza
General Work
2.2.1 kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan
2.2.2 pembiayaan yang diterima bagi memulakan perniagaan
2.2.3 kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan
2.3 menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan
dalam organisasi Ahza General Work
2.4 membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang
mempengaruhi Ahza General Work

2
020907130216

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat Ahza General work merupakan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2014
dan dimiliki oleh seorang usahawan berjaya iaitu Ahmad Shah Bin Aminsin yang
merupakan pengasas perkhidmatan kontraktor. Syarikat ini mengutamakan
perkhidmatan berasaskan pembinaan dan pengubahsuaian merangkumi rumah
kediaman, pejabat dan lain-lain. Sebagai usahawan dalam sesebuah syarikat, beliau
banyak menyumbang idea dalam menjalankan perniagaan bagi memastikan pelanggan
berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat beliau.

Keusahawanan di istilahkan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru


dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga yang
diperlukan, menanggung risiko kewangan, sosial dan memperolehi ganjaran daripada
usaha-usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri serta kebebasan
(Hisrich dan Peter, 1998). Konteks ini menunjukkan bahawa keusahawanan
digunakan untuk menentukan perniagaan yang dilakukan oleh seorang individu dan
dijalankan dengan cara dan usaha sendiri. Keusahawanan juga merujuk kepada ciri-
ciri yang dimiliki seseorang usahawan dalam menjana idea baru untuk perniagaan.
Dengan kata lain, keusahawanan merupakan satu proses merebut peluang perniagaan
dalam situasi berisiko yang melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan
pengenalan pendekatann baharu.

Selain itu, usahawan pula adalah individu yang memikul tanggungjawab untuk
mengorganisasi, mengurus dan bersedia mengambil risiko (Kuratko dan Hodgettes,
1995). Hal ini dikatakan demikian kerana usahawan merupakan seseorang yang
memulakan sesuatu perniagaan atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang
baharu dalam perniagaan. Usahawan harus memiliki ciri kreatif dan inovatif bagi
menghasilkan sesuatu yang baru supaya dapat bersaing secara sihat dengan pesaing.
Malah, usahawan turut didefinisikan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan sehingga berjaya mencapai matlamat keuntungan disamping
mengamalkan amalan strategik untuk terus berjaya (Rosli Mahmood et al, 2010).

Di samping itu, dalam teori keusahawanan usahawan ialah seseorang yang


memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahawanan bagi pendekatan ekonomi
(Joseph Schumpeter, 1934). Model yang dibawa oleh Schumpeter melihat inovasi
sebagai teras kepada kegiatan keusahawanan apabila inovasi ini dilaksanakan oleh

3
020907130216

individu bergelar usahawan. Beliau turut menerangkan bahawa kegiatan


keusahawanan merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada satu
bentuk pembaharuan termasuklah kepada proses teknologi baharu atau produk baharu.

Dalam usaha mengembangkan perniagaan, individu yang bergelar usahawan


hendaklah memiliki sifat-sifat peribadi yang berbeza dengan individu lain. Orang-
orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai ciri-ciri yang unik dan
hampir sama antara satu sama lain (McGrath, 1992). Sekiranya seseorang itu
berhasrat untuk menjadi usahawan yang berjaya, diahendaklah mengubah sifat-
sifatnya supaya menjadi hampir serupa dengan usahawan yang telah berjaya. Antara
sifat-sifat yang harus dimiliki oleh usahawan ialah mempunyai inisiatif yang tinggi,
berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, sanggup berkorban, sentiasa mencari dan
merebut peluang perniagaan, mempunyai keyakinan diri, berorientasikan masa
hadapan, sanggup bekerja kuat, bertanggungjawab, kepimpinan, mempunyai
wawasan, berkeinginan untuk pencapaian dan lokus kawalan dalaman.

Seterusnya, tabii bermaksud perangai dan tabiat seseorang untuk mencapai


kejayaan (Abu Bakar Hamed, 2005). Terdapat tujuh tabii orang berjaya yang telah
dikemukakan oleh Stephen Covey. Antara tujuh tabii orang berjaya tersebut ialah
bersikap proaktif, lakukan perkara yang utama dahulu, berfikiran “menang-menang”,
cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami, bersinergi, tajamkan
gergaji dan berorientasikan matlamat. Hal ini menunjukkan bahawa pengamalan tabii
orang berjaya dapat melahirkan usahawan yang mampu bersaing bagi mencapai
kejayaan perniagaan.

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau
perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.
Secara umumnya, usahawan boleh menggunakan empat kaedah untuk memulakan
perniagaannya iaitu memulakan sendiri perniagaan, mengambil alih perniagaan sedia
ada, francais dan pakatan strategik. Walau bagaimanapun, beberapa faktor tertentu
perlu dipertimbangkan oleh usahawan semasa memilih kaedah memulakan perniagaan
yang paling sesuai. Antaranya ialah jenis aktiviti perniagaan, kos, pasaran, risiko,
pengalaman dan sumber kewangan.

4
020907130216

Pada masa yang sama, usahawan perlu mendapatkan pembiayaan melalui


sumber modal yang paling baik sama ada sumber formal atau sumber tidak formal.
Untuk memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar, usahawan boleh
mendapatkan kemudahan dan bantuan daripada pihak kerajaan, badan berkanun dan
pihak swasta. Terdapat beberapa kemudahan dan bantuan daripada pihak tersebut
seperti bantuan kewangan, tapak kilang, khidmat nasihat dan perundingan dan
pembangunan usahawan yang dapat membantu usahawan bagi menjalankan
perniagaan.

Dalam konteks lain, usahawan mempunyai fungsi tertentu dalam pengurusan.


Usahawan berfungsi sebagai individu yang mengorganisasikan, mengurus dan
menanggung risiko (Steinhoff dan John F.Burgess, 1993). Usahawan akan
mengorbankan tenaga dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita perniagaannya dan
mereka akan merasai kepuasan di atas kejayaan yang dicapai. Hal ini menunjukkan
usahawanan sangat berperanan dalam perniagaan bagi memastikan perniagaan yang
dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Setiap usahawan yang menjalankan perniagaan sentiasa terdedah dengan


cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang akan mempengaruhi perniagaannya.
Cabaran persekitaran luaran sangat luas dan mempunyai hubungan tidak langsung
dengan perniagaan. Misalnya usahawan perlu mengenal pasti cabaran-cabaran
tertentu semasa menjalankan perniagaan seperti cabaran dari persekitaran ekonomi,
persekitaran teknologi, persekitaran politik dan perundangan dan persekitaran
teknologi. Manakala bagi cabaran persekitaran dalaman pula akan memberi pengaruh
secara langsung terhadap operasi dan prestasi peniagaan. Usahawan perlu menilai dan
menganalisis persekitaran dalaman seperi pelanggan, pembekal, pembiaya, pesaing,
kerajaan, pekerja dan masyarakat bagi memastikan perniagaan dapat dijalankan
dengan lancar.

Tujuan membuat kajian ini ialah bagi menganalisis ciri-ciri usahawan


mengenai sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii orang yang berjaya. Kajian
ini juga dijalankan untuk mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan
syarikat Ahza General Work, menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan
fungsi pengurusan dalam organisasi Ahza General Work dan membincangkan cabaran
persekitaran luaran dan dalam yang mempengaruhi Ahza General Work.

5
020907130216

6
020907130216

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian didefinisikan sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai
segala objektif (Ahmad Mahdzan Ayob, 1993). Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan data primer dan data sekunder dalam pengumpulan maklumat yang
diperlukan. Hal ini kerana pengkaji perlu mendapatkan maklumat berkenaan dengan
usahawan melalui temu bual bagi data primer. Manakala bagi data sekunder, pengkaji
menggunakan laman sesawang dan buku ilmiah bagi melengkapkan hasil kajian.

Data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas
sesuatu peristiwa yang boleh dikira (Sabitha Marican, 2005). Oleh itu cara
mengumpul data adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil kerja yang baik dan
tepat. Selain itu, data turut penting bagi memudahkan pengkaji mencapai objektif
yang diinginkan dan bagi memenuhi keperluan bahan kajian yang dipilih iaitu melalui
data primer dan data sekunder.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data primer untuk memperoleh
data kajian seperti kaedah temubual. Pengkaji telah menemu bual dengan seorang
usahawan yang membangunkan sebuah syarikat perniagaan iaitu Encik Ahmad Shah
Bin Aminsin. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang sesuai berkenaan
dengan peranan beliau dalam organisasi, cabaran yang dihadapi beliau dalam
membangunkan perniagaan dan bantuan yang diperoleh beliau daripada pihak
tertentu. Pengkaji telah menemu bual beliau pada 27 November 2021 pada jam 8:15
malam (rujuk Lampiran 3).

Selain itu, bagi data sekunder pengkaji telah menggunakan laman sesawang
dalam membantu mendapatkan maklumat. Pengkaji melayari laman sesawang untuk
mencari jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam
membantu usahawan untuk membangunkan perniagaan seperti menerusi portal rasmi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Selain itu, bahan
internet seperti Facebook turut digunakan oleh pengkaji iaitu menerusi laman
sesawang https://www.facebook.com/AHZA-106850344826622/?ref=page_internal
untuk mendapatkan maklumat tentang bidang perniagaan yang disediakan dan
perkembangan terkini perniagaan yang dijalankan oleh Ahza General Work.

7
020907130216

Di samping itu, pengkaji telah menggunakan beberapa bahan ilmiah untuk


menjelaskan konsep-konsep yang melibatkan kajian iaitu definisi keusahawanan dan
usahawan, sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii orang berjaya. Kaedah ini
digunakan oleh pengkaji supaya dapat memudahkan penghasilan kajian secara tepat.

Pengkaji turut menggunakan Buku The 7 Habits of Highly Effective People


oleh Stephen R. Covey. Beliau mengemukakan bahawa orang efektif sentiasa ingin
melakukan yang terbaik dan memerlukan penjelasan yang terperinci bagi setiap tugas
yang dilakukan. Dalam buku tersebut, beliau menerangkan bahawa orang efektif
mementingkan kuantiti dan perkhidmatan yang terbaik dan ingin dilayan sebagai
seorang individu yang unik di dalam organisasi.

Data dan maklumat yang diperoleh daripada sumber primer dan sumber
sekunder digunakan untuk dianalisis supaya satu rumusan dapat diperoleh. Analisis
kajian dibuat berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Selepas semua data
diperoleh, pengkaji akan merangkumkan dan menggunakan semua maklumat dengan
sebaik mungkin. Maklumat yang diperoleh dapat membantu pengkaji dalam
menyiapkan kajian ini.

8
020907130216

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 Ciri-Ciri Usahawan

Ciri-ciri usahawan yang berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang dimiliki oleh
seorang usahawan dalam usaha membangunkan sesuatu perniagaan. Ciri-ciri ini
termasuklah sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya, ciri-ciri orang yang efektif
dan memiliki faktor kejayaan seimbang.

5.1.1 Sifat-Sifat Peribadi Usahawan Yang Berjaya


5.1.1.1 Berani mengambil risiko
Berani mengambil risiko ialah usahawan lebih suka akan perniagaan yang
mencabar untuk mencapai kejayaan atau kegagalan (Suryana, 2014).
Usahawan perlu berani mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambil
untuk memajukan perniagaan masing-masing. Ini terbukti melalui temu bual
yang dijalankan oleh pengkaji, Encik Ahmad Shah berkata “Ahza General
Work pernah menghadapi masalah apabila perkhidmatan pembaharuan
kawasan kubur yang dijalankan menyebabkan bekalan elektrik utama yang
menghala ke bangunan Wisma Sanyan Sibu terputus. Syarikat terpaksa
membayar ganti rugi yang banyak bagi membaik pulih masalah tersebut.” Hal
ini menunjukkan bahawa beliau berani mengambil risiko dalam menjalankan
perniagaan kerana beliau tetap menjalankan perkhidmatan kontraktor
walaupun perniagaannya hampir jatuh akibat membayar ganti rugi yang
banyak dalam satu projek tersebut.

5.1.1.2 Sanggup berkorban


Sanggup berkorban memberi maksud usahawan sanggup berkorban dari segi
masa, kewangan dan tenaga dalam menghadapi cabaran dan halangan dalam
perniagaan. Dalam menjalankan perniagaan usahawan perlu menunjukkan
komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaan yang
dijalankan. Berdasarkan temu bual bersama usahawan, Encik Ahmad Shah
berkata “saya sanggup berkorban harta untuk membiayai perniagaan yang
baru ditubuhkan sebanyak RM10 000. Malah saya juga mengorbankan masa
saya bersama keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa untuk pergi ke
lokasi pembinaan”. Ini menunjukkan bahawa Encik Ahmad Shah mempunyai
sifat sanggup berkorban kerana beliau sanggup mengorbankan harta dan

9
020907130216

masanya untuk menjalankan perniagaan Ahza General Work. Kesanggupan


beliau dalam mengorbankan masa dan harta pada permulaan perniagaan
menyebabkan syarikat beliau kini menerima projek-projek besar daripada
pelanggan.

5.1.2 Tabii Orang Yang Berjaya


5.1.2.1 Tajamkan gergaji
Tajamkan gergaji ialah memelihara dan meningkatkan aset terbesar yang
dimiliki. Ini bermaksud menghadiri program yang seimbang dapat
memperbaiki diri dalam empat bidang kehidupan iaitu fizikal, sosial ataupun
emosi, mental dan rohani (Stephen R. Covey, 2015). Bagi Encik Ahmad Shah
menambah ilmu pengetahuan berkaitan pekerjaannya adalah sesuatu yang
wajib dilakukan. Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama beliau,
pengkaji diberitahu bahawa beliau mengikuti pelbagai kursus dan program
anjuran badan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran usahawan dalam bidang
kontraktor (rujuk Lampiran 4). Hal ini menunjukkan bahawa Encik Ahmad
Shah seorang yang sentiasa tajamkan gergaji kerana beliau sentiasa mengikuti
program pembangunan usahawan sehingga mempunyai Continuous
Contractor Development Program (CCD point) yang tinggi. Tabii tajamkan
gergaji ini membolehkan beliau untuk mengembangkan idea yang lebih
menarik dan lebih mahir dalam bidang perniagaan perkhidmatan kontraktor
setelah mengikuti pelbagai Program Pembangunan Usahawan yang dianjurkan
oleh pihak tertentu untuk menambah ilmu pengetahuan.

5.1.2.2 Berfikiran “menang-menang”


Berfikiran “menang-menang” adalah satu kerangka dalam minda dan hati
manusia yang sentiasa mencari manfaat untuk semua pihak ketika berinteraksi.
Konsep ini bermaksud, persetujuan ataupun penyelesaian yang dilakukan
membawa bermanfaat dan memberi kepuasan kepada semua pihak (Stephen
R. Covey, 2015). Tabii ini menunjukkan individu yang efektif akan
memastikan setiap kerja atau aktiviti yang dijalankan memberi faedah atau
manfaat kepada semua pihak yang terbabit. Usahawan perlu mempunyai ciri
tabii menang-menang dalam menjalankan perniagaannya. Usahawan yang
efektif akan menjalankan perundingan secara adil dan membawa kepuasan

10
020907130216

kepada semua pihak yang terlibat dalam perundingan. Dalam menjalankan


perkhidmatan kontraktor, Encik Ahmad Shah amat mementingkan kepuasan
pelanggan dalam menjalankan projek pembinaan yang diminta. Menurut
beliau berdasarkan temu bual yang dijalankan “pelanggan sangat berpuas
hati dengan hasil kerja yang disediakan oleh syarikat Ahza General Work
sehinggakan ramai pelanggan menghantar projek pembinaan rumah kepada
beliau. Sesuatu kerja yang bersih dan kemas akan menarik minat pelanggan
untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan”. Hasil temu bual ini jelas
menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai ciri tabii menang-
menang kerana bilangan pelanggannya sentiasa bertambah oleh sebab
perkhidmatan kontraktor yang disediakan memberi kepercayaan dan kepuasan
kepada pelanggan.

5.2 Kaedah Usahawan Memulakan Dan Menjalankan Perniagaan

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, perniagaan perlu dimulakan dan
dijalankan. Usahawan perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memulakan
perniagaan termasuklah kemampuan diri, lokasi perniagaan, persaingan, modal dan
kedudukan kewangan (Rosli Mahmood et al, 2010).

5.2.1 Kaedah Yang Digunakan Oleh Usahawan Dalam Memulakan


Perniagaan
5.2.1.1 Perniagaan secara fizikal
Ahza General Work merupakan perniagaan yang dijalankan secara fizikal iaitu
perniagaan yang mempunyai sebuah pejabat di No.10 (1st Floor), Room No.2
Brooke Drive 1, 96000 Sibu (rujuk Lampiran 2). Encik Ahmad Shah
menjalankan perniagaan secara fizikal kerana perkhidmatan kontraktor
merupakan perniagaan yang melibatkan pembinaan sesuatu, jadi penubuhan
sebuah pejabat di Sibu menjadi lokasi perundingan beliau menjalankan tender
dan sebut harga bersama pelanggan yang ingin berurusan dengan syarikat
beliau. Kewujudan sebuah pejabat Ahza General Work menunjukkan bahawa
syarikat tersebut dijalankan secara fizikal.

11
020907130216

5.2.2 Membincangkan Kaedah Memulakan Sesebuah Perniagaan


5.2.2.1 Memulakan perniagaan sendiri
Memulakan perniagaan sendiri ialah usahawan menubuhkan sendiri
perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka
perniagaan bermula pada peringkat awal lagi. Encik Ahmad Shah memulakan
perniagaannya sendiri kerana terdapat kebaikan dalam mengurus perniagaan
sendiri daripada mula hingga akhir. Berdasarkan temu bual yang dijalankan,
beliau berkata “memulakan perniagaan sendiri dapat mengelakkan daripada
berlakunya perebutan hak dalam menjalankan perniagaan.” Beliau turut
menjelaskan bahawa “dalam menubuhkan perniagaan, usahawan perlu bijak
dalam menguruskan perniagaan sendiri dan mempunyai ilmu untuk mengawal
perniagaan. Kehausan ilmu dalam menjalankan perniagaan sendiri akan
menyebabkan sesebuah perniagaan itu muflis.” Hal ini menunjukkan bahawa
beliau sangat berminat dalam menjalankan perkhidmatan kontraktor.
Selain itu, sebelum memulakan syarikat Ahza General Work beliau
sering memikirkan langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan
perniagaan tersebut. Semasa proses untuk memulakan perniagaan sendiri,
Encik Ahmad Shah mengambil tahu tentang kewangan yang perlu digunakan
untuk menubuhkan syarikat, keadaan ekonomi sama ada syarikat yang
ditubuhkan mampu untuk berkembang atau tidak dalam keadaan ekonomi
tersebut dan mengambil berat dalam mempertimbangkan keupayaan diri
beliau sama ada mampu untuk menjalankan perniagaan yang akan ditubuhkan.
Persekitaran perniagaan turut dilihat oleh beliau sebelum memulakan syarikat
Ahza General Work.
Terdapat beberapa kelebihan memulakan perniagaan berdasarkan
penerangan yang disampaikan oleh usahawan yang dikaji. Antaranya pemilik
perniagaan berpeluang merealisasikan idea sendiri kepada perniagaan sebenar,
pemilik perniagaan mempunyai kebebasan membuat keputusan dan perubahan
kepada perniagaan dan pemilik berpeluang memanfaatkan kepakaran,
pengalaman dan minat dalam perniagaan. Selain itu, memulakan perniagaan
sendiri turut mempunyai kelemahan seperti pemilik perniagaan perlu lebih
memberi tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga,
pemilik perniagaan menghadapi risiko perniagaan tinggi dari segi

12
020907130216

mendapatkan pelanggan dan pinjaman serta perniagaan yang dimulakan


sendiri tidak menikmati keuntungan di awal perniagaan malah memerlukan
beberapa tahun untuk memperoleh keuntungan.
5.2.3 Pembiayaan Yang Diterima Bagi Memulakan Perniagaan
5.2.3.1 Pembiayaan sumber modal tidak formal
Semasa memulakan perniagaan, Encik Ahmad Shah menggunakan modal
tidak formal melalui simpanan sendiri. Simpanan sendiri merupakan wang
simpanan yang dilaburkan oleh usahawan sendiri untuk memulakan dan
mengusahakan sesuatu perniagaan. Menurut temu bual yang dijalankan
bersama Encik Ahmad Shah, beliau berkata “saya menggunakan modal
daripada hasil simpanan sendiri sebanyak RM10 000 bagi memulakan
syarikat Ahza General Work”. Modal yang disalurkan ke dalam perniagaan
menunjukkan beliau seorang yang komitmen untuk menubuhkan syarikat
kontraktor.

5.2.4 Kemudahan Serta Bantuan Yang Diterima Bagi Memulakan


Perniagaan
5.2.4.1 Program Pembangunan Usahawan
Program Pembangunan Usahawan merupakan kursus yang bertujuan
mempercepatkan dan memperbanyakkan bilangan usahawan. Menurut temu
bual Encik Ahmad Shah turut menjelaskan “sepanjang menjalankan
perniagaan saya menerima banyak tawaran program dan khusus untuk
mengikuti Program Pembangunan Usahawan yang dianjurkan oleh agensi
kerajaan dan badan-badan berkanun (rujuk Lampiran 4)”. Kehadiran beliau
dalam mengikuti program-program ini menjelaskan bahawa beliau sangat
berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Malah setiap
program dan kursus yang disertai akan menyumbang kepada CCD point untuk
memperbaharui lesen perkhidmatan kontraktor syarikatnya.

5.3 Peranan Usahawan Dalam Melaksanakan Fungsi Pengurusan Dalam


Organisasi

5.3.1 Perancangan

13
020907130216

Perancangan ditakrifkan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan


pemilihan misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk
mencapainya. Pada masa yang sama, perancangan melibatkan proses pembuatan
keputusan iaitu membuat pilihan ke atas pelan tindakan (Harold Koontz dan Heiz
Weihmict, 1997). Setelah syarikat Ahza General Work ditubuhkan, Encik Ahmad
Shah telah merancang strategi untuk mengembangkan perniagaan syarikatnya
dengan lebih luas (rujuk Lampiran 4). Berdasarkan temu bual, beliau menyatakan
“setelah menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan, fokus syarikat
seterusnya adalah untuk mengembangkan perniagaan syarikat Ahza General
Work ke peringkat yang lebih luas dengan strategi yang lebih efektif”.
Perancangan yang rapi dalam menyusun strategi ini terbukti berhasil apabila
syarikat beliau mendapat permintaan untuk menjalankan projek pembinaan
RM4.2 juta di Miri, Sarawak. Hal ini menunjukkan Encik Ahmad Shah sangat
berperanan dalam mengurus syarikat kerana beliau mempunyai komitmen yang
tinggi dalam untuk meluaskan perniagaannya.

5.3.2 Pengorganisasian
Pengorganisasian merupakan kerangka perhubungan sosial yang tersusun di mana
ia merangkumi apa itu autoriti, pembahagian tugas/kerja dan tanggungjawab
untuk menjalankan fungsi tertentu (Max Weber, 1922). Sebagai seorang usahawan
dalam syarikat Ahza General Work, Encik Ahmad Shah sentiasa menyusun dan
mengorganisasi bahan mentah, kewangan, tugas-tugas pekerja dalam syarikat bagi
memastikan aktiviti perniagaan syarikat dapat berjalan dengan lancar (rujuk
Lampiran 4). Melalui tindakan ini, terbukti bahawa tugas beliau sebagai
pengorganisasian dalam pengurusan dapat mempengaruhi reputasi syarikat.

5.3.3 Kepimpinan
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi
terutama dalam memimpin organisasi dan pekerja ke arah menuju dan mencapai
matlamat yang ingin dicapai bersama (Alimuddin, 2006). Dalam menguruskan
syarikat, Encik Ahmad Shah lebih mementingkan kepimpinan (rujuk Lampiran 4).
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, beliau menyatakan “dalam pengurusan,
peranan saya ialah untuk memimpin pekerja untuk terus bersemangat melakukan
tugas yang diberi. Selain itu, saya sentiasa memberi motivasi dan tunjuk ajar
14
020907130216

kepada pekerja apabila mereka melakukan kesilapan”. Ini membuktikan bahawa


Encik Ahmad Shah mempunyai kepimpinan karismatik yang menunjukkan beliau
mampu mempengaruhi, mengarah dan mendorong pekerja melakukan sesuatu
tugas. Tindakan beliau ini memberi kepercayaan kepada pekerjanya. Hal ini
menunjukkan pimpinan beliau dalam pengurusan menjadikan pekerjanya
bersemangat dan bermotivasi untuk menjalankan tugas.

5.4 Cabaran Persekitaran Luaran Dan Dalaman Yang Mempengaruhi


Perniagaan
5.4.1 Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran merupakan persekitaran luar bagi sesebuah organisasi yang
memberi kesan secara tidak langsung terhadap aktiviti dan prestasi sesebuah
organisasi perniagaan.

5.4.1.1 Persekitaran Ekonomi


Cabaran persekitaran ekonomi merujuk situasi ekonomi seperti masalah
inflasi, deflasi dan kemerosotan ekonomi dalam dan luar Negara, sistem
ekonomi, pasaran wang dan kadar bunga. Menurut temu bual bersama Encik
Ahmad Shah, beliau menjelaskan “disebabkan pandemik Covid-19, saya
sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan mengalami cabaran
ekonomi apabila syarikat saya terpaksa berhadapan dengan peningkatan
harga bahan binaan seperti besi dan bahan binaan lain”. Hal ini akan
membebankan kewangan syarikat beliau untuk membeli bahan mentah projek
pembinaan. Dalam hal ini, beliau terpaksa merancang strategi terbaik untuk
menarik pelanggan walaupun harga bahan mentah meningkat. Misalnya,
beliau merancang untuk mengurangkan pembelian bahan bentah secara pukal
dan hanya membuat pembelian bahan mentah untuk projek semasa sahaja.
Langkah ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan bahan mentah syarikat
apabila berlakunya masalah peningkatan harga.

5.4.1.2 Persekitaran Teknologi


Cabaran persekitaran teknologi merupakan suatu kaedah, tatacara atau
peralatan yang digunakan oleh individu untuk melakukan sesuatu kerja atau
tugas dengan baik. Menurut temu bual Encik Ahmad Shah berkata “saya

15
020907130216

menghadapi cabaran persekitaran teknologi apabila mesin pembinaan yang


digunakan mengalami masalah kerosakan atau usang dan syarikat terpaksa
menggunakan teknologi baharu dengan membeli mesin moden”. Hal ini
menunjukkan bahawa beliau menghadapi cabaran persekitaran teknologi
apabila syarikat terpaksa menukar mesin dan peralatan yang rosak atau usang
kepada mesin dan peralatan baharu yang lebih berteknologi. Bagi mengatasi
cabaran teknologi ini, beliau mendedahkan dirinya dan pekerja dengan
mengikuti bengkel atau khusus bagi persediaan untuk menggunakan teknologi
baharu.

5.4.2 Persekitaran Dalaman


Persekitaran dalaman merupakan pihak-pihak yang berkepentingan atau
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.

5.4.2.1 Pelanggan
Pelanggan ialah individu atau kumpulan yang membeli dan menggunakan
produk syarikat (Nasution, 2004). Berdasarkan temu bual, Encik Ahmad Shah
menjelaskan “cabaran terbesar mengenai pelanggan yang dialami sepanjang
menjalankan perniagaan perkhidmatan kontraktor ialah apabila berlakunya
‘lost communication’ antara pelanggan Syarikat Ahza General Work dengan
Jabatan Kerja Raya (JKR)”. Hal ini menyebabkan syarikat beliau terpaksa
membayar ganti rugi akibat kecuaian pelanggannya. Jelaslah, bahawa beliau
menghadapi cabaran yang dapat mempengaruhi kewangan syarikat kerana
membayar ganti rugi yang disebabkan oleh pelanggannya. Oleh itu, Encik
Ahmad Shah mengambil langkah untuk menerangkan proses pembinaan yang
akan dijalankan dengan teliti kepada pelanggannya mahupun pihak yang turut
terlibat bagi memastikan tiada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mana-
mana pihak.

5.4.2.2 Pekerja
Pekerja merupakan pihak atau individu yang menyumbang tenaga fizikal,
mental, masa dan sebagainya untuk melaksanakan kerja-kerja dalam
perniagaan. Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji bersama
usahawan yang dikaji, beliau berkata “cabaran terbesar yang mempengaruhi

16
020907130216

syarikat saya ialah pekerja. Terdapat segelintir pekerja yang mempunyai


sikap malas dan sering mencuri tulang dalam menjalankan kerja. Oleh itu,
saya sentiasa mengawasi dan membuat rondaan bagi memastikan mereka
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.” Ulasan yang disampaikan oleh
beliau menunjukkan bahawa pekerja sangat mempengaruhi prestasi syarikat
beliau kerana beliau terpaksa menghadap sikap pekerja yang mengamalkan
teori motivasi McGregor. Jadi, bagi menangani cabaran ini, Encik Ahmad
Shah mengambil inisiatif untuk bersikap lebih tegas dan sentiasa memantau
aktiviti pekerjanya sewaktu tempoh bekerja atau menggunakan kuasa desakan
dengan memberi hukuman kepada pekerja yang berciri negatif seperti
potongan gaji.

17
020907130216

6.0 PENUTUP

Sebagai penutup, berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap Encik Ahmad Shah
ternyata beliau mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya. Sifat peribadi beliau
mempengaruhi pemikiran beliau untuk menjayakan perniagaan Ahza General Work
seperti beliau berani mengambil risiko dan sanggup berkorban demi kerjayanya.
Tambahan pula, beliau turut mempunyai tabii orang yang berjaya. Untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya, beliau turut mengamalkan tabiat yang dikemukakan
oleh Stephen Covey iaitu tabii tajamkan gergaji dan tabii berfikiran “menang-
menang”. Dengan menerapkan tabii ini, beliau dapat memberi kepuasan kepada
pelanggan dengan perkhidmatan syarikat.

Seterusnya, Encik Ahmad Shah memulakan perniagaan beliau sendiri yang


dijalankan secara perniagaan fizikal. Syarikat beliau menyediakan perkhidmatan
kontraktor kepada pelanggannya. Beliau memulakan perniagaannya hanya dengan
modal kewangan yang dimiliki oleh beliau sendiri. Selain itu, beliau turut menerima
bantuan program pembangunan usahawan daripada pelbagai agensi bagi memulakan
perniagaan. Kini, beliau banyak mengikuti program pembangunan usahawan kerana
pencapaian dan komitmen beliau yang tinggi dalam menjalankan perniagaan.

Dalam mengorganisasi syarikat pula, Encik Ahmad memainkan peranan yang


penting dalam melaksanakan fungsi pengurusan. Sebagai usahawan beliau sentiasa
mengemaskini dan merancang perancangan yang sesuai berdasarkan situasi syarikat
beliau. Bukan itu sahaja, beliau turut melaksanakan pengorganisasian dari segi
kewangan, bahan mentah, sumber manusia dan sebagainya bagi memastikan tiada
pembaziran yang berlaku. Beliau turut memimpin pekerjanya untuk bekerja lebih
keras dan memberi motivasi kepada mereka supaya pekerjanya tidak stress dalam
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

Selain itu, dalam menjalankan perniagaan semestinya terdapat beberapa


cabaran yang perlu diharungi oleh beliau. Persekitaran luaran dan dalaman banyak
mempengaruhi perniagaan Ahza General Work. Persekitaran luaran iaitu persekitaran
ekonomi dan teknologi amat mempengaruhi kewangan syarikat beliau.
Memandangkan pandemic Covid-19 melanda, maka pengeluaran kewangan yang
perlu dilakukan bagi meneruskan perniagaan. Bagi persekitaran dalaman yang
mempengaruhi perniagaan Encik Ahmad Shah iailah pelanggan dan pekerja. Bagi

18
020907130216

pelanggan, kecuaian pihak pelanggan akan memberi impak yang besar kepada
syarikat beliau. Dalam situasi ini, usahawan haruslah merancang sesuatu bagi
memastikan tiada salah faham berlaku. Bagi pekerja pula, sikap pekerja yang malas
akan menjejaskan syarikat dari pelbagai aspek. Oleh itu, Encik Ahmad Shah akan
sentiasa memantau dan memberi kursus kepada pekerja yang menunjukkan perlakuan
negatif semasa bekerja supaya mereka dapat bekerja dengan baik.

Cadangan pengkaji, usahawan perlu meningkatkan jaringan dan komunikasi


yang berkesan. Ini memboleh usahawan mendapat pendedahan baharu berkenaan
perniagaan dengan meletakkan diri dalam pergaulan dengan kumpulan rakan
usahawan yang lain. Di dalam kelompok ini, usahawan boleh saling bertukar idea
tentang perniagaan justeru dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih luas.
Cadangan lain pengkaji ialah usahawan haruslah mempromosikan perniagaan yang
dijalankan dengan lebih giat dan meluas. Misalnya, Encik Ahmad Shah selaku
usahawan syarikat hendaklah mengiatkan pengiklanan dan mendedahkan perniagaan
Ahza General Work melalui media sosial seperti Facebook, TikTok dan sebagainya.
Hal ini dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan
perniagaan yang disediakan. Jumlah pelanggan yang ramai menunjukkan kejayaan
usahawan tersebut dalam perniagaan yang dijalankan.

19
020907130216

7.0 SENARAI RUJUKAN

Abdul Aziz Ab. Latif et al., 2011. Asas Keusahawanan Dan Pengurusan Perniagaan
Kecil Dan Sederhana. Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan.

Facebook Ahza General Work. 2021. Dicapai pada 13 November 2021, daripada
https://www.facebook.com/AHZA-106850344826622/?ref=page_internal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. 2020. Program Latihan


Kopentensi Kemahiran Pembinaan. Dicapai pada 23 November 2021, daripada
https://www.cidb.gov.my/ms/maklumat-pembinaan/latihan-kemahiran/progra
m-latihan-kompentensi-kemahiran-pembinaan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. 2020. Training & Certification


Programme. Dicapai pada 29 November 2021, daripada
https://www.cidbholdings.com.my/training-certification-programmes/
continuous-contractor-development-program-ccd-programme-2/

Rosli Mahmood et al., 2007. Prinsip-Prinsip Asas Keusahawanan. Singapore:


Cengage.

Stephen R. Covey’s book, 2015. The 7 Habits of Highly Effective People Edisi
Bahasa Melayu. New York: RossettaBooks LLC.

Temu bual antara pengkaji bersama Encik Ahmad Shah Bin Aminsin, di Sibu
Sarawak, pada jam 8.15 petang, 27 November 2021.

20
020907130216

8.0 LAMPIRAN

21
020907130216

LAMPIRAN 1

Gambar 1: Sijil Pendaftaran Ahza General Work

22
020907130216

Gambar 2: Sijil Pendaftaran Dengan Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding

23
020907130216

Gambar 3: Sijil Pengiktirafan Status Bumiputera

24
020907130216

Gambar 4: Sijil Berdaftar Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan


Malaysia

25
020907130216

Gambar 5: Sijil Perakuan Pendaftaran Dengan Lembaga Pembangunan Industri


Pembinaan Malaysia

26
020907130216

LAMPIRAN 2

Gambar 6: Lokasi Syarikat Ahza General Work

27
020907130216

LAMPIRAN 3

Gambar 7: Pengkaji menjalankan temu bual bersama Usahawan Ahmad Shah Bin
Aminsin

28
020907130216

LAMPIRAN 4

Gambar 8: Sijil mengikuti Program 5 Star Service Exccellence

29
020907130216

Gambar 9: Sijil Penyertaan Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera

30
020907130216

Gambar 10: Sijil mengikuti Program Unleash Your Service Mindset

31
020907130216

Gambar 11: Sijil Kecekapan Kemahiran sebagai Pemasang Acuan Kayu - Tahap 1

32
020907130216

Gambar 12: Sijil Kecekapan Kemahiran sebagai Pelepa - Tahap 1

33
020907130216

Gambar 13: Sijil Kehadiran menghadiri Kursus Integriti Kontraktor

34
020907130216

Gambar 14: Sijil Penyertaan menghadiri Bengkel Pemuliharaan Bangunan Wawasan


2017

35
020907130216

Gambar 15: Sijil Kecekapan Kemahiran sebagai Penyelia Tapak Binaan Bertauliah
(Bidang Kerja Awam & Struktur)

36
020907130216

Gambar 16: Sijil Penghargaan

37
020907130216

Gambar 17: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Membina Kontraktor Berprestasi


Tinggi

38
020907130216

Gambar 18: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Asas Pemasaran Digital

39
020907130216

Gambar 19: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Penyediaan Perancangan Kerja


(CPM) dan Aliran Tunai Projek

40
020907130216

Gambar 20: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Teknik Penggunaan ‘Scale rule’
Dalam Memahami Pelan

41
020907130216

Gambar 21: Sijil Penyertaan menghadiri Industrialized Building System (IBS)


Seminar

42
020907130216

Gambar 22: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Pasport Keselamatan Kontraktor


(Semua Risiko) Secara dalam Talian - Online

43
020907130216

Gambar 23: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Pengukuran Kuantiti Kerja Jalan
Raya (Secara Dalam Talian - Online)

44
020907130216

Gambar 24: Sijil Penyertaan menghadiri Kursus Kepimpinan Keusahawanan Untuk


Kontraktor Dan Pembekal (Entrepreneurial Leadership) (Secara Dalam Talian -
Online)

45

You might also like